Wednesday, 27 June 2012

Discharged

Heh, berbolak balik entry aku.. kejap2 masa pregnant, kejap2 after delivery.. hehehe.. mana yg terlintas nak blog, yg tu la aku blog.. now aku nak tulis pasal hari aku discharge dari DEMC. pagi2 tu aku dah tak sabo nk discharge.. maklum lah ada 3 org anak2 kat rumah yg menunggu.. mesti lah tak sabo nak jumpa dorang.. walaupun dorang dah datang ptg semalamnya lepas aku bersalin tu... rindu tetap rindu..

kul 8 gitu lps aku mandi (syoknyer mandi air panas kat ward.. ngan shower beso.. fuuhh rasa puas dan segarr jek..) .. Paed utk Daleela datang.. sama mcm Fahren, paed daleela adalah dr. Koshy.. aku suka dr. koshy ni. satu, sebab dia support breastfeeding... sangat2 support.. 2nd, sebab dia suka bagi detail explaination .. pastu dia cergas dan pantas bila handle budak2.. huhu..



lps dr. Koshy check and everything ok ngan daleela.. tiba masa dr.Jumeah plak dtg utk check aku... pun ok Alhamdulillah.. mmg tak sabo nk kuar.. hehehe.. tapi still kena tunggu lps lunch jugak sbb maklum le dah pakej sekali ngan lunch kan.. sayang oo tak makan.. sedap2 menu dia.. hehehe..

oh cakap pasal pakej.. aku amik pakej SVD biasa tu lah.. yg single room tu kan.. masa pre admission during final check up 39 week tu , dorang tanya aku, company ada GL ke.. aku sejak kerja kat i*erintis ni baru le merasa ada benefit utk maternity.. so aku bgtau dorang aku ada GL.. pastu dorang tanya nk guna GL ke nk guna cash.. sebabnya since aku dah besalin 3 kali sebelum ni cash kat DEMC, so dorang nak offer loyalty program, which is room upgrde drp. single room kepada executive room.. hmmm.. menarik gak.. aku kata GL tak de ke upgrde.. dia kata takde.. infact GL tu tak cover room pun.. cuma cover cost bersalin.. hmm.. aku malas nk fikir2.. if nk GL, nk kena pi opis dulu bagai padahal aku dah start cuti and malas nk pi opis lagi.. so aku decide proceed je la cash mcm biasa... kalau nanti lps cuti maternity, baru check of bleh claim.. kalau boleh claim, claim la.. kalau x bleh claim.. diam2 jek lah.. huhu..


so merasa lah iols masuk bilik 603 .. takde la beza sgt pon single room ngan executive room KOT. hahaha.. so takde la aku nk detail sgt cerita.. cuma aku rasa its a good initiative by DEMC to appreciate customers dorang yg byr cash.. terubat sket hati those yg tak merasa company maternity benefit kan.. hehehe.. in a way, its a business strategy jugak sbb org tertarik nk bersalin kat situ lagi dan lagi.. HAHAHA...

teringat dulu masa bersalinkan Lydia.. masa tu dr. Norleen, pernah bgtau aku DEMC nk pindah building baru.. ha tu dia.. daripada Lydia, Idlan, Fahren.. tak jugak pindah2.. hahaha last2 tiba masa daleela baru le ada .. wakakka.. maybe sbb tu la aku asyik la pregnant lagi dan lagi.. nak merasa spital baru gamaknyer.. LOL

ok dah cukup.. lps dr.jumeah kuar.. Sol plak called.. dia nak drop by melawat aku n daleela.. dia otw ke opis.. maklum le umahnyer sekangkang kera je dari spital ehehe.. bagus gak sol dtg.. tak le kebosanan menunggu nak balik.. tapi sol rushing la sbb nk pi opis kan.. anyway thanks Sol sbb dtg :-)


olo bucuk bucuk..


