Monday 16 August 2010

Salam Ramadan

Dah masuk hari ke enam umat islam berpuasa .. Alhamdulillah ..Last year, aku puasa ketika mengandungkan Fahren. Alhamdulillah takde sebarang kesulitan masa tu .. semua lancar.. cuma byk nak kena menjawab ngan colleagues yg kebanyakannya pelik kenapa aku puasa masa pregnant.. maklumla dorang tu non muslim .. dah la non muslim, foreigner plak tu .. mmg asing sungguh pada dorang .. kalau non muslim local ni rasanya sedikit sebanyak dah faham and tak de byk soal. Leceh gak nak eplained. kena hati2 sbb tak mahu dorang bertanggapan yang islam ni memaksa orang2 yg keadaan lemah tu berpuasa .. kena hati2 utk explain yg berpuasa ni good for your health .. and tak kisah even if you are pregnant, fasting will not make u weak or your baby weak .. unless memang ada kesulitan yg tk dapat dielakkan.


So this year aku tak de la nak explain benda2 tu ...cuma yg tak bestnya berpuasa di kalangan non muslim ialah kita tak dapat nak share happiness kita pasal pencapaian masa ramadan.. contoh ... takleh nak share resepi2 berbuka dan bersahur .. sebab bila aku citer pasal bersahur .. nanti dorang mesti byk plak persoalan tak letih ke bangun pagi2? ada selera ke makan pagi2? semuanya , kalau tak berhati2 menjawab akan end up dengan satu kesimpulan dalam hati dorang yang bersahur dan berpuasa tu menyusahkan. last year aku tak share ngan sesapa and dorang pon tak bother sangat nk tanya ..


tapi this year sbb aku dah semakin close ngan dorang.. esp. si enjolie (nama gelaran lah) tu .. dia suka bercerita and bertanya .. selalu dia tanya aku pasal anak2 sbb anak lelaki dia pon 6 tahun sebaya lydia .. tu yg byk discuss benda2 keibuan.. antara soalan dia, mana aku dapat masa nak solat 5 kali? pastu bila dia nampak pic lydia pakai tudung lagi la dia banyak soal.. dia tanya kenapa kasik lydia pakai tudung? tak kesian ke? and hari tuh, aku tak sengaja, dengan excited bgtau kat dia yang Lydia dapat completekan puasa ... terbeliak mata dia terus .. adeh! puas le aku explain kat dia yg puasa ni sikit pun tak akan memudaratkan budak2 tuh .. infact anak2 sangat seronok nak berpuasa .. and benda2 ni kalau dah jadik way of life, tak akan menjadik kesulitan langsung .. tapi dia ofkos la stil tk faham sbb aku pun bukan hebat nak berdakwah bagai kann.. dia selitkan gak nasihat kat aku jgn la kasik lydia puasa... kesiannn .. hmmmm ..


bila bukan puasa, baru la confirm dapur aku berasap setiap hari. itupun untuk sahur sahaja. untuk berbuka memang belom pernah masak pun. selalunnya aku sampai rumah dah tinggal berbuka je. Terima kasih yg tak terhingga untuk hubby la of course... setiap hari, dia singgah kat param untuk beli juadah berbuka. bayangkan lah, pergi param, dukung fahren, lps tuh tangan plak pimpin idlan dan lydia maklum la orang ramai so kena la berhati2 .. and still dia hadapi semua tu .. aku tak berbangga nak cerita ni .. sbb itu adalah bermakna kelemahan aku sebagai isteri dan ibu.. tapi aku nak story, sebab itu kekuatan hubby yg aku amat bangga.


puasa pertama, dia beli kuih muih untuk dia, lydia plak nasik lemak .. aku plak dia belikan laksa asam. itu lah juadah berbuka. aku balik, buat air teh-o panas.

puasa kedua, kuih muih untuk dia, roti john utk anak2 .. and nasi tomato untuk aku.

