aku tidak mahu menjadikan kesibukan sebagai alasan untuk tidak menulis di sini, walaupun itulah hakikatnya. aku sudah membazirkan beberapa minggu di bulan januari dan segala aktivitinya dengan tidak menulis di sini. aku fikir, aku boleh merumuskan semuanya di akhir bulan nanti. Meleset sama sekali. Jangankan akhir bulan, saat inipun aku tidak mampu untuk memerah otak bagi mengingati segala yang telah terjadi yang ingin sekali aku kongsi di sini.
Jadi, pagi Isnin ini, aku menafikan kesibukan lain. kerna aku mahu menulis di sini. tidak mahu aku simpan lagi.
Awal-awal tahun, company aku dah sibuk buat karnival sukan. Last year, aku join volleyball.. aku ada buat entry tahun lepas pasal aku (terpaksa) join valleyball .. so this year ..
Dan dengan penyertaan itu, aku dah menjalankan tanggungjawab sosial aku kepada syarikat huhuuhuu .... dan dapatlah sehelai tuala besar sebagai hadiah penyertaan :-)
So, tak habis dengan itu, company adakan pula Majlis Makan Malam tahunan ... aku mcm biasa, tulis je nama ... aku dan suami. Tema tahun ini adalah tradisional. dan seminggu sebelum majlis berlansung, aku mendapat tahu bahawa nama aku sudah tercalon utk mewakili division membuat persembahan di malam annual dinner. Macam biasa, aku umpama kerak nasi yang tidak mampu lagi bertahan daripada melembut apabila tersiram air.
Kerana kesuntukan masa, pengarah persembahan telah mencadangkan agar kami membuat pertunjukan fashion, yg mana lelaki akan memakai pakaian wanita, dah wanita akan memakai pakaian lelaki. Mendengar itu, aku terus menggeleng kepala. Mereka boleh teruskan, tapi tanpa aku .. hahahahha! tidak sama sekali aku akan berjalan2 di atas pentas menunggu utk ditertawakan ... :-) walaupun aku tahu, itulah point nya ..
kemudian, mereka mahu adegan berbalas pantun. Aku sangkal juga. Aku kata, berbalas pantun dengan pantun-pantun yg sudah dirancang? apa yang bestnya? mana datang thrill nya? pada aku, berbalas pantun hanya menjadi best bila segalanya adalah spontan. dan jika ianya adalah real pertandingan berbalas pantun, barulah menarik! Itu pada aku la kan. Kalau dah penonton tahu semuanya adalah lakonan, apa yg best? Dengan itu, kansel berbalas pantun juga.
Last2 ... budak2 tu kata baca je lah sajak ..2 org baca sajak, pastu letak gambo2 kat slide, pastu ada few more buat lakonan bisu kat pentas ... cukup le ..yg penting ada wakil .. aku angguk aje .. 2 org mamat baca sajak, aku and wanita2 lain wat gerakan bisu kat belakang ... aku OK je, asalkan aku tak kena berlakon yg pelik2, pakai baju pelik2 ..aku OK je .. Sabau je la .. dalam dok brainstorm tu, masa tuh baru realised, mesti busan kalau just baca sajak aje ... dan dan tu gak ler dorang suggest to add one more element, yaitu Syair. Dan laju je mulut dorang cadang nama aku tuk melagukan syair tu... hampeh! tapi, dalam hati best gak wakakakak ..dah lama tak baca syair tu.. sejak sekolah rendah hahaha... so aku ok je la ... malas nak tolak2 lagi dah .. dengan itu, tak payah le aku berlakon bagai wakakakakak... baca syair ni duduk aje diam2 kat penjuru, tu yg aku suka tuh ....
So, bila time pilih topic, pening le jugak .. memula nk citer pasal recent gossip/news yg jadik kat company ..tak jadi sbb rasanya ramai group wat camtu kot. Then citer pasal banjir, dah mcm setuju dah .. tapi, tak jadik sbb tak begitu memilukan. Boss aku kata (yerr... boss aku sporting tu, join sekaki perform), its either betul2 menyentuk hati, or betul2 menggelikan hati ... so, menggelikan hati tu mmg kami x berbakat le .. harus buat malu je buat lawak orang tak gelak. So, thats why we go for something yang boleh memberi kesan kepada emosi .. huhuhu ... and selain isu banjir, isu dera, rasanya isu palestin pun menyayat hati kot.. atas sebab senang cari gambar pasal palestin, we decided to opt for that topic. Isu dunia yg evergreen tapi bisa mencengkam kalbu, atapah lagi bila berkaitan dengan kanak2 ...
