Jumaat lepas aku ambik cuti. EL sebab anak kurang sihat. So siang jumaat tu berkepit je dengan anak, sebab dia takmo berenggang langsung dengan aku.
kesempatan berada kat rumah dengan anak, aku ambik sepenuhnya ... aku ajak dia bermain, ajar itu, ajar ini, kasik makan itu, bagi makan ini....tapi...anak tgh kurang sihat, apa sangatlah respon yang dia dapat berikan... nak gelak tu dah kira untung la tu...selebihnya, dia lebih banyak merengek dan berbaring kat riba aku. Aku pulak, tak dapat lah bergerak bebas dalam rumah. Segala urusan rumah aku abaikan seketika .. ..
kecuali tengok TV. Sebab TV tak bergerak, tak memerlukan aku untuk bergerak.
Memula tuh, biasa la tgk org gado2 dalam @15, last2 bosan plak. Then tengok pulak siri kantonis, huh apa lagi, terus jer fokus. Tak tau la kenapa, kalau citer kantonis Hong Kong jer, sure melekat. Especially drama2 TVB tu.. tak kira lah ceria moden ke, cerita klasik ke.. ok je.
Paling tak boleh lupa, siri Police Cadet 85, dengan hero/heroin, Ah Kit/Ah Yee ... time tu masih sekolah rendah lagik. pukul 6 petang, balik sekolah agama (sekolah petang) je, terus lekat depan TV. Setiap hari macam tu .. lepas satu siri, ke siri yang lain, tetap jugak aku setia menonton drama kantonis
Aku pernah juga jadi fanatik drama2 Hong Kong satu masa dulu, sampaikan..
- Aku pernah jadik pembelek suratkhabar cina, semata2 nak kumpul gambo2 artis Hong Kong.
- Setiap kali nak tidur, aku berdoa agar pelakon kegemaran aku iaitu Leon Lai, akan terbukak hati peluk Islam..( nampaknya doa aku tak diperkenankan pon...hehehe)
- Hari-hari belek Atlas, semata2 nak tengok peta Hong Kong, dan melihat nama2 bandar di hong Kong yang pernah disebut dalam drama2 mereka...especially Macau.
itulah. Kalau fikir2, mcm tak percaya, aku pernah jadi remaja yang fanatik.
Sekarang, aku masih suka drama2 Hong Kong, cuma masa jer tak der ... lagipun, sekarang drama2 nya tak sehebat dulu (mungkin sebab aku bukan fanatik lagi), dan digantikan pulak dengan drama2 cinta daripada Korea dan Jepun (kalau dulu, drama jepun cuma Oshin, chiaki, meoro attack je yg glamer, lebih kepada kisah ketabahan wanita jepun - bukan kisah cinta sepenuhnya mcm sekarang.)
Agaknya orang malaysia dah semakin global, dah kurang rancangan2 alih suara ... even cerita2 dari Amerika Latin pun kita dah familiar sebab tak der alih suara ..
Sekarang, aku cuma fokus bila tiba satu musim. AF.
err...dan jugak siri LOST ..dan siri CSI ...dan komedi2 rumahtangga macam Yes dear, everybody loves raymond, still standing....
Rrupanya aku masih suka tgk TV ..
Di sini ada sikit gambo2 yg aku amik time anak main2 lepas muntah ... maklum ler dia takmo aku buat kerja2 lain kan .. so, camera la mainan aku ..
No comments:
Post a Comment