Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, 3 November 2016

Pocobox Cafe, Klang.

Alamak, dah missed sehari semalam busy sangat tak sempat nak update aduhai. Haha baru hari kedua dah failed acaner .. Takpe kita catch up. #siscuba Hehehe.. Nih nk stori pasal cafe yg agak agak hispter kat kampung cheq duduk.. Hehe jgn memain tau. Bukit Kapar tu, semua ado okay.. Lagi2 jalan Iskandar mmg happening!

Last week, the same day yg saya gi makan kat Bangsar South tu, petangnya lepas amik anak2 kat taska and lepas hasben balik dari kerja, kami decided to makan kat luar (dasar malas masak kan ada jek idea makan luar).. Tapi malas nak gi jejauh. Anak2 nk mkn western pulok.. Seb baik le POCOBOX cafe yang cuma few mins away from home tu dah bukak.. 

Walau dekat, idok pernah le ahkak makan kat situ hehe sebab prking space dia kecik tu yg salu malas singgah.. Tapi aritu clear so why not gitu..

Kids happy la sbb ada small sections for them to play or read.. 



Portion food dia tak banyak.. Tapi mmg reasonable la ngan harga.. And ekceli kita makan pun kenyang je..

Yang tak berapa best, kopi dia is not kopi ori yg kisar kat situ.. Kopi nya yg standard instant tu.. Potong sket aaa.. 





Bab suap2 anak mmg bapak terer.. Hehe



Ni pandangan dari luar. Kami keluar tu masa tgh azan maghrib so ada la notification board kat luar tu kata cafe ditutup sementara waktu maghrib. Terbaik je kan? Tapi ada sorang customer yg dtg time tu, dia bagi je masuk cuma takmo amik order sampai la kul 8pm baru kembali amik order....


Overall... Food sedap.. Bleh la repeat sbb dh itu terdekat hehehe..





Tuesday, 4 October 2016

Domino Pizza!

First day kerja lepas cuti 3 hari. alamak lemaunya.. last Friday Lydia dah habis PSRA .. happy kemain anak dara aku tu... asyik ajak aku gi kedai buku nk beli novel.. nantilah dulu yek, mak dah terbeli satu lagi Duck so bajet dah berlari2 anak.. hehe..

Last week bawak anak-anak makan pizza.. dorang ni mmg jarang makan pizza.. hihi.. tapi hari tu Lydia balik dari sekolah bagitau dia dapat Johan dalam pertandingan sajak sempena bulan kemerdekaan kat sekolah.. lepas tu Abg lan pulak bagitau dia dapat result mumtaz dalam ujian penggal kedua sekolah agama.. syukur lah.. so kami pun makan pizza to celebrate.. Dominos jek la..



Pilihan anak-anak is pizza dalam pic atas.. oopss tangan Dyan enterframe! huhu.. large size beli 2 kotak.. wohoo puas dorang makan!


Pilihan saya pulak pizza pisang... sedap betoi hehe... tapi beli size personal jek utk banana ni.. alamak masa menulis ni tertelan air liur hehehe.. tapi kena lah menahan sebab now tgh dalam mode no sugar challenge.. hhuhuhu... (mula balik hari ni setelah 3 hari cheat days -- hahahah sampai 3 hari cheat days ko!)



snap grup photo wthout mak and bapak.. masing2 tak kosser nk pose berhemah... haduii


Tuesday, 9 February 2016

Balik Johor sebelum Chinese New Year

Sehari sebelum Chinese New Year kami gerak ke Johor selepas Lydia selesai dengan tiusyen dia. Bertolak dalam pukul 11 pagi.. Memang mata pun dah ala2 kelayuan gitu.. Mujurlah perjalanan lancar je walaupun kereta kat highway banyak tapi tak slow.. Kami singgah kejap kat hentian sebelah Kg. Bemban, biasalah nak tapau Putu bambu World tu. walaupun tak boleh beat putu bambu Juriah kat Ayer Hitam, yang ni pun saya suka jugak! 