lps tu, customer service exec. plak datang.. bertanya khabar (lebih kepada nak survey) mcm mana layanan semua.. huhu aku kata ok je la... malas nak bgtau lps deliver tu aku takleh tgk tv sbb tv rosak.. LOL.. apa daaa.. tapi sbb dorang repair cepat,,, so ok la kira tu ...

kul 11.30 lunch dtg.. licin aku makan wakaka.. berselera...

lps tu baru le segala proses pembayaran dan pemberian ubat, cenderahati what not.. senang sgt sbb semua dibuat di bilik sajork.. tak payah nak pegi kaunter bagai.. sistematik lah jugak.. improved.. and last sekali, baru lah dtg wheelchair bawak aku turun... and kul 12.30 gitu aku pun meninggalkan DEMC... begitu lahh :p

 pose dulu before kuar ..pose ngan anak baru .. :-)

duh! kain batik jer .. huhu ...


meninggalkan DEMC - yey! daleela nak balik umah nenek jumpa kakak and abang2 :-)


Monday, 25 June 2012

Demam Photobook

masa dah akhir2 pregnant hari tu, aku kemain gila demam photobook projects.. hehehe.. well, not only aku la sebenarnya. ofkos virus demam photobook tersebar dek bebudak GLC yg masing2 pun bukan saja demam photobook, tapi demam promo/deal internet yg semakin trending nowadays..

masa memula beli deal, rasa menyesal sebab rasa mcm tak akan rajin nak spare time buat photobook ni. plus aku tak berapa ada pic2 yg berkualiti tinggi.. tapi lepas tgk diana punya photobook (dia 1st person yg buat dulu) aku pun rasa bersemangat.. so saja2 start with one project.. amik je pic2 lama masa family gath kat cameron highlnds. lama dh .. tahun 2010... ohh once buat.. mmg ralit!balu siap tak tido malam dok ralit ngan menda alah tu ehehe.. 2 malam siap! terus hantar.. bila dh hntr mmg sabo2 nk tgk hasil.. seminggu lepas tu dapat.. mmg excited habis! lps tu, hari2 dok tunggu promo/deal for photobooks..

lps tu, makin byk plak co. yg offer servis ni.. tapi mmg kena tgk2 gak before buying.. mm at least tgk komen2 drp org yg dh pernh order.. si far aku baru je beli drp 2 co. ok lah.. deliver on time ..

Before bersalin, dpt jugak aku siapkan sebijik so masa dlm pntang dh siap.. now ada 4 photobooks yg aku dh buat.. and ada lg 3 vouchers yg pending.. tp semangat nk mmbuat dh tak begitu membuak2 .. kena start cari balik semangat tu :)


Wednesday, 20 June 2012

Completed Cahayaku Buku 1

Idlan berjaya jugak complete kan buku 1 Tadika Cahayaku. Alhamdulillah.. tapi tengok la camne keadaan buku dia.. dh mcm belachannn! hehehe... dah byk kali tampal selotep pon masih bercerai berai gak buku tu.. takpe la nak.. janji pandai baca..


Monday, 18 June 2012

Delayed entry: Giant, Klang Sentral

Dalam Masa menunggu hari nak bersalin tu, sempat gak le bawak anak2 pegi haircut.. pagi tu pegi Midvalley.. tapi kat situ ramai sgt orang.. lepas makan kat popeye (sebab itu je yg x ramai org) memula nak ke MPH.. tapi MPH Midvalley dah diubahsuai, and aku and hubby mcm tak brp berkenan ngan susunan baru... kami prefer yg lama.. best sket nak lepak2..so kami pon kuar and terus balik.. huhuhu..

lepas tu bawak budak2 pegi gunting rambut kat Giant Klang Sentral.. lepas gunting rambut, biarkan dorang main kat playground kat situ gak... baru le balik rumah...

Tunggu turn... rambut dah sampai mata!

Kakak dulu...

Lepas tu abang Lan.. hehe abg Lan wat muka cute...

