Monday, 28 July 2014

Eid Mubarrak!

selamat Hari Raya Aidilfitri daripada saya seisi keluarga untuk semua rakan blogger dan sekalian pembaca!! :-)

Semoga semua amalan sepanjang Ramadhan diterima, dan semoga Allah masih memberi kita peluang untuk memperbaiki diri pada bulan2 seterusnya, dan panjang umur utk kita bertemu lagi bulan Ramadhan akan datang..

Amin ya Rabbal 'alamin...

Wednesday, 23 July 2014

Dugaan Ramadhan, Alhamdulillah...

Huiiii July ni awat lemauu jek bab update blog? Hahaha!! Takkan sebab puasa kot? Taklah.. Ekceli lately ni musim anak2 kurang sihat...

Last week, si kakak (Lydia) tu panas badan. Saya rasa mcm dehydrated la tu, mcm tahun lepas jugak. Kurang minum waktu malam tapi siang kemain cergas terutama weekend sebab jumpa cousins... Main mcm tak puasa!!

Tapi kali ni memang saya gigih berikan NUTRIFERON kat dia.. Dia ni bukan senang sangat nak accept supplements.. Ubat klinik apatah lagi la.. Memang a big No NO lahhh.. Memang tarik muka empat belas kalau bab makan ubat klinik... Tapi NutriFeron ni dia boleh accept lah.. Dia pun mengaku, tak nak lalui pengalaman kena cucuk masuk air kat hospital mcm tahun lepas.. So nak tak nak dia makan juga NutriFeron...

Alhamdulillah lah... Tak melarat demam dia.. Setiap pagi waktu sahur satu sachet nutriferon... 3 hari berturut2 nutriferon
. now dah seminggu sekali je just nak menten kuat antibodi... Senang hati saya tgk dia dah sihat dan excited nak raya!!!

Masa raya pun kena menten gak NutriFeron ni.. Raya kan letih berjalan, makanan lak kurang nutrisi (biskut2 raya laa kan tinggi gula, perasa pewarna bagai)... So mmg kena gak berjaga2 ..

Ha itu je dulu sharing saya hari ni, menulis ni sambil Q utk tukar duit raya uols! Hahahaha gigih kan? Semangat bab2 duit raya ni sebab seronok nak memberi dan seronok tgk mereka yg terima gembira dengan pemberian kitq yg tak seberapa tu.. Alhamdulillah dikurniakan rezeki utk kita memberi...

Ok uols!! Selamat meneruskan puasa dan semoga Allah beri kita kekuatan merebut gnjaran akhir ramadhan ni inshaAllah...

Salam ceria,
Fara 0192390107

Friday, 11 July 2014

Anak Memilih Makanan boleh dapat nutrisi lengkap ketika bersahur!

Untung pulak rasanya ada blog. Lagi pulak blog yang dah 'berusia' macam blog saya ni hahaha! Cuma sayang betul tak semua story saya abadikan dalam ni.. ada lah tahun2 yang agak mandom jek tak de mood gitu nak blogging.


Eceh, tetiba sentimental lak petang2 bulan ramadhan ni kan. Sebenarnya tadi dok jalan2 kembali ke entry lama-lama saya, zaman mudo-mudo dulu, zaman anak baru sorang dua kekdahnyer! haha! Terasa dah lama tak story pasal anak dara sulong saya tuh, Lydia. Dulu, di awal pembabitan saya dalam blogging (amboi pembabitan!), memang nama Lydia je la yg muncul kihkih sikit2 lydia sikit2 lydia... pastu bila kuar adik2 .. dah makin sikit entry pasal dia.. tapi entry adik2 pon tak la banyak pun... sebabnya mak tak berapa rajin dah.. tu yg sayang banget tu!!! aargghh rugi!

2008 dia 4 tahun, now dia 10 tahun.. makin beso makin gelap hewhew...

Tapi mmg bagus la saya kurangkan story pasal Lydia dah.. dah beso kekdahnye kan.. dah 10 tahun .. huhu cepat sangat masa berlalu! Dia macam tu lah, still suka bercakap, cuma bercakap dengan org yg tak kenal tu dah kurang la.. malu dah kot.. dan yang paling sama, ialah still sangat takut dengan segala jenis serangga, sama ada yang terbang mahupun yang merayap. nama je serangga, memang mcm org histeria dia..  cuma lately dah agak improve tapi still annoying hahaha!


Selain serangga, kepantangan dia ialah... air bergas, ubat-ubatan dan segala bagai supplements yang rasa pelik2... ini termasuklah Shaklee. Ada dia kisah mak dia jual Shaklee? kalau dah dia takmo, takmo la dia.. puas le mak pujuk kata sedap lah, tak rasa ubat la.. tak danya mengubah pendirian dia..