Sampai Rengit pukul 3 la lebih kurang, terus tuju ke Pejabat Tanah dan Galian daerah (kechil) Rengit. Tujuan utama nak ambil geran tanah yang dah tukar kuasa. Alhamdulillah settled dah. Lepas tu, dah alang2 kat pej. tanah, bayar sekali lah cukai tanah. Bagus jugak la cuti hujung minggu di Johor berlainan dengan Selangor/KL. at least boleh la buat urusan hari Ahad.. Banyak jugak urusan saya yg berkaitan dengan negeri kelahiran saya ni.. (Eh masa tulis ni, terasa rindu sangat dengan johor dan semua kenangan di Johor..sebak pulak....) 



Oleh kerana kawasan pejabat tanah tu lapang, anak2 saya ni amik kesempatan bermain2 kat luar tu sementara saya berurusan kat dalam. Cuaca pulak berangin dan redup, so mmg seronok bebudak tu lari sana sini. Dah habis urusan tu kami gerak ke masjid Rengit, bersih2 kan diri, solat dan sebagainya..


Bangunan pejabat tanah ni lain dari yang lain kat pekan Rengit ni. Dia mcm tersergam indah gitu sebab warna dah le merah lepas tu design tak macam bangunan pejabat. Btw, Rengit ni salah satu pekan dalam daerah Batu Pahat, lebih kurang 45 minit dari exit Ayer Hitam, dan lebih kurang 15 minit dari rumah arwah emak saya....

Selesai urusan kat Masjid Rengit, kami ingatkan nak terus ke Kluang rumah kakak saya, tapi sebelum tu nak le isi perut ngan real food. Sepanjang jalan asyik mengunyah junkfood jek huhhu.. So kami singgah dulu Pantai Punggor. punggor ni tempat lahir arwah emak. Kalau ikutkan, ramai saudara mara saya berada di Rengit dan Punggur tu.. 

Pantai punggur ni dulu dikenali dengan nama Pantai Berangan hehehe tapi tak dikomersialkan dengan nama tu. bagus le.. Saya pun prefer nama Pantai Punggur. Lebih klasik. Pantainya hanyalah Pantai nelayan bukan pantai untuk mandi manda.. Dan pantainya pendek jadi tak sesuai sangat utk aktiviti pelancongan. Tapi penduduk tempatan tetap gemar ke situ utk riadah amik angin petang. Adalah jugak gerai2 menjual makanan. Kami lunch kat situ. Nasi ayam, ABC, kerang goreng jadi menu lunch lewat kami.




Dah puas men bubbles baru le gerak tuju ke Kluang. Suami stop kat Ayer Hitem beli jersi JDT untuk anak-anak. Haha suami tu walaupun orang Selangor tapi ada sikit jiwa johorean gitu ekeke.

Sampai rumah kakak saya kat Kluang dah pukul 6 lebih. Terus bebudak ni mandi sebab masing2 teruja nak sarung jersi JDT yang baru!

Hoyeah JDT!!

Biru - home
Merah - away
Putih - alternate



Monday, 12 January 2015

Taman Botani Negara, Shah Alam

Hujung minggu pertama dalam tahun 2015 kami bawa anak-anak ke Taman Botani Negara, Shah Alam. Tak tau pulak namanya dah tukar kepada Taman Botani. Sebelun ni kan namanya Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam dan ramai yang lebih selesa panggil Bukit Cherakah. Tak de la planned pun ke situ, tapi memandangkan cuti sekolah extend, bawak la diorang ke situ. Dekat dan tiket masuk tak mahal sangat.


Masuk: dewasa rm3, kanak2 rm1
Rumah 4 musim (musim salji): dewasa rm5, kanak2 rm3


Kali terakhir saya ke sana rasanya lebih 10 tahun dah, sebelum kahwin lagi amboi hahaha! Tapi pergi dulu setakat tengok2 taman haiwan je, tak masuk pun rumah 4 cuaca tu. Kali ni bawak ke anak2 ke sotu, plus bawak naik bas tu. Dulu kan mcm glemer dulu bas tu hehe..


Tapi, pergi baru2 ni, saya rasa masa tu terbuang kat menunggu je. Tunggu bas je dah almost 30 minit. Tapi sebab bebudak nak naik bas, ikut gak laaa..


Satu lagi masa menunggu ialah masa naj masuk rumah 4 musim (salji) .. Tunggguuu gak lagi.. Dah tu masuk ke tempat yg kecik tu beramai2 adeh hahaha... Tapi takde la ku komplen sgt,, rm5 kowt... Nak best pegi le icity kot kan? Ke tak best? Ku belom pegi lagi wlaupun dekat gak...