puasa ketiga, berbuka kat rumah MIL .. so nasi for everyone ..

puasa keempat, berbuka kat umah kakak kat kluang, so nasi for everyone

puasa kelima, still kat rumah kakak so nasi for everyone ..


today, insya Allah berbuka kat rumah, and insya Allah aku nak prepare for buka .. aku cuti ni, maka insya Allah akan berasaplah dapur aku hari ni untuk memasak for berbuka. menu tak de plan lagi tapi not nasik lah sbb dia dh pesan no nasik .. nasik only for sahur ...


pasal Lydia plak .. This year dia sangat bersemangat untuk berpuasa .. senang sangat nak kejut dia sahur .. banyak plak tu dia makan .. lauk dia everyday atas request dia adalah telur dan kicap. aku goreng ayam dia tak makan, aku goreng nugget dia tak makan ... sbbb mmg dia nak makan telur dan kicap saja .. hari pertama tu aku balik and tanya dia puasa tak. dia kata puasa .. aku tanya betul2 dia tiga kali .. last2 dia kata dia tak makan seharian tapi masa tgh hari tu dia tak tahan so dia minum sikit lepas tu sambung puasa. dia menangis masa cerita tu .. aku senyum je and aku kata bagus lah sekurang2nya boleh tahan lapar .. its okay lah tak tahan haus .. tak tau apsal dia nangis padahal aku ngan hubby tak kisah pun ..


Hari ke dua dia kata dia puasa betul2. tak makan tak minum. begitu juga hari ke tiga. hari ke empat, sabtu.. pukul 2 tu dia datang kat aku .. bgtau tak tahan and nak minum .. aku kata makan la .. so dia makan la nugget yg aku goreng untuk idlan .. aku tanya kenapa kat taska tahan kat rumah tak tahan? dia kata kat skul kawan2 ejek kalau tak puasa.. bleh plak gitu .. lepas mkn nugget tu dia kata dia sambung puasa .. aku kata itu dah tak puasa namanya, terus dia nangis and dia kata hari ahad dia nak puasa betul2 ...


Ahad, puasa ke 5 ... Alhamdulillah dia puasa sampai ke petang... untuk elakkan dia rasa lapar... dia tidur kul 1 ... so masa tuh rasa lapar lom datang .. kalau rasa lapar dah datang, nak tido pon susah kot .. makklum la budak2 kan .. So hari ni tak tau lah ... ala dapat sehari dua tu dah bagus la tu. latihan je pun ..


Idlan pun kata dia puasa .. bila tanya puasa tu apa, dia kata puasa tu 'api' ... lydia kata maksud idlan puasa tu ialah 'kuasa' dan 'api' tu adalah kuasa ultraman .. boleh? idlan dan ultraman mmg takleh dipisahkan ... segala benda dia nak kaitkan ngan ultraman ..Idlan tak pernah ikut bangun sahur pun .. cuma dah beberapa minggu ni, idlan nak bangun pagi dan mandi kat rumah ... pencapaian la tuh .. senang sket anak2 gi taska dah mandi ..



Fahren bangun setiap kali sahur. kadang2 aku tgh masak dia bangun .. so terus aku bangunkan dia suh dia main2 dulu .. senang gak dia dah meniarap terpusing2 sana sini golek2 gitu .. tangan pun dah mencapai2 .. cuma gigi lom tumbuh. tak per la, tak la dia menggigit masa BF kan .. ekeke! this month dia masuk 7 bulan ... kejap je kan?


