Posts

Showing posts from February, 2006
Harga Sebuah Pengorbanan Atas Nama Kemajuan

Malam minggu baru ni, hujan lebat dan lama. Teruk banjir kilat especially area Shah Alam. Tapi, area rumah aku kat Klang especially kawasan2 kampung pun teruk juga banjirnya. Time aku keluar shopping tgh hari tu, aku tengok ramai budak2 mandi manda dalam banjir .. sebab air paras pinggang aku.

Lately memang dasyatlah banjir ni. Area Shah Alam tu, hujan sikit je dah naik air, motor dah tak boleh lalu kat jalan motor. Akulah tu yang jadi mangsa, terpaksa naik ikut highway kereta. Aku selalu kata kat husband, ini semua for sure disebabkan banyak sangat building2 baru.. korek2 tanah, kawasan penduduk baru .. semua tuh mesti menyebabkan ketidakseimbangan alam. Especially kalau melalui jalan Shah Alam-Puncak Alam tuh... Memang nampak kerakusan manusia .. habis togel semua hutan2 ... Takutnya zaman akan datang, zaman anak-anak cucu aku nanti, entah macam mana lah ... then, husband aku kata, itulah harga sebuah pembangunan. Entahlah ... Takut bila fik…

Bagaikan Puteri

Image
***

Jumaat lepas, aku berkesempatan membeli sebuah novel, setelah agak lama tidak menambah koleksi buku aku. (Koleksi aku kebanyakkannya adalah novel..entah bilalah agaknya aku hendak bertukar membaca dan mengumpul buku-buku ilmiah pula)

Novel terakhir yang aku beli adalah 'Adam & Hawa'. Aku belum habis baca. Aku tak rasa aku nak habiskan membaca novel tu. Ceritanya yang tak best ke? Padahal, itu adalah hasil tulisan sorang penulis yang hasil karyanya sebelum ini belum pernah mengecewakan aku. Atau mungkin agaknya aku sendiri yang sudah mulai bosan dengan penceritaan yang lebih kurang sama di dalam novel-novel melayu.

Bosan-bosan pun, sekali lagi aku membeli novel melayu. Hasil tulisan novelis lelaki. Ada kelainan lah sikit kononnya. Selalu perempuan aje. Antara novelis lelaki yang aku pernah baca, adalah Ahadiat Akashah dengan DR. HM Tuah Iskandar al-Haj. Ini kali pertama membaca karya Ramlee Awang Murshid.

Sebagaimana aku tidak berani dan tidak suka menonton filem-filem thri…

And Time Can Do So Much

Image
**

Kejap masa berlalu.

Masa aku dok bz2 kat dapor malam semalam, tak perasan Lydia rupanya dok khusyuk belek2 album yang kitorang pegi Kuantan. Aku cuci walaupon gambo digital, sebab MIL nak tengok in form of hardcopy. Bila ke depan, aku tengok bapaknya kat dalam bilik. Habis dah gambar2 dalam album mini tuh keluar2. Sabar je lah anak dara aku sorang tuh. Tapi, takkan nak marah, aku jugak yang salah, letak merata-rata.

Then aku rajin plak nak menyusun gamba2 yang dah cuci, tapi tak susun dalam appropriate album. Malas lah sekarang nih nak susun-susun album kasik cantik. Dulu, masa anak dara, bukan main rajin lagi aku. Siap aku letak label untuk every events tuh. Ada yang aku tulis pakai tangan, ada yang aku print from computer. Tapi itu dulu, kiren, dulu ... kiran!! (masuk iklan ERA)

Sejak-sejak bercamera digital nih, malas betul nak maintain album. Dulu, mula-mula ada digicam, langsung tak pernah cuci, sebab mahal, sekeping 4R 60 sen. Now dah murah, 35sen aje sekeping. Takder processing …

I Love My Body!

Minggu ni aku bosan. Sebab tu aku nak update blog tiap2 hari. Bukan ada apa nak diceritakan pun, macam selalu lah, saja nak kasik exercise jari jemari aku menaip nih.

Cakap pasal jari ni, selalu jugak aku belek-belek jari jemari aku ni. Aku gosok-gosok tapak tangan aku, aku rasa aku ni dah semakin dimakan usialah. Dulu, aku rasa jari-jari aku ni bermaya je, tapi tadi lately ni macam kurang bermaya, dan ada waktu-waktunya, tak bermaya langsung. Aku sayang jari aku ni, aku rasa of all my body parts, jari aku lah aset aku yg paling best! harharharrrr ... boleh?