Keluar dari rumah salji, kami jalan kaki je ke taman haiwan, pastu balik semula ke pintu utama dan keluar... Alhamdulillag.. Cool jugak le... Bebudak enjoy je... Lepas tu kami pekena asam pedas kat seksyen 7. Ikan pari dan kepala ikan merah.. Yummm...  Ok jom layan pic2 arituh..



hahaha Bermonopod di kala matahari tegak di kepala.. LOL..



bbbbrrrrrrr... sejuuuukkkk



Saturday, 20 September 2014

Sekitar Majlis Akikah Dyan dan Wedding adikku

23 Ogos 2014 lalu (Sabtu), satu-satunya adik saya telah selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Alhamdulillah.. pernikahan dijalankan di rumah pengantin perempuan di Temerloh Pahang. Saya tak dapat hadir sebab baru 3 hari melahirkan Dyan Halina. Sebenarnya saya lega juga sebab dah selamat bersalin, sebab kalau belum bersalin, dilema la jugak, nak pergi mcm dah sarat sangat, tak pergi macam tak syok plak sebab adik sendiri kan.. so Alhamdulillah le dah deliver so memang sah sah takleh pegi hehehe... 


Majlis menyambut menantu belah keluarga saya (pengantin lelaki) pulak di adakan kampung kami di Batu Pahat Johor pada 30 Ogos 2014 (Sabtu). Saya balik ke kampung pada hari Jumaat, tak dapat nak balik awal dari itu sebab Lydia masih bersekolah dan ada exam pula tu. So Hari Jumaat tu adalah hari berpantang ke-9, Alhamdulillah selamat perjalanan balik ke Johor smooth je walaupun trafik agak sibuk, maklum la weekend panjang sebab cuti sampai Isnin (Hari Merdeka).


Sempena majlis adik saya Sabtu tu, saya pun turut serta buat akikah dan potong jambul baby Dyan Halina. Alhamdulillah dah tumbang seekor kambing untuk akikah.. Majlis potong jambul buat pagi Sabtu tu, pukul 9 mula dengan Khatam Al-Quran, berzanji dan marhaban. Khatam Quran tu untuk Lydia, Dahlia, Aliff dan Azizi (anak2 buah saya, cousins Lydia). Selesai berzanji baru lah bawak Dyan keluar untuk marhaban dan potong jambul. Lega saya bila dah selesai, dalah pukul 11 gitu majlis selesai.. :-)


Lepas tu, ramai jemputan datang, orang2 kampung dan saudara mara. Memang ramai lah sebab mak dah lama tak buat majlis kawen. Last sekali masa majlis saya, 11 tahun lepas hehe.. lama tu.. adik saya ni pulak bongsu, tu yg ramai tu.. walaupun banyak jugak clash ngan majlis2 tempat lain, Alhamdulillah tetap ramai... Saya memang geram jek sebab duduk dalam rumah je.. hehe tapi say angelat2 gak.. takde nya saya dok diam .. kejap2 saya ke depan lepak2 layan tamu, kejap2 ke dapur tgk baby.. seronok weh jumpa org2 yg dh lama x jumpa.. Ramai jugak yang terperanjat bila tau saya ada baby baru.. ada yg kezut dah baby ke-5 dan ada yg kata amboiiii ko ni tak mcm dlm pantang padahal baru 10 hari.. hahaha saya gelak2 je lah.. tatau dorang ni menyindir ke ikhlas ke, saya sangka baik je lah.. dah memang saya sihat wal'afiat kan.. takkan nak baring atau duduk2 sahaja.. bila badan cergas, buat le cara cergas, asalkan tak over sangat sampai membahayakan diri kemudian hari kan.. setakat jalan2 pastu duduk2 ok kot... cuma bab borak suara kuat dan gelak tak hingat mmg tak dapat ku mengontrolnye deknon! haha tak pe kot no!


Alhamdulillah.. Selamat pengantin Baru saya ucapkan kepada adik saya hamidy dan isterinya Hanna.. semoga berkekalan hingga ke syurga dan semoga dkurniakan zuriat yang sihat2 dan baik2 belaka... amin..

jom layan pic jom! :-)

Potret keluarga pertama selepas lahirkan Dyan.. kamera takde bateri, so snap dengan phone je. janji ada pic, bukan senang nak suh bebudak (esp. the boys tu) nak dok diam. tgk abang Lan tu dah monyok dah sbb saya kacau dia nak bermain ngan cousins.

