Friday 30 January 2015

Pot Luck dengan BFFs

Beberapa minggu lepas, BFFs masa kat kolej yayasan pelajaran mara (dulu MARA Community College) dulu datang bertandang ke rumah sempena mek Rose yang balik bercuti dari Melbourne. Lagipun sejak saya pindah rumah, dorang lom bertandang dek kerana masing2 sibuk.. Maklum le bila dh berkeluarga mmg ada jek urusan. Paham sangat!

Alhamdulillah le ramai available utk weekend tu dan mereka OK bila saya sajes ke rumah saya je. Hehehe kelebihan untuk sayalah! Kalau nak keluar mkn kat kedai mmg agak serabut gak ngan anak2 nanti tak fokus nk sembang! Hehehe kalau kat rumah ok lah bebudak buat hal masing2..

Juita cadangkan pot luck saya folo je.. So hari tu meriah food. Juita masak pasta, mek rose bawak KFC, Lyn bawak ayam percik ayamas, farahiyah plak bawak bahan2 utk desert banana split! Yumm!! Saya lak masak mi bandung je.. Sempoi gitu..

Syok bersembang dan berposing sampai tak rasa masa berjalan. Tetiba dorang dh mintak diri nak balik.

Alahai.. Entah bila lah lagi boleh lepak sama mcm tu.. Semoga kami semua diberi kesihatan dan umur panjang untuk berjumpa lagi... Lagi bagus kalau ada rezeki utk pergi ke.Melbourne sama2 melawat mek rose dan hasben omputeh dia hehehe..

Ok jom layan pic. :-)

Layan monopod hehehe...


Layan album, check gegambo lama maza kami kat kolej dulu... 
Pot Luck.. 
Lyn, Jue, myself, Mek Rose
Prepared by Farah
banana split kids version

Thursday 29 January 2015

Pesta Buku Selangor 2015 di Shah Alam

Selepas mak discharged dari DEMC, saya singgah ke SACC untuk tengok2 Pesta Buku Selangor yg bermula pada hari ni, kat SACC tu. Alhamdulillah dapat lah juga beli beberapa buku untuk diri sendiri dan anak-anak. Yang untuk anak2 tu saya confirm dorang akan terus habis baca bila saya kasi dorang nanti. (plan nak kasik utk dorang baca masa weekend so tak la ganggu malam hari sekolah).. 

Buku untuk diri sendiri tu, hehe.. Harap2 dpt la habis.. InshaAllah..

Kebanyakan gerai menjual buku2 islamik. Ralit juga saya berhenti di setiap gerai. Untungla mereka yg ada kedai buku. Leh duduk baca buku hehe..

Selain gerai buku, ada jugak beberapa gerai yg sediakan ruang untuk kita wakafkan Al-Quran kepada sekolah2 yg memerlukan.

So uols datanglah ke pesta buku ni.. Akan ada dari 29 jan 2015 sampai 8 feb 2015. Bawak anak2 lagi meriah tapi bersedialah ngan duit sbb mmg buku kanak2 banyak.. Terutama bahasa melayu. Tapi english pun ada cuma tak la sebanyak buku bahasa melayu..


Hasil tangkapan 
Antara gerai yg ada..

----

Fara 0192390107

Tuesday 27 January 2015

Resepi ringkas Bihun goreng singapore

Walaupun masak memasak bukan my forte, tapi naluri kewanitaan memang tak dapat dinafikanlah kan hehe.. Maka masak tetap ada waima yang simple je. Antara menu simple yang saya suka buat ialah bihun goreng putih atau ada jugak yang sebut bihun goreng singapore. Saya kata dia simple sebab tak menggunakan bahan asas yang banyak, so penyediaan jadi pantas. seswai la utk menu sarapan pagi sebelum anak-anak ke sekolah. Selain tu ia sesuai juga dihidangkan kalau ada tetamu yang datang secara ad-hoc. Simple namun sedap.

Meh kita tengok apa bahan2 yg dikata simple tu.

Bahan untuk resepi mihun/bihun goreng singapura.
1. Sebungkus mihun (rendam dlm 15 minit**)
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Sebiji telur
5. Garam & gula secukup rasa
6. Pati ayam 1 cube
7. Semangkuk hirisan kecil daging lembu (yg belum direbus lebih sedap)
8. Lobak hiris panjang halus
9. Lada hitam secukup rasa


Cara:
- Panaskan minyak
- Tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau
- Masukkan pati ayam
- Masukkan daging dan tutup supaya lembut
- Masukkan telur dan gaul rata
- Masukkan lobak
- Tabur sedikit garam dan gula (secukup rasa ye, saya tak de sukatan utk ni... )
- Taburkan lada hitam ikut selera kepedasan yg kita suka.
- Masukkan bihun dan kacau kalau bihun masih belum lembut tambahkan air dan kacau perlahan-lahan dengan api kecil.