Fahren plak wat muka bosan

ok,, rambut dah pendek.... jom play play kat playground :)

Friday, 15 June 2012

Detik Manis 30 May 2012

Disclaimer: ayat2 dalam entry ni agak poyo sedikit. Sila layan sambil tahan muntah :-)

Alhamdulillah..itu kalimah utama untuk perjalanan selama lebih kurang 9 bulan 10 hari cahayamata kami di dalam kandungan sebelum menjadi sebahagian dari hidup kami. Syukur Ya Allah.. untuk bulan2 yang indah dan boleh dikatakan mudah..

Ketika Dr. Mazita memberitahu yg kami bakal menerima seorang lagi puteri, memang tak terperi bahagia dihati..namun tetap tidak berharap terlalu tinggi. pada kami, putera atau puteri, adalah anygerah yang tetap kami syukuri..

Semakin dekat hari yg dijangka, Debaran kian terasa. meskipun sudah merasai 3 pengalaman sebelumnya,  rasa takut tu hadir juga. yelah, orang kata, setiap kelahiran tak mungkin sama. aku akui kebenarannya.. justeru, doa saja yg mampu kupanjatkan memohon dariNya agar dipermudahkan untukku menerima kehadiran insan baru nanti..

penantian sesungguhnya satu penyeksaan. kucuba melawan seksaan menanti itu, dengan tidak terlalu memikirkannya. Alhamdulillah,  dgn adanya suami, Lydia, Idlan dan Fahren, sekurang-kurangnya masa dapat kuisi tanpa terlalu memikirkan bilakah hari akan tiba.. aku habiskan juga masa menunggu dengan aktiviti2 santai.. berjalan2 dan sebagainya..

Sehingga tibanya tanggal 30 Mei 2012, hari di mana doktor sudah aturkan untuk aku di'induce' sekiranya masih tiada tanda kelahiran akan berlaku. akhirnya hari itu sampai. Malam itu aku, suami dan anak2 bermalam di rumah ibu mertuaku kerana pagi2 esoknya aku akan ke hospital. Malam itu terlalu panjang buatku. semalamam mataku tidak dapat lelap.. asyik memikirkan tentang 'induce'.. takut.. tapi dalam masa yang sama teruja kerana tidak perlu lagi menanti..

pukul 8 pagi aku dan suami bertolak menuju ke Shah Alam, diiringi awan berarak mendung..

Tiba di DEMC, suami terus menuju ke bahagian kemasukan dan aku menanti dengan debaran. Kami kemudiannya terus dibawa ke tingkat 2, labor rooms dan di bilik no. 203, di situlah aku ditempatkan. sejurus melangkah ke bilik 203, di luar hujan mula turun mencurah, mengingatkan aku pada pagi aku melahirkan lydia, 8 tahun yg lalu, kelahiran lydia diiringi hujan di pagi jumaat. indahnya saat itu :)

Signage yg ada di mana2 di sekitar labor room, Suami kata - "amaran tu, terlalu besar utk saya ignore... " - ye, suamiku mmg skema sket .. (aku tak skema sgt so aku amik gak pic itu-LOL) so oleh kerana itu, tiadalah pic2 menarik di labor room :-) aku redha.. semuanya terakam kemas didalam ingatan kami.. insha Allah.. :-)



kini hujan tiba dulu.. nurse melakukan beberapa pemeriksaan, tekanan darah, suhu badan dan 'CTG'. nurse memberitahu tekanan darahku agak rendah, dan suhu badan agak panas, 37oC, padahal aku berasa normal. CTG tidak menunjukkan sebarang 'contaction'. sememangnya aku tidak merasai sebarang kesakitan pun.. :)


hujan, dan aku pun bertweet ketika pemeriksaan CTG berjalan

Dalam jam 9.30am, doctor Jumeah dtg ke katil.. aku telah diberitahu ketika final check up bahawa doc Mazita tidak akan menyambut bayiku kerana bercuti, dan doc Jumeah sebagai ganti.