Saya dan anak buah saya yasmin. Nasib baik le ada Yasmin ni, sebabnya dia lah yg saya tugaskan amik gambo2 yg diluar batas saya hahaha.. maklum la makcik dia ni dalam pantang nak pi tanah kang mak marah, so dalam rumah ku snap, luar rumah, dia la snap.. pic ni kat beranda ye uols.. bukan kat luar rumah ahakss.. nih la muka org kata tak mcm lepas bersalin ni.. kihkih ni muka eksaited jumpa kawan2 lama dan sedara mara!

Lydia tengah baca surah2 lazim.. Alhamdulillah..

Dyan Halina sementara tunggu nak di potong jambul, Alhamdulillah dia tak cranky hari tu.. lagi la aktif mak dia ke sana sini.. ahaks!

Lydia (10), Dahlia (11),  Aliff (12), Azizi (13) before mula khatam


Ini mak saya, atau anak2 saya panggil dia 'nyai' nenek dalam bahasa jawa! :-) seronok la nyai, dapat cucu baru, dapat menantu jugak! Alhamdulillah..

Cikgu Rahimah (cousin saya) ketua kumpulan marhaban tengah potong rambut Dyan..

Kumpulan Marhaban - antara yang dapat di snap

Saya, suami dan Fahren


Pic beso: Perkarangan depan rumah pada awal pagi
Pic kecik2: Semasa majlis.. Alhamdulillah lancar.. hujan sikit sebelum pengantin diarak, tapi tak lama.. yang best, cuaca jadi redup .. :-)

Selamat Pengantin Baru Midy & Hanna!!!


Sunday, 14 September 2014

Cuti sekolah lebih bermakna dengan badan yang sihat!

Oh cuti sekolah dah bermula!

Alhamdulillah best cuti sekolah terutama kalau semua sihat! Nak buat aktiviti apa pun takde halangan...

Seronok jugak cuti sekolah kebetulan dalam masa saya cuti berpantang ni, so semua anak2 akan ada depan mata untuk seminggu ni... Aha!!! Sedia maklum rumah akan jadi sepah dan bising! Tapi apa de hal, selagi tak melampau, saya pekakkan telinga pejamkan mata je.. Kalau tak tahan sangat, saya pun akan join diorang laa, join pertandingan suara sapa paling kuat, kekdahnya.

Kalau bising sgt jugak, saya request diorang lepak kat rumah nenek dorang je kat sebelah. Hehehe.. Untung2 lunch provided. LOL. Kelebihan dok sebelah umah nenek katanyerrr! ;-)

Nasib baik juga Lydia dah besar dan boleh diharap. Boleh la juga tolong2 sidai baju, basuh pinggan dan handle adik-adik. Biasanya kalau bab handle adik-adik tu, dia mesti nak jadi cikgu, kalau tak pun jadi pengacara majlis. Senangkata watak2 bercakap tu, dia la sapu bersih! Haha!

Lega bila cuti sekolah ni dan saya cuti ni, anak2 tak perlu ke nursery. Kenapa? Bukan la nursery tmpt anak2 saya tu tal bagus. Alhamdulillah dah 7 tahun saya menggunakan perkhidmatan nursery tu, sejak Lydia berumur 3 tahun sampai la dia 10 tahun dan semua adik2 pun ke sana juga. So far, alhamdulillah penjagaan memuaskan.

Tapi, hal2 selsema dan batuk tu, memanglah tak dapat nak elakkan, betul tak? Itu yg bila duduk rumah, kuranglah sikit agaknya (kecuali kat rumah lagi la berhabuk.. Mmg tak dapek nk nolong, oopass hehehe)

Hari sekolah, memang VITAMIN C tu saya kasik kat anak2. Itu kira mcm vitamin basic kot, kan? Shaklee vitamin C yg utk kanak2 tu, jenis chewable  tau, mudah sangat makan kunyah2 je. Kandungan dia 100mg je, seswai for kids.

