Sunday 28 August 2016

12th birthday oh how time flies!

Yup, how time flies! My eldest is now 12 yo and my youngest dah 2yo. Both hvng birthdays in the same month. Dyan on 20/8 And Lydia on 27/8. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ya Allah kerana mengurniakanku puteri2 yang baik dan sihat sesungguhnya aku bersyukur dipermudahkan urusan menjaga mereka.. Aku bermohon padamu Ya Allah, lindungilah anak-anakku di mana sahaja mereka berada.. Kerana aku tak berdaya untuk berada di sisi mereka sepanjang masa. Aamiin ya Rabb..

Lydia has been busy with her exams preparation. So we planned for a simple celebration for lydia and dyan, early dinner at Sushi King setia city Mall. Pagi tu dia ada extra class and myself pun ada kelas arab.. Lepas habis my class i fetched my husband n anak2 lain to go to a wedding. Lepas tu baru lah pergi fetched lydia kat sekolah dia. Dari sekolah lydia kami pegi ke Karnival Merdeka kat Masjid As-Syariff Meru, belikan lunch utk Lydia sbb yg lain dah lunch at wedding. Sempat la window shopping and grab few things (books) fron the carnival. Anak2 pun sempat layan slides seround.. rm5/person for 30 mins...



 
Lydia masih berbaju sekolah lagi maklum la balik dari sekolah huhu. Belakang dia tu tgh ada pertandingan memasak. Pengacara haliza AF juri pulak chef zubir.



Panas kemain habis main slides tu dah mcm mandi je! I grabbed nasi ayam for Lydia and then kami balik rumah. Zohor and lazying je. Lately, berehat selepas zohor kat rumah adalah satu kenikmatan sangat! Jarang samgat dah kiterang outing yang seharian dari pagi ke petang. Of course lah tak boleh sbb lydia sekolah, kan? Tapi as a result, saya mula rasa best je spending more time kat rumah between zohor to asar... Lepas asar baru keluar itupun yg dekat2 jek so that we can be at home again by maghrib.

Ok balik semula ke cerita asal, lps asar kami gerak ke SCM and parked kat betul2 depan entrance menuju sushi king tu. So terus masuk sushi and makannn!!! Hehehe.. Suprisingly Fahren paling banyak makan. 





Saturday 27 August 2016

Bacaan yassin dan solat hajat sempena UPSR 2016

Alhamdulillah, husband offer nak jaga anak-anak dan memberi peluang saya ke sekolah untuk event ni. Husband memang tahu saya suka sangat hadir ke setiap event sekolah anak-anak. Kejap je Lydia dah darjah 6. Tahun terakhir dia kat sekolah rendah. Guru besar kata, dah 5 tahun 8 bulan mereka bersekolah rendah. Wow! Rasa mcm masih segar di ingatan menghantar lydia di hari pertama darjah satu.. 

Pukul 6.30pm saya dh sampai di perkarangan sekolah. Suami hantar saya sekaligus ambil Idlan yang bersekolah di sesi petang. Belum ramai parents yg datang hehe saya mmg sokmo early bird.. Tapi kali ni saya tak terus ke dewan.. Saya duduk dulu kat luar. Bila ada beberapa parents masuk baru le saya masuk huhu.. Terus je daftar nama dan ambik dinner pack. Alhamdulillah rezeki dapat makan nasi tomato dengan kuih-muih.

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah, kemudian bacaan yassin , solat isya dan solat hajat. Alhamdulillah.. Selesai solat hajat, majlis restu ilmu.

Semoga usaha kerjesama kami (murid, ibubapa dan guru) ni mendapat keberkatan dan besar sangat harapan saya agar sekolah Lydia dapat melahirkan seramai mungkin pelajar cemerlang daripada UPSR 2016 ni, dan semoga lydia juga adalah salah seorang pelajar cemerlang itu.... Aamiin...