Dr. Jumeah juga peramah, dan lemah lembut.. menjadikan aku tidak merasa kekok. syukurlah.. :) setelah berbahasa bahasi bertanya khabar, beliau mengatakan yg sudah masa untuk aku di induce. hanya anggukan yang kuberikan padanya.

menurut doctor, pagi itu hanya 1 tablet akan dimasukkan.. dan doktor menjangkakan pada jam 2pm satu lagi tablet akan dimasukkan sekiranya tidak berlaku sebarang tindakbalas.. kerana laluan baru terbuka 1cm.. doktor menjangka mungkin agak lambat utk bukaan seterusnya berlaku...

dan dengan lafaz bismillah dari bibir doktor Jumeah, dlm beberapa saat saja, satu tablet sudah dimasukkan melalui jalan bawah.

nurse menasihatkan aku agar tidak bangun selama 1 jam...dikhuatiri ubat akan jatuh. aku akur. sekali lagi CTG dipasang. Kala ini, suami meminta kebenaran untuk keluar membeli suratkhabar di bawah. aku setuju kerana menjangkakan tidak akan berlaku tindakbalas cepat, tidak sehingga jam 2pm.

jam 10.00 aku masih lagi berbaring sambil memerhatikan CTG. kesakitan mula terasa..  kuhubungi suami agar masuk kerana sakit yg kurasa agak kerap... dan sejurus selepas nurse datang menghentikan CTG, aku lantas bangun dan berdiri... tak sanggup nak menahan sakit sambil baring. aku lebih suka berjalan mundar mandir sambil menarik nafas dalam2 ketika sakit datang... untuk 1 jam yg berikutnya, begitulah aku.. kejap2 berjalan.. duduk..berjalan lagi..

sehinggalah makanan tengahari tiba jam 11.30am, dan aku makan jugak dalam keadaan sakit yg agak kerap itu. Usai makan (tidak dpt menghabiskan), aku sudah semakin sakit.. aku bimbang adakah perlu menunggu ke pukul 2pm dgn sakit sebegitu? Macam mana kalau pukul 2 masih belum ada bukaan? ahhh tidak sanggup rasanya..memang takut waktu itu.. aku terbayang perlu merasai sakit itu sehingga berjam-jam.. memikirkan itu, aku berjalan lagi dan lagi.. semakin sakit, semakin laju aku berjalan.. dan ada jugak aku jenguk2 twitter tulis update sikit.. baca wish dari kawan-kawan ...

 sambil makan-sambil tweet-sambil tahan sakit yg datang kejap2


Update twitter, jalan, duduk, jalan lagi, duduk lagi... akhirnya aku tak dapat bertahan.. kupanggil nurse dan  kuadukan kesakitan itu. aku bertanya padanya jika dia boleh menberikan 'painkiller' (bukan epidural-hanya normal painkiller injection)

jawapan nurse agak melegakan aku,

"sebelum amik painkiller, saya nak check ada bukaan tak"

dan nurse melakukan procedure itu.. dan memberitahu aku...

"bukaan puan dah 5 hingga 6 cm! laju ni.. saya tak boleh kasik painkiller.."

aku sangat gembira mendengar apa yg dikatakan oleh nurse. kemudian nurse memberikan ubat buang air besar, dan selepas itu nurse tak benarkan aku berdiri dan berjalan2 lagi..

aku hanya baring menahan sakit, sambil cuba berbual2 dengan suami.. mmg berbeza kali ini berbanding pengalaman terdahulu. kali ini aku lebih tenang.. setiap kali sakit datang, aku cuba bertahan dengan helaan nafas dan selawat.. sambil melihat di screen CTG, dan sempat berbual dengan suami,

"bang, CTG ni delay few seconds.. sy dh sakit few secs baru le bacaan naik"