Oh sebut pasal BF .. sad to say aku dah tak mengepam lagi ... sejak fahren dah makan nestum awal bulan ni .. tetiba susu menyusut .. and semangat aku tetiba menyusut gak .. ditambah ngan kesibukan kat ofis .. time tuh baaanyak giler yg jadik kat opis .. issues especially. Menguji kesabaran. alasan ke? tak pe lah .. Allah je tau perasaan aku masa bgtau hubby decision aku tak leh nak continue mengepam .. hubby biasa lah sentiasa memahami tiada paksaan .. so malam dan weekend je full BF .. hari siang kerja dia makan nestum ngan susu formula. susu perahan dalam stok pun tinggal sikit sgt .. and aku cuma kasik dia kalau dia demam untk bekal ke taska.. sedih lah, cita2 nak full BF smapai 2 tahun tk kesampaian tapi aku tak nak lah terlalu frust sangt .. dah rezeki sampai situ, redha je ... insya Allah, kalau ada rezeki lagi, akan berusaha lagi .. :-) ... bukannya tak BF langsung, cuma dah tak exclusive dah ... sorry fahren ...


eh dah panjang lah! mentang2 cuti ... best gak dh lama tak update blog panjang2 ..
ada baaaanyak lagi aku nak share kat blog .. insya Allah, later ...


Salam Ramadan, u ols!

Saturday 14 August 2010

Tahniah

Minggu lepas, Sekali lagi Lydia mewakili tadika dia .. kali ni ke Hari Bakat PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) kawasan kapar. Sebelum ni, Hari Bakat juga dipanggil hari Ihtifal .. tapi this year tukar nama .. kalau rangkaian tabika KEMAS, dorang guna Hari Potensi .. lebih kurang la tu :-)
Lydia joined acara mendeklamasikan sajak. Ada banyak acara2 lain, Pidato, Bercerita, Azan, Hafazan dan nasyid. 18 buah PASTI kat kawasan Kapar yang mnyertai hari bakat ni. 15 PASTI yang hantar wakil untuk bersajak ...


Event kat Dewan Orang Ramai dan Kompleks sukan Meru ... meriah terus dewan tu hari tu.. banyak gerai2 yang buka diperkarangan dewan sempena hari tu ... and then ada jugak canopy kecik yg dipanggil 'bilik' yg mana satu acara dibuat di bilik berlainan. ada bilik sajak, bilik pidato dan bercerita, bilik hafazan dan bilik azan. Sementara nasyid dibuat di pentas utama, dalam dewan ...



Lydia dari awal tuh dah excited. Kul 7 hantar dia ke sekolah sbb dia nak pegi ngan cikgu2 dan peserta2 lain .. Mmg obvious dia mmg suka bersajak. Cikgu dia pun sangat komited melatih dia .. sampaikan bawak dia balik rumah untuk extra time ... aku pun tumpang seronok ...



Baju dia aku belikan baru atas permintaan dia .. dia kata nak pakai jubah ngan selendang .. so aku pun pi carik kat kompleks PKNS .. biasa la, aku seronok bila tgk dia seronok .. lagipun baju tu bleh pakai utk raya gak.. so takder la salah huhu


Lydia kena giliran ke-8. Mcm yang aku kata dalam entry pertndingan Membaca tu, aku memang tabik sgt kat budak2 tadika nowadays. Semua yang masuk dalam sajak tu, bagus2 belaka. Ada sorang dua tu.. Ya Allah, kecik betul badannya .. maybe 5 tahun .. suara pun haluuus je .. tapi bila bergaya kat pentas amboiii boleh tahan .. :-) seronok betul aku tgk gelagat anak2 comel tu .. ada jugak yang sampai pentas tu, terdiam jek.. tak cakap apa2 pastu tarik diri sbb tak berjaya dipujuk :-)


Masa Lydia buat persembahan . aku yg berdebar .. walaupun dia dah hafal,, tapi suara dia serak sbb asyik berlatih jek .. tapi Alhamdulillah time tu, dalam sera2 tuh, dia bleh gak control suara dia jadi jelas dan lantang ... konfiden je dia beraksi ... sajak dia panjang gak, bertajuk 'Guru' ... 2 muka surat kertas A4 tu .. mmg cayalah bebudak leh hafal .. pastu, sajak utk member dia yg wakil utk bahagian lelaki tu pun dia hafal, bertajuk Ibu .. dok selalu berlatih bersama-sama.. sampai dia leh hafal kawan dia punya sajak .. lps giliran Lydia .. aku tgk budak2 lepas dia semua hebat2 lagi .. ish ishh sengit gar arrr ..


