Monday, 29 January 2007

Bumi Merekah – kisah Muhammad Al-Durrah


Terlukis sejarah
Tanah berdarah
Bumi Anbia’
yang tak pernah cerah

Bukit Ramallah
Bermandi darah
Mulanya Intifadah
Mengungkai maruah

Kubah Al-Aqsa
Hilang warnanya
Tersapu derita
penuh sengsara

Muhammad Al-Durrah
Tangisnya memecah
Berlindung berserah
Jiwanya pasrah

Jamal Al-Durrah
Memaut mengadah
Anak yang dipapah
Terhindar musibah

Anak yang merah
Tersungkur rebah
Dalam pelukan si ayah
berombak darah

Peluru-peluru
Merobek pilu
Jasad yang kaku
Di tembok bisu

Kasih si ayah
Tersayat terbelah
Dalam pangkuan lemah
Terhenti lelah

Butir-butir
Besi dan pasir
Menjadi getir
Bagaikan petir

Masa terhenti
Bagai bersaksi
Kasih insani
Meruntun hati

Simpang netzarin
Meragut batin
Seorang insan
Menjadi korban

Sebuah pejuangan
Demi kemanusiaan
Satu kematian
Angkara kezaliman

Ingatlah kawan
Janji kebangkitan
Di akhir zaman
Satu kemenangan

~ Po

Monday, 22 January 2007

'2007-Mengapa kesuraman menyambutmu di sini'

Masa yang berlalu, begitu pantas meninggalkan hari-hari semalam. Tidak sempat hendak diceritakan segala yang berlaku dengan terperinci ... walau hati sering terlalu ingin untuk bercerita panjang lebar ... namun apakan daya, kesempatan tidak pernah ada ... Aku tak tahu, akukah yang menyambut 2007 atau 2007kah yang menyambut aku ... namun yang nyata, aku sudah berada di dalam satu tahun yang baru ...... Dan melihatkan itu, aku menjadi sangat sedih melihatkan kesuraman yang bertakhta di ruang blog ini .... Jadi, entri ini, akan kuberi tajuk '2007-Mengapa kesuraman menyambutmu di sini'


aku tidak mahu menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak menulis di sini, walaupun itulah hakikatnya. aku sudah membazirkan beberapa minggu di bulan januari dan segala aktivitinya dengan tidak menulis di sini. aku fikir, aku boleh merumuskan semuanya di akhir bulan nanti. Meleset sama sekali. Jangankan akhir bulan, saat inipun aku tidak mampu untuk memerah otak bagi mengingati segala yang telah terjadi yang ingin sekali aku kongsi di sini.


Jadi, pagi Isnin ini, aku menafikan kesibukan lain. kerna aku mahu menulis di sini. tidak mahu aku simpan lagi.


Awal-awal tahun, company aku dah sibuk buat karnival sukan. Last year, aku join volleyball.. aku ada buat entry tahun lepas pasal aku (terpaksa) join valleyball .. so this year .. di atas performance aku yg mantap last year, dorang mintak aku join lagi, sebab tak cukup orang. Aku kali ni memang le sangat2 tak bersedia ... sebab aku bukan kat HQ, so aku malas betul nak ke HQ lepas kerja bab2 nak training ..tapi, aku ni umpama kerak nasik ler .. lama2 aku join gak .. cuma kali ni bermain mmg tak sepenuh hati .. separuh pun tidak .. suku aje kot. So, mmg obvious ler aku takder semangat masa game tu. Dari ekor mata, aku nampak kat tepi2 court tu mereka berbisik2 meminta agar org menggantikan tempat aku ... hehhehee .. sabau je lah .. unwanted player gitu ... so, 2nd half tu, aku offer tak nak main ... tapi, demi semangat team, aku tunggu gaklah sampai game tamat walaupun my original plan was to leave the game and balik rumah aje ...


Dan dengan penyertaan itu, aku dah menjalankan tanggungjawab sosial aku kepada syarikat huhuuhuu .... dan dapatlah sehelai tuala besar sebagai hadiah penyertaan :-)


So, tak habis dengan itu, company adakan pula Majlis Makan Malam tahunan ... aku mcm biasa, tulis je nama ... aku dan suami. Tema tahun ini adalah tradisional. dan seminggu sebelum majlis berlansung, aku mendapat tahu bahawa nama aku sudah tercalon utk mewakili division membuat persembahan di malam annual dinner. Macam biasa, aku umpama kerak nasi yang tidak mampu lagi bertahan daripada melembut apabila tersiram air.