"memang le.. yg tu depends kat cable dia..." sejujurnya aku tak begitu mengambil perhatian dengan jawapan suami.. tp aku tau, dia cuba mengalihkan fikiran aku  drp asyik memikirkan rasa sakit.. :) .. ada jugak dia bacakan tweet kawan2.. masa aku sedang sakit antara pukul 12 hingga 1 tu, ada 2 tweets yg aku baca, dan aku hanya mampu senyum je.. tak larat nak reply dah masa tu.. :-)

tweet dari puteri ni sampai masa nurse tgh check berapa CM .. :-) dan tengah tahan sakit jugak..
Tweet dari Delinn.. memang tgh kritikal time ni.. mmg tgh sakit tak ingat! phone dah jauh dari aku, tapi sbb tak silent, so masa tweet delinn datang, bunyik la.. so aku tanya hasben, "siapa tu.." so hasben pun bacakan... aku mcm kelakar plak.. aku senyum je.. hasben aku siap leh tanya, nak reply tak? duh!!! mmg tak dapek le kann sebab few minist lps tu mmg aku push pon .. LOL..




tak perasan berapa lama, sehingga dr. Jumeah datang lengkap berpakaian uniform labor. dan katanya,

"cepat juga ye puan.. saya jangka patient yg satu lagi tu lebih cepat...memang before ni pun cepat juga ye? ."
aku tak menjawab. hanya tersenyum kelat. sakit.

"ok jom kita check"
sekali lagi procedure itu berlaku.

"dah 8cm.. puan ada rasa nak meneran tak" aku angguk lemah.

doktor membenarkan aku utk meneran sekiranya sakit muncul lagi.. dan itulah yg aku lakukan.. datang saja rasa sakit, aku menarik nafas dalam2, kutundukkan muka ke dada, aku dpt merasakan jari jemari suamiku mengusap2 rambutku memberi sokongan...

dan dengan sepenuh hati, aku meneran.. ketika hampir terputus nafas, doktor menyuruhku 'mencuri' tarik nafas dan teran sekali lagi.. suami pula masih mengusap2 dahiku.. aku menyaksikan semua itu dalam sakitku, dalam helaan panjang nafasku.. kucuri nafas dan kuteran sekuat hati.. sehingga doktor menasihatiku agar sedikit perlahan, namun tak dapat kuturuti.. kuteran juga sekuat hati, dan bersama2 itu, pada jam
1.36pm, lahirlah dia.. seorang lagi zuriat aku dan suami, penyeri rumahtangga kami, harta dunia dan akhirat kami. Ketika nurse meletakkan zuriat kami itu di atas dadaku, doktor bertanya meminta aku mengesahkan jantinanya dan aku bersyukur..

Dia seorang puteri... yang cukup cantik dan sempurna..Puteri yg cantik sempurna ini, kami namakan Hasyadaleela, agar sentiasa kesempurnaan dan kepimpinan atas nama kebaikan menjadi jatidirinya.. inshaAllah..

Alhamdulillah... sekali lagi kupanjatkan syukur atas pengalaman ini.. dan seperti sebelum2 ini, pengalaman ini pasti akan kurindui..sakit, namun untuk aku mengatakan puteri ini adalah puteri bongsu kami, aku masih belum berani..

sekian... terima kasih atas doa kalian  :) ... memang betul, kat labor room tu aku hanya ditemani oleh suami.. namun hakikatnya, ada ramai menemani aku kat twitter tu :-)

 few hours after delivered. OK, mak dia bosan2 kat ward, cuba utk pose kan dia takde baju mcm photog pro, tapi few mins after, basah terus selimut dia..LOL

oopss.. motif? mak yg tgh free. belek2 baby asyik tido.. so mak pose stokin..selesa sangat stokin ni..

