Tuesday 28 August 2007

3 Tahun yang Bahagia


Semalam, genaplah 3 tahun kehadiran Lydia dalam hidup kami. Semoga kehidupan Lydia dberkati dan mendapat lindungan daripada Allah selalu .. Amin.
Entry ni pulak, kisah details waktu2 terdekat aku nak melahirkan Lydia ... Masa aku check balik entry2 lama sbb nak carik link, banyak betul rupanya entry pasal Lydia .. maklum la anak baru sorang kot ... Actually, Lydia ni aku anggap miracle baby ler sbb dia datang disaat2 aku mmg ternanti2 dia, dan aku rasa susah sangat nak dapat baby. In fact, masa doctor kata aku pregnant, aku tak caya, sbb aku masa tu tgh under treatment pasal PCOS aku ... Alhamdulillah, berkat doa semua orang agaknya, Allah kurniakan Lydia kepada kami ... dan sejak 27 August 3 tahun lepas, Lydia menjadi penyeri hidup kami, pengerat hubungan kami ...
Aku tak de hadiah pun utk birthday Lydia ... Cake tu je, last minute malam tadi balik kerja singgah, nasib baik sampai rumah dia belum tidur, bila aku bukak kotak cake, mmg obvious dia terperanjat, satu sebab kek, dia sbb kek tu bentuk Panda Bear .. nasib baik dia tak seram ... huhuhu ...
Puisi ini, aku hadiahkan pada Lydia pada hari lahirnya yg pertama, 2005.

Sunday 26 August 2007

Selamat Pengantin Baru Twin!

Dah lama aku rasa excited nak attend wedding one of my close friends during my years in college dulu. Kebetulan, nama dia pun farah, and birthday dia pun in June ..so among us, aku kata kitorang twin, walaupun kalau tgk paras rupa mmg jauh le kan .. huhuhu ...


1st time aku ke kelantan was in 1996 rasanya ..more than 10 years back. Masa tu, Farah le bawak kitorang ke rumah dia, weekend dalam bulan puasa ... daripada Kuantan ke KB naik bas, punyer lah aku rasa letih giler!


2nd time, awal tahun ni, in February tak salah aku ... with husband's family. Sama la, sangat meletihkan! maybe sbb pegi time peakhour, mmg jem giler jalan... so aku dah give up nak ke sana naik kenderaan darat ...


Sbb tu siang2 aku dah book flight utk ke wedding farah ni. Yang best member2 wajib semua ada .. so petang tu masa check in kat hotel, meriah betul! paling best, Farah pun sanggup tinggalkan kesibukan preparation kat rumah dia, and join kitorang lepak kat hotel dan dinner sekali. Maza pun, last minute turun gak walaupun terpaksa balik sejurus lepas Farah nikah, sbb dia ada wedding cousin dia... Aku suka semangat setiakawan kitorang ..the same ppl get together .. daripada wedding Juita,ke wedding aku,ke wedding Maza .. semua ada ... aku pernah buat satu entry pasal dorang rasanya ... tajuk entry tu, Kawan-Kawan itu kot ...


Jumaat yang cerah tu, Alhamdulillah ... Farah pun selamat dah jadi isteri orang, which aku rasa sayu dan terharu masa Azlan lafazkan akad nikah tu .. automatik,semua kenangan dengan farah dan kawan2 rapat masa zaman2 kolej dulu menari2 dalam mata aku ... kejap je, kenangan 12 tahun lepas dah kami tinggalkan ... lebih2 lagi, farah ni antara favorite kitorang, jadi bahan usikan, sbb dia blur sporting, mmg best! :-)... sampaikan masa dia datang lepak kat hotel sehari sebelum dinikahkan, still kitorang dok mengusik2 dia .. hmmm.. and sehari lepas tu, rasa macam dah ada jurang ... hiks! aku tau tak de la jurang gitu, cuma baisa le, meks over feeling wakakkaa.. ... hopefuly husband farah pun sporting jugak macam dia ... sbb so far, husband Ju dengan husband Maza dua2 sporting jea.. husband aku .. maybe tak byk ckp compared to them,tp dlm kategori sporting le, sbb ON jea kalau aku ajak lepak ngan dorang ..kitorang gossip2 dan usik2 sesama sendiri dengan over pon dorang layan jek ... mmg tak stress la dapt husband mcm ni.. we dont have to pretend to be someone else in front of them .. :-)

Lepas ni, tak tau turn sapa plak ... sapa2 punyer turn pun, hopefully marrriage tak akan merenggangkan kitorang le ..walaupun actually now ni dah tak close mcm 12 tahun lepas, still aku rasa dorang ni kawan rapat aku .. maklum aku kan x berapa ramai kawan ...


So, untuk Farah, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia dan Berkekalan Selamanya ...

Monday 20 August 2007

I'm Proud of him ...

Aku dah OK dah. Actually aku dah OK as soon as aku publish previous entry tu. So, masa aku join the birthday bash utk delinn, alangz ngan sempoii tu, aku dah sepenuhnya OK. Tak sedih tak pilu tak de apa2 ... aku pun ada skill mcm angah gak, skill memujuk diri sendiri ... :-)


OK update sket lah pasal story tu.. now disebabkan aku pun dah banyak citer kat orang, and orang pun dah byk tanya, and aku pun dah boleh accept semua yang terjadi, so let me just share it here je .. untung2 ada lah kot2 boss2 mana2 le kan nak offer kerja kat my beloved husband kan .. Rezeki, mana lah kita tau kan ...


Aku tatau le apa reason aku nak keep it as a secret before ni ... sebab aku mcm terasa benda2 mcm ni adalah satu kekurangan, dan aku sentiasa je ada perasaan macam orang akan gelak2 kan aku disebabkan perkara macam ni ... ntah apa2 je la .. tapi itu le perasaan aku tu, aku segan nak bgtau org sbb itu menunjukkan kelemahan diri .. tapi bila aku tgk kecekalan husband aku, aku jadi bangga plak and aku malu pulak ngan diri sendiri sbb rasa malu .. ishh ..


Ye lah, husband aku tu, aku kategorikan dia sebagai seorang yang cekal dan tabah lah .. dalam keadaan dia tergolong dalam golongan org2 yg khidmatnya tidak lagi diperlukan, dia still positif in life .. tak macam aku langsung lah .. aku ni, baru je cabaran datang dalam bentuk angin sepoi2 bahasa je pun dah rasa negatif. Memang la tak boleh dicontohi. OK takmo citer pasal aku, aku nak citer pasal husband aku je ...


Husband aku ni, aku salu ingatkan dia ni pendiam sgt, sure kat kilang pun pendiam n tak berkomunikasi gitu, sure x ramai kawan gitu ... sbb susah benonyer nak borak ngan dia ni, sepatah ditanya, sepatah dijawab .. kengkadang aku risau jek dia tak boleh nak adapt ngan orang lain ... TAPI rupanya sangkaan aku meleset .. dalam pada pendiam tu, dia actually lebih ramai kawan daripada aku .. serious ... aku pun pelik camner dia leh ramai kawan .. kengkadang tu ada gak aku terfikir jahat sket, entah2 dia ni senang kena buli kot, maklum le pendiam .. orang wat lawak pon dia cool jek ... sure org suka jek main2kan dia ... macam aku salu buli budak2 pendiam .. oopsss.. tapi, sebaliknya rupanya .. daripada kawan2 dia, aku tau le dia ni boleh kata menjadi tempat rujukan le gak ... so, no wonder lah, bila je dpt tau psl retrenchment tu, berpusu2 sms daripada member2 dia yang entah dari mana2 .. sampaikan aku terharu plak (biasa le mek kan senang terharu) and no wonder lah, kat kilang dia, he is one of AJK tertinggi utk staff association gitu .. sort of kesatuan pekerja, tapi utk management level le ... tau je la kilang sure ada benda2 mcm ni ...


Aku, selalu je x puas hati kat dia kalau dia aktif semacam dalam tu. Pada aku, benda2 mcm tu cuma untuk buat tunjuk perasaan aje mcm dalam TV .. hehehe ... tapi, bila dia kena retrench ni, baru le aku tau why association is needed in every companies ... betul2 aku rasa nasib terbela ngan adanya kesatuan .. ada tmpt kita nak refer kalau company buat something yang tak ikut rules.. aku ni, rules2 as pekerja pon aku zero .. hampas ..