(**ada org suka rendam ngan air panas supaya lembut.. Tapi selalu saya rendam ngan air biasa kejap je dan mmg saya prefer tambah air masa dalam kuali)
- Matikan api sekiranya bihun dah lembut, dan cukup masin, manis, pedas ikut selera kita. Saya suka bihun yang kenyal-kenyal sikit dan tak kelihatan hancur (banyak sangat atau kuat sangat gaul sampai putus2)
Kalau nak hidang cun, bleh la hias ngan taburkan hirisan cili besar merah, daun sup, bawang goreng dan telur dadar... Kalau nak lebih kick, makan ngan cili padi potong!!


Siap!!


Sorry saya tak ada pic yang perfect dengan hiasan. Selalunga saya tak hias pun.. Ngap je terus.. Hehe.. Pic bawah ni ha sempoi habis.. Buat waktu awal pagi mmg mana yg ada je.. Carrot pun sikit je letak.. Pucat gitu tapi rasanya sedap percayalah hahahaha!!!
Semoga memberi manfaat! :-)


#visitmyig hehehe

Monday 26 January 2015

Pisang goreng cicah sambal kicap

Orang Johor memang dah tahap wajib tahu lah cara makan pisang goreng cicah dengan sambal kicap ni. Dulu masa saya belum pernah merantau ke luar dari Johor, saya anggap cara makan begitu memang diketahui seluruh Malaysia. Hehe minda sempit, pada saya, apa yg saya lihat di kampung saya mesti ada di luar dan apa yg ada di luar adalah apa yang saya nampak di kampung saya. Kecik pemandangan kan? Bila dah bercampur dengan kawan2 dari negeri lain baru le tahu mereka tak familiar dengan pasangan pisang goreng dan sambal kicap ni. Bahkan sambal kicap mereka pun tak sama dengan sambal kicap saya.


Kalau uols nak tau, sambal kicap adalah antara menu pertama yg mak saya ajar di dapur selain sambal belacan, asam pedas dan nasi. Hehehe. 

Darjah 4 kot mak dah mula kasik saya peluang menumbuk cili di lesung batu. Ini resepi sambal kicap yang mula2 mak ajar kepada saya. Setiap kali dapat assignment buat sambal kicap, itu je sukatan yg saya ikut.

Bahan dan cara buat sambal kicap johor style:

  • Cili padi 10 biji (campur hijau dan merah)
  • Gula satu sudu makan
  • Bawang putih seulas
  • Kicap manis secukupnya.


Masukkan 3 bahan pertama tu ke dalam lesung dan tumbuk sampai lumat. Lepas tu masukkan kicap secukupnya. Tak reti nak explain secukupnya tu camne. Hehehe.. Tengok je la dalam pic tu. Tak perlu campur air kerana nanti cair, tak sedap dicicah. Likat2 gitu bila dicicah akan melekat pada pisang.. Yummmm... Hidang bersama teh-O panas bersama keluarga waktu sarapan pagi atau minum petang. Yummm!!


Pisang pulak, saya suka pisang raja, pisang nangka, pisang awak dan pisang tanduk! Saya salut dengan tepung gandum, garam dan air sahaja.. Tak perlu tepung beras dan kunyit mcm yg selalu gerai buat.


Pendek kata, kalau nak compare dengan pisang goreng cheese segala bagai tu, pisang goreng cicah sambal kicap adalah paling WIN sekali!!!!
P/s: sekarang saya lebih suka guna chopper je gantikan lesung. Chopper tau, bukan blender. Kalau blender kena letak air plak.. Kurang dah original dia tu ...Hehe chopper dpt kurangkan risiko tangan pijar selepas menumbuk. Tangan pijar tu dh biasa sgt masa kecik dulu. Mak saya pernah sambil berseloroh bagi tips takmo pijar tu .. Ekeke tapi takpe la x sesuai nk share sini eekekeke.. Tapi kalau pijar juga, teruslah rendamkan tangan ke dalam beras. Hehe..


