Posts

Showing posts from August, 2005

Indahnya hidup ini!

Hidup aku betul2 seronok sekarang ni ... semuanya kerana keluarga. Paling seronok for sure la sebab ada anak yang menyerikan hidup kami berdua.

Telatah Lydia sekarang memang membuatkan kami tak kering gusi. Ada-ada saja perkara baru yang dibuat setelah dipelajari.

Dalam pada aku dok risau2 sebab sebatang gigi pun belum nampak keluar dari gusi, aku bersyukur jugak..sebab dia memag suka sayang (kiss) kitorang dengan cara menggigit ... cuba bayangkan kalau dah ada gigi, tak ke habis pipi mak ngan bapak kena gigit ... tapi lately nih dia improve sikit, dia dah reti guna hidung dia instead of bukak mulut, jilat or gigit pipi orang yang dia nak kiss...tapi, bukan selalu dia nk sayang kami.. biasanya time bangun pagi, memang dia yg akan bangun dulu...terus merangkak kat mak, kiss la mana2 yg dia dapat, biasanya dia dok kiss kat rambut or telinga ... biasanya aku perasan n buat2 tak sedar, dia kiss lagik sampai la mata aku bukak and say pandaiiiii ... baru la dia gerak kat bapak pulak ... and d…

Tabah lah!

Dalam beberapa hari lagi, Lydia akan memcecah umur setahun. Kalau dulihat dari fizikalnya, memanglah macam dah berumur 2 tahun. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami sekarang, setiap kali kami membawa Lydia ke tempat orang ramai, pasti dirinya menjadi perhatian.

"eh, comelnya..."

"cute la baby tu.."

"geramnya pipi dia.."

"Tengok badan dia, chubby nye!"

"Eh makan apa leh tembam mcm ni.."

itulah antara cakap2 orang tatkala kami membawa Lydia berjalan2 hujung minggu mahupun ketika ke majlis2 keramaian.

Secara jujur, mestilah aku suka kalau orang suka tengok anak aku....sapa tak suka? Tapi perkara2 itu juga lah yang sebenarnya merisaukan aku. Pada umur 11 bulan, ukuran timbangan berat Lydia adalah 10kg.... hampir serupa dengan berat badan kakak sepupunya yang berusia 2 tahun. Aku risau kalau beratnya melebihi dari sepatutnya.. memanglah waktu kecil, dia memang comel sangat macam tu. Puas hati betul kalau tengok baby yang sihat2 dan comel2 macam Lydia…

Kerja?

Masuk tahun ni, dah 5 tahun la aku bekerja kat company P (Bukan nama sebenar) nih. Daripada aku anak dara sampai dah melahirkan anak dara, daripada aku takder kereta, sampai dah ada hati nak tukar kereta... aku tetap di sini.. Kebanyakan kawan-kawan aku dah bertukar kerja lebih dari 3 kali. Dan semestinya aku pun teringin jugak nak tukar-tukar kerja macam aku tukar-tukar baju kerja..

Tapi apa nak buat ... kenyataannya tetap sama .. aku tetap di sini .. ( ayat novel)

Ini tempat kedua aku bekerja selepas tamat pengajian 5 tahun lepas. Kerja kat company pertama sekejap je, tak sampai pun 3 bulan. Selain waktu kerja yang agak odd (10am-7pm), faktor utama of course la bayaran .. untuk sara diri sendiri yang bujang trang tang tang ok la kot, tapi untuk jangka masa panjang, hmmm ... bijak la langkah aku keluar dari situ. Satu lagi sebab cara pembayaran gaji, dibuat 2 kali sebulan...alahaiiii..gaji yg sikit, semakin sikit la jadinya .. susah nak buat budget planning.

So bila member ajak joined t…

Citer melayu

Semalam tiba-tiba terasa macam nak tengok movie kat panggung wayang. Lama betul tak menonton kat screen besar ... rasanya sejak bergelar 'mak' hampir setahun lalu, dah tak tengok dah wayang kat panggung.

Time tengah check list of movies kat ticketing counter tu, pening jugak nak tengok movie apa...tanya kat husband, dia kata ikut aku lah..alamakkk...citer apa nk tengok ni? dah la bukan selalu dapat tgk wayang, kenalah pilih citer yang betul2 worth..

Masa aku sebut Gol dan Gincu kat husband, ada sikit kerutan kat kening dia.. tapi dia tak cakap apa lah..agaknya dalam hati dia dok tertanya2, tak de ke citer lain lagi nak tengok? ha ha ha.. aku tak salahkan dia...most of citer melayu yg kitorang tgk before (from CD) agak mengecewakan ... tapi kali ni hati aku agak teruja plak nak tengok movie nih, itu pun sebab dok baca komen2 dalam blog2 orang esp. blog sultanmuzaffar ngan blog afdlin shauki. Dalam hati doa jer la mintak2 lah tak dikecewakan hahahah...

Kat panggung ada la dalam 15 …

Fanatik

Jumaat lepas aku ambik cuti. EL sebab anak kurang sihat. So siang jumaat tu berkepit je dengan anak, sebab dia takmo berenggang langsung dengan aku.

kesempatan berada kat rumah dengan anak, aku ambik sepenuhnya ... aku ajak dia bermain, ajar itu, ajar ini, kasik makan itu, bagi makan ini....tapi...anak tgh kurang sihat, apa sangatlah respon yang dia dapat berikan... nak gelak tu dah kira untung la tu...selebihnya, dia lebih banyak merengek dan berbaring kat riba aku. Aku pulak, tak dapat lah bergerak bebas dalam rumah. Segala urusan rumah aku abaikan seketika .. ..

kecuali tengok TV. Sebab TV tak bergerak, tak memerlukan aku untuk bergerak.

Memula tuh, biasa la tgk org gado2 dalam @15, last2 bosan plak. Then tengok pulak siri kantonis, huh apa lagi, terus jer fokus. Tak tau la kenapa, kalau citer kantonis Hong Kong jer, sure melekat. Especially drama2 TVB tu.. tak kira lah ceria moden ke, cerita klasik ke.. ok je.

Paling tak boleh lupa, siri Police Cadet 85, dengan hero/heroin, Ah Kit/Ah …