So, dia ni, bila je dapat surat retrenchment, terus je dia bz meeting ngah kesatuan ... dok bukak semua file2 .. and terus dapat khidmat nasihat peguam dalam industrial relation .. yang, kalau kita takder kesatuan, semua kena buat sendiri thru pejabat buruh, yg of course le progressnya tidak begitu meyakin kan ... and peguam pun x leh nak pilih ... yang kalau kita kalah, kita kena bayar dua2 lawyer ... kalau kat kesatuan, kita x kuar apa2 duit (bayar tapi x nmpk sbb byr sket2 bulanan duit kesatuan kan)


So, IR lawyer dia kata, kes dia ni mmg akan menang .. sbb company punyer cara tu, tak ikut Collective Agreement yang dah diendorse dek mahkamah IR. Rasanya hari tu husband aku kata ada 4 strong points yang mmg kesatuan akan menang kalau bawak ke court ... aku tak ingat lah .. semua berbalik pada CA yg company dah sign ngan semua ahli kesatuan ... ermm ..i ols of kos le x begitu memahami benda2 ni .. tapi best gak bila dgr dia cerita ... aku teras mcm bangga plak laki aku dok ckp2 pasal law nih ... wakakkaa.. salu dia citer pasal machines jek ... which aku bangga la gak sbb aku pon bukan tau apa2 pasal machine ... ahakss ..


So hopefully berjalan lancar le urusan court ni ... mmg makan masa.. normally takes 2 years to settle .. kalau menang, adalah benefit tu aku kurang sure ... kalau kalah pun x de la apa2 effect, at least dah berusaha ...and few days ago, org kesatuan dah called husband aku, maybe husband aku kena panggil masuk kerja balik sbb dorang tak mahu masuk court. Husband aku kata, nak panggil balik pun bukan boleh suka2 je .. sama ada dorang kena panggil balik SEMUA yg effected, ataupun ada ganti .. means husband masuk, ada la org kena keluar ... dah yg kuar tu kena yg betul2 menapati syarat2 dalam CA .. contoh nya LIFO system tu semua ...yg mana husband aku kata, bila wat gitu, haruslah org2 yg kroni akan kuar (sbb now ni dorang stay dalam tu menyebabkan husband aku yg kena kuar, sbb nak selamatkan dorang - Huallahu'Alam)


Tapi, harapan aku, semoga dia dapat tempat kerja lain lah .. senang citer ... tak pyh pening2 nk mengadap org yg sama, at the same time nak fikir dilema2 lain .. maklum la dah kuar masuk balik.. sure ada lah benda2 yang tak tersangka boleh berlaku kan ... ermmm .. Ya Allah, semoga rezeki kami dipermudahkan .. AMIN...


Next update - Soon. hehehe

Monday 6 August 2007

Aku Tak Akan Bersuara, Walau Dirimu Kekurangan

Allah menduga makhluknya dengan pelbagai jenis dugaan. Minggu lepas, kami sekeluarga mendapat berita yang kami akan diuji dengan satu dugaan yang pada hemat aku, amat berat untuk ditanggung. Dan hari ini, berita itu menjadi kenyataan.

Aku belum mampu untuk menulis di sini panjang lebar tentang dugaan itu. Walaupun bukan aku sendiri yang menerima ujian itu, namun tempias yang mengenai, sememangnya besar kepada aku.

Semoga ketabahan milik kami. Aku tidak mampu menangis kerana tangisan akan melemahkan semangat seseorang itu. Aku mahu seseorang itu tahu, apa saja terjadi kepada nya, apa saja terjadi kepada kami, hati aku tak pernah berubah, tidak sekali-kali juga aku akan menolak takdir yang akan menimpa kami. Jika dengan keterbukaan hati aku menerima dugaan ini mampu menguatkan semangatnya, maka Ya Allah, tabahkanlah hatiku .. izinkan aku mengumpul segala kekuatan untuk terus berusaha demi kami sekeluarga .... sehingga cahaya muncul semula.

Popular Posts