Dalam kul 11.30 AM gitu baru lah keputusan diumumkan .. Untuk sekolah Lydia, kira cemerlang lah .. sebabnya,

bercerita lelaki dan perempuan - naib juara
pidato - naib juara
sajak lelaki - ketiga
sajak perempuan - JOHAN --Lydia

Bilik sajak dinobatkan sebagai bilik terbaik ...
skul Lydia dapat tmpt ke-3 terbaik keseluruhan ..

TAHNIAH aku ucapkan pertama sekali untuk cikgu2 ler ofkos .. kalau tk kerana cikgu yg komited .. kalau budak ada bakat tp cikgu tk push pon tk jadi, ye dak?


ok aku share pic sket .. lain2 dlm fb kot kalau rajin (read: kalau connection tiptop)








Saturday 7 August 2010

Sunday Morning Picnic

This is again, long overdue entry. And again, it's about my family event :-) ..

On Sunday 31 May, We went to the photoshoot with Zubye of EyesofGrace. this is our 2nd session with her after the 1st one about 2 yrs back. This session was originally scheduled early this year, when i was still in my maternity leave .. my idea was to capture fahren newborn pics. but due to some probs it was posponed. 2 times it got posponed and when the real day came, my excitement had become less

memula we planned to go to cyberjaya community centre, got a nice lake there, but i prefer a place without water. Idlan is bit difficult to control and he likes to run here and there all by himself so watery places can be dangerous, i think. So when Zubye suggested to hv the session at UPM, i agreed.


The session started at 9AM. we were there earlier like 845AM. Alhamdulillah, the weather was nice .. bit cloudy at first and me was bit worried tht its gonna rain and afraid if again we have to cancell. Lucky my worry didnt happened. It was end up a windy morning, a very very nice weather for outdoor activities, esp. with baby.


The place was great for a picnic. Green field with beautiful big trees. For the kids, it was like a picnic. I brought mat and also quilts - to be the props as well as for us to hv our breakfast - only nugget i brought from home. And the session started naturally - me and hubby decided that only children pics wil be snapped. sesekali we enterframe la ekeke! Zubye as usual, always has good rapport with kids .. my kids were easily befriend with her. cuma agak sukar nak dpt good pics of them 3 together .. idlan especially was very difficult to focus on camera. He never listened when we asked him to pose. dia cuma fikir nak main je .. ada sekali, I had to run to catch him sbb dia lari jauh giler, dah mcm forest gump plak. maybe dia leh join marathon , mcm Deo, mcm Jijoe ..ekeke


tapi, got few things yg i regret .. maybe because of my lack of excitement so i didnt really prepare for the shoot. I didnt bring extra dress for Lydia .. and I didnt do anything to her hair .. i didnt bring extra props. huurrrmmmm ... and eventhough I think the place is great, i think its great for playing and picnic, yes .. but lil bit empty for a photoshoot. its nice to see the trees as the background ..but for close up pics, seems like nothing but green field. hmmm ... that's just my 2 cents opinion. But when looking how my kids were really enjoyed the 'picnic' .. it made me smile .. at least it was a nice enjoyable morning for them ... that matters the most.











