Thursday 28 July 2005

Blog Kita, Rumah Kita

Aku boleh khayal bila dah mula membaca..aku khayal bila aku baca perkara yang aku suka, yang otak boleh terima.

Aku suka melompat dari blog ke blog. Suka baca cerita2 orang. Lain blog, lain ceritanya. Bak kata peribahasa, jauh berjalan banyak pengalaman..sama la dengan banyak membaca, tambah pengetahuan, tambah pengalaman...

Sempena musim AF, banyak gak blog2 AF yang timbul, masing2 bercerita perihal AF menurut pandangan peribadi dan perspektif masing2. Itu pun aku baca.

Ada pulak satu artikel dalam salah satu paper mengkritik tulisan-tulisan di blog-blog yang tumbuh bagai cendawan, terutama blog-blog berkenaan AF dengan mengatakan konon penulis-penulis blog (masyarakat) lebih gemar persoal isu-isu picisan. Dan lebih buruk, kebanyakan penulis blog adalah melayu. dalam ertikata lain, melayulah yang suka persoal isu picisan.

Entah lah. Pandangan aku lain pula.

Blog ni ibarat rumah. Isi kandungan rumah, biarlah tuan rumah yang tentukan. Sebagai tetamu, kalau tidak berkenan, berdiam saja lah, jangan pula mencanang ke sana ke mari tentang isi kandungan rumah yang diziarahi.

Senang kan?

Picisan atau tidak, bergantung pada penerimaan pembaca. Kalau pembaca bijak, ambil bahan bacaan yang baik jadi tambahan ilmu di dada, dan ketepikan bacaan kosong sebagai hiburan dan bacaan ringan (tak salah rasanya berehat minda dengan bacaan ringan).Terpulang lah.

Aku start blog sebab aku rasa blog la satu tempat aku boleh menulis, tanpa terkongkong dengan terma dan syarat. Aku suka menulis, tau. Aku pernah tulis novel masa umur aku 14 tahun. Novel cinta remaja. Kat mana ntah hasil tulisan aku tu. Orang lain tak pernah baca, so jadi khazanah diri aku jer lah.

Tuesday 26 July 2005

Masak itu seni

Memasak pun ada seninya. Itu aku petik kata2 iklan apa ntah. Aku tak tau la seni masakan. Agaknya seni timbul kalau kita selalu masak kot. Agaknya masak sama la mcm menulis, lama menulis, baru dapat idea dari kepala.
Mungkin masakan aku tak sedap pada mulanya, tapi kalau selalu memasak, entah-entah lebih sedap dari chef wan atau chef ismail. Entah-entah lebih diva dari anita sarawak atau Ning. Wah wah!!!
Aku selalu gak masak. Sebab husband tak suka makan kat luar (lain benor dengan selera aku yg suka makan kat luar) - So isteri mithali kan, ikut la selera dia ..
Aku malas masak yg grand2 (ke tak pandai?) .. paling senang masak nasi goreng. Mudah, ALL in ONE ... macam ada satu lagu tu..
"tukang masak kerejanya enteng, bangun pagi masak nasi goreng...."
Cuma aku pulak masak nasi goreng bila aku malas nak masak lauk2. So makan malam ke, sahur ke, breakfast ke, lunch ke, kalau dah malas, nasi goreng jer la jadi hidangan.
Nasib baik dia tak kisah ...
Dia tak kisah bukan sebab dia memang tak kisah.. dia tak kisah la sebab setiap kali aku masak nasi goreng yang kalau bukan time breakfast, aku sekalikan dengan kezutan..

Aku suka buat suprise mcm ni kat dia.. nasi goreng sebab malas, dihidang macam tu, sekali pulak dengan sebatang lilin kat atas meja, makan cuma berdua ketika anak sudah lena ... terus nasi goreng seafood biasa tu, jadi luar biasa .. itu lah yang aku buat kalau aku malas .. masak simple .. tapi presentation kena ada ..