Then bila selsema mula menjengah, saya beri mereka OMEGA GUARD yang mengandungi minyak ikan sumber OMEGA 3. Omega  3 memang dah diketahui bantu melegakan selsema, asma mahupun resdung. Tapi anak2 saya tak mudah pulak nak makan omega Guard. Nasib baik la mak kretip sket.. Pepandai le msukkan omega tu dalam food diorang.. omega guard ni mmg lah bagus kalau kasik setiap hari, tapi kalau dapat seminggu 3 kali pun dah ok jugak.. (Jimat le sket anak ramai katanyer.. Errkkk)

Selain vitamin C, NUTRIFERON ialah satu lagi supplements yg saya beri kepada anak2. Ha, yang tu, mereka MEMANG GEMAR!! Instead of sorok dlm makanan supaya mereka makan, yg ni saya kena sorokkan daripada penglihatan mereka kerana mereka asyik nak makan! Ini pun, memandangkan anak ramai, saya kasik diorang seminggu 3 kali je.. Tujuan utama tingkatkan antibodi semulajadi badan. InshaAllah..

Memanglah supplements bukan jaminan memberi badan kita sihat setiap masa, tapi usaha dan ikhtiar lah kan.. Lagipun kalau sakit inshaAllah sikit2 atau kejap2 dah ok inshaAllah.. Semua orang pun nak yang terbaik utk diri dan keluarga.. :-)

So cuti sekolah ni, jaga jugaklah kesihatan anak2 yea.. Lagi2 pulak ramai yg pergi bercuti ke tempat2 yang ramai orang.. Bila bercampur2 ni tau je lah.. Lebih banyak kot virus dari kat nursery! Haha tak gitu? Mencegah lebih baik dari merawat!

Uols bercuti ke mana? *bertanya ngan nada zelesss sbb saya cuti di rumah saja* .. Tensi gak kena dok rumah je bila kita rasa badan dh sihat macam boleh nak daki gunung kinabalu! Haha ye la tuuu.. 10 anak tangga dah pancit kot!!

Apa2 pun, semoga uols bercuti dengan gembira dan jgn lupa jagi kesihatan!! :-)

Salam ceria!
Fara 0192390107

Bila anak pun dah ada group whatsapp!!?

Anak sulong saya bukan baby lagi. Saya kena terima juga kenyataan tu. Walaupun pada saya dia masih kecil, baru berumur 10 tahun, tapi hakikatnya, 10 tahun pun dah ada pemikiran sendiri.

Semalam, tiba-tiba nombor telefon saya dimasukkan ke dalam satu group whatsapp. Rupanya itu group yang diwujudkan oleh rakan sekelas Lydia. Hmmm.. kawan dia dapat nombor telefon saya sebab sesekali saya memang benarkan lydia guna telefon saya untuk call kawan2 dia kalau ada kemusykilan pasal sekolah (biasanya bab kena bawak bahan2 kajian sejarah ataupun ekperimen sains)

Mula2 saya agak tergamam juga dengan group whatsapp tu. Bukan tergamam apa, saya musykil, semua nombor dalam tu, nombor kawan2 lydia sendiri ke ataupun nombor2 mak diorang juga?

Kemudian saya dilema, sama ada nak biarkan sahaja dan diam2 melihat conversations mereka, ataupun nak leave the group. Lama juga saya dok tenung group tu. Dalam pada saya tenung tu, ada few message yang masuk, ada few gambar juga. Tak ada lah yang tak elok pun.. Bebudak ni share gambar raya ngan family, gambar pergi beraya ramai2 (takde pun pic anak saya sbb anak saya memang blom pernah beraya ngan kawan2 sekolah dia. Maklum la kami duduk jauh dari kawasan sekolah)

Lepas tu saya ambil keputusan, bercakap je terus dengan Lydia. Borak gaya BFF je terus (kalau bukan dalam pantang, mmg dah kuajak dia makan Tutty Fruitty ke sambil 'borak' tu kan).... Dari kecik mmg saya dh biasa borak serius ngan lydia.. dia mmg agak matured pun, mudah berbincang dengan dia. Masuk ke tak dalam kepala dia, lain cerita.. Yg penting ice breaking tu mudah bila mula dari awal, sebelum jadi ICE. hahaha..