Contoh, adik2 dia kemain suka Chewable Vitamin-C 100gm tu.. termasuk lah adik cenonet dia si Daleela bambam tu.. makan macam gula2 siap mintak tambah amboiii ko ingat coklat? hahaha.. But not for Lydia.. kalau vit C tu dalam bentuk M&M kot baru dia nak.. aduhai..


Jadi, tak hairanlah kalau tahun lepas, seminggu dia masuk ke ward, sebab kurang nutrisi.. dah le memilih makanan.. susu takmo, sayur takmo, ikan pun memilih... nak kasik vitamin pun takmo..  sudahnya demam panas, sampai admittted, dah tak puasa selama 5 hari.. harap2 peristiwa tahun lepas tak berulang tahun ni kat semua anak2... 


Tahun ni, awal2 lagi mak dah plan mcm mana nak handle 'penafian' lydia terhadap multivitamin. Mujurlah Shaklee ada MEAL SHAKES, multivitamin perasa vanila dalam bentuk serbuk tu... Tahun ni, setiap pagi waktu sahur memang saya tak pernah missed beri dia Meal Shakes. Dia nak ke? hahahah jangan harap lah kalau dia tahu saya bagi Meal Shakes. Diam-diam saya sorokkan dalam air milo yang saya buat untuk semua orang, dalam teko. saya mix kan 2 sudu besar meal Shakes dengan 4 sudu besar milo. lepas tu masukkan air suam2 sedap.. tak ada gula, tak ada susu.. rasa dia dah sedap dah.. Syukurlah Lydia tak komplen haha.. dia tanya gak air apa ni mak? saya jawab milo laaa.. hikhik..  fuhh berjaya.. siap bertambah lagi dia minum ... sedappp... bukan Lydia je dapat manfaat, bila dah buat kat teko, semua orang lah dapat khasiatnya... Alhamdulillah..


MealShakes untuk Sahur
mixture of  Meal Shakes dan milo.. namanya MEALo hehe..
tinggal tambah air suam2 panas sket minum waktu sahur memanag sedap!



Yang penting, dia dapat lah nutrisi yang ada dalam Meal Shakes tu... 


Misi saya BERJAYA!!! Terima kasih Meal Shakes!!! buat milo takyah beli susu penuh cream.. gula pon tak pakai.. haha.. Meal Shakes cuma RM113.75 sahaja untuk satu canister of around 500gm... paling best, bila bukak je penutup dia, semerbak bau vanilla yang sedap... 


MealShakes untuk Sahur
Info on Meal Shakes ..


Meh order kat LINK INI ye.. Mudah, cepat dan selamat!! paling best kalau gandingkan pulak dengan Performance Drink.. tambah nutrisi, elak dihadrasi.. hebat sekali! :-)


Sekian sahaja perkongsian saya hari ni... semoga memberi manfaat untuk anda semua ye :-)


Salam ceria! :-)
Fara 0192390107

Friday, 4 July 2014

Kisah Anak-anak Berlatih Puasa

Ramadhan tahun lepas, cuma Lydia je anak yang berpuasa. Idlan cuba-cuba nak puasa, tapi tengah hari je dah minum. Saya pulak tak begitu paksa sangat.. Macam Lydia dulu pun, darjah 1 baru dia start puasa full, itu atas kemahuan dia sendiri. Sebenarnya bila atas kemahuan dia sendiri, lebih mudah dia nak completekan. Ala, ni sama la konsep macam bisnes jugak, kan.. kalau kemahuan sendiri, susah ke senang sanggup kuredah gitu la kekdahnyer! hahhaha naaak jugak relate kat bisnes, kan? hehe.. bear with me! :p


Tapi, kemahuan tu datang pun atas faktor2 luaran jugak, bukan semata2 faktor hati dah sedia kan.. faktor luaran tu contohnya galakan daripada orang2 sekeliling.. galakan secara direct mungkin tak begitu memberi impak, tetapi, galakan dari segi contoh perbuatan, itu lagi beri impak besar dalam menimbulkan kemahuan anak nak puasa. Apa maksud ko fara? maksud saya, kita sebagai parents, tunjukkanlah perasaan seronok nak menyambut puasa.. selalu cerita keseronokan dan nikmat berbuka dan bersahur ketika bulan Ramadhan, cerita tentang pahala dan ganjaran dan sebagainya... bukan cakap aja, tunjuk la .. hahaha jgn lak mak kemain tunjuk letihnya puasa! sampaikan anak2 jadi fobia pulak..


Tahun ni, selain Lydia (10 tahun), Idlan (6 tahun) pun dah ready nak puasa. beberapa minggu sebelum puasa pun dah teruja cakap pasal puasa.. hahah mengalahkan mak dia noks! MUngkin kat sekolah cikgu2 dia timbulkan keseronokan tu, Alhamdulillah.. saya still tak memaksa tapi kalau dah dia mahu, janganlah kita pulak discourage, ye tak? terus galakkan saja lah, mudah-mudahan kemahuan tu betul2 bukan main-main!