Bila nasi dah tinggal separuh kat pinggan dia,

"banyak ni je ke awak masak?"

"Ada lagi dalam kuali la.."

aku nampak dia sambung makan laju - dengan muka lega sebab ada lagi nasi nak tambah.

Sedap kot?

Wednesday 20 July 2005

Hujan dan Fobia

Hari ni dimulakan dengan hujan. Bangun pagi sejuk aje, rupanya kat luar hujan. Lebat pulak tu (kat rumah aku lah)...aku ada history sikit dengan hujan lebat. Setiap kali hujan datang membasahi bumi, mula la jantung aku dup dap dup dap...even worse bila hujan datang sekali ngan angin. Setiap kali hujan lebat turun, ingatan aku secara automatik, terus masuk dalam time machine, dan zassssssss...balik semula time aku darjah 3, 19 tahun dulu ...

Petang Jumaat, 1986
Jumaat tu tak sekolah sebab time tu kat Johor, cuti hujung minggu ialah Jumaat dan Sabtu. So petang tu, mak tak ada kat rumah sebab pergi ke Balai raya - dewan untuk orang ramai kat kampung, untuk menghadiri Kelas Dewasa - kelas agama untuk para-para ibu, seminggu sekali, diajar percuma oleh ustaz2 jemputan.

Aku dan adik yg berumur 6 tahun tinggal kat rumah dengan kakak yang time tu form 1. Petang tu mendung, langit gelap. Kakak aku dah tutup daun2 tingkap rumah sebab dah jangka hujan lebat akan turun. Aku ngan adik yang mula2 main kat luar rumah pun dah masuk lepas kakak sound.

Tapi tiba-tiba adik aku merengek plak, nak gula-gula. Mula-mula tu ok lagi la pujuk dia, rupa-rupanya time tu la dia tak makan pujuk. Dia nak jugak gula2 dan ajak aku pegi beli kat kedai. Dia kata kalau takmo, dia pegi sorang je pun tak pe...alahaiii kesian pulak dengan nak hujan lagi... so aku ckp la kat kakak aku nk gi kedai kejap, sempat kot sampai rumah before hujan. Kakak aku no hal jer sbb kedai dekat je pun ... aku ingat masa aku pegi kedai, aku tgk jam dalam pukul 4.30pm.

kat kedai, masa pilih2 gula2, tiba2 hujan turun...lebat sangat...tak nampak langsung pemandangan luar, even basikal yg aku park tak sampai 500 meter dari kedai tu pun aku tak nampak, Aku cuma nampak kat luar putih aje.. lebat dan kuatnya air hujan turun, sampaikan tempias masuk ke dalam kedai..

Bukan setakat hujan lebat... hujan lebat bersama-sama dengan angin yang sangat kuat. Habis semua lantai di dalam kedai kena tempias hujan ... abang yang jaga kedai tu pun aku nampak macam panik, berlari ke sana sini nk tutup beras, gula, tepung dan barag2 yang terdedah (masa tu benda2 nih sumer org beli guna timbang, so stok semua dalam kantong)... Tapi dek kerana angin yang terlalu kuat, dia mengambil keputusan untuk menutup terus pintu kedai...