So, Saya tanya dia, semua kawan2 dah ada phone ke? Dia kata ada.. Kemudian saya tanya semua phone kawan2 ada internet ke? Dia angguk jugak. Ok terjawab la kemusykilan saya, phone numbers tu semua milik mereka sendiri. Saya tanya lydia lagi, dia nak ada phone jugak ke? Dia cakap nak.. Ok this is new, sebab dia tak pernah mintak pun..

Sejujurnya, saya belum ready untuk berikan 'kebebasan, ini kepada anak saya, walaupun saya tau ramai parents lebih terbuka dan tak ada la teruk sangat pun.. Tapi entah le, maybe saya yg takut saya tak boleh nak manage diri saya bab nak pastikan semua akan OK tu.

So saya bagitau Lydia terus terang je, "mak tengok, lydia struggle nak dapatkan masa untuk buat homeworks,
Sekolah pagi, sekolah petang, ulangkaji, nak main ngan adik2, nak tolong mak buat kerja2 rumah, nak bual2 ngan bapak, nak tengok TV.. Baaanyak lagi .. Jadi lydia gunalah waktu kat sekolah tu untuk lydia berjumpa dan berkawan dengan kawan2.. So tak perlu whatsapp group ok?"

Alhamdulillah lega dah bagitau gitu
Dan saya perasan juga lydia pun dah pandai nak selfie2. Saya takleh nak marah, sbb mungkin saya pun menyumbang jadi 'role model' dia. So yg saya boleh  buat, cuma saya pesan supaya dia berhati2 dalam hal share gambar atau gaya bergambar dengan kawan2, sebab kawan2 boleh share pulak kat sesiapa sahaja... Saya beri gambaran macam mana luasnya dunia internet ni.. (Dan saya pun muhasabah diri sebenarnya.. Bila anak dah makin membesar, kita pun kena ready, ada yg kita perlu ubah juga... )

Sebagai mak, saya pun tak tau mana cara yg salah atau betul.. Setiap anak lain pula cabaran dan ditambah pula dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi..

Akhir sekali, seperti yg saya dan muslim lain sedia maklum, Allah jua lah tempat kita mengadu dan meminta perlindungan.. (Yang ini lah sebenarnya paling mencabar saya insan yg lemah ni... astaghfirullah...)

Fara 0192390107

Tuesday, 9 September 2014

Hari Alam Ria PASTI Kawasan Kapar 2014 di SRA Rantau Panjang, Klang

Ha asyik tertangguh2 je nak stori pasal bulan Syawal... ada banyak yg menarik bulan syawal actually.

  1. Hari Raya
  2. Alam Ria PASTI peringkat kawasan Kapar
  3. Alam Ria PASTI peringkat Negeri Selangor
  4. Kelahiran Dyan Halina
  5. Hari Sukan Idlan @PASTI 
  6. Birthday Lydia
  7. Kawan2 datang beraya
  8. Kawan2 datang berziarah baby..

Entry ni nak story pasal pointn no. 2

Idlan ni 6 tahun, dan dalam tahun ke-dua berada di tadika PASTI. Alhamdulillah saya memang sangat puas hati dengan prestasi kat PASTI. Tahun depan, Idlan masuk darjah satu pulak.. dan giliran adiknya Fahren pulak akan mendaftar ke PASTI untuk kelas 5 tahun.


Bulan puasa tu ustazah pengetua sekolah Idlan bagitau yang hari Alam Ria PASTI peringkat kawasan Kapar akan diadakan pada 9 August 2014 (sabtu 2 minggu selepas raya). Peringkat kawasan Kapar diadakan di Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang. Saya dah pernah ke SRA Rantau Panjang ni, sebelum ni menghantar Lydia utk pertandingan bercerita sekolah KAFA. SRA Rantau Panjang memang besar dan sesuai untuk jadi host sebarang event. Jarak dari rumah saya pun tak jauh sangat.. adalah dalam 30 minit gitu.


Kalau tahun lepas (Hari Alam Ria 2013) Idlan mewakili sekolah dia dalam pertandingan Khutbah dan berjaya sehingga ke peringkat pusat (lawan antara negeri) mewakili negeri Selangor, tahun ni Idlan sekali lagi diberi kepercayaan mewakili sekolah dalam acara khutbah, dan atas sebab2 tertentu, acara azan pun dia turut di beri kepercayaan (kerana murid yang sepatutnya menyertai azan telah menarik diri). Jadi Idlan membawa 2 acara. hmmmm.. mencabar sebenarnya, kesian bab prektis tu sebab kena lebihkan masa prektis azan dan khutbah.