Aku pernah tanya kat husband aku, jari aku ni dah tak macam jari aku dulu la kan. Dia kata sama aje, jari aku masih jari aku, masih cantik (woohooo...), masih segar bugar lagi, belum kecut. Keh keh keh ... cuma, kering sikit.. pakai lah losyen yang awak beli banyak-banyak untuk Lydia tu. Laaa .. kata segar bugar? tapi kering sikit? Mana satu tu Yang? tapi, betul lah, kering je jari aku ni sekarang, kalau digosok-gosok rasa kasar sem…

Isn't It Beautiful?

Aku tahulah Chinese New Year dah berlalu ... aku tau lah sekarang nih musim kasih sayang pulak..almaklum ler february, dalam tak sambut tak sambut pun, surely tempias Valentine's Day masih mengena gak kan..tapi, aku tak kiralah, dah basi tapi baru sekarang aku sentuh pasal chinese New Year, korang bersabo jek la..dah idea aku datang masa nih, nk buat macam mana kan? Just bear with me lah okay?

Selama 28 tahun aku hidup sebelum ni, belum pernah sekali pun aku meraikan Chinese New Year ni dengan orang-orang cina. Selalu raya cina aku beraya dengan family aku aje.

Tahun ni lain sikit. First time, malam raya cina, aku ada kat rumah sendiri. Aku, husband, Lydia.. sedih jugaklah, malam raya tak bersama keluarga ..... Jiran-jiran majoritinya Cina. So, malam tu, berdentam dentum bunyi mercun. Bukan calang-calang mercun, bapak mercun semuanya. So meriahlah, terus hilang sedih di hati. Lydia tidur awal, so dia tak berapa tengok bunga api yang berbagai2 tu. Aku sikit pun tak tunjuk aku marah w…

Kisah tidak berakhir di situ V

Sambungan Dari sini

Kepantasan waktu berlari seperti tidak disedari oleh semua pelajar, tidak terkecuali pelajar perempuan itu. Terasa baru semalam dia menjejakkan kakinya di sekolah ini sebagai seorang pelajar baru. Hari ini, kaki yang sama akan meninggalkan jejak keluar dari sekolah itu, buat selamanya.

Hari ini pelajar perempuan itu akan meninggalkan sekolah ini, setelah selesai bergelumang dengan kertas peperiksaan. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya. Namun kegembiraan dan kesedihan sebenarnya berbaur-baur dibenaknya. Walaupun dalam kegembiraan kerana lega memikirkan beban yang sudah lepas dari bahu, dia tidak dapat menafikan kesedihan kerana kini tibalah saat-saat perpisahan dengan rakan-rakan yang sudah menjadi teman di dalam kehidupan seharian di sekolah mahupun di asrama.

Di kemaskan baju-baju di almari pakaiannya. Sambil tangannya memasukkan baju-baju dari lipatan almari ke dalam beg besar untuk dibawa pulang, sambil telinganya mendengarkan lagu 'Don't Cry' meng…

...di bulan February

Kejap je rasanya, dah February dah ... baru je sangat aku tulis pasal aku cuti ke bulan december hari tuh.. tetiba ni dah nak bercerita pulak lagi pasal aku pergi bercuti ke Kuantan.

Pagi tadi aku berkobar2 nak datang kerja, maklum lah, dah lama sangat bercuti. Sejak before Chinese New Year sampailah semalam. 10 hari cuti. Tak puas, tapi bila duit dah menyusut, terpaksa lah puaskan diri.

Tapi, berkobar2 sangat, sampaikan pagi tadi menjadi satu pagi yang penuh cabaran buat aku.

Disebabkan semalam aku baru balik dari Kuantan, so malam tadi memang letih gilosh! Lepas tengok Everybody Loves Raymond, aku ingatkan nak tunggu Monk habis baru tidur .. tapi, Monk tuh aku habiskan dalam mimpi ajer ... sedar2 dah tgh malam, Lydia merengek mintak susu. Sempat aku set alarm pukul 5 pagi. Tapi, aku tak bangun pon pukul 5. Aku bangun 15 minit lewat. Penat lom hilang.

Ingatkan nak kuar awal2 .. tapi, masa nak naik kereta, Lydia pulak berak. Tak sampai hati plak nak biarkan dia macam tu.. so aku tukar la …