Thursday 25 August 2016

Khamis

Alhamdulillah, its Thursday.. Weekend is nearer!
Not going to office today. Ada event sekolah anak in the evening. Solat Hajat Perdana for UPSR followed by Majlis Restu Ilmu..

Let's zikir...


"Maha Suci Allah yang maha agung, maha suci Allah dengan segala pujian"

Wednesday 24 August 2016

Friday 12 August 2016

Sekolah Rendah dalam kenangan 1984-1989


Dalam banyak2 group Whatsapp yang aku ada, group sekolah rendah adalah yg  paling senyap dan slow dari segi penambahan ahli. Bertahun aku create group tu ada 5 je member. LOL. Tapi baru2 ni, baru dapat trace dan tambah ahli baru..dah jadi 15 orang, half of the class dan half of the batch! Hahaha sekolah kecik uols.. Dan mula laH rancak berbual. Sebenarnya okwed juga nk borak especially the guys lah. Mcm aku, last jumpa diorang mmg darjah 6 lah sebab bila form 1 aku terus masuk sekolah all-girls yg agak jauh dari kampung. Diorang yg lain2 adalah jugak diorang jumpa dan bersekolah sama sampai form 5.

Dalam okwed tu, still lah suara iols jugak berkumandang di situ ekekekek. #okwedlasangat.

Mcm tak caya. When i left them, they were small and innocent and most of them actually aku lupa camne la perangai masa sekolah dulu. Camne gaya dorang bercakap and what not. Tapi the moment they teased me by calling me FARADEBAB, urghh i remembered how i hate it when they call me that. Tapi masa tu mmg aku tak suka la nk merajuk2 sentap ke apa.. But malas juga nk bertegas kata dont call me names gitu. Kahkah iols penakut okeh so i prefer to ignore. Marah tak, galakkan pun tak. Tapi idok le aku sentap sedih sorang2 menangis dibucu katil. Aku tak suka but OK je tak emosi.

Its different now.

I choose to be firm lah ofkoz i kan dah besar. So bila derang call me debab mmg aku x jawab le and bila panggilan dtg lagi, aku bagitau terus, sapa panggil aku selain dari nama yg aku endorsed, then aku tak layan dan tak jawab sebarang pertanyaan. Oh ye, masa dah kerja few years back, pernah sekali org cuba nk panggil aku KakMok. Aku tak jawab, dia kata knp tak jawab? Aku kata aku tak dengar pun dia panggil nama aku? Dia gelak je. Then terus je aku cakap terus terang yang aku tak suka orang call aku selain yg aku benarkan.. especially jangan call ppl based on sifat apatah lagi sifat yg lemah. Aku tak marah tapi jangan pulak dia marah kalau aku tak jawab panggilan tu ekekeke.. Lepas tu dia panggil aku kak Dib and we remain friends alhamdulillah..

Bila makin ramai in the group, byk la dorang share pic2 yg later after i left to the all girls school at town. Pic2 zaman remaja giteww ekekeke wah kemain semua. Yg comot2 masa drjh 6 tu kemain ensem masa sekola menengah n after SPM. Hahaha thank God aku jumpa dorang balik now that we are not teenagers anymore ..... Coz now most of them tak fikir nak menyemat je .. Dh matured n family man semua alhamdulillah.. Yg aku salute, most of them dapat income from perniagaan. Cafe lah runcit lah printing lah.. Aku rasa kecik je sbb mkn gaji cabuk ekekekkee..

Ok nk citer itu jek. Mana satu aku dalam pic tu? Ekekekkee well u can trace me by the name they called me kot kan ekekekke..

Alfatihah untuk kawan2 sekelas yang dah lebih awal meninggalkan kami.. Ada 4 org yg dah 'pergi' :(

Thursday 11 August 2016

Durian Session post lunch

walaupun durian boleh didapati sepanjang tahun dah skang ni.. aku tau skang ni musim duiran kalau ikut musim original hihi.. sebabnya kat kebun and kat pokok2 durian kat kampung semua dah ada buah. Duria kampung mmg ikut musim ori so mmg kena tunggu setahun nak mkn buahnya..sbb tu duiran kampung power.. cukup haul kekdahnye kekeke..