Tapi, masa dia nak tarik pintu tu lah...tiba tiba angin yang sangat kuat menampar pintu tersebut, menolak pintu tu ke arah kami...aku terus jerit sekuat hati, aku grab adik aku .. kami peluk abang kedai tu kuat2 sbb takut .. kebetulan dalam kedai tu ada sorang kawan aku yg rumah dia sebelah kedai (sama dinding - pintu sambung) - So kami berempat berlari kesana ke mari berpelukan .. then abang kedai tu suruh kami lari ke rumah kawan aku tu ..aku ikut ajer, masa berlari tu, adik aku terjatuh gula2 dia, dia nak ambik, aku marah dia ..aku tarik tangan dia... lepas jer aku tarik tangan dia, terus dinding tempat kami berdiri tu pulak tumbang ke arah tempat kami berdiri tadi .... kalau tak kerana ada rak2 berat yang menghalang dari dinding tu bertemu lantai, sure kami dah tertindih bawah dinding - time tu memang cemas sangat... aku dah menjerit Allahu Akbar! sekuat mungkin - aku dah rasa macam kiamat kot yang berlaku time tu... Semua dalam kedai dah basah, dengan kami2 pun basah sebab bumbung pun dah terbang di bawa angin. Aku tak jadik ikut kawan ke rumah dia sbb kaki dah kaku, tak tau nak buat apa.. aku peluk ajer adik aku kuat sambil menangis ... tak dapat aku bayangkan betapa paniknya abang kedai time tu, seorang dalam keadaan mcm tu, nak handle 2 org budak kecik yang tgh melolong ketakutan...

Angin kuat tu datang sekelip mata je. Selepas lebih kurang 2 minit, baru lah keadaan agak reda..hujan masih lebat, tapi padangan luar dah beransur kelihatan... aku nampak basikal aku dah tumbang jauh dari tempat aku park tadi. Aku menangis dan menjerit kat abang kedai kata nak balik, abang kedai tu melarang keras sebab dia khuatir angin tu datang lagi. Tapi aku tak kira, aku kena balik sebab aku kesian kakak aku sorang2 kat rumah. Abang kedai tu tarik tangan aku kuat2 tak bagi aku balik...

Dalam pada tangan aku ditarik tu, tiba2 aku ternampak kelibat mak aku lalu kedai tu dengan basikal dia.. laju je mak masa tu, mesti mak pun teringatkan anak2 kat rumah ... aku panggil nak sekuat hati sebab takut mak tak dengar suara aku sebab hujan lebat. Adik pun ikut sama panggil nama mak. Mak menoleh jugak setelah berkali2 kali menjerit. Mak terus berhentikan basikal, kami tanpa kisahkan abang kedai tu, terus lari selaju mungkin mendapatkan mak. Muka mak macam terperanjat sebab kami ada kat situ time tu...tapi tanpa banyak soal, mak tarik kami naik atas basikal, kami bertiga naik satu basikal. Mak kayuh basikal tu laju ke arah rumah kami.

Bila tengok rumah, Alhamdulillah...Tak ada apa yang terbang. Mak cepat2 dapatkan kakak..tanya mcm mana keadaan dia time angin kuat.. dia selamba je kata, dia tak der apa2 cuma angin kuat tu tolak tikar getah kat bahagian atas rumah - walaupun tingkap dah tutup...

Mak kata masa dia kat balai raya, dia nampak pusaran air keluar dari arah sungai, sekaligus bawak angin yg sangat kuat... tu yang mak terus balik, walaupun orang lain larang. Mak sanggup hadapi bahaya, asalkan dapat tengok anak2 dia selamat.

setengah jam lepas tu baru lah hujan reda. Tapi aku ngan adik tetap mengekori mak ke mana saja dia pergi. Kami takut sangat sebenarnya. Mak suruh kami baca selawat banyak2... aku ikut je mak cakap apa. Lepas tu, mak bawak kitorang pergi tgk rumah nyai kat sebelah, pokok durian nyai tumbang, nasib baik tak mengena rumah dia. Kami ke rumah jiran depan, sebahagian dapurnya rosak ditimpa pokok rambutan yang tumbang. Banyak lagi rumah lain yang rosak akibat angin tersebut.

Mak kata itu la Puting Beliung. Mak kata rumah kami selamat mungkin angin tu tak turun kat rumah kami sebab dia jalan turun naik...aku ada tanya mak, tak berat ke bawak kami naik basikal , laju pulak tu...mak jawab,
Masa tu macam ringan sangat, mungkin sebab tak fikir apa2 selain kakak dan rumah.