Itu sahaja perkongsian resepi ringkas dari saya! Selamat mencuba :-)


*notakaki fakta kesihatan:
- pisang goreng adalah lebih tinggi kalori berbanding pisang masak yg tidak digoreng
- penggunaan minyak masak (yg baru) bebas kolesterol adalah lebih baik.



pisang nangka ni dari pokok pisang mak mertua sebelah rumah... Alhamdulillah...

Hari pertama sekolah 2015

Hari pertama sekolah 2015 ni bukan sahaja bagi Fahren (entry sebelum ini) tetapi juga untuk anak kedua saya, idlan. Tahun ni Idlan dah masuk masuk darjah satu, alhamdulillah..

Saya dan suami ambik cuti hari pertama sekolah ni. Sebelah pagi, husband saya hantar Idlan ke KAFA sementara saya pulak hantar Fahren ke PASTI. Sebelah petang pulak kami sama-sama hantar Idlan ke Sekolah kebangsaan. 

Oleh kerana abang Lan dah bersekolah tadika PASTI dua tahun, pergi ke darjah satu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dia.. saya cuam perlu pantau dia dalam hal membeli makanan di kantin je lah.. InshaAllah untuk sesi pagi (KAFA), saya akan bawakan bekal dari rumah. Tapi untuk sesi petang (sekolah kebangsaan), saya tak dapat nk buat gitu sebab saya bekerja .. itupun syukurlah dapat jugak bawakkan bekal.. :-)

So hari pertama tu saya tgk Idlan pun dah boleh membawa diri. Walaupun dia satu sekolah dengan kakak dia, mereka berlainan sesi so mmg dia kena lah independent.

Saya doakan idlan dapat melalui hari persekolahan dengan mudah dan semoga dia dan semua anak-anak kita dilindungi sentiasa oleh Allah S.W.T. inshaAllah..


Kelas sementara sebelum ujian penentuan kelas
belajar membeli di kantin. Beli Pau
muka serius je :-)
antara anak-anak darjah 1 lain
beg bebudak darjah satu sama jek hahaha... tahun ni tema frozen paling popular

Friday 23 January 2015

Fahren pun ke tadika islam PASTI ikut jejak kakak dan abang

Entry tertangguh. Tapi nak tulis jugak. Anak ke-3 saya, Fahren Adly tahun ni berumur 5 tahun. Dah habis program belajar membaca Cahayaku masa 4 tahun so as usual ke tadika formal lah pulak. Thanks ibu Tina (ibu kat nursery) yang sudi luangkan masa mengajar Fahren membaca (bahasa melayu) :-)


Fahren dari awal memang dah decided nak sekolah kat PASTI, dan to be specific, PASTI yang sama dengan kakak dan abangnya (Lydia & Idlan). Saya ingatkan nak le cuba hantar ke tadika islam yang lain, especially yang english medium, biar anak2 familiar dengan english edukesyen gitu kan. ahaks.. Tapi atas sebab logistik, kami redho lah settle kan Fahren kat tempat yg sama jugak ngan abang dan kakak dia. Semoga ada rezeki anak-anak lain pulak ke tadika english medium, inshaAllah.. Hikmah anak ramai gitu la kot. tak dapat sekarang, inshaAllah masa lain adalah rezeki tu. Wallahu'alam..


Tak macam tadika english medium yang susah nak dapat area saya, PASTI pulak banyak pilihan. Hehehe.. Kira mcm PASTI atau PASTI? gitu hahaa.. Saya ada berniat nak hantar ke PASTI yg lain, yang baru dan lebih moden dari segi prasarana.. Tapi entah mcm mana, akhirnya keputusan tetap ke PASTI yg sama. Masih ada rasa nak membantu PASTI Yg sama jugak.. Maka ke situ lagi laaa.. Hehehe cikgu2 semua pun dh kenal muka saya sebab every 2 years enroll anak. Kalau ada PIBG, maybe saya leh jadi pengerusi. hahaha iyo la tuh. I doubt ekeke..