Despite kat kebun sendiri ada pokok, aritu aku pegi gak makan doyan kat kedai. LOL. 

Geng2 semua lak mmg hantu durian. Lepas lunch kat NewTown PJ, kiterang shoot ke SS2 pulak. Situ kan berderet kedai duirian kan. We went to Sinnaco Durian Specialist sbb ada aircond ahakss..

 

 Aku ajak hasben sekali sbb dia cuti. Semua jenis durian ada kat situ. kalau nak take away pun dia dah sediakan packing yg kedap bau. Kiterang wajib lah piih feveret semua orang, durian kunyit ada nama glemer dia musang king. Musang King pulak ada few grades. yg aku ingat:-

Kunyit Pahang s the highest price followed by kunyit bentong, kunyit Johor and Kunyit Perak.. dan ofkos berpuluh jenis lain lagi ...












Last sekali, rezeki kami, at the same time ada colleague Anje (tudung pink) yg mkn kat situ jugak and she belanja everyone... Thanks Heidi! (yg lng hair tu)






Tuesday 2 August 2016

4 Syawal - Part 2 - Santai Raya di Bendang

Bertolak dari kampung arund pukul 3PM.... tujuan seterusnya ke Sungai Mati, Muar. Kali ni bukan rumah saudara dah.. tapi rumah kawan kami suami isteri. Skulmate. mcm kami, diorang pun kawen sama batch, sama sekolah.. huhu.. So kat situ nanti akan ada 5 couples yang kawen sama sekolah.. LOL.

Its actually rumah parents Sara... and yg best tu sbb rumah dia kat sawah.. so memang dia saja ajak kiterang datang umah dia petang2 so bleh tgk sunset.. kami ofkos la poyo ok jek.. ahakss..

group photo for gegurls only.. dari kiri, Azel, iols, Marya, Sara and Alin..
tapi lupa pulak nak snap pic the husbands .. ahaksss...  Marya jek yg kawen ngan batch lain tapi still satu sekolah.. yg kami2 lain semua kawen sama batch... 





banyak pic tapi suka pic yg bawah nih uhhuuuhhuu.. my ex-classmate now my bedmate ooopss ekekeke.. TQ lydia tolong snap kan ikut requirement mak.. kena ada Rules of Third kekdahnyer LOL.



and nih iols belanja satu pic fotografer yang tahun ni kebizian nk UPSR.. ahakss.. selalu dia pakai tudung soft awning tu...  dia mmg tak suka shawl lilit2.. tak reti katanya.. tapi sejak akhir2 ni suka tudung bawal pulak.. baguslah.. iols suka dia pakai tudung bawal sbb lebih nampak keanak-anakan... 


and nih betul2 kat halaman rumah Sara.. klasik betul laaa pagar putih gitu kan.. mmg best giler! gelap dah time ni actually, sebb dah maghrib.. tapi ku edit kasik terang gak pic ni..


Thank you to Sara and Tebu (nama betoi dia Faisal) .. for having us! heheheh dah habis posing kat bendang, sambung lak sembang kat dalam rumah.. time ni tak dan nak amik pic dah..  makan sembang makan sembang jek.. Sara hidang ubi rebus dengan sambal bilis, minuh goreng some more.. lepas maghrib plak dia gi masak pasta goreng.. hahaha mmg hebat host nih.. smooth je dia layan kiterang..

Marya (and Hizal) n Alin (and Norsham) balik sejurus lepas maghrib.. iols ngan azel (and adie) balik lewat.. kehkehkeh.. KUL 11pm kot baru keluar dari rumah Sara.. bila nak balik asyik kena tahan.. dok kata jalan jem lah apa lah.. .last2 bebudak pun aku mandikan sesiap.. phewww,,, 

Smapai rumah around 1.30 AM gitu.... there goes my 4th day of Syawal.. long day gitu hahahaha! tapi SERONOK!


Popular Posts