Kalau tahun lepas, cikgu yang melatih khutbah adalah cikgu yang berpengalaman, tahun ni cikgu tu pindah sekolah pulak heheh jadi cikgu yang melatih dia tak biasa dlam acara khutbah.. tapi dalam pada tak biasa tu, Alhamdulillah cikgu pun dah bagi komitmen yg terbaik lah... selebihnya, bapak dia lah yg melatih dia khutbah kat rumah.. tau je la kalau parents yg melatih, memang budak tu tak de la bersungguh sangat dibandingkan kalau cikgu yg melatih. hehehe tapi syukurlah suami jenis yg gigih gak le melatih tanpa jemu. 

Selain latihan sejak awal, saya kasik juga vitamin C dan NUTRIFERON kat Idlan (dan anak2 lain) .. bukan apa, paling saya risau kalau pertandingan2 mcm ni, budak jatuh sakit atau demam atau batuk.. kalau boleh memang jauhkanlah... kesian kan kat cikgu yang dah melatih...so seboleh2 mesti berdoa dan berusaha supaya kesihatan mantop.


So pada hari tu, ada 20 sekolah yang menghantar wakil utk khutbah dan azan. Sepatutnya 22 sekolah, tapi ada sekolah yg tak dapat sertai sebab kesihatan peserta.. dan mcm yg saya cakap tadi, ada juga peserta yang demam2 pun datang jugak.. serak2 suara.. mesti sebab gigih berlatih sampai demam, dan nak tak nak hadirlah jugak, sebab dah tanggungjawab kan.. kalau saya pun mesti tak sampai hati nak tarik diri selagi berdaya.. Tapi memang syok tgk budak2 kecik berkhutbah dan azan.. semuanya bagus2 belaka.. Alhamdulillah.. tahniah lah semua anak2 yang berani sahut cabaran tu.. 


(memang ini yg saya selalu cakap kat Idlan.. menag atau kalau tu kita tak boleh nak tentukan, tapi kita kena juga sahut cabaran dan buat paling baik yang kita boleh.. USAHA tu lebih penting.. kalau dah berusaha tapi masih tak ada rezeki, sekurang2nya kita puas hati.. orang kata kalah bermaruah.. hmm mcm tak caya ke saya cakap gitu kat anak saya haha tapi mmg betul .. mcm poyo tapo saya cakap gak gitu.. kalau tak 100%, at leqast 50% masuk dalam kepala dia, ok la kan? hehe.. merasa le dapat mak poyo dan kiasu kekdahnyer ekeke)


Haih, melalut-lalut dah saya ni hehehe.. ok ok.. Acara khutbah, Idlan giliran ke-3, dan acara azan pulak Idlan giliran ke 8. dalam pada tunggu giliran, saya mmg berdebar2 jek.. tapi cover2 gak la denganmelayan anak2 lain.. dorang dok berlari sana sini sebab ramai orang kan.. lepas dah habis acara, saya tunggu je dalam kereta sebab letih (maklum le dah sarat gak time tu kan) .. tapi masa keputusan nak keluar, hasben je yang pergi ke dewan nak dgr keputusan... sebab dalam hati mcm ada harapan utk khutbah nak dapat nombor (law of attraction di situu) .. hehehe..


Keputusannya:-

Pertandingan Khutbah, Idlan berjaya mendapat NAIB JOHAN!, Alhamdulillah.... (dah johannya adalah murid dari sekolah yang mana cikgunya adalah bekas cikgu Idlan yg melatihnya tahun lepas hahahha.. sudah saya agak pun, TAHNIAH cikgu Sue!)

Pertandingan Azan, Idlan berjaya menjadi JOHAN! Alhamdulillah yg ni memang saya tak sangka betul! tapi Alhamdulillah.. dengan ni, Idlan perlu mewakili kawasan Kapar ke peringkat negeri Selangor pulak... yang kelakar, dah le dalam ramai2 peserta, Idlan je yg tak pakai jubah. dia pakai baju raya, baju melayu Johor warna merah pulak tu! sebenarnya jubah putih dia yg saya belikan untuk pertandingan tahun lepas tu ada, tapi sebab tak tau letak kat mana tu yg pakai je baju raya..hahaha! :lagipun tahun lepas, masa peringkat kawasan memang saya pakaikan baju melayu je, bila sampai peringkat negeri baru lah saya belikan jubah.. so kali ni saya folo gitu gak le... huhu selamba jek .. mungkin dah rezeki dia...