Sahur bersama Set Berpuasa Shaklee

Bila mahu, memang semua jadi mudah!.. macam tu la bebudak ni bangun sahur pun senang je.. iap boleh borak2 lagi masa sahur. Diorang jenis tak demand plak tu. Pernah sekali terrlambat bangun, sedar2 dah kul 5!! aiyokkk lom masak lak tuu.. so nasib baik lah ada oats ngan fresh milk.. itu pun diorang leh makan bertambah! mmg saya pon kalah! haha saya dulu kecik2 kemain liat nak bukak mata!


Menu sahur mmmg tak de la meriah sangat. Nasi, ayam goreng, telur goreng, ikan kicap, ayam kicap.. gitu2 jek lah... hehehe.. tapi yang wajib ada ialah PERFORMANCE DRINK dan MEALSHAKES untuk semua orang... mealshakes tu saya masuk sekali dalam air milo... performance drink lak saya bancuh saparate.. elakkan dhydration dan tambah nutrisi.. inshaAllah...

Nak order Set Berpuasa Shaklee (Mealshakes, Performance Drink, Energizing Soy Protein)? boleh call hubungi saya atau clik je URL bawah ini, untuk pembelian terus je.. mudah sangat!)


Mudah! :-)

Ini dia set berpuasa yang saya maksudkan tu ye :-) ia juga dikenali sebagai Mighty 3 Gems! :-)

Set puasa Shaklee
Mighty 3 GEMS



Solat dan Puasa

So, dah masuk hari ke-enam berpuasa,, macam mana? hmmm saya terharu sebenarnya sebab tak sangka pulak Idlan betul2 MAHU berpuasa. Hari pertama tu dia puasa sampai petang, adalah merengek2 sikit bila dah lepas asar tu... saya pujuk2 jugak, sebab sayang pulak dah lebih separuh hari. Mujurlah nenek dia pulak bagitu, solatlah yang akan bantu kita kurang rasa lapar, dan Idlan follow kata nenek. Betul jugak, puasa tak solat lagi kesian.. so, mesti nak kena tekankan bab solat tu.. yang si Lydia dah faham lah.. senang je saya cakap kat Lydia,

"solat lebih senang dari puasa, tak payah lapar2 pun.. kenapa taknak solat?" -- sebenarnya saya berkata gitu kepada diri saya sendiri lah of course.. well kita yang dah tua ni pun amboiii solat liat kemain huhu malu haihh kat bebudak! so sambil remind diri, sambil remind anak.. mudah-mudahan Allah permudahkan kami memperbaiki diri berkat bulan Ramadhan..


Haih berkecamuk saya cerita. LOL. Back to Idlan.. puasa ke-dua, dia dah mula sekolah, dan balik dari sekolah terus ke taska jadi saya tak dapat nak tgk keadaan dia. petang tu dia balik, terus bagitau yang dia tak puasa, tengahari balik dari sekolah terus minum. Saya senyum je saya kata tak pe la.. (dalam hati agak kecewa haha tak baik kan?) Then Idlan cakap yang esoknya dia nak cuba lagi puasa.. 


Hari ke-3,4 dan 5 Alhamdulillah sangat! sayu betul saya sebab rupanya dia kotakan apa yg dia kata.. bila ambik kat taska, acik taska tu yg bagitau, Idlan masih puasa tu... Alhamdulillah.. tapi bila saya tanya solat, Idlan kata dia dah bagitau acik taska nak solat tapi acik taska tak kejutkan pulak masa dia tidur.. hmmm saya faham lah tu.. maybe acik kesian kot tgk bebudak.. takpe, nanti bila weekend saya akan latih lagi puasa dan solat. Weekdays saya cuma boleh tgk dia solat subuh, maghrib dan isya' itupun kadang2 saya terkesian bab isya' tu kalo dorang dah tertidur dulu... 


Hari ke 3 tu dia merengek2 jugak lagi2 bila dah puul 6.30 dan dah nampak bbanyak food atas meja... saya faham sangat perasaan tu! haha.. jadi saya jauhkan dia dari meja makan time2 tu.. Tapi hari ke-4 dan ke-5, tak pulak dia merengek, even adik dia si Daleela tu minum depan dia pun dia dah tak kisah.. wah kuat jugak rupanya! Dia rilek je baca buku.. Jadi semalam, saya saja lah kasik reward sikit.. bawak dorang berbuka kat Nandos. haha sebenarnya sebab tak sempat balik rumah... hasben amik saya kat komuer Shah Alam, terus lah kami tuju ke Nandos Bukit Raja.


Menu utk Idlan semalam.. kongsi ngan adik dia Fahren.

Alhamdulillah.. memang seronok saya tgk perkembangan Idlan berpuasa.. nampak semangat dan kemahuan dia tu, buatkan saya terharu. Semoga terus istiqamah.. amin amin...


Terima kasih membaca! :-)

Salam ceria,
Fara 0192390107