Dah lama perkara tu berlalu..tapi setiap kali hujan lebat, aku jadi fobia...lama jugak aku jadik pengikut setia mak kalau hujan. Hujan jer, sure semua peluk mak..Selawat ke atas nabi tak pernah aku lupa ...bila baca selawat, terasa senang sikit nak bernafas...

Bila ingat balik macam mana aku bergantung dengan mak bila takut, aku sedih pulak..mak bergantung pada sapa pulak bila dia takut? Lebih-lebih lagi selepas arwah bapak meninggalkan kami...kepada siapa mak adukan ketakutan mak? takkan la mak berani sepanjang masa? dulu aku ingat, seorang mak memang berani, tapi bila aku sendiri dah bergelar mak, aku tetap ada perasaan takut.

Dan yang pasti, semestinya mak cover rasa takut demi anak-anak...

Boleh ke aku?

Friday 15 July 2005

Mana boleh lupa

Wednesday, 13th lepas, a friend of mine selamat melahirkan cahayamatanya yang pertama. MAZA savely delivered a healthy 3.5 kg baby boy ... Tahniah ye Maza n husband, Catt. Sure hidup lebih ceria dengan kehadiran cahayamata ...

teringat plak time-time melahirkan Lydia hampir 11 bulan lepas ..

Lydia dijangka lahir pada 27.08.04 .... so biasanya a week before ibu mengandung dah tak ke mana2 sbb dah hampir sgt nak melahirkan ... boleh kata, anytime je tu..

Tapi aku tak. Adik ipar ada konvokesyen kat UTP, Tronoh on Sunday, 22.08.04 (5 days from expected due date) . Mak n Abah (in laws) mmg la kena pegi tgk anak bongsu dia ambil scroll tu.. Memandangkan adik beradik lain ada urusan lain yang tak dapat dielakkan, maka husband kenala menjalankan tanggungjawab, bawak mak n abah ke tronoh for the konvo.

Husband: "nak ikut ke nak tinggal ngan abang or kakak?"

aku: "Eh kena la ikut ke mana husband pergi"

Husband: "Tak takut ke kalau tetiba nk deliver time tu?"

Aku: "Sebab takut la saya ikut, apa2 jadi pun, abang kena ada..."

So dengan confident aku ikut jer husband hantar mak n abah. Seawal 6 pagi dah kuar dari rumah, sbb majlis konvo start pukul 8.30 pagi.

Kat sana, aku sempat la berjalan2 round2 UTP, tgk2 tapak pesta konvo dia ... dengan membawak perut yang tgh tunggu masa tu.. and yang bestnya, sempat gak aku bersalam dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir dan isteri sebelum dia ke dewan untuk menyampaikan scroll kepada adik ipar...sempat gak Tun Dr Siti Hasmah bagi nasihat sambil pegang perut aku ... ehehhe..

So seharian tu, Alhamdulillah, tak der apa terjadi pada hari tu ...

So hari2 selepas tu berlalu dengan lambat rasanya. Semua ahli keluarga rasanya dah mula risau, kenapa la aku tak bersalin lagi ... aku pun hairan, sebab member2 lain, biasanya melahirkan baby diorang awal daripada jangkaan ... Aku pulak, masih lagi sihat wal'afiat, pergi balik kerja tak der tanda2 akan bersalin.

26.08.04 - pagi

Macam biasa, buat weekly check up ngan doctor .. doctor checked n buat CTG (check contraction level) - and dia kata aku lom ada contraction, and baru bukak 1 cm, maybe have to wait 3 to 4 days before dia induce kalau overdue...

Aku berdoa mintak2 la malam tu aku akan bersalin ... aku takmo la overdue

So balik dari check up, aku gi umah abang aku sbb mak aku dah ada kat sana (datang sebab aku dah dekat nk bersalin)... mak dah masakkan gulai ikan pari ..

mak siap berseloroh lagi, " entah2 lepas mkn lauk masakan mak, baru baby nak keluar.." dan aku tergelak ...

Malam tu ... selepas Isya' dah ready untuk tidur.. tiba2 aku terasa mcm pinggang sakit, macam sakit senggugut..