Thursday 5 August 2010

iCity

Lama dah peram citer pasal pegi iCity ni. dah lebih sebulan ...Actually tak de plan nk ke situ .. pegi pun malam Isnin..ngan harapan orang sure tak ramai sebab malam kerja kan ... tapi hampeh rupanya ramai nyer umat manusia dalam tuh .. walaupun pada awalnya mcm nak hujan .. dah gerimis renyai2 pun... tapi semua tak berganjak balik.. last2 hujan tu yg pergi membawa diri huhu ...

the place was nice .. idea pun bagus ni .. pelbagai bentuk lampu kalerful.. looks nice .. budak2 suka sangat lah .. cuma aku rasa la kan.. alangkah bagusnya kalau disediakan tempat2 duduk .. bleh la lebih appreciate pemandangan tuh ... kalau nak duduk kat ground pun ok cuma tak sesuai bila hujan, plus mcm ada byk semut jek tmpt tuh huhuhu! one more, kalau ada tempat makan2 or minum2 lagi la gempak kan ... menambah seri gitu.. parking masuk perentry rm2 .. ok le tuh padahal takder appropriate parking lot pon.. sumer pakat park tepi jalan jek ... nak berjalan pon jauh plus ala2 mendaki.. seb baik malam tuh aku pakai babywear .. so tak de la sukar nk menyorong stroller .. sbb tempat tu agak berbukit gak ar .. port paling anak2 aku suka ialah port panda bear .. aku terus teringat kat Soulie jek sbb feveret dia kan ke panda bear huhu!

ok jom tgk gambar ... ahahaha aku pun now dah transform jadi blog bergambar .. pic2 tak cun pun tak pe lah asalkan ada pic buat menjamu mata, kan? sbb aku dah takde masa nak mengarang panjang2 macam dolu2 huhuhu ...


Time nih dah hujan renyai2 dah .. and yg tk bestnyer, dah la orang ramai sgt .. pastu tanah jadik becak/lecak ... menyukarkan aktivity pejalan kaki ekeke




Ring sling tuh saved my life! seb baik bawak ringsling .. kalau nak harap stroller mmg tak de maknanya! hiks :-)


Kat Panda nih dorang takmo balik la plak ... adeh!


Peace!

Sekian utk kali ini.. next time kiter tgk2 gambar lagi yachhhhh!

Monday 2 August 2010

31 Jul 2010 - Caiyok Lydia! :-)

Ok ..


Jom lah aku cerita pasal Lydia yang jadik wakil tadika dia utk pertandingan pantas rumi, atau dalam bahasa inggerisnya, speed reading. Memula aku ingatkan dia just masuk pertandingan membaca aje, rupanya speed reading .. ekeke lawaklah sbb setahu aku Lydia ni mmg kalau baca tak de lah laju .. dia suka baca ngan gaya2 bercerita.. dengan penuh intonasi .. ala2 bacakan buku kat idlan ngan fahren,, so aku pelik gak dia masuk speed reading .. tak kisah le tuh maybe cikgu dah kasik prektis suh dia baca laju ...





Kul 7 bapak dia hantar gi sekolah sbb dia nak gi ngan cikgu .. alahaii tingat plak masa zaman2 aku kecik2 cikgu amik dtg rumah utk gi pertandigan apa2 kat sekolah lain.. lps bapak hantar lydia..bapak balik umah lagi, amik aku ngan idlan n fahren


Event nih peringkat daerah Klang anjuran library selangor. Program Gerakan membaca ... Kira mcm nak kasik exposure pasal library.. which i think is good. aku sendiri, wakaupun dah 7 tahun menetap kat klang ni .. tak pernah sekali pon jejak kaki ke library area klang .. pernah sekali je bawak Lydia gi library Tun uda shah alam .. lps tu dh tak pernah.


so masa event nih, ada pendaftaran keahlian utk library2 daerah klang .. baru aku tau ada byk lirary awam .. huhuhu .. lps nih leh la bawak anak2 ..


berbalik pada event tadi .. ada byk acara lain and byk peringkat umur .. event prasekolah cuma pantas rumi .. ada lah dalam 30 orang peserta utk acara pantas rumi prasekolah ni .... wah boleh tahan ramai tuh ... event dibuat dalam library .. penonton adalah di kalangan guru2 dan ibu bapa .. sumer penonton dok bersila kat lantai aje sbb ruang library bukan besar sangat .. tapi ok la gitu senang aku nak bersila sambilkan BF fahren .. :-) Idlan plak syok dok belek2 buku2 kat rak2 tuh ..


