Wednesday 28 February 2018

Prosperity Toss - Yee Sang - Lo Hei

It was my 2nd time tossing this popular chinese new year prosperity meal (terbayang prosperity burger pulak - i like haha). Tapi with the same group of friends and at the same place. Walaupun tak pernah ada darah cina dalam diriku, aku tetap bleh accept makan yee sang ni.. not bad lah.. masam-masam manis gitu. Cuma the tossing part tu aku masih ada rasa2 segan silu sikit maklum la kat tempat open gitu. padahal orang sekeliling tak amik port sangat pun sebab depa semua pun busy with their companian kan. well sendiri je rasa okwed.

mcm nk cucuk mata sendiri pulak ngan chopstik gergasi
Selain yee sang of course lah dim sum. kat situ kalau tak order dim sum mmg rugi lah. haha! aku kalau bab dim sum mmg bleh pekena banyak. nih masa tgh menaip ni pun terasa mcm tingin nk mkn dimsum lagi haha..kalau lah murah mmg bleh pekena hari2 kot hahahha! 

Meriah tak! haha! PROSPERITY!!
Bila lepak ngan kengkawan mmg masa tu pantas sangat berjalan kan.. kul 1 start.. tetiba eh dh kul 3.. walaupun memasing semua mmg dh amik half day leave (for me one day leave la sbb pegi check up earlier of the day kan) tapi still rasa kejap sebabnya its Friday and of course memasing nak rush balik pulak to avoid traffic jammed petang jumaat. aku takde la rushing sangat sebab bila rumah jauh gitu mmg ala2 redho jek lah ngan segala traffic situations.. kami kuar lah jugak dari Min max dan dari Darby Park tu ditemani hujan lebat, menuju ke The Intermark pulak to have a coffee session. Tapi before that, jenuh mencarik surau and toilet kat Intermark. Lepas zohor baru lah sambung session kat The Grizzly Cafe. nice cozy place and i had hot caramel latte (RM12 for quite a small cup hahaha) 

me, dani and my caramel latte coffee


Frankly spiking aku still rasa kejap sangat sesi gath tu. too bad korum tak full. Mas kemalangan a week before our gath. Tapi dia mmg strong lady sungguh. alhamdulillah she's getting better. next time u join Mas! Mauze and jannah were not able to join too.. hope next time they can make it.. Zaza pulak walaupun ada kat KL, namun dia dan keluarga ditimpa kesedihan kerana kehilangan kakak iparnya a day before. Semoga semua yang berlaku ni ada hikmah yang menanti.. inshaaAllah di masa lain ada peluang untuk semua attend.

the attendees..
So we left around 5PM (itupun after posing2 kat CNY deco) ... and as expected mmg traffic was bad. I reached home at 8PM hahaha!! dah serupa mcm hari kerja uols! but its ok.. bila hati dah redho takde la rasa marah ke benci ke apa... sampai umah, anak2 sambut happy2.. hasben plak dah tapau food for dinner.. so sambung dinner yong tau fu kat rumah.. 

Alhamdulillah all went well...

Tuesday 27 February 2018

Pregnancy Check Up @ DEMC Specialist - Week 29-30

Awal pagi saya dah sampai DEMC. Pukul 8 dah ada kat front counter klinik O&G huhu... sangat mendengar kata gitu kekdahnya ekeke.. bukan apa, dah alang2 amik cuti kan.. kena la guna sepenuhnya so dah planned few errands selepas check up... 

Check up kali ni untuk:-

- MGTT (minum air gula)
- BLood count for HB
- Injection kancing gigi

to yg kena sampai awal tu. kul 8 tu terus gi and cucuk amik blood before minum air gula. Right after cucuk terus dapat air gula berperisa blackcurrent. Oleh kerana dah puasa since 12 malam makan laju je la saya teguk air gula tu ahaha.. air nya sejuuuk dan rasa masam2 tu so tak lah teruk sangat rasanya. bleh aaa masuk huhu.. 



Lepas tu kena lah tunggu another 2 hours before can do another injection nk amik reading after minum air gula. sementara tunggu ni, gi jumpa doktor Jumeah for normal monthly check up and ultrasound. Alhamdulillah semuanya kelihatan normal.. last month baby breach this time dah pusing dah kepala ke bawah.. huhu.. tapi still ada peluang utk baby berpusing2 so tetap kena sentiasa berjaga2 dan berdoa supaya takde yang tak normal berlaku... selain perkembangan baby yang normal, keadaan saya pun OK.. tekanan darah OK, HB pun OK.. berat pun naik OK je... total 6kg for the whole 29 weeks.. harap2 jgn lah naik mendadak lepas nih.. badan dah sediakala besar ni kalau naik banyak mesti lah tak best dan berisiko kan..

cuma utk sugar reading mmg kena tunggu next check up la sbb baru je amik reading kan..



Lepas tu gi injek kancing gigi.. adui yg nih saket! even sampai sekarang (dah 4 hri berlalu) pun masih rasa lenguh dan sengal2 tu lagi ... 

lepas tu siap2 wat payment semua then last sekali baru lah ke makmal darah semula utk amik darah sekali lagi after 2 hours minum air gula.. 


Alhamdulillah settled dan lancar semuanya... terus gi beli air and food sket utk alas perut. takmo makan heavy sangat (walaupun lapaaar) sebab dah plan for lunch gath ngan kengkawan... cuti katanyer! tapi sebelum jumpa diorang, saya singgah dulu Shaklee home office... beli stok sket plus beli order customers... Alhamdulillah berjalan lagi bisnes shaklee ni.. still part time lagi sbb takleh nk commit full time.. part time ni pun alhamdulillah dapat la tutup2 lubang2 sket hehee...better than nothing kekdahnye..

Tuesday 13 February 2018

Kelas Hujung Minggu

Masih diberi peluang dan ruang untuk menuntut ilmu hujung minggu... Untuk anak2 dan untuk diri sendiri jugak.. Kelas arab sabtu pagi 2 jam jek 9 to 11 AM.. refresher .. tetap jugak tak boleh nk bercakap bahasa arab sebab tak tambah mufrodat baru... dari segi nahu, inshaaAllah dapat la tangkap sikit2 based on previous kelas..

dah tulis kat journal handwriting, maka takyah kuulang lagi.. Semoga istiqamah je lah hendaknya..



Kat bawah ni pic sebenar hahahaha!!! malas pulak nak lukis orang lain ramai2.. lukis 3 orang jek...


Friday 2 February 2018

Kulit jadi 10 tahun lebih muda dengan YOUTH® - Latest in my wishlist

Wanita mana lah yang tak nak kulit flawless kan.. walaupun saya ni kategori yang tak begitu obses dengan penampilan sangat, tipu lah pulak kalau tak nak kulit yang sihat kan? bila sikat dan cantik, kulit kita jugak.. huhu..

Frankly speaking dah lama saya tak amalkan apa2 skin care kat muka saya ni.. serius tatau nak piih produk. Lagi pulak lately banyak produk yang susah dipercayai keselamatannya kan.. so mmg kulit saya ni cuci ngan air jek tanpa sebarang pencuci muka huhu.. bayangkan le betapa teruknya kan.. 

So bila Shaklee keluarkan skincare YOUTH® ni.. hmmmmm saya terfikir lah jugak.. kalau Shaklee yang produce, memang saya yakin dengan keselamatannya. So memang masuk dalam wishlist saya terus. 

Di US, produk YOUTH® telahpun dilancar dan dipasarkan pada bulan Ogos 2017. Orang pertama yang telah menjