Sunday 29 June 2014

Kandungan Minggu ke-31: Hari pertama Puasa Ramadhan

Alhamdulillah, hari ni hari pertama berpuasa dalam bulan Ramadhan. Dan Alhamdulillah, sekali lagi diberi peluang untuk berpuasa dalam keadaan berbadan dua. :-)


Minggu ni minggu ke-31 kandungan saya. Wah sekejap je masa berlalu! Serius rasa cepat pulak pregnant kali ni. ALhamdulillah so far tak ada apa2 kesulitan sepanjang tempoh pregnancy ni.. Cuma letih2 tu normal lah, lagipun saya sendiri dah berumur 37 tahun kan.. memang tak sama la dengan mengandung anak pertama, 11 tahun lepas. :-)


Sekarang ni cabaran utama saya ialah pinggang dah mula rasa tak selesa terutama waktu tidur. Kalau tilam spring OK lah.. tilam selain spring memang sakit ohhh.. itu pun nasib baik le amik OSTEMATRIX 4 biji before tidur.. time nak tidur je rasa tak selesa, dah tidur tu nyenyak jek lah sampai ke pagi.. deep sleep gitu.. Alhamdulillah..

Ostematrix


Bulan puasa ni, mencabar jugak untuk saya. maklum la dah 3rd trimister, baby dah banyak gerak dalam perut ni jadi manjang rasa nak pi toilet dek frequent urination. Kalau tak kena gaya, memang cepat je kering badan kan.. malam memang kena minum air banyak lah. Tapi sekali lagi saya bersyukur sebab saya pun ada PERFORMANCE DRINK Shaklee. Yang ni minuman berelektrolit, macam 1000Plus tu la jugak, cuma yg ni tanpa gula, cuma ada perisa oren sebenar. so rasa masam2 payau .. tapi, sengan sukatan yang betul, masam2 tu sedap diminum!

Performance Drink


Kenapa nak kena ambil PERFORMANCE DRINK ni? 

Sebab, dia cepat diserap, jadi memang kalau ambil waktu sahur, cepat je badan serap liquid tu. satu lagi, dia bukan air biasa, jadi memang tak mudah keluar dari badan dengan perpeluhan dan perkumuhan. So kurang sikit rasa nak kencing tu.. inshaAllah..


Selain saya, anak saya yg nombor 2 tu pun sedang bertahan dengan cabaran bulan puasa.. cabaran untuk saya juga tu nak betul2 beri dia motivasi untuk bertahan sampai ke petang.. 


Saya harap kedua-dua kami dapat bertahan...

SELAMAT BERPUASA SEMUA! Jangan lupa klik eSell di kanan atas blog ni kalau nak membeli sebarang produk dari Shaklee... Kalau rasa mahal, meh hubungi saya, saya boleh beritahu kelebihan menjadi ahli yang melayakkan dapat diskaun setinggi 20% untuk semua barangan Shaklee1 berbaloi sangat!

Salam ceria! :-)
Fara 0192390107

Thursday 26 June 2014

Kuterimbau Kenangan Lalu ...

Ada beberapa hari lagi je lagi sebelum bertemu Ramadhan... marilah berdoa Allah berikan kita umur yang panjang untuk melaksanakan ibadah berpuasa tahun ini dan seterusnya dapat kemenangan tibanya Syawal nanti... aminn..


Dalam pada nak puasa ni, terimbau2 pulak bulan Ramadhan last year. Nak dekat2 puasa tu lah bermulanya keputusan impromptu saya dan suami nak bina rumah kat kampung, sebelah umah mak mertua. Dan dan tu jugak lah terus je bapak mertua exited sangat! bila tgk orang tua excited, kita jadi tak sampai hati nak melambat2kan niat tu.. padahal duit memang cukup2 jek.. huhuhu... tapi entah kenapa, macam ada satu tolakan untuk teruskan je niat tu, AMBIL SAJALAH RISIKO INI! tunggu lama2 nanti entah sempat entahkan tidak. Itu yang takde fikir panjang lagi, terus lah contact tukang rumah, carik design rumah dan beberapa minggu sebelum puasa, pembinaan pun dimulakan... macam tak percaya, tapi dalam pada tu rasa bersyukur dipermudahkan urusan. Saya dan suami toleransi je bab2 pemilihan design. Kami pun faham lah limitation kami jadi memang ambik yang asas sahaja. Bila dah setuju, tak ada lah kisah ungkit mengungkit .. inshaAllah..