Giliran Lydia yg ke 21 .. aduh jenuh nunggu sambil berdebar2 ekeke biasa la, budaknya biasa jek .. mak2 ngan cikgu2 yg berdebar2 .. tapi sonok tgk gelagat budak2 nih masa baca petikan tu .. ada sorang tu, lps je perkenalkan diri ,,, terus menangis sbb takut .. ada plak yg baca laju giler .. ada plak yg baca berlagu2 .. ada yg baca tak kuar suara .. ada yang duduk aje diam2 tak nak baca tapi tak nangis.. ekekkeke! masa giliran lydia ... mula2 tuh dia ok je konfiden .. tapi maybe nak laju .. dia ada tertinggal satu word .. dan rasanya dia pun sedar kesilapan dia..lepas je habis tuh, dia lari kat bapak dia, and menangis.. alahaiii sensitif sungguh anak dara i ni huhuhu .. bila bapak dah pujuk ngan eskrem baru dia ok.. tapi dia takmo dah duduk ngan cikgu dia..dia takut la tu cikgu dia marah.. sib baik cikgu dia datang pujuk gosok2 badan dia.. baru dia ok lps tu ..



Walaupun tak dpt top 3.. Lydia still dalam kalangan top 10.. kira ok lah tuh kan .. dia pun bagus cuma yang lebih bagus pun ramai .. so tak apa.. yg penting tuh dia ada experience perform depan orang ... then...masa nak amik hadiah .. dia eksaited masa nama dia kena panggil naik pentas . maklum lah dia bukan tahu saguhati ke apa.. yg penting dapat hadiah, kan .. ok la tuh sonok je dia ... cuma bgtau la jugak kat dia yg itu saguhati..maknanya bukan nombor satu jadi lain kali kena buat yang lebih baik ..


Selain tu, dapat lah aku beramah mesra ngan cikgu2 dia .. Cikgu Ina nih salu lydia sebut namanya .. patut la pun, cikgu ina ni mukanya pun loving, soft and lovable gitu ..patut pun budak2 suka .. cakap pun lembut je.. dia bagitau, masa awal2 Lydia masuk sekolah tu, dia tgk Lydia ni pendiam .. lama kelamaan baru lah dia tgk Lydia ni suka bercakap .. dia tgk Lydia nih bijak cuma kalau wat satu2 kerja tuh, ala2 slow gitu .. aku pun admit part tu .. kat rumah pun sama ... aku rasa yg tu dia ikut perangai aku kot? huhuhu


Ok dah dulu cerita pasal Lydia dan Kisah pertandingan membaca tu ehhh ... Jom tgk gambar2 plak ..



Lydia sedang beraksi .. i am proud of u my girl :-) Muka takut jek.. tapi bila aku tanya balik apa perasaan dia kat depan tu .. dia kata biasa je tak takut pun.. ekekeke ye ke tuh .. tak apalah yg penting tak tergagap2 .. lancar jek la membaca cuma tak cukup pantas! :-)



Actually Idlan takut ngan Aliff dan Anis, maskot baru perpustakaan Selangor (aku baru tau library ada maskot? huhu!) .. so amik pic jauh2 jek and dia takmo tgk pun maskot2 tuh ahaks



Lydia ngan Anis the mascot



6 months Fahren didukung Aliff the mascot



Ni ler penyokong utama kakak Lydia. dari pagi bangun tidur cari kakak ... ke mana2 nak cari kakak ... nak duduk sebelah kakak .. :-) Sayang sgt dia kat kakak dia :-)



tag peserta



Lydia terima hadiah saguhati daripada ADUN Meru, Tn. Dr. Rani


Lydia ngan uztazah dan cikgu2 PASTI Wadi Sofea

Popular Posts