Pic atas: hehe muka bosan. Hari pertama tu dia masuk kelas 5 Usman. Kelas tu suasana dia agak suram sket mcm kurang pencahayaan. Dulu abang Lan kelas tu jugak tapi sebab abang Lan tu suara mcm pakai speaker, maka no problem for him. Fahren lak nampak mcm mandom je kat kelas tu. So hari kedua saya request kat cikgu nak masukkan ke kelas Umar. Alhamdulillah kat kelas Umar baru la nampak dia aktif (tak ada la plak pic kelas hari ke dua hehe)
Pic atas: Fahren lom ada kawan. Berdiri sepi di perkarangan sekolah. PASTI ni milik ustaz dan ustazah dan bangunan sekolah (4 kelas) dibina di halaman kediaman mereka yang luas dan berpagar. Selesa lah untuk anak-anak nak bermain berlarian. Hari sukan dan konsert akhir tahun pun buat kat perkarangan sekolah ni je (aka. halaman). Sempoi kan? Semuanya tentang PASTI ini adalah sempoi.
Pic atas: Kedudukan Fahren dalam kelas. Kelas ni macam agak sempit dengan susunan meja mcm tu. Tahun lepas meja disusun berdua-dua tapi tahun ni tukar style. Tapi saya memang suka style in group mcm ni, cuma kalau kena yang membelakangi cikgu, aduh sakit tengkuk kot ekekkee.. nampak tak buku tinggi menggunung kat meja cikgu tu? ha.. semua buku yang dibeli, kasik kat cikgu sebab cikgu akan simpan dalam locker. Seminggu sekali baru bawak balik utk parents tengok kerja anak-anak.
Pic atas: Oleh kerana Fahren lom ada kawan dan dia plak bukan jenis peramah, kemain kusyuk la dia buat kerja yang cikgu suruh.. saya snap ni dari luar kelas, nyorok2 di sebalik langsir tingkap hehehe..
Alhamdulillah.. masa tulis ni, dah 2 minggu Fahren kat PASTI dan nampak gaya takde problem. Bangun pagi agak liat tapi once dah mandi, ceria jek. Syukur lah. :-)


Insha Allah next entry saya nak story pasal abang dia pulak. Idlan masuk darjah satu! haha tangguh dan tangguh sokmo!

Salam sayang uols!!!

Tuesday 20 January 2015

Harga minyak global turun menjunam

Amboi tajuk akak tuu... kemain ekonomi bunyi dia hehehe..


Sebenarnya akak tengah dengar PM kita Datuk Seri Najib tgh bercakap kat TV3 pasal kedudukan kewangan negara. haha PM cakap kat TV, tapi akak dengo instead of tengok. Acaner tu? hehehe akak dok dalam bilik ni, tgh seru ilham nak settlekan reports. Programming skill dah makin merudum walaupun telan Omega Guard, kerana passion tu dah tak 100% macam masa fresh grad dulu. hahaha DULUUUU ok .... lama dah tuuu...


Eh. ok. 


PM plak tgh cakap kat TV kat luar, saja je kupasang TV kuar sikit buat peneman. Work From Home gini ler.. takde opismet nak borak, kita pasang TV jek. tapi make sure bukan pasang channel2 yg ada movie bagai.. kang ke laut lak fokus. (ni pun dah ke laut, sementara carik ilham, terrrrblogwalk pulak)


Sebenarnya, PM nak bagitau yang bajet 2015 akan dikaji semula berikutan penurunan harga minyak yang mendadak ni. Akak pulak sebenarnya lebih kepada tertanya-tanya dalam diri, apalah nasib bonus akak bulan march nanti hahaha! maklumlah petronas la yang terjejas dengan penurunan harga minyak tu. Tapi apa-apa hal pun, akak redho jek.. akak memang nak kurangkan kebergantungan kepada bonus dan gaji.. seboleh2nya kurangkan komitment guna gaji dan bonus akak.. guna gaji dan bonus suami takpe hehehe..


Maklumlah, akak kan nak jadi SAHM!




Akak memang tak putus berdoa agar satu hari nanti (semasa akak masih muda ni - consider muda lah sebab masih sihat. Alhamdulillah) akak dapat rezeki jadi stay at home mom. Bahagia betul akak bila fikir yang akak akan jadi super busy di rumah dari awal pagi sampai awal malam. kihkhkih... akak sedar sangat, jadi SAHM bukan senang, tapi akak tetap mahu merasainya dengan hati yang lapang. akak mahu. dan lebih bahagia lagi, kalau akak jadi SAHMWOM. HAAA!!! amik tu, panjang kan shortform akak? Stay at home mom WITH OWN MONEY! haa gitu. SAHM tu dah bahagia sangat.. SAHMWOM tu bonus sangat lahh... :-)


Nasib baik akak ada Shaklee sebagai bisnes sampingan yang ada bonus tiap bulan. Walaupun ada ketikanya merudum jugek, tapi akak tetap yakin percaya yang jalan dah ada, InshaAllah..