Sejak pembinaan bermula, kepala saya tak habis-habis berfikir tentang sumber kewangan tambahan. Walaupun peruntukan untuk rumah sudah ada, saya asyik terfikir2 apa akan jadi sekiranya perkara2 diluar dugaan terjadi? apakah back-up kami? takkan lah bila ada terjadi sesuatu yg tak diingini, rumah kami akan terbengkalai dek kerana peruntukan itu cukup2 sahaja? Insurance memanglah ada, kerja memanglah ada, gaji memanglah ada, bonus, increment semua memanglah ada.. tapi saya sedang membina sebuah rumah! bukan sebarangan permainan di sini! bukan sesuatu yang boleh dihentikan bila-bila masa! (boleh la stop kalau tahan pandangan orang.. haiyoo malu wehhh ngan mak mertua wakakakka!) Ahhh pendek kata, memang tak senang duduk saya dibuatnya. tapi tidur masih lagi lena, syukur lah hahahaha!


Dipendekkan cerita, sudah tentu Allah Maha Mengetahui.. lalu dinampakkan kepada saya jalan lain untuk saya pilih. Ye, Allah menampakkan pilihan dan saya masih boleh memilih untuk masuk ke jalan itu, atau tidak. Jalan yang dinampakkan kepada saya ialah PELUANG PERNIAGAAN SHAKLEE.


Saya ingat lagi, waktu tu, promosi beli 6 percuma 1 adalah untuk produk GLA Complex, dan kawan di FB rancak mempromosikan GLA Complex sebagai salah satu cara untuk kelihatan GLOW di hari raya!! Sebenarnya kawan saya Puteri (ketika itu belum menjadi upline) sudah beberapa kali 'meminang' saya untuk memulakan Shaklee tapi mungkin seru belum sampai, saya pun tak betul2 ambil kisah dengan 'pinangan' tu.. hahaha.. tapi mcm yg saya kata, bila Allah dah buka jalan.. dibukakan hati saya untuk kembali melihat 'PELUANG' itu... Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan kan? digerakkan hati saya mengambil risiko membuat rumah, kemudian dinampakkan peluang Shaklee pula.. SUBHANALLAH...


Saya sebenarnya, ego jugak nak menyerah terang-terangan kat Puteri, Jadi apa yg saya lakukan? saya mesej dia through Gtalk, saya kata nak order GLA Complex... pastu saya tanya dia,

"betul ke bleh glow glow raya nanti?" (masa tu raya tinggal 2 minggu je lagi). 

Dia cuma gelak2 kan saya, saya rasa dia pun tau, saya sendiri pun tau 2 minggu is too short kot nak tgk kesan kat muka saya yg dah lama sangat kusam tu! hahaha! Lepas dia gelak, saya pon gelak2 berseloroh kat dia, 

"Kalau muka aku glow raya nanti, lepas raya aku mula bisnes!" 

Ha nampak tak? hahha punya la ego nak cakap nk bisnes tu, kias2 la pulop!! LOL! pastu dia kata, 

"Ha OK! lepas raya kang aku follow up!"


Hahahahah.. jadi, lepas tu saya betul2 berfikir, saya ada sebulan untuk betul2 fikir sama ada nak seriously go for Shaklee bisnes ataupun nak cakap kat puteri, "ek eleh tak glow punnnnn".

Gitu.



Beberapa minggu lepas habis bulan syawal kot..  eh ke lom habis pun syawal tu.. saya dok tunggu2 gak mana la puteri ni takmo follow up ke wakakakakkaa see???? EGO??? nak gak tunggu orang tanya?! LOL! dan sebagaimana Allah dah tentukan mungkin... memang akhirnya Puteri mesej saya dan tanya, 

"amacam muka glow tak?" hahahahah!!


Well, honestly frankly speaking.. muka saya perlukan 4 botol GLA kot, bukan 1 botol.. tapi saya jawab dengan yakin dan happy,

"Daaahhhhhh!!!!"


.. and the rest is... history!!! 