"Sakit ni nama dia contraction ke bang?" Soalan aku untuk suami.

"Err..mana lah abang tahu, sakit sangat ke?" jawapan dia..

"sakit lah, tapi tak la sakit sgt..entah2 sebab saya salah makan tak? abang tahu tak kalau food poisoning tu mcm mana rasa dia?" sekali lagi dia geleng kepala dan jawab,

"Entah, abg pon tak pernah experience food poisoning" jawab dia ..dan soalan aku terhenti di situ... sbb sakit berkurang, mata pun dah lelap.

27.08.2005 - pukul 5 am..

"abang, semakin sakit lah..." aku kejutkan dia

"nak gi hospital skang ke? dah time kot" cadang dia

"tapi, mcm mana kalau ni bukan sakit nk besalin? malu la saya kalau ni sakit perut biasa" aku sempat berdalih. Memang dalam hati berdebar2..segan la kalau itu bukan sakit contraction.

"So, awak nk buat mcm mana? nak call mak ke?" dia plak tanya aku

"isk, pagi2 nih, tak payah la dulu" saya tunggu jap, ntah2 kejap lagi okay" ujarku, dia angguk dan sambung letak kepala kat bantal. Ceh!

Aku plak berjalan mundar mandir sambil fikir nak ke hospital ke tak ... semakin aku berjalan2, semakin mcm nak patah pinggang tahan sakit..so last-last, aku kejut lagi dia jugak and kami bergegas ke hospital. Tapi on the way tu sempat gak isi minyak keta, then bila sampai kat parking hospital, aku still rasa ragu2 sama ada nak naik or tak. husband pun pening tgk aku tak boleh nk decide. Last-last, he turned off the engine, and tarik je aku kuar dari keta naik ke atas..dia kata, kalau nk tunggu aku buat decision, mahu sampai terberanak kat situ...

Bila nurse check, rupanya laluan baby dah bukak 5 cm..terus dia suh get ready n sorong aku ke labour room...masa tu dah pukul 7 pagi kot. Husband aku dah called dua2 orang mak .. and tak sampai satu jam, dua2 dah ada kat waiting room ..

Manalah aku tahu, daripada 5 cm nak ke 10 cm tuu..mak aiii lamanyerrr... time tu mmg dah tak tertahan sakitnyer.. before pintu rahim bukak 10 cm, nurse tak kasik aku teran sangat, bahaya .. ahhh dah sakit aku peduli apa kan.. curik2 gak aku teran, husband aku lak marah sbb dia kata aku degil takmo dgr nasihat nurse..aku apa lagik,

"ala..awak tak sakit boleh la ckp..saya sakit sgt laaa..." dia terus mati kutu .. aku faham maksud dia, tapi takbleh buat apa laa...sakit yang datang mmg hebat lah...aku rasa tangan husband aku boleh kempis kot sbb aku genggam macam apa ntah eratnya...kesian hehehe..

Happy gile bila doc kata, "okay, boleh push skarang, dah nampak kepala baby tu...bila doc kira sampai 3, u mesti push sekuat hati...push dari perut tau.." aku angguk banyak kali..tapi bila push, doc kata salah teknik, aku push dada, bukan perut... so, buat 2nd try...and this time aku push sekuat hati, dari perut ..dan....tadaaaa...

itu lah.... selain baby comel keluar, air mata gembira aku pun keluar jugak ... hehehee.... dan dari labour room tu, aku nampak hujan renyai2 kat luar ... hujan rahmat di pagi Jumaat ( 10.56 am) yang mengiringi dan menyambut kehadiran puteri sulong aku ... sekurang2nya, itu yang aku rasa ...

Thursday 14 July 2005

Kenduri

Hujung minggu ni kami sekeluarga akan balik kampung lagi. Mak kata nak buat kenduri untuk arwah bapak. So kitorang 6 beradik akan berkumpul la kat kampung. Aku dan husband decide nak balik on friday nite after kerja..w/pun kenduri will be on Sunday siang (agaknya mak faham, anak2 dia semua kaki AF so kalau buat malam minggu, sumer tak concentrate - kot ) .. entah laa ...

