Posts

Showing posts from April, 2006

If you should return to me, We truly were meant to be

Image
Yezzaaaaaaa!!!
semalam aku dah dapat balik.
gembira tak terperi.
aku cium-cium, aku usap-usap sbb rindu sangat.




Walaupun diorang tak membaca blog aku, tetap aku nak berterima kasih yang tak terhingga kepada Seaside Travell Inn, Kota Kinabalu Sabah kerana bersusah payah mengirim semula handphone aku. Walaupun telefon cikai jek, still aku sayang sebab husband yang belikan tu.






.. err.. semua telefon aku yang sebelum2 nih husband belikan pun, aku rasa sekali jek aku beli sendiri, Samsung Blue i dulu tu ... dulu sangat-sangat ... masa tu aku tengah kemaruk drama bersiri jepun, dorang punyer phone semua jenis flip2 yang kaler off-white tuh ..


Aku banyak jugak dah bertukar2 telephone rupanya (ni kes semalam dok borak2 ngan husband pasal telefon2 yang dulu2) ...handphone pertama aku was Phillip Savvy husband aku belikan masa tu still kat UiTM lagik ... masa tuh guna prepaid, 0193752061 nombornya. Lama jugak aku pakai phone tu .. sampai aku kerja rasanya. Bila dah kerja, barulah aku gatal tangan nak…
selasa:
"Itu barang ada ke ahso?"
"bulum sampai maa, besok lu mali pukul 2"

Rabu:
"Dah sampai ke?"
"Aiyaa.. on the way .. setengah jam lagi woo ..lu tunggu sekijap aaa"
"apa ni semalam kata pukul 2, ni dah malam pun belum ada ke?"
"Aiya..Sorry aaaa..jalan jammed woo"
"aku carik tempt lain la"
"Jgn itu macam ma...lu tunggu kejap lagi sampai lorrr"

Khamis:
"ahso..."
"haiyaaa..semalam lu keluar saja barang sampai ma..wa panggil2 u, u jalan terus"
"Kasik la .. bini hari-hari tanya"
"Okay ini ma, enjoy maa"


Apa2 je ahso tu. nasib baik memang kitorang takder time nak gi kedai lain lepas kerja. Terpaksa ke situ jugak.


Sebenarnya husband aku la yang canang kat aku, album baru Mawi dah keluar .. dia tanya, tak nak beli ke? sure awak suka nih, kan awak suka berzanji? aku tanya, oo ye ke? Mawi wat album berzanji? bestnya! ... tu yang terus beli tu. Album Mawi: Rangkaian Doa, Berzanji dan Qasid…

Orange!!!

***

You're a bold, confident orange.

A warm, powerful color that indicates a strong, welcoming personality, orange is the mark of people who are social and extroverted by nature.

Vibrant, with an upbeat attitude, you have a bright, inviting demeanor.

Energetic and fun-loving, you're a real friend-magnet.

Your easy charm and unassuming manner make you the sort of person people want to meet and get to know better.

Well-rounded and fun to be around, you enjoy helping others, so it's no surprise that orange also symbolizes attraction. Orange is an extraordinary color — for an extraordinary person.

am i?

Sound check, sound check!!!

Image
Last Friday vendor aku organized dinner utk new project team yg aku involve ni. kat Hilton KL Sentral tu. Memula aku malas join sbb malam jumaat kan kena balik awal hehehe..tapi sebab tak ramai nk join, so kesian plak aku, tuh yg decide join jek. Lagipun Petang tuh boss plak panggil meeting (suka sgt meeting after 5), so straight jer lah tumpang member ke Hilton.

Mula2 sampai, while waiting for others, layan main pool dulu sbb dah alang2 dorang letak meja pool at the back of the room tuh kan .. aku tak reti pun tapi jolok je la .. ada gak yg dok testing2 microfon kat depan tuh .. dengan screen putih besar tuh, aku dh agak dah sure ada karaoke session nih.

Food dia mmg best! of course la makan free tuh sedap, tapi ini betul2 best nih ... silap la sapa2 yg makan nasi tu kan ... aku kalau mkn kat hotel jgn harap nak ambik nasi, buat kenyang cepat, rugi jer hehehe ..