Kini, hampir bertemu ramadhan lagi... 
Alhamdulillah, rumah saya pun dah siap dan dah pun saya duduki.. 
bsines saya pun semakin berkembang...
semangat saya pulak tetap panas membara ...
untuk terus meroket ke bintang! FLY AND SUCCESS, FLY AND SUCCESS!!!!
dan bersama2 group saya, kami akan FLY AND SUCCESS TOGETHER!!! (FAST!) 

Tambahan: Alhamdulillah, lepas tu saya konsisten ngan GLA.. muka ada perubahan sikit, tapi yang best epas tu rezeki lain plak rupanya Allah nak beri.. cahayamata ke-5 sedang kunantikan.. I LOVE GLA COMPLEX! Memang saya perlukan GLA Complex pun untuk menyeimbangkan hormon saya.. 


Jika anda seperti saya, yang sedang ak boleh duduk diam berfikir bagaimana nak tambahkan sumber pendapatan, mungkin sebab itu anda membaca entry ini.. mungkin ini jodoh kita, untuk meroket ke bintang bersama-sama...

Hubungi saya...
FARA 0192390107

Mengapa pilih Shaklee
Inilah GLA Complex. Produk yang memberi seribu satu cerita kepada saya. 


Friday 20 June 2014

Dinner kat Umang-Umang Steambot, Meru Klang

Hari ni, nak story pasal family dinner kat Umang-Umang Steambot kat Meru. Saya akui saya ni memang jenis tak berapa rajin ke dapur.. saya OK nak masak tu, tapi nak mengemas dapur tu alahai 'bercinta' mak dek non! hahaha! dah pemalas tu mmg banyak alasan!


Hari bekerja, kalau naik satu kereta dengan hubby (dia amik saya kat komuter), memang terus zasss pi dinner kedai.. hmmm cuba tgk camne dinner kitorang dalam seminggu hahahaha!!!


dinner luar
dinner kat rumah tapi tapau dari pasar malam
dinner kat rumah tapi tapau dari kedai
dinner kat rumah tapi makan roti sajork
dinner kat rumah dan masak proper
dinner kat rumah MIL/rumah mak
dinner kat rumah, masak simple


hahahahaha! aci tak? leh jadik ibu mithali tak? ekekeke tapi saya lah tetap mak terbaik kata anak-anak saya.. bila saya masak, melangit dorang puji.. bila saya ajak mkn kat luar, pun dorang berterima kasih.. 


OK. malam semalam, turn dinner luar.. so hasben suggest makan steam boat memandangkan ada kedai steam boat baru kat area rumah saya. UMANG-UMANG STEAM BOT! yum yummmm saya memaaang suka steambot.. errkk ekceli saya suka semua food pon.. haha!


Not bad la.. kedai spacious.. layanan mesra.. menu not bad, standard la stimbot kan.. perkara baru kali ni ialah anak2 teruja belajar guna chopstik! hahaha! terutama abang lan! gigih dia ajar adik dia guna padahal dia pon baru je pandai.. haha! 


ok dah jom lah tengok gambo... sambil2 stori kan..

UMANG-UMANG STEAMBOT
JALAN SEKOLAH, BUKIT KAPAR,
MERU, KLANG

Speciality dia rasanya sos dia kot.. ada rasa2 korean sos! i like! selain dari kedai yang spacious, parking lot pun banyak.. mmg sesuai utk seisi keluarga.. tempat amik food pun luas.. tak la berebut.. 


Ini la kedai dia..


cuba tgk Daleela punya gaya makan mi celup kat pic kiri atas! hahaha!

Umang-Umang menu
Pelbagai pilihan... sos paling sedap ialah sos korea dia... yum yummm

Umang-Umang steamboat
Dalam banyak-banyak menu, favorite of koz la kambeng! haha!

Wednesday 18 June 2014

Anniversary Lunch at Sunway Pyramid

Ni kira throwback lah ye :-)

Nak share gambar2 masa lunch for our 11th anniversary 7 June lepas. Oleh kerana hari yg sama kami ke Shaklee National Conference kat sunway Convention Centre, maka kami pun lunch kat Manhattan Fish Market je.. takde la gempak sangat tapi sebab tak selalu ke sana, makan anak-anak memang seronok dan teruja! hehehe itu yang untung bila jarang bawak budak2 makan kat fancy restaurant.. yang up sikit dari KFC tu pada diorang dah hebat sangat!.. in a way, ajar diorang bersyukur .. 


