...
Banyak kad dalam kotak surat aku tuh. Kad Hari Raya, Kad Hari Jadi, Kad Congratulations, Kad kreatif buatan tangan pengirim, kad jemputan pun ada. Kad jemputan kawan2 rapat. Tapi, ada satu kad aje yang lain.
Pengirimnya member aku yang agak baiklah dengan aku. He was my schoolmate. Yang menjadikan aku agak baik dengan dia, sebab dia tu suka sangat menebeng kat meja aku kat dalam kelas. Sebenarnya mula-mula tu sebab result exam kitorang sama-sama teruk. So konon-konon dia nak carik geng lah, siapa result teruk sama macam dia. Tapi dalam teruk teruk tu, aku better lah dari dia. Itupun sebenarnya aku tengok dia tuh rajin baca buku, rajin bertanya itu ini dalam kelas, rajin buat nota, rajin buat latihan math, rajin took part in class discussion. Tak la macam aku. Memang lah aku pun rajin amik port dalam discussion, tapi biasanya discussion tuh ended up ngan menda2 yang tak masuk dalam syllabus subjects.. hahaha..Itulah, tu yang aku rasa, kalau aku pun rajin macam member aku tuh, sure aku punyer result flying colors kan? Kalau aku rajin sikit, tak payah banyak, sikit je, sure result aku gempak kan? Itulah, menyesal dulu pendapatan banyak, menyesal kemudian? pendapatan kecik? Sendiri mau ingat lah
Member aku nih orangnya tak segan-segan. Kalau dia rasa nak menebeng kat meja pompuan, dia datanglah menebeng..tak macam kebanyakan student lelaki lain, yang nak jaga ego, tak main lah borak2 sangat ngan girls, nanti geng2 kutuk plak. Ala, budak-budak lelaki yang umur 16 ke 17 tahun kan ke tgh dalam proses nak matang, so benda-benda kecik pun dorang bleh jadikkan besar gajah, bleh jadik bahan buat mengutuk member lain. Biasa lah tu.
Aku rasa, dia yang start cerita menda2 personal kat aku. Aku dengar je lah. Aku tak de la pulak nak cerita balik menda2 personal aku kat dia. Aku dengar je, dia Tanya aku jawab, jawab ala kadar lah..biasanya time borak2, aku just buat citer2 lawak2 bodo jek kat dia, nothing serious pun. Time kat sekolah, aku hidup dalam ketakutan. Apa-apa pun aku tak berani buat sebab aku takut kena kutuk. Kalau dalam kelas, kalau nak berjalan-jalan dalam kelas pun, jangan harap aku berani melebih-lebih ke tempat duduk boys..heeeeeiii..karang ada plak yang tak pasal-pasal nama meniti dari bibir ke bibir..takutlah. Lebih baik orang tak kenal, lebih selamat. Tapi, tak bagus tuh. Sifat takut aku tuh la membataskan perjalanan hidup aku. Sifat tuh la buat aku jadik pasif aje. Tu pun satu yang aku menyesal tuh. Buat pendapatan aku kecik jugak. Tapi tu dulu lah, sekarang aku biasa2 jek. Kalau tak, takkan la aku citer mender nih dalam blog kan?
Mamat nih, ada sekali tuh, dia break up ngan awek dia, habis gambo2 awek dia, dia suruh aku ambik. Hishh..aku maleh betul lah nak campur benda2 macam tu. Tapi, aku ambik gak, nk jaga hati kawan lah jugak kan?. Tapi, bila dia mintak tolong aku usharkan minah junior, heheh..sorry la beb! Aku tak main la jadik posmen2 nih. Tak kosser aku. Lu nak, lu la cakap sendiri .. so dia taklah suruh aku lagi. Aku boring dok orang2 tengah nih..macam kat filem pulak.
Bila habis SPM, kami keep in touch lagi. Boleh kata setiap hari dia called. Sehari paling kurang sekali. Biasanya 2 kali, kadang2 sampai 3 kali. Banyak betul modal dia nak cerita. Aku, macam biasa, jadik pendengar setia dia.. Ntah apa2 lah dia tu.. kengkadang kat telefon tuh dia melalak2 menyanyi2 .. ikut suka hati dia jek. Biasanya dia call pagi2 .. mak aku pun geleng kepala jek. Tapi, dia tak pernah call malam, sure call waktu siang, sebab dia kata malam mak dia ada, dia takut mak dia marah .. ceh apa2 jek gitu. Habis tu mak aku tak marah ke siang2 gayut gitu? Apa je laaa..tak gentle langsung, telefon curik2 mcm tu, patutlah aku tak minat dia.