Aku plan lepas makan aku nak chow aje la .. tapi, bila aku tengok few people buat macam tuh, terus rasa kosong room tu .. terk…

Bukan Pintanya

***

Apa lah,

konon cuba cekal.
konon hendak sabar.
konon boleh kawal.

dusta!

jangankan nanti,
jangankan besok,
sekarang pun dah
macam tadi-tadi
macam semalam-semalam..
gusar menahan rindu!.

apa ni!
ini garis. garis yang jangan dilangkah
atau dipangkah

jangan diruntun
rontaan lara kepingin
mahu menjejak sebelah sana. sebelah sana garis.

boleh tutup pintu?
biar tak nampak siapa-siapa
biar tak dengar apa-apa.
biar jadi sifar.

sini sudah elok
sudah tenang
sudah hampir terlalu hampir

mendekat firdausi.

susahnya! susahnya!!

***

Di bawah Bayu Sabah Part 3 (Final)

Image
...

Mega Senja Kinarut


Hari ke 3, pukul 7 pagi kami sudah keluar mencari breakfast. Oleh kerana pukul 10 pagi kami harus memulangkan kereta yang kami sewa untuk 24 jam, maka kami tak mahu melepaskan peluang menggunakan masa yang terhad untuk sekali lagi mengelilingi Kota Kinabalu. Gila betul, pagi2 lagi dah buat tawaf. Tapi, disebabkan hari tu hari bekerja (Isnin) so tak la sunyi sangat walaupun pagi ... Kesibukan KK terasa walaupun taklah se'meriah' KL atau bandar2 di sekitar Lembah Klang. Tak banyak traffic lights, yang banyak cuma roundabout aje..simpang 3 pun nak dikasik roundabout jugak. ... Jalan taklah jem, cuma agak slow moving jugak especially kat sekitar kawasan pejabat-pejabat kerajaan.



(pekena roti canai dulu!! .. )
Tak ada plan pun nak ke mana. So breakfast kat kedai mamak aje, lepas tuh ke pusat menjual ikan kering udang kering tu semua, belilah jugak .. banyaknya udang kering aku beli, husband kata weekend aku kena buat mee bandung lah sebab dah byk sgt udang kering…

Di Bawah Bayu Sabah - Part II

Image
***

Seputih Kabus, Senyaman udara Kundasang


Perjalanan kami akhirnya menemui simpang tiga. Simpang yang menghubungkan 3 jalan. Jalan ke Kota Belud (yang aku lalui), ke kiri Jalan ke Ranau dan ke kanan jalan ke Tuaran/Tamparuli/Kota Kinabalu. Seperti yang dirancang, kami menuju ke Ranau. Rupanya daripada ke Kota Belud untuk sampai ke Simpang tiga ini sahaja jaraknya lebih kurang 40km, dan daripada Simpang ini ke Pekan Ranau jaraknya juga dalam 30 KM. Aku tengok husband relax aje, aku as usual gabra semacam. Memang penat bila memikirkan tentang apa nak jadi kalau minyak habis sebelum sempat kami berjumpa dengan petrol station


Tetapi, perjalanan di sini agak menenangkan kerana sudah banyak bas-bas tourist dan kenderaan-kenderaan lain lalu lalang kerana ini lah jalan utama yang menghubungkan KK dengan Gunung Kinabalu. Barulah aku boleh tersenyum. Sekurang-kurangnya adalah orang nak mintak tolong kalau terjadi apa2 hehehe! ... Lori-lori besar pun boleh tahan juga lajunya mungkin sudah biasa d…

Di bawah Bayu Sabah

Image
First time aku ke LCC Terminal tu. Mak datuk, jauh tuuu ... Bila masuk tu, teringat plak Terminal 3 Subang Airport. Tapi infrasructure dia OK la.

(Lydia dengan bapak kat LCCT)

Alhamdulillah, Perjalanan ke Kota Kinabalu menaiki pesawat Air Asia sangat smooth. Cakap-cakap orang tentang keadaan penerbangan dengan Air Asia nampaknyatidak aku alami. Adalah sana sini sikit2 kekurangan, tapi itu biasalah, dah nama pun tambang rendah kan ... Asalkan masa kat awan biru tu semuanya smooth,dah cun sangatlah tu. Kebetulan, sebelah aku tu diduduki oleh bekas penyanyi kumpulan rock Mega, Rahmad (Takdir Dan Waktu). Tapi tidak le sampai aku nak mintak dia sign autograph. Tapi geram jugak aku, ada ke dia panggil aku kakak? ishhh .. dia jadik penyanyi pon aku masih sekolah lagik .. hampesss ... tak ngaku tua plak (aku dan dia) hahaha! Selain dia, ada sorang lagi, Shamrin bekas penyanyi Fotograph yang pernah glemer dgn lagu Di Alam Fana Cinta tu.


Kota Kinabalu menyambut kami dengan gerimis-gerimis kecil. …