Sunway Pyramid tu, zaman belajar kat UiTM dulu memang favorite hangout place over the weekend lah.. tebgok wayang, main bowling, tengok orang ice skating.. pastu once dah kerja terus tak dan nak ke sana.. dan tak berapa keen dengan traffic plus lepas renovation, Sunway Pyramid dah mcm hilang identity gitu.. hahahaha itu pendapat peribadi saya laaa... tapi hakikatnya, makin ramai kot ke sana.. sebab semakin besar.


oppss.. stori pasal Sunway Pyramid plak. Yang penting, pada anak-anak, Sunway Pyramid tu dah gah sangat! hehehe.. diorang kan selalu ke Tesco jek. LOL... kecik2 jgn demand sangat.. ikut je mak gi mana. Mak dulu kecik2 pegi pasar pagi Sabtu je kat pekan Senggarang. kihkih... 

Dah, dah.. meh la scroll gambo jek.. :-)
gambo amik dari phone Lenovo, so paham2 je la qualiti tuh. LOL

















Tuesday 10 June 2014

Housewarming and Daleela's 2nd birthday party

Haha, melompat-lompat entry saya tak ikut kronologi. mana sempat, saya update .. kekadang tu nak update, pics pulak kat phone.. memang la boleh je update terus dari phone, tapi feeling tak sama laa update thru phone ngan tulis kat lappy.. masalah jari beso tu sukar nak menaip panjang2 kat phone


Kali ni nak share citer pasal birthday anak ke-empat saya, Hasyadaleela. Pada 30 may (Jumaat) lepas, dia genap 2 tahun.. Alhamdulillah.. Memandangkan saya memang berniat nak buat kenduri kecil-kecilan atas kesyukuran masuk rumah baru, saya pun buat sekali birthday party untuk Daleela pada hari Sabtu, 31 May 2014. 


Saya ni bukan jenis yang buat birthday party setiap tahun. Kali terakhir saya host birthday party ialah pada tahun 2012 .. Party 3 dalam 1 haha untuk Lydia, Idlan dan Fahren. Klik sini bleh tgk party tu.. itu lah kali pertama hosting a birthday party. Masa tu masih kat rumah lama.. 


Dan tahun ni untuk Daleela. Tak la semeriah party tahun 2012 sebab kenduri ni lebih kepada housewarming. Next time kita buat birthday party sahaja ok Daleela? Share pulak dengan adik baby nanti, inshaAllah semoga ada rezeki..

Alhamdulillah, dah pindah rumah dekat ngan orang tua.. walaupun mertua, tapi tetap ibu bapa kan..

Terima kasih kepada kawan-kawan dan family yg sudi hadir.. Kenduri kesyukuran ni kongsi dengan mak mertua, maklum la dah duduk sebelah rumah beliau.. mudah sangat nak buat kenduri bersama-sama. Alhamdulillah terima kasih yg tak terhingga kepada keluarga kedua belah pihak yang membantu dalam penyediaan juadah. Menu hari tu memang fully prepared dengan cara rewang saudara dan jiran tetangga, menu orang kampung, dan ofkoz orang jawa.. 


Antara menu hari tu ialah nasi putih, gulai lemak nangka muda, sayur tumis kulit lembu, sambal tumis paru goreng,  ulaman sambal belacan, ayam goreng dan sambal goreng jawa.. yumm yummmm!!! aih sebut menu jadi lapar plak..


Jamuan started pukul 12 tengah hari.. Alhamdulillah menu semua sedap sedap sangat! paling mendapar sambutan tentu sekali tumis sayur dan kulit lembu... hahaha signature dish turun temurun keluarga belah suami. 

sayur tumis campur kulit lembu. Signature dish family mertua .. sedaaap!

TQ for coming uols!

Apa yg happy sangat tu Azel? heheh

Kul 1, Daleela potong kek.. kek pun bukan tempah, saya beli kek size mini tu kat Empire Shopping Subang, lepas tu satu kek besar saya beli pagi tu jugak kat kedai kek biasa kat Meru.. hehehe janji ada kek kekdahnyer kan.. :-) goodies Favor pulak saya order kat kakak saya je, dia tolong buatkan cupcakes dan caramel crunchy nut. itu jek.. kakak saya plak hias2 kasik cun dengan ribbon dan label.. lagi la saya happy.. haha.. memang kali ni tak dan nak tempah2 ... semua impromtu je..

kek fast track je.. mini cakes beli kat Empire Shopping Mall, square cake beli kat kedai kek Meru
crunchy caramel nuts yg rangup dan enak!


family pose. tapi idlan ngan lydia takmo plak pose sekali.. bz nk main..