Every year, memang mak tak pernah lupa nak buat kenduri khas untuk bacaan tahlil dan doa2 untuk semua ahli keluarga yang dah meninggal - khasnya untuk arwah nyai (nenek), Ya'ie (datuk), dan yang paling rapat, arwah bapak... Kenduri ini kitorang selalu sebut as kenduri arwah ...


Arwah bapak meninggalkan kami ketika usia aku 8 tahun. Diam tak diam, sudah 20 tahun arwah pergi. Mak pulak rasanya masih awal 40-an semasa menjadi balu. kakak sulong pada waktu itu sudah berkahwin dan beranak satu (Alhamdulillah kerana arwah berkesempatan untuk melihat cucu), sementara 5 anak-anak yang lain masih belum bekerja. Seorang abang masih di ITM, seorang abang dan seorang kakak masih di sekolah menengah, aku darjah dua dan adik yang bongsu baru berusia 5 tahun.

Beliau (arwah bapak) meninggal kerana sakit. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan yang tenang - itu yang aku ingat,

Dan aku ingat kami adik beradik bergilir-gilir mengucup dahi arwah untuk kali terakhir sebelum jasadnya di bawa pergi. Rasanya masa tu aku belum begitu mengerti kepedihan seperti abang-abang dan kakak-kakak aku rasa.. kerana waktu tu aku mcm happy pulak sebab ramai sepupu yang datang .. sempat bermain sebelum ditegah oleh abang.

Dan aku ingat juga, salah seorang kakak yg ketika itu berumur 13 tahun berkata pada aku, "bapak dah tak ade" sambil menangis memelukku...pelukan ikhlas dari seorang kakak dan rakan gaduh time tu.

Dan aku ingat orang ramai datang mengusap kepalaku sambil menyelitkan not not seringgit di jari jemariku...

Dan aku ingat wajah tabah mak menerima kenyataan itu. Agaknya mak menangis, tapi bukan di depan kami anak-anak...

Dan aku ingat mak memeluk kami semua ketika lori yang membawa jasad arwah berlalu meninggalkan halaman rumah...

Dan aku ingat wajah arwah ..

wajahnya tenang, setenang orangnya..kata-katanya sentiasa lembut didengar...memang berbeza dengan sikap mak yang lebih outspoken dan suka bergurau.

Mungkin kerana sikapnya yang agak pendiam itu menyebabkan kami adik beradik tidak begitu rapat dengan beliau. namun begitu, tidak pernah kurang kasih sayang kami kepadanya sebagaimana penuhnya kasih beliau kepada kami - aku tau tu.

Dan aku ingat penampar lembut arwah singgah ke pipi ku di kala aku melawan tidak mahu mengaji selepas maghrib, dan aku mengadu kepada mak. Tapi akhirnya aku kena mengaji jugak, dengan lelehan air mata dan sedu sedan yang terpaksa aku tahan sbb mak kata, semakin aku nangis, semakin mak nak suruh aku ngaji sampai pukul 10 malam... so nak tak nak, kena la berenti nangis.

Dan aku ingat masa aku darjah satu, arwah menggantikan tempat mak, hadir ke sekolah untuk mesyuarat PIBG. Mesyuarat yang rata-rata dihadiri oleh kaum ibu. Tapi arwah bapak datang. Satu pengorbanan daripada beliau untuk seorang isteri dan anak-anak. Arwah datang lambat sikit sebab pergi kebun dulu... datang bukan dengan tangan kosong - ada kuih muih. untuk aku dan kakak yang masa tu dalam darjah 5.

Dan aku ingat arwah bapak membawa kami membeli kasut dan mercun sehari sebelum hari raya pada setiap tahun..yang sehingga kini tradisi itu kami teruskan..cuma bukan mercun.

