Ramadhan tahun lepas, cuma Lydia je anak yang berpuasa. Idlan cuba-cuba nak puasa, tapi tengah hari je dah minum. Saya pulak tak begitu paksa sangat.. Macam Lydia dulu pun, darjah 1 baru dia start puasa full, itu atas kemahuan dia sendiri. Sebenarnya bila atas kemahuan dia sendiri, lebih mudah dia nak completekan. Ala, ni sama la konsep macam bisnes jugak, kan.. kalau kemahuan sendiri, susah ke senang sanggup kuredah gitu la kekdahnyer! hahhaha naaak jugak relate kat bisnes, kan? hehe.. bear with me! :p
Tapi, kemahuan tu datang pun atas faktor2 luaran jugak, bukan semata2 faktor hati dah sedia kan.. faktor luaran tu contohnya galakan daripada orang2 sekeliling.. galakan secara direct mungkin tak begitu memberi impak, tetapi, galakan dari segi contoh perbuatan, itu lagi beri impak besar dalam menimbulkan kemahuan anak nak puasa. Apa maksud ko fara? maksud saya, kita sebagai parents, tunjukkanlah perasaan seronok nak menyambut puasa.. selalu cerita keseronokan dan nikmat berbuka dan bersahur ketika bulan Ramadhan, cerita tentang pahala dan ganjaran dan sebagainya... bukan cakap aja, tunjuk la .. hahaha jgn lak mak kemain tunjuk letihnya puasa! sampaikan anak2 jadi fobia pulak..
Tahun ni, selain Lydia (10 tahun), Idlan (6 tahun) pun dah ready nak puasa. beberapa minggu sebelum puasa pun dah teruja cakap pasal puasa.. hahah mengalahkan mak dia noks! MUngkin kat sekolah cikgu2 dia timbulkan keseronokan tu, Alhamdulillah.. saya still tak memaksa tapi kalau dah dia mahu, janganlah kita pulak discourage, ye tak? terus galakkan saja lah, mudah-mudahan kemahuan tu betul2 bukan main-main!
Sahur bersama Set Berpuasa Shaklee
Bila mahu, memang semua jadi mudah!.. macam tu la bebudak ni bangun sahur pun senang je.. iap boleh borak2 lagi masa sahur. Diorang jenis tak demand plak tu. Pernah sekali terrlambat bangun, sedar2 dah kul 5!! aiyokkk lom masak lak tuu.. so nasib baik lah ada oats ngan fresh milk.. itu pun diorang leh makan bertambah! mmg saya pon kalah! haha saya dulu kecik2 kemain liat nak bukak mata!
Menu sahur mmmg tak de la meriah sangat. Nasi, ayam goreng, telur goreng, ikan kicap, ayam kicap.. gitu2 jek lah... hehehe.. tapi yang wajib ada ialah PERFORMANCE DRINK dan MEALSHAKES untuk semua orang... mealshakes tu saya masuk sekali dalam air milo... performance drink lak saya bancuh saparate.. elakkan dhydration dan tambah nutrisi.. inshaAllah...
Nak order Set Berpuasa Shaklee (Mealshakes, Performance Drink, Energizing Soy Protein)? boleh call hubungi saya atau clik je URL bawah ini, untuk pembelian terus je.. mudah sangat!)
Mudah! :-)
Ini dia set berpuasa yang saya maksudkan tu ye :-) ia juga dikenali sebagai Mighty 3 Gems! :-)
Mighty 3 GEMS |
Solat dan Puasa
So, dah masuk hari ke-enam berpuasa,, macam mana? hmmm saya terharu sebenarnya sebab tak sangka pulak Idlan betul2 MAHU berpuasa. Hari pertama tu dia puasa sampai petang, adalah merengek2 sikit bila dah lepas asar tu... saya pujuk2 jugak, sebab sayang pulak dah lebih separuh hari. Mujurlah nenek dia pulak bagitu, solatlah yang akan bantu kita kurang rasa lapar, dan Idlan follow kata nenek. Betul jugak, puasa tak solat lagi kesian.. so, mesti nak kena tekankan bab solat tu.. yang si Lydia dah faham lah.. senang je saya cakap kat Lydia,
"solat lebih senang dari puasa, tak payah lapar2 pun.. kenapa taknak solat?" -- sebenarnya saya berkata gitu kepada diri saya sendiri lah of course.. well kita yang dah tua ni pun amboiii solat liat kemain huhu malu haihh kat bebudak! so sambil remind diri, sambil remind anak.. mudah-mudahan Allah permudahkan kami memperbaiki diri berkat bulan Ramadhan..
Haih berkecamuk saya cerita. LOL. Back to Idlan.. puasa ke-dua, dia dah mula sekolah, dan balik dari sekolah terus ke taska jadi saya tak dapat nak tgk keadaan dia. petang tu dia balik, terus bagitau yang dia tak puasa, tengahari balik dari sekolah terus minum. Saya senyum je saya kata tak pe la.. (dalam hati agak kecewa haha tak baik kan?) Then Idlan cakap yang esoknya dia nak cuba lagi puasa..
Hari ke-3,4 dan 5 Alhamdulillah sangat! sayu betul saya sebab rupanya dia kotakan apa yg dia kata.. bila ambik kat taska, acik taska tu yg bagitau, Idlan masih puasa tu... Alhamdulillah.. tapi bila saya tanya solat, Idlan kata dia dah bagitau acik taska nak solat tapi acik taska tak kejutkan pulak masa dia tidur.. hmmm saya faham lah tu.. maybe acik kesian kot tgk bebudak.. takpe, nanti bila weekend saya akan latih lagi puasa dan solat. Weekdays saya cuma boleh tgk dia solat subuh, maghrib dan isya' itupun kadang2 saya terkesian bab isya' tu kalo dorang dah tertidur dulu...
Hari ke 3 tu dia merengek2 jugak lagi2 bila dah puul 6.30 dan dah nampak bbanyak food atas meja... saya faham sangat perasaan tu! haha.. jadi saya jauhkan dia dari meja makan time2 tu.. Tapi hari ke-4 dan ke-5, tak pulak dia merengek, even adik dia si Daleela tu minum depan dia pun dia dah tak kisah.. wah kuat jugak rupanya! Dia rilek je baca buku.. Jadi semalam, saya saja lah kasik reward sikit.. bawak dorang berbuka kat Nandos. haha sebenarnya sebab tak sempat balik rumah... hasben amik saya kat komuer Shah Alam, terus lah kami tuju ke Nandos Bukit Raja.
Menu utk Idlan semalam.. kongsi ngan adik dia Fahren. |
Alhamdulillah.. memang seronok saya tgk perkembangan Idlan berpuasa.. nampak semangat dan kemahuan dia tu, buatkan saya terharu. Semoga terus istiqamah.. amin amin...
Terima kasih membaca! :-)
Salam ceria,
Fara 0192390107
Bagus latih anak-anak berpuasa sempena bulan ramadhan yang berkat ini.
ReplyDelete