Daleela memang tak de le nak melawa-lawa.. cekak ribbon bunga beso saya pakaikan tah mana dia campak!


muka blank masa orang nyanyi.. hehe

bagi-bagi kek..
Tetamu tak putus, rasa syok sangat.. sampai ke maghrib ada yang datang lagik.. Alhamdulillah.. Sebelah malamnya plak, kenduri untuk orang lelaki jemaah surau.. kami hidangkan mi kari ngan buah jek.. dan semestinya nasi dan lauk2 sebagai 'berkat' untuk orang bawak balik ke rumah.. style jawa kann... 


Alhamdulillah semoga saya ada rezeki lagi untuk buat makan-makan mcm ni.. seronok bila org datang ke rumah. hari tu tak dan nak jemput lebih ramai orang sbb last minit decision.. 

Ok jom layan pic2 lain... :-)

Daleela di bawah timbunan hadiah.. hahaha!

anak-anak happy main bouncer

ngan Sol.. sementara tunggu geng lain datang

geng schoolmate SMSJ

geng mak buyong hehehe - Zatil

Geng GLC tapi Sol dah balik so kami berempat laa group photo

anak Shaklee dan mak Shaklee saya hehe :-) 3 keturunan

Ellyn tetamu maghrib hehhe
OK daahhh!!!! tengkiu for scrolling!!!

Salam ceria
Fara 0192390107


Monday 9 June 2014

Shaklee National Conference 2013/2014 di Sunway Convention Centre.

Sementara tengah fresh, meh la saya tulis tentang Shaklee National Conference 2013/2014 yang berlangsung di Sunway Convention Centre, Bandar Sunway pada 7-8 Jun 2014. haha! baru sangat lagi ni.. Fresh from oven kekdahnya uols! :-)


Main Stage
setting


Tahun ni first time la saya attend NC. Meskipun saya tidak hadir sebagai penerima award, saya tetap teruja nak tengok kehebatan NC Shaklee ni. Memang gah uols! Pendaftaran di buka seawal pukul 10 pagi! padahal event bermula pukul 2.00 PM! apa maknanya tu? maknanya raaaamai akan menghadiri conference ni jadi masa yang panjang sangat diperlukan supaya proses pendaftaran berjalan lancar...


Saya sampai Sunway Pyramid lebih kurang jam 11pagi, syukurlah dapat parking.. maklum le Sunway Pyramid tu mmg zassss laju je orang datang kan... lambat sikit mmg bertabah le kena gigih carik parking..


Sampai kat Convention Centre, tengok Q dah panjang nya makkk oii!! rasa bangga menyelinap dalam diri.. hahah bangga sebab saya tidak ketinggalan ada impian yang sama macam mereka... bangga tengok ramai sangat golongan wanita, para ibu dalam tu.. bangga tengok majoriti yang pada pagi tu adalah bangsa saya... Alhamdulillah... 


Barisan pendaftaran. Dari kul 10 sampai kul 2 pun lom habis! ramaaaaiii!!! meriah! best! (pic credit Ainul)


Selain kauter untuk redeem doorgift, ada juga kaunter untuk membeli produk terbaru Shaklee, Phytocol-ST. Ada juga kaunter untuk Star Achiever redeem registration diorang... boleh tahan panjang Q tu.. saya pasang azam, tahun depan saya naik pentas jugak! MESTI!


Lepas ambil doorgit, saya turun ke Mall, cari lunch. Kebetulan hari tu wedding aaniversary saya dan suami, jadi kami anak-beranak makan kat Manhattan Fish Market lah sementara tunggu jalm 2 nak masuk dewan.


Antara Goordift. Ada lagi takde dalam pic. 


Ada sedikit kelewatan memulakan majlis, tapi saya sabar je tunggu. Sambil2 tu jumpa ngan kawan2 seperjuangan dah posing sana sini.. ucap tahniah kat diorang... tanda sokongan kann... 