Malam tu ada 3 Idiots.. so layan sampai kul 1 pagi... bapak sedap tido.. mcm mak plak yg jaga bapak kat spital.. huhuhu ... snap masa tgh subtitle yg gitu2 plak ekekeke...

p/s: Ketika mengandungkan Daleela, saya mengambil supplement Shaklee bermula daripada kandungan berusia 6 bulan.. supplement favorite saya adalah Omega Guard :-) Jom whatsapp/SMS saya 0192390107 kalau nak mencuba :-)

Terima kasih! :-)


Thursday, 14 June 2012

Setia City Mall, Setia Alam

...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pla hubby singgah Setia City Mall.. satu lagi mall baru... jom tgk gambo je sbb aku x de citer... hahha.. tak de singgah makan pon.. cuma beli teh gong cha je.. wedap giler teh gong .. hari tu aku beli iced tea with pearls, dengan signature Iced Earl Grey Tea with pearls . both less sugar and less ice... sedapp giler esp. yg earl grey tuhh!

kedai2 byk lagi tak bukak... tapi banyak gak yg dah bukak.. department store dia Parkson Grand.. dah mcm KLCC plak.. cuma xde isetan jek.. supermarket dia Urbanfresh.. ok le gak..ada byk branded store.. tapi paling ramai org kerumun ialah brand DAISO wakakakakak!

kalau dtg waktu malam lagi cun sbb kat luar tu bercahaya2 berirama2 dia punya fountain... parking tak free. banyak org parking kat luar padahal kat dalam banyak je parking.. tak paham aku jenis yg tak suka carik dulu.. aku and hubby jenis yg kalau pi memana,, carik gak dulu parking.. and biasanya mesti ada... well. law of attractions..




Senang le nk beli apple product tak payah pegi KLCC hehehe..














 Rehat jap .. melampau nak buyung ni.. sehari 2 malls.. ekekeke...


Comel la kedai ni...

Oleh kerana dekat dgn rumah... lepas pegi ni.. byk kali plak aku ke situ.. sampai la sehari before bersalin pon aku ke sana, pi pekena gong cha lagi.. and aku amik plak green tea,,, lebih sedappp daripada earl grey... slurrpppp!

Wednesday, 13 June 2012

Paradigm Mall Kelana Jaya

May tak de entry langsung! padahal so many things happened in May! mood nak menulis takmo plak datang masa bulan May tu.. grrrr..

by the way, aku ada baaanyak back dated entries... aku start dengan hari2 aku menunggu hari deliver la ehh..

Final check up aku was on 21st May 2012, and hari tu Dr. Mazita dah kasik aku MC for a week.. before my EDD. of course aku happy.. sebab dah tak perlu nak meredah pagi2 nak berebut masuk dalam komuter.. hehehe..tapi aku pergi gak opis the next day.. nk inform kat kawan2.. so my start 23 tuh aku dah cutiii..

cuti pon bosan gak ekceli... lagi plak cuti sambil menunggu.. huuhu.. so hari2 cuti aku tu, aku pi jalan2 je lah.. kadang2 aku pegi kilang hasben, just to have lunch dgn dia.. kadang2 just round2 TESCO setia Alam tu... shopping2 lite2 ..cam gitu jek lah sepanjang cuti... yg penting kuar .. sebab bila kat rumah aku rasa kaki aku lenguh plak.. hehehe..jalan2 bukan le jenis yg laju2 gitu.. amik2 angin je.. bukan atas nama exercise pon.. huhuhu..

on weekend, hasben ada.. bleh la ajak dia pegi jalan jauh2 sket.. kebetulan ada mall baru bukak .. so aku sajes kiterang pi check it out... Paradimn Mall kat Kelana Jaya. we went on 26 May 2012 pagi2 lagi hehe.. tak de tujuan.. just jalan2 jek.. parking masih free... ok gak le senang nak pegi ..



dh mcm tourists dari korea plak! hehehe! - balloons tu daripada counter 'Etude House'

Lengang sbb masih pagi :-)

Dalam kereta on the way... pic tak ikut susunan hehee..









ok on paradigm Mall.. ok lah... boleh pegi lagi.. yg best sbb kedai makan ada kat semua level.. so takde la masa lunch time semua bertumpu kat satu floor jek.. sampai takleh nak jalan (merujuk kepada Midvalley megamall hehehe).. tapi kat paradimn mall.. yg sama level ngan tesco,, adalah serabut sket,.. dengan sempit lagi... huhuhu..

dah lah dulu...just to bring the mood.. nanti update lagi..