Dalam beberapa hari lagi, Lydia akan memcecah umur setahun. Kalau dulihat dari fizikalnya, memanglah macam dah berumur 2 tahun. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami sekarang, setiap kali kami membawa Lydia ke tempat orang ramai, pasti dirinya menjadi perhatian.
"eh, comelnya..."
"cute la baby tu.."
"geramnya pipi dia.."
"Tengok badan dia, chubby nye!"
"Eh makan apa leh tembam mcm ni.."
itulah antara cakap2 orang tatkala kami membawa Lydia berjalan2 hujung minggu mahupun ketika ke majlis2 keramaian.
Secara jujur, mestilah aku suka kalau orang suka tengok anak aku....sapa tak suka? Tapi perkara2 itu juga lah yang sebenarnya merisaukan aku. Pada umur 11 bulan, ukuran timbangan berat Lydia adalah 10kg.... hampir serupa dengan berat badan kakak sepupunya yang berusia 2 tahun. Aku risau kalau beratnya melebihi dari sepatutnya.. memanglah waktu kecil, dia memang comel sangat macam tu. Puas hati betul kalau tengok baby yang sihat2 dan comel2 macam Lydia. Aku amat bersyukur di atas hadiah, amanah dan anugerah dari Allah yang mengurniakan baby secantik dan secomel Lydia ke dalam hidup kami.
Tapi aku memikirkan masa depan ...
Aku tak mahu dia menerima tekanan diskriminasi ... seperti yang pernah aku alami ..
Aku mengenali erti diskriminasi ketika aku sepatutnya menanam segala keyakinan dalam diri aku. Aku berkenalan dengan sindiran2 tajam di kala aku sepatutnya mendapat kata2 galakan bagi menambah keterampilan dalam diri aku.
Aku budak kampung zaman 80-an (budak kampung sekarang sama jer ngan bandar - dah up-to-date). Mak bapak tak ada kereta , ke mana2 hanya bermotosikal .(aku tak suka kata aku orang susah, aku orang sedehana, mampu seadanya, cuma kereta waktu itu memang bukan satu keperluan rasanya) .. jadi jarang sangat aku dapat ikut ke mana2 mereka pergi. So, sure lah hidup aku kurang pendedahan kepada dunia luar. Jauh benar dengan nasib kanak2 zaman sekarang yang rata2 dah keluar melihat dunia luar ketika di dalam kandungan lagi. Apatah lagi ketika mereka berumur 13 tahun, rasanya masing2 pun dah tak kisah kalau walaupun kena naik kapal terbang sorang2!
Jadi, Tingkatan satu di asrama memang satu pengalaman paling ... berharga (aku tak nak kata manis, tak jugak pahit). kali pertama keluar dari rumah, seorang diri hidup. Susahnya time tu. Mana ada telefon bimbit macam sekarang. Kalaupun ada telefon awam, nak telefon siapa? kat rumah kampung bukan ada telefon ..(sekali lagi, bukan tak mampu, cuma belum ada bekalan - even ketua kampung yang kaya pun tak der telefon) - surat ajer perantara aku dan family-untuk perkhabaran penting, seperti kemalangan dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Minggu pertama, sepatutnya ada kakak2 yang tolong tenteramkan hati budak2 macam aku ni. Itu sepatutnya lah... Tapi yang tak sepatutnya yang aku terima.
Aku nangis, dorang jeling .. nak tak nak, kena la stop nangis.-- Budak sebelah katil aku nangis, dorang pujuk bebaik pulak, budak tu plak semakin manja, sikit2 nak nangis, lepas tu dipujuk... tak kuasa jer ..
Aku nak sgt masuk pertandingan baca puisi wakil dorm, dorang kata nanti lah -- Dorang offer kat budak tadi gak yang puas menolak.
Aku tengok aje dorang makan ramai2 dengan budak tadi tu sekali, sedih sangat, tapi tak mahu lah nangis lagi, takut kena jeling.
Time tu la aku tau erti diskriminasi. Bukan la tau perkataan tu, tapi tau perbuatan tu. Dan perkara seperti itu (banyak lagi sebenarnya sikap2 mcm tu, dan sindiran2 pedas, malas nak citer,tak der makne nyer!)
Rupanya sebab budak tu cantik ... hehehe ... sekarang mmg la nampak mcm childish jer fikir benda tu, tapi time tu, utk budak yang baru nak kenal dunia..perit gak la--selalu jer macam kesal kenapa la aku tak menarik, manis, cun .. mcm org lain...hahahah!!!
Tapi, aku tak pernah salahkan kakak2 tu, malahan aku berterima kasih sangat2 kat mereka - atas sikap mereka, aku jadi lebih kuat, lebih peka, lebih tough. Nak tau kenapa?
Budak yang aku citer tu ... takmo gak deklamasi puisi, last2 dorang kata kat aku, awak buat lah, kalau pun tak apa(mcm paksa je..no choice la katakan) Dan aku terima, dan aku menang - tempat pertama. Selepas tu, hampir setiap pertandingan pentas, akulah pilihan pertama.
Then .. tak sampai setahun, budak tu dah keluar hostel, sebab tak tahan rindu kat family. Dan aku bertahan sehingga ke tingkatan 3 di situ, sebelum keluar kerana tawaran ke asrama penuh.
Dan, kakak2 tu semua. Akhirnya adalah best friends aku....sebab dorang kata aku happy go lucky, adaptable, tak cepat melatah (pada hal, dalam hati huhuuuu...kena la kuat kalau nak bertahan)
Sekarang, aku biasa jer kalau orang dok bersikap mcm tu ... tak der nya nak sedih .. hahaha.. tapi tu lah, aku kesian kalau budak2 terima nasib mcm aku. Sebab tu lah, aku risau sgt kalau Lydia nanti terima layanan mcm aku kalau badan comelnya tetap maintain jer...
Lydia..
Apa juga cabaran mendatang - Cekal lah.
Aku tak mahu dia berdepan dengan perkara2 yang merendahkan keyakinan dirinya. Aku mahu dia diterima orang ramai dengan mudah - bukan harus menangis dulu. Untuk itu, aku harus, bukan harus. aku mesti menanam keyakinan penuh dalam dirinya. Aku nak dia tahu kebolehannya, supaya dia tahu, fizikal bukan perkara utama untuk mencapai kejayaan. Supaya dia dapat terus ke depan tanpa perlu mengendahkan perkara2 remeh mcm yg aku pernah fikirkan.
Friday, 19 August 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBila baca citer nih .. teringat kembali zaman kat sekolah tuh. It's really tough, i understood how u feel. Been there and had quite same experience. Apa2 pun sumer tu mendewasakan kite dan menjadikan kite manusia yang lebih kuat. Insyaallah ... kalau mak dia sentiasa memberi perangsang dan dorongan, and the main is kasih sayang yang tak putus .. lydia akan menjadi seorang insan yang cekal dan bijaksana.
ReplyDelete