Dengan sidelines saya, Ima Sulaiman

Bersama sidelines dari group PAF Great Leaders (PGL), Noor, CTZ dan Radia


amik aura Roger

Signage di mana2 di dalam Mall Sunway Pyramid. Terbaak la Shaklee.. promo dasyat

Pose kat depan pintu masuk Convention Centre

Lydia tolong snap gambo mak Q nak redeem doorgift...

Posing depan poster NC 2013/2014

Ima and myself, posing dengan our uplines, Master Azlin (Success SuperMommies) dan Master Puteri (PAF)

pose dengan uplines dan sidelines, Master Puteri, Fad dan Ima (Pic credit Puteri)

Acara pertama ialah Master Parade. huhu.. excited la sebab uplines saya pon terlibat dalam parade tu.. seorang demi seorang nama master disebut ketika mereka masuk melalui red carpet! bangga sangat.. mereka lagi la bangga kot kan! yang syok tu, ramai je yang parade dengan anak-anak .. waaahhhhh menjadikan keinginan saya meluap2 nak join parade jugak! InshaAllah akan tercapai!


montaj kat main stage masa parade (Pic credit Ima)

Setiap masters membawa bendera ni masa parade tu.. 


Upline saya, Master Puteri Yusof dan Master Aznin ketika parade semasa berjalan di red carpet melintasi saya .. saya nak duplicate!
a haa.. hahah saya test selfie background parade, tujuan konon nak selfie masa Roger Barnet berjalan masuk! LOL

hahahhaha! tak kesampaian! wrong timing, Roger barnet nampak mcm kelibat apa jek .. LOL.. Well, i've made an effort uols! hahaha lalalala..

hahaha ini Ima yang snap.. pinjam ek Ima.. ekeke

Habis parade, ada performance sikit dari penari2 kebudayaan. Anak-anak saya enjoy je tengok tarian.. hehe.. lepas tu baru le ucapan dari Victor Lim, pengerusi Shaklee Malaysia, kemudian ucapan dari Bradford Richardson, President Shaklee Corporation yang datang khas dari US. Semangat betul mereka ni bagi speech. memang tak membosankan!



anak-anak saya enjoy tengok tarian kebudayaan.. saja pilih tempat duduk belakang sbb mudah budak2 ni kuar masuk tak ganggu majlis..
Victor Lim presented perfornance growth. Hebat sangat 1,240% memang mantop lah! rugi laaa kalau tak rebut peluang perniagaan dengan Shaklee (pic credit FB timeline)

tahniah all shaklee business owners!!! Shaklee business rawksss! (pic credit FB timeline)


Tapi kemudian anak-anak saya mula bosan, jadi saya hantar mereka ke tingkat atas, ada daycare yg Shaklee sediakan. kat dalam tu ada TV, ada pertandingan mewarna, ada belon dah clown... mmg budak2 enjoy lah!.. saya turun kembali menyaksikan batch pertama penyampaian award.. 


Oleh kerana masa tak mengizinkan, dan hasben kena balik awal nak mengejar untuk kenduri jiran lepas maghrib, kami pun beransur dulu.. tak ada rezeki saya nak mendengar ucapan Roger Barnett, CEO Shaklee Corporation.. tak apa lah semoga ada rezeki lain kali amik award terus dari beliau.. inshaAllah..


Tapi memang majis ni lebih menaikkan semangat saya .. maklum la memang jeles melihat kawan2 seperjuangan balik dengan award di tangan, lepas tu dapat plak free themed dinner lepas majlis selesai... tahun ni tema Glitter.. wahhhh meriah betul! dalam pada saya jelous, saya tetap tak putus semangat, dan menjadikan saya mahu berusaha lagi! Memang awesome sangat Reward dari Shaklee!!!




Tahun depan saya dan anak-anak buah dalam group saya FAST akan naik pentas pula! ayuh kerja keras! jom uols, ada masa lagi ni untuk join family besar Shaklee dan rasa keseronokan NC.. Contact saya untuk info lebih lanjut tentang bagaimana nak memulakan bisnes Shaklee!


Jumpa lagi entry lain! :-) Thanks sudi membaca! :-)


Salam ceria,
Fara 0192390107

Popular Posts