Jadi bila arwah bapak tak ada selepas hari itu... baru aku rasa kehilangan.

Aku bangga dengan arwah bapak atas segalan yang pernah dilakukan untuk kami sekeluarga..

Tapi above all, aku paling bangga dengan mak yang berjaya membesarkan kami adik beradik, seorang diri ... ditinggalkan suami dalam usia muda, dengan anak-anak yang hampir semua masih belajar, membanting tulang, menoreh getah dan menguruskan rumah dan anak2 ...tidak pernah mengeluh sehingga kesemua kami berjaya ke menara gading. ...

dan aku tahu, arwah bapak semestinya berbangga dengan mak ....

Wednesday 6 July 2005

A project, A meeting and an Actor

Kalau mata gerak2 sendiri apa maknanyanya ek? Sebelah kiri plak tu...entah la tak tahu....maybe I’m (still) sleepy at 4 pm.

Impossible lah.

After lunch, I had a meeting with the EAI vendors from S’pore. Among them, there was one guy that attracts us (me? No laaahh). A chinese guy that has no chinese face. The style was obviously Hong Kong style..with an earring at his left ear (I did notice that too?) – Its nothing actually, it’s just that I never thought that the technical guy will looks like actor. Sangkaan akan ngantuk masa meeting memang meleset sama sekali...owwhhhh.. I think this guy has fall into wrong career la..but never mind lah, I’m quite happy knowing that we will work together (as a team – with other more or less 10 members) for the next couple of months. Stop it! C’mon la...bukan gete’ okay..sajalah, nak kasik cheer up the meeting room, or else the meeting will be some kind of a very dull session la..no good scenery to look at what.... wahahhaha... puh-leaseeee...laa

So that’s about the actor guy. Kalau zaman kolej dulu, sure dah add dia jadik sireh (panggilan kami (kawan2) to all mamat2 yg diushar)

Ish, bergerak lagi mata kiriku...

Back to work! So I’m in new project now! (after like 5 years doing the same things). And this time, doing technical (What?) ... correction! I’ve been assigned into infrastructure group. It means hardware, software, security bla bla bla...all but functionalities for application (which I used to be in) – New Animal they said.

Good luck!

Tak kisahlah.

Tuesday 5 July 2005

Bonus?

Tak dinafikan, acara yg paling dinanti2kan saban tahun ialah .. BONUS ... biar lah seciput mana pun bonus, still suka (walau dalam hati mcm tak cukup) .. biasanya (pada aku) sebelum bonus kuar, mcm2 dah kuar dari otak ..nak itu nak ini .. ala, biasa la kan, nafsu pompuan kan banyakssss .. tapi sebenarnya, hakikatnya bila hari bonus tu kuar, tak banyak pun yg bleh dibuat .. belum pun sempat nak merasa ..tup tup dah habis plak.

So this month, co. aku bg bonus satu perdua bulan (ajer) dari gaji. Malu ke bonus sikit. Tak lah. Bukan bonus sikit disbbkan oleh performance aku, tapi performance company yg kureng. Tapi, performance co. bukan dtg dari performance staff ke? eh? nak kena jawab ke tu? errkk .. daaa..

apa lah diharap padi seberang entahkan jadi entahkan tidak, apalah diharap bonus yang kurang, entahkan cukup entahkan tidak .. (terngiang2 fuad dok nyanyi lagu nih - sedap tapi aku tak minat.)

jgn tanya lah apa nk buat ngan bonus. tau dah, sure tak ke mana, bawak gi giant sehari dah lesap. Dapat beli stok dua tiga bulan diapers ngan susu anak kira dah cukup cun la tu. Jgn diharap nk gi melancong (even ke genting) dgn bonus. HEHEHE ..

so dont depends on bonus.

hm...bila la nak bulan june tahun depan ek? hehehe agak2 dapat tak tiga bulan bonus?

aku tetap aku.

ha ha ha.

Popular Posts