Bila dapat result SPM, macam yang aku jangka la kan..result aku ok gitu-gitu je lah .. tak lah flying colors, tapi for sure lah, aku better than member aku nih. So as usual la dia sure cerita everything yang dia buat, mana U nak apply, bila nak amik borang .. dan segala-galanya …
Beberapa minggu lepas result SPM keluar, aku dapat satu panggilan, daripada satu company yang agak gah jugak namanya, yang glemer dengan pembiayaan pelajaran untuk ke universiti. Mula-mula aku hairan, mcm mana pulak dorang yang call? Kan ke aku tak apply? Tapi, orang tu jawab lah, dia amik rekod from all boarding schools, and nk interview. So, masuk jugak lah dalam kepala aku yang innocent time tuh. Dalam hati, gembira bukan kepalang, dia nak aku bagi tahu jawapan dia kat aku, aku cakap aku kena Tanya kat parents dulu, so dia bagi nombor talipon suh call balik esoknya.
Dengan penuh kegembiraan, aku dapatkan mak aku.. aku ceritalah apa yang berlaku .. tengah dok sembang2, ada call lagi ..laa.. si mamat member aku nih rupanya, aku tengok jam, pukul 10am, hmm..memang pon dia suka call time2 mcm tuh ..
Dia Tanya apsal tadi dia call engaged? Aku memula takmo citer lah kat dia, tapi dia desak gak suh aku citer sebab dia kata suara aku mcm suara orang happy jek.. so, first time rasanya aku bercerita kat dia, first time I want to share my story to him, after selama nih aku keep everything to myself,
"Wah, suka lah ko kan, dapat offer mcm tu?" dia kata
"ye lah" kata aku
"nanti, jangan lupa aku pulak" dia kata
"eleh" aku kata (agaknya la kot, lebih kurang la..hahaha aku bukan ingat detail sangat..tapi jawpan aku tak penting lah)
"Siapa nama org yang call tadi?” Dia tanya. Aku bagitau dia lah…
dia diam kejap..
"Kau percaya ke orang tu?" Aku dah pelik dah time nih, kenapa pulak dia tanya mcm tu?
"Kenapa?" tanya aku.
"Kau tak cam suara dia ke?"
"Tak, kenapa?"
"Kau jangan lah buat aku rasa guilty..aku ingatkan kau kenal suara.." Terus lemah lutut aku time tuh ..
Tak payah dia sambung, aku dah tahu dah ..Kenapa lah aku bodoh sangat? Kenapalah aku tak boleh cam suara tu? Tapi, serious mmg dia pandaiii giler ubah suara..Eeeiiii..bencinya akuuuuu!! aku diam je lepas tu, aku dengar dia panggil-panggil aku, aku diamm jek, aku tak bercakap, dan tak jugak letak telefon .. lama aku mcm tu, aku malu betul!! Malu sebab senang2 aje dia kencing aku mcm tu. Dalam hati aku, dah habis semua word2 caci maki dah .. tapi, dalam hati jek, tak berani aku nak cakap terang2, sebabnya aku memang tak pernah sebut ..Patutnya aku cakap jek time tuh kan? Ahhh bengangggg!
Aku dengar dia panggil2 aku lagi kat sebelah sana. Aku hempas telefon. First time aku hempas telefon. Sampai sekarang pon aku tak pernah hempas telefon macam tu. Dasyat betul tahap keseganan aku time tuh..Aku sedih giler, lebih sedih dari kata-kata sedih giler tuh..once letak jek telefon, tak payah disuruh2, berjurai2 air mata aku. Bukan sedih sebab offer tu takder, tapi sedih dan malu sebab member baik mainkan aku. Aku lari keluar tumah, dapatkan mak, bagitau kat mak…kenalah bagitau yang berita ‘gembira’ tu tadi palsu, mainan budak2 akal tak panjang..kawan aku yang mak aku tahu dok tepon aku hari2 kalahkan pakwe. Mak geleng kepala aje. Aku nangis puas2..mula2 mak diam ..bila aku dah reda sikit ..barulah mak cakap,
"Dah, tak payah nangis2 mcm tu. Buat apa nak nangis? Orang baru kenakan mcm tu dah nak nangis, jangan tunjuk kau kalah lah, nangis tu tunjuk kau kalah tau.." Mak kata mcm tu.