Akhir kata, akak akak harap apa yang berlaku dalam negara kita ni, memberi hikmah kepada kita orang islam khususnya, inshaAlah..


Monday 12 January 2015

Taman Botani Negara, Shah Alam

Hujung minggu pertama dalam tahun 2015 kami bawa anak-anak ke Taman Botani Negara, Shah Alam. Tak tau pulak namanya dah tukar kepada Taman Botani. Sebelun ni kan namanya Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam dan ramai yang lebih selesa panggil Bukit Cherakah. Tak de la planned pun ke situ, tapi memandangkan cuti sekolah extend, bawak la diorang ke situ. Dekat dan tiket masuk tak mahal sangat.


Masuk: dewasa rm3, kanak2 rm1
Rumah 4 musim (musim salji): dewasa rm5, kanak2 rm3


Kali terakhir saya ke sana rasanya lebih 10 tahun dah, sebelum kahwin lagi amboi hahaha! Tapi pergi dulu setakat tengok2 taman haiwan je, tak masuk pun rumah 4 cuaca tu. Kali ni bawak ke anak2 ke sotu, plus bawak naik bas tu. Dulu kan mcm glemer dulu bas tu hehe..


Tapi, pergi baru2 ni, saya rasa masa tu terbuang kat menunggu je. Tunggu bas je dah almost 30 minit. Tapi sebab bebudak nak naik bas, ikut gak laaa..


Satu lagi masa menunggu ialah masa naj masuk rumah 4 musim (salji) .. Tunggguuu gak lagi.. Dah tu masuk ke tempat yg kecik tu beramai2 adeh hahaha... Tapi takde la ku komplen sgt,, rm5 kowt... Nak best pegi le icity kot kan? Ke tak best? Ku belom pegi lagi wlaupun dekat gak...


Keluar dari rumah salji, kami jalan kaki je ke taman haiwan, pastu balik semula ke pintu utama dan keluar... Alhamdulillag.. Cool jugak le... Bebudak enjoy je... Lepas tu kami pekena asam pedas kat seksyen 7. Ikan pari dan kepala ikan merah.. Yummm...  Ok jom layan pic2 arituh..



hahaha Bermonopod di kala matahari tegak di kepala.. LOL..



bbbbrrrrrrr... sejuuuukkkk



Wednesday 7 January 2015

Tips membesarkan anak-anak tanpa pembantu rumah

Ramai yang cadangkan saya ambil maid sejak saya bersalinkan anak yang ke tiga lagi, berdasarkan kira-kira perbandingan kos ambil pembantu dan upah nursery. Saya takde la menentang sangat tapi takde lah terburu-buru juga nak ambil maid. Antara sebab saya tak ambil maid ialah saya ni jenis malas melalui pelbagai procedure sebelum dapat maid tu.


Dalam pada saya tak buat apa-apa tu (redho), tup-tup anak dah lima! dan saya masih lagi bekerja, dan saya masih lagi menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak, dan saya masih lagi struggle pada waktu pagi dan malam hahaha! Tapi dalam pada struggle tu, saya masih survive, Alhamdulillah.. 


Apa tips saya? oh layak ke saya bagi tips? hmmm takpe la saya nak berkongsi sahaja manalah tahu memberi manfaat :-)


Kekalkan kesihatan Seisi rumah

Serius, ini SANGAT utama! tanpa pembantu rumah ibu-bapa bekerja memang kalau boleh tak mahu anak-anak dapat sakit yang memerlukan kami cuti yang panjang. Sebelum itu terjadi, kita jaga dulu. Sakit sikit-sikit tu ada lah dah nama pun manusia kan? tapi Alhamdulillah tak lagi sampai perlukan kami habiskan cuti kat situ je. Jaga kesihatan ~ jaga cuti ~ akhirnya, cuti boleh digunakan untuk pergi bercuti dengan badan yang sihat.. inshaAllah


Anak-anak duduk di taska, memang terdedah sangat dengan pelbagai masalah kesihatan. Paling kerap ialah selsema. Takkan lah saya nak marah taska pulak, kan? jadi apa yang saya boleh buat ialah beri anak-anak saya pemakanan yang seimbang agar mereka dapt khasiat yang boleh menguatkan sistem pertahanan badan mereka.