Kerana kesuntukan masa, pengarah persembahan telah mencadangkan agar kami membuat pertunjukan fashion, yg mana lelaki akan memakai pakaian wanita, dah wanita akan memakai pakaian lelaki. Mendengar itu, aku terus menggeleng kepala. Mereka boleh teruskan, tapi tanpa aku .. hahahahha! tidak sama sekali aku akan berjalan2 di atas pentas menunggu utk ditertawakan ... :-) walaupun aku tahu, itulah point nya ..


kemudian, mereka mahu adegan berbalas pantun. Aku sangkal juga. Aku kata, berbalas pantun dengan pantun-pantun yg sudah dirancang? apa yang bestnya? mana datang thrill nya? pada aku, berbalas pantun hanya menjadi best bila segalanya adalah spontan. dan jika ianya adalah real pertandingan berbalas pantun, barulah menarik! Itu pada aku la kan. Kalau dah penonton tahu semuanya adalah lakonan, apa yg best? Dengan itu, kansel berbalas pantun juga.


Last2 ... budak2 tu kata baca je lah sajak ..2 org baca sajak, pastu letak gambo2 kat slide, pastu ada few more buat lakonan bisu kat pentas ... cukup le ..yg penting ada wakil .. aku angguk aje .. 2 org mamat baca sajak, aku and wanita2 lain wat gerakan bisu kat belakang ... aku OK je, asalkan aku tak kena berlakon yg pelik2, pakai baju pelik2 ..aku OK je .. Sabau je la .. dalam dok brainstorm tu, masa tuh baru realised, mesti busan kalau just baca sajak aje ... dan dan tu gak ler dorang suggest to add one more element, yaitu Syair. Dan laju je mulut dorang cadang nama aku tuk melagukan syair tu... hampeh! tapi, dalam hati best gak wakakakak ..dah lama tak baca syair tu.. sejak sekolah rendah hahaha... so aku ok je la ... malas nak tolak2 lagi dah .. dengan itu, tak payah le aku berlakon bagai wakakakakak... baca syair ni duduk aje diam2 kat penjuru, tu yg aku suka tuh ....


So, bila time pilih topic, pening le jugak .. memula nk citer pasal recent gossip/news yg jadik kat company ..tak jadi sbb rasanya ramai group wat camtu kot. Then citer pasal banjir, dah mcm setuju dah .. tapi, tak jadik sbb tak begitu memilukan. Boss aku kata (yerr... boss aku sporting tu, join sekaki perform), its either betul2 menyentuk hati, or betul2 menggelikan hati ... so, menggelikan hati tu mmg kami x berbakat le .. harus buat malu je buat lawak orang tak gelak. So, thats why we go for something yang boleh memberi kesan kepada emosi .. huhuhu ... and selain isu banjir, isu dera, rasanya isu palestin pun menyayat hati kot.. atas sebab senang cari gambar pasal palestin, we decided to opt for that topic. Isu dunia yg evergreen tapi bisa mencengkam kalbu, atapah lagi bila berkaitan dengan kanak2 ...


So, lps tu bermula la episod mencarik sajak2/syair2 kat internet. Hari rabu aku masih terkial2 nk cari syair. Cari okayyy .. cipta jauh la sekali sbb harus it takes me more than a week kot kalau nk karang few verses of syair ..itu pun not a good one. hmmm sabau je la .. pening aku .. bila google, sajak mmg ler senang, tapi syair mmg takder ... aku dah putus asa dah.. dah ala2 nak offer baca sajak aje dah ..haha kalau tak pun, aku nak nyanyi aje hahahahaha .... (pantang)


tapi, entah macam mana .. masa dok borak2 kat tag, kat situ ada plak Po ... dan seperti yg diketahui ramai taggers semua .. Po tak pernah meghampakan dengan hasil2 karya yg sangat bermutu .. apatah lagi sajak2 nya yg penuh isi dan emosi ... jadi, aku cuba2 lah bertanya kepada beliau, jika boleh beliau menulis sedikit perihal penderitaan kanak2 di Palestin ....Bila balasan nya adalah positif, aku sudah berbunga2 riang ... tapi takut jugak nak mengharap sangat, sebab maklumlah mesti beliau tidak mempunyai banyak waktu untuk menulis secepat itu. .. jadi, aku terus juga google .... sampai jenuh jari mengklik2 ... syair perang kedah ada ler huhuhu ...


tetapi, harapan aku rupanya tidak menjadi kehampaan ... Terlonjak keriangan aku tetkala Limah memberitahu bahawa Po sudah mengemail syairnya kepada aku .. terus saja aku membuka dan membaca ... Ya Allah ... betapalah aku merasa sangat berbangga dan bertuah kerana Po betul2 telah menghasilkan rangkap2 syair yang sungguh indah dan beremosi tentang Muhammad Al Durrah, kanak2 palestin yg terbunuh dipangkuan bapanya angkara Zionis ... menggigil tangan aku menaip2 kata terima kasih di dalam tag Joe .....


Dengan berbekalkan tulisan Po yang indah itu ... pada malam tahun baru yang lalu, 1 Muharram 1428, aku telah melagukan syair Po .. dengan emosi yang aku lahirkan dari dalam hati aku yang benar2 pilu.