TAHNIAH IDLAN!

OK jom tgk gambar plak... 

Idlan ketika khutbah
Idlan ketika melaungkan azan subuh

Penyampaian hadiah. sama merah hehehe..  Dua kali naik pentas ambik hadiah ..Alhamdulillah..
Idlan dengan Ustazah (isteri pengetua tadika Idlan). Ustazah pegang hadiah naib johan, idlan pegang hadiah johan dengan hadiah tunai.. Alhamdulillah..

kakak dan adik2 datang utk sokongan! :-)

Tuesday, 26 August 2014

Terima Kasih!

Diam tak diam, dah hari ke-7 sejak saya melahirkan seorang lagi cahayamata penyeri rumahtangga kami.. Genap seminggu dah umur baby, alhamdulillah..

Terima kasih kepada semuuua kawan2 dan kenalan yg tak putus2 beri likes serta ucapan tahniah dan selamat atas kelahiran baby baru saya yang saya beri nama Dyan Halina binti Mohd. Hamid

Semoga anakandaku Dyan Halina ini sentiasa dilimpahi rahmat daripada Allah S.W.T, dan seperti maksud namanya, moga dia sentiasa dikurniakan cahaya (Dyan) keimanan. Semoga diri dan hatinya akan sentiasa dipenuhi dengan sifat kelembutan (Halina) dalam memberi dan menerima perkara2 yg baik di dalam hidupnya..

Amin.. Ya rabbal 'alamin...

Salam ceria!
Fara

Friday, 20 June 2014

Dinner kat Umang-Umang Steambot, Meru Klang

Hari ni, nak story pasal family dinner kat Umang-Umang Steambot kat Meru. Saya akui saya ni memang jenis tak berapa rajin ke dapur.. saya OK nak masak tu, tapi nak mengemas dapur tu alahai 'bercinta' mak dek non! hahaha! dah pemalas tu mmg banyak alasan!


Hari bekerja, kalau naik satu kereta dengan hubby (dia amik saya kat komuter), memang terus zasss pi dinner kedai.. hmmm cuba tgk camne dinner kitorang dalam seminggu hahahaha!!!


dinner luar
dinner kat rumah tapi tapau dari pasar malam
dinner kat rumah tapi tapau dari kedai
dinner kat rumah tapi makan roti sajork
dinner kat rumah dan masak proper
dinner kat rumah MIL/rumah mak
dinner kat rumah, masak simple


hahahahaha! aci tak? leh jadik ibu mithali tak? ekekeke tapi saya lah tetap mak terbaik kata anak-anak saya.. bila saya masak, melangit dorang puji.. bila saya ajak mkn kat luar, pun dorang berterima kasih.. 


OK. malam semalam, turn dinner luar.. so hasben suggest makan steam boat memandangkan ada kedai steam boat baru kat area rumah saya. UMANG-UMANG STEAM BOT! yum yummmm saya memaaang suka steambot.. errkk ekceli saya suka semua food pon.. haha!


Not bad la.. kedai spacious.. layanan mesra.. menu not bad, standard la stimbot kan.. perkara baru kali ni ialah anak2 teruja belajar guna chopstik! hahaha! terutama abang lan! gigih dia ajar adik dia guna padahal dia pon baru je pandai.. haha! 


ok dah jom lah tengok gambo... sambil2 stori kan..

UMANG-UMANG STEAMBOT
JALAN SEKOLAH, BUKIT KAPAR,
MERU, KLANG

Speciality dia rasanya sos dia kot.. ada rasa2 korean sos! i like! selain dari kedai yang spacious, parking lot pun banyak.. mmg sesuai utk seisi keluarga.. tempat amik food pun luas.. tak la berebut.. 


Ini la kedai dia..


cuba tgk Daleela punya gaya makan mi celup kat pic kiri atas! hahaha!

Umang-Umang menu
Pelbagai pilihan... sos paling sedap ialah sos korea dia... yum yummm

Umang-Umang steamboat
Dalam banyak-banyak menu, favorite of koz la kambeng! haha!

Popular Posts