Tapi, makanan seimbang macam mana lah sangat yang boleh seorang ibu bekerja (bekerja jauh satu hal, errkk.. ada kemalasan jugak satu hal) berikan kepada anak-anak yang sangat perlu nutrisi tu kan.. jadi saya mula berikan mereka makanan tambahan. Sebenarnya sebab tu la jugak saya terus jadi distributor Shaklee. Dah alang-alang beri kepada anak-anak, kenapa tak kongsi pengalaman saya dan anak-anak juga, kan? bukan nya sesuatu yang salah berkongsi tentang ni kan?


Vitamin C adalah vitamin pertama saya kenalkan kepada anak-anak. tapi vitamin kat farmasi lah. bebudak suka ya amat sebab manis.. bila dah kenal Shaklee, saya ganti dengan vitamin C Shaklee yang mesra kanak-kanak sebab boleh dikunyah. Tapi, anak sulong saya cikLydia tu mmg memilih, dia tak nak pun vitamin C Shaklee sebab masam katanya. Tapi adik-adik dia tak pulak menolak. laju je kunyah. sampai takmo stop la pulak terutama Daleela yang berumur 3 tahun tu. 

*Masam tu, rasa asli, manis pulak tambahan gula - Itu yang membezakan Shaklee dengan produk lain yang orang kata 'sedap'*

Kemudian, saya kenalkan pulak NUTRIFERON. Alhamdulillah semua anak-anak suka dengan NUTRIFERON berbentuk serbuk ni. walaupun kanak-kanak lain ada yang ambik ni dengan air, anak-anak saya makan camtu je. 


Tapi, dah lama rumah saya tak de stok vitamin C mahupun Nutriferon. Anak-anak sampai dah tanya bila nak beli. Setiap kali saya makan vitamin saya, Setiap kali itulah dorang tanya mana vitamin dorang. hehehe... 


So bulan jan ni, Alhamdulillah perancangan bajet kami dah masukkan supplement dalam list of keperluan bulanan. Kebetulan pulak, Shaklee dah keluarkan semula multivitamin untuk kanak-kanak (VITALEA FOR CHILDREN). Tak lengah-lengah lagi, zass saya beli.. Adakah anak-anak saya terima?? a haaa tungguuuu saya kongsi di lain entry ok?


berbalik kepada tajuk saya, dengan kesihatan yang tip top dalam setiap orang dalam rumah, inshaAllah semua urusan dapat diselesaikan. 


Kompromi Suami Isteri

Serius! ini pun sangat utama! Suami kan, kalau tak boleh nak bantu isteri, memang wajib la kasik isteri pembantu rumah. Hello.. bukan isteri sorang yg bertanggungjawab jaga rumah. Siapa nak duduk rumah tu, pandai2 la jaga juga ye. KAlau sikap kompromi dan kerjasama ni takde, mmg tak dapek la survive tanpa maid.

Checklist, Duty roster, target

Oh yess!! benda2 itu sangat perlu! sangat memabantu uruskan rumah dengan adanya sistem berjadual. barulah sistematik.. dengan cara ni, anak-anak pun dapat belajar menguruskan diri dan rumah secara independent. Tak yah terlalu bergantung kepada parents.

Duduk bersama dan bercerita, kurangkan stress

Wajib ni! berkongsi cerita, kejap je jadik le.. tak perlu ada topik tertentu, tak perlu formal. just bercakap dan berkongsi apa sahaja .. mak leh je cerita kesukaran dia hari tu, anak2 boleh je cerita apa yang seronok hari tu.. bertukar2 cerita luaskan pemikiran.. cara ni sebenarnya kurang kan stress..  bila kurang stress, kita tak rasa terbeban lalu jadikan hal rumah sebagai alasan penat dan sebagainya.. hahahaha jgn lak cerita yang boleh jadi stress.. relax2 je laa.. chilll.. sbb tu better tak formal je.. ala lagipun rumah tak de maid kan.. privacy tu 100% kita ada.. so cerita je lah bebila masa pun kan.. takyah tunggu maid tido ekekeke..


OK? tak yah la banyak sangat tips.. yang penting, pembantu rumah bukan lah keperluan.. kalau tak nak, ada je cara nya .. inshaAllah akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T .. 


p/s: ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman peribadi sahaja,, setiap orang maybe ada sebab berbeza mengapa perlu maid, ok?

Sampai jumpa lagi, bye! :-)


Selit pic bercuti di Melaka cuti sekolah 2014.

Bercuti pun relax jek.. tak yah fikir nak bawak maid ke? nak tinggal maid ke? kalau bawak nak tido mana? hehehee.. tanpa maid, cuti je la enjoyyyyy...



Popular Posts