Tuesday 7 April 2015

Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim bi Khair..

Termasuk hari ni, dah sembilan hari saya berada di Kluang, Johor. Sepanjang waktu ni saya menumpang di rumah kakak saya dan setiap hari berulang alik dari rumah kakak ke hospital Kluang yang tak berap jauh dari rumah kakak.

Sebenarnya sudah lebih sepuluh hari emak tersayang saya berada di hospital kerana tidak sihat dan keadaannya . Saya tidak mahu bercerita panjang tentang keadaan emak, cukuplah saya menulis di sini agar semua yang membaca dapat mendoakan kesihatan emak saya, semoga Allah melapangkan dada dan fikiran emak di dalam menempuh dugaan ini. Saya percaya, hikmah terbesar oleh Allah tentu sekali menanti, termasuk terhapus dosa-dosa emak, inshaAllah kerana sebagai manusia kita tak lari dari dosa. 

Semoga Allah ampunkan dosa ibu bapa kita dan pelihara mereka
Daripada tipu daya syaitan, azab api neraka.. Dan peliharalah mereka
Seperti mereka memelihara kita sejak kecil..

Dalam pada menghadapi dugaan ni, saya nak kongsikan kesyukuran saya atas beberapa perkara berikut.

Suami dan keluarga mertua yang sangat memahami. Alhamdulillah, sepanjang saya berada di kluang untuk bersama emak, suami sayalah yang menguruskan anak-anak di rumah nun di Klang. Setiap masa saya berdoa semoga Allah memberi kesabaran kepada suami dan anak-anak dan semoga Allah juga memberi ganjaran buat suami saya yang ikhlas memberi peluang saya bersama emak di sini. Kata suami,

"Anak-anak melihat perbuatan kita.. Dan kita pun akan tua jika umur panjang"

Ya Allah.. Saya bersyukur atas kurniaan ini..

Saya juga bersyukur diberi kerjaya yang membolehkan saya bekerja tanpa perlu ke pejabat setiap hari. Dalam waktu inj, memang saya ada pilihan untuk bekerja di rumah. Tapi sejujurnya, saya tidak dapat fokus pun dengan kerja2 yang terlalu memerlukan analisa yang lebih.. Saya senang sangat teringat kan emak dan bagai tersayat hati sedikit sebanyak terkesan di emosi saya. Jadi saya lebih lapang dada mengambil cuti dan duduk di sebelah emak. Tapi oleh kerana minggu ini kami hanya dibenarkan menunggu di luar bilik, maka saya cuba juga untuk log in sebagai tanda ke ofis. Sikit2 cuba juga lah buat kerja, kemudian ke hospital melawat emak dan membacakan yasin di sisi emak... Semoga usaha saya yang sedikit ini membantu meringankan keadaan emak.

Saya juga bersyukur emak turut dijaga dan dirawat oleh staff hospital yang baik, semoga Allah turut memberi kesabaran kepada staff yang menjaga emak. Sesungguhnya sangat mulia pekerjaan mereka, subhanallah..

Semoga emak saya puan Halimah binti abd Jabar bertambah sihat, doakanlah ye.. Amin ya rabbal 'alamin



Popular Posts