So, lps tu bermula la episod mencarik sajak2/syair2 kat internet. Hari rabu aku masih terkial2 nk cari syair. Cari okayyy .. cipta jauh la sekali sbb harus it takes me more than a week kot kalau nk karang few verses of syair ..itu pun not a good one. hmmm sabau je la .. pening aku .. bila google, sajak mmg ler senang, tapi syair mmg takder ... aku dah putus asa dah.. dah ala2 nak offer baca sajak aje dah ..haha kalau tak pun, aku nak nyanyi aje hahahahaha .... (pantang)
tapi, entah macam mana .. masa dok borak2 kat tag, kat situ ada plak Po ... dan seperti yg diketahui ramai taggers semua .. Po tak pernah meghampakan dengan hasil2 karya yg sangat bermutu .. apatah lagi sajak2 nya yg penuh isi dan emosi ... jadi, aku cuba2 lah bertanya kepada beliau, jika boleh beliau menulis sedikit perihal penderitaan kanak2 di Palestin ....Bila balasan nya adalah positif, aku sudah berbunga2 riang ... tapi takut jugak nak mengharap sangat, sebab maklumlah mesti beliau tidak mempunyai banyak waktu untuk menulis secepat itu. .. jadi, aku terus juga google .... sampai jenuh jari mengklik2 ... syair perang kedah ada ler huhuhu ...
tetapi, harapan aku rupanya tidak menjadi kehampaan ... Terlonjak keriangan aku tetkala Limah memberitahu bahawa Po sudah mengemail syairnya kepada aku .. terus saja aku membuka dan membaca ... Ya Allah ... betapalah aku merasa sangat berbangga dan bertuah kerana Po betul2 telah menghasilkan rangkap2 syair yang sungguh indah dan beremosi tentang Muhammad Al Durrah, kanak2 palestin yg terbunuh dipangkuan bapanya angkara Zionis ... menggigil tangan aku menaip2 kata terima kasih di dalam tag Joe .....
Dengan berbekalkan tulisan Po yang indah itu ... pada malam tahun baru yang lalu, 1 Muharram 1428, aku telah melagukan syair Po .. dengan emosi yang aku lahirkan dari dalam hati aku yang benar2 pilu.
Selesai sahaja membaca bait2 syair, aku merasa lega kerana umpama sudah melaksanakan satu tanggungjawab .... harapan aku, audience mendengar dan turut sama memahami penderitaan keluarga Al Durrah khasnya, dan seluruh kanak2 palestin amnya.
Microphone dalam genggaman. Sempat aku jeling audience di bawah. Bunyi2 sudu garpu berlaga dengan pinggan. Kami mendapat turn yg pertama, ketika tetamu semua sedang mula menjamah makanan. Mencabar sungguh, antara makanan dan persembahan kami, mana satu pilihan hati mereka? Ku hela nafas sepanjang mungkin ... baris pertama kulontarkan .. kedua.. ketiga ... keempat .... dan aku berhenti seketika .. senyap.... amat sedikit bunyi lagaan sudu garpu bertemu pinggan ... dan aku menyambung ....
Mendapat tempat ke 3, sudah lebih daripada memadai kepada kami. Dengan hanya 2 kali latihan, aku kira itu adalah hasil yang boleh kami banggakan. kami tidak berjoget2 dan bernyanyi2 miming dengan berbaju2 indah, kami tidak berlawak dengan kostume2 meriah .. kami tidak berboria dengan rentak2 susah ... kami tidak diiringi kecanggihan teknologi gah .... kami perform hanya dengan satu amanah .... membawa kesedaran kepada ummah.
Sekian. Tahniah kepada kawan2 group persembahan, dan tak terhingga terima kasih kepada saudara Po di atas kesudian beliau mencipta syair itu .. (nak kena mintak izin before publish kat sini)
nota kaki:
*aku tak dapat pun lucky draw
*Faizal OIAM tu cuteeee!!!!! masa kitorang sama2 rehearsal, sempat aku skodeng2 dia dari belakang pentas...pastu dia lambai tangan kat aku ... wakakakka sabauu jek la ..
*Ebby Yus tuh mmg cemerlang banget as a host! segar je ...
*kalau aku plan drp sekarang apa sketch nk buat nxt year, agak2 over tak? wakakakakak peace!
baguslah kesedaran ko ni fara! tapi nak plan utk sketch next year??? what da heck???? hahahahhahaah
ReplyDeletetahniah.. jadi la dpt no 3,
ReplyDeleteptg khamis aku ada gi perdana kejap... tengok satu persembahan miming desa tercinta(pesal bg kak akak berbadan besar... huhuhu) , apa barang miming2 ek..,
caya la Fara...siap nak plan dah untuk next year tu ke ke ke
ReplyDeleteYA ALLAH fara.....xsangke pala otak ko nak plan utk thn depannn..tulun lahhh
ReplyDeletehaaa!! kan dah kata!! leh menang punya! tapi, aku harap kau dpt nombor 1..
ReplyDeleteCayalah Fara..
ReplyDeleteOh ya, bila nak share the syair yang sasterawan Po tulis?
Diluluskan untuk siaran.
ReplyDeleteTerima kasih atas kata-kata pujian melangit. Bukan kerana nama. Kerana keikhlasan.Kerana tanggungjawab dan amanah sesama insan.
Terima kasih Fara kerana melagukan.