Betul jugak. Kalau mamat tu tahu aku nangis, kan ke aku tambah malu? Eeiii..tidak sekali kali aku nak bagi dia menang lagi. So, aku ambik cakap mak. Aku terus masuk balik dalam rumah, aku pergi dapur, aku masak nasik, aku ambik sayur, potong nak masak lauk untuk tengahari. Aku buat2 bz, hilangkan rasa geram dalam hati. Rasa macam berbonggol2 kegeraman dalam hati, yang mana bila aku bersuara jek, sure jadik suara orang menangis..nasib baik kat umah Cuma ada mak aje time tu. Time masak, aku dengar bunyim phone, mak yang jawab, dia yang call, mak kata aku mandi. Bagus mak nih. Lepas masak, aku sedih lagi. Tapi aku control gak. Mata jek berair-air takbleh control .. teresak2 jadinya sebab takmo nangis.
Petang dia call lagi, aku angkat, tapi aku diam. Dalam aku diam tuh, dia cakap gak, dia kata lah dia mintak maaf sgt2, dia niat nak gurau2 aje dengan aku, dia tak sangka aku tak cam suara buatan dia tu. Aku diam aje. Lama sikit, aku letak. Dia call lagik, aku tak jawab.
Kepala otak dia berjambul aarr gurau gaya mcm tu. Ok fine lah kalau dia gurau mcm tuh awal2, tapi jgn lah sampai habis letak telefon masih takmau bgtau, kan dia patutnya tahu kalau aku dah percaya, so dia patutnya bgtau la yg itu dia.. kenapa mesti dia teruskan jugak? Dah la tu, siap boleh suh aku call balik besoknya, dengan nombor telefon sekali...aaarrgghhhh!!!!!!
Lepas hari tu, memang aman giler hidup aku. Dah tak der dah orang nak call aku pagi2 buta melalak2 konon2 release tension. Tak de dah orang call aku ngadu yang parents dia tak bagi pinjam kereta lah, tak belikan lunch lah, bagus ar, aku pun x suka lelaki kuat ngadu nih. Ngadu kat pompuan plak tuh.
Semua terhenti kat situ.
Seminggu lepas tuh, sampailah kad tuh. Kad yang aku maksudkan tuh. Tanda kemaafan. Tak sabar2 dia nak tunggu raya.
Beberapa tahun lepas tu, dia call, hari raya. Kali nih aku mmg ingat suara dia. Dia Tanya aku marah lagi ke? Aku kata iye. Sampai bila2 pun aku marah. He said sorry again. And petang tuh, dia datang umah aku beraya. Dia kata nak mintak maaf face to face. Tapi, bila dah jadik mcm tuh, aku dah tak boleh pretend yang mcm nothing happened. Nak ketawa dengar lawak dia pun aku tak der hati. Apatah lagik nak buat lawak...last2 dia balik.
Then lepas grad, aku terjumpa dia time member kawen kat shah alam. Kitorang Cuma berbalas senyum jek. Pelik kan? daripada boleh bercerita panjang berjela, boleh yang tinggal cuma balasan senyuman.
Aku benci bila ingat. Dulu, aku nak bercerita pasal ni pon aku benci, sebab memalukan diri sendiri. Tapi, sekarang dah tak lagi lah. Tapi aku ni kan pemaaf orangnya... Tak de kesan dah lah. Aku pun dah tak tau apa cerita pasal mamat tuh. Harap2 happylah sentiasa.
Patutnya aku buang aje kad tu kan? Tak payah ingat lagi dah. Let bygones be bygones.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Heheh .. mang mengong mamat tuh. Orang mana tuh fara? Kalau org Johor, mang tak leh pakai tul la. Err ... nak tau sapa nama mamat nih... heheheh tgazfa tuh ker ... :D
ReplyDeleteKM: budak budak ...
ReplyDeleteRB: Betul tuh, mmg dh lupa pon .. and dah tak marah pon .. tapi still takbleh la jadik mcm dulu, sebab skang dah beso, so memasing dah ada hal lebih penting nak difikirkan .. cerita2 dulu tuh sekadar jadik accessories dalam hidup jek. :-)