Selesai sahaja membaca bait2 syair, aku merasa lega kerana umpama sudah melaksanakan satu tanggungjawab .... harapan aku, audience mendengar dan turut sama memahami penderitaan keluarga Al Durrah khasnya, dan seluruh kanak2 palestin amnya.



Microphone dalam genggaman. Sempat aku jeling audience di bawah. Bunyi2 sudu garpu berlaga dengan pinggan. Kami mendapat turn yg pertama, ketika tetamu semua sedang mula menjamah makanan. Mencabar sungguh, antara makanan dan persembahan kami, mana satu pilihan hati mereka? Ku hela nafas sepanjang mungkin ... baris pertama kulontarkan .. kedua.. ketiga ... keempat .... dan aku berhenti seketika .. senyap.... amat sedikit bunyi lagaan sudu garpu bertemu pinggan ... dan aku menyambung ....


Mendapat tempat ke 3, sudah lebih daripada memadai kepada kami. Dengan hanya 2 kali latihan, aku kira itu adalah hasil yang boleh kami banggakan. kami tidak berjoget2 dan bernyanyi2 miming dengan berbaju2 indah, kami tidak berlawak dengan kostume2 meriah .. kami tidak berboria dengan rentak2 susah ... kami tidak diiringi kecanggihan teknologi gah .... kami perform hanya dengan satu amanah .... membawa kesedaran kepada ummah.



Sekian. Tahniah kepada kawan2 group persembahan, dan tak terhingga terima kasih kepada saudara Po di atas kesudian beliau mencipta syair itu .. (nak kena mintak izin before publish kat sini)


nota kaki:
*aku tak dapat pun lucky draw
*Faizal OIAM tu cuteeee!!!!! masa kitorang sama2 rehearsal, sempat aku skodeng2 dia dari belakang pentas...pastu dia lambai tangan kat aku ... wakakakka sabauu jek la ..
*Ebby Yus tuh mmg cemerlang banget as a host! segar je ...
*kalau aku plan drp sekarang apa sketch nk buat nxt year, agak2 over tak? wakakakakak peace!

Wednesday, 17 January 2007

You Are a Coy Flirt!

You're not so much a flirt as the type of girl who draws flirts in
While you look like you're just relaxing, secretly you've got your game on
A little look here, a little wink there... you give men the encouragement they crave
And in return, they flirt up a storm with you - while you just sit and smile

Tuesday, 9 January 2007

Setiaku Di sini ....

Hari ni appraisal ... masuk ni dah 5 kali appraisal aku kat company ... This year, appraisal dengan boss lain setelah 4 tahun appraisal ngan boss yang sama .. hopefully this year's appraisal is a fruitful one. Amin.



Aku ni tak der la seorang yang bercita2 terlalu tinggi. Maksud aku, dari segi karier la kan ... tapi, itu tak bermaksud aku nak stagnant aje kat satu level... Tak de la maknanya aku tak suka dengan tanggungjawab baru ... kalau aku nak stay aje kat one level, lebih baik lah aku duduk aje rumah diam-diam. Aku dah rasa dah duduk rumah seminggu cuti last week ... Allah aje yang tahu betapa macam duduk dalam gua... terperap aje kat rumah .... bosan la jugak ... lagi pulak kalau anak dah tidur, kerja rumah semua dah buat (atau buat2 macam dah buat..huhu) ... last2 tgk TV, bila nak balik kerja, dah tension sebab tak dapat nak tgk sambungan cerita Mutiara hari TV9 6 ptg.. huhuhu ... Citer Indon ... sabar jek la


OK, back to appraisal .. aku tak nak stay at one level aje .. aku sure semua macam aku .. even tukang jahit pun nak mengembangkan bisnes, nak tambah mesin ... Aku still nak promotion la kan .. kalau bukan untuk company pun, sure lah untuk diri aku ... dan lagi pulak kalau kenaikan tu membawa kepada kenaikan pendapatan .. sapa tak nak beb! :-)


Tapi, macam susah aje nak dapat promotion nih ... semuanya berpunca dari diri aku gak ... Work wise mmg la OK kot ... (Kot?) hahaha ... tapi, bila tgk record kedatangan .. pheewwww ... harus berpeluh ketiak meks ... EL banyak, AL pun banyak .. MC ada lah sehari dua .. aku tak banyak MC sebab aku malu nak mintak MC doc kalau aku malas gi kerja ... last2 aku EL aje ..so teruk la gak .. cacat gak la record aku kat HR tu .. datang lewat tak payah citer la .. lewat seminit dua, pun dah kira lewat kan ... walaupun balik lewar sejam dua, bukan sistem tau .. hampeh betul! itu jek la rasanya penghalang aku to be promoted. Sabar je laaa ....


So korang, Doa-doakan lah, semoga aku mendapat sesuatuh yang best tahun 2007 ni ... lagipun azam aku tahun ni nak bekerja keras jugak ...


Kerja keras dapatkan Lydia seorang (atau dua) adik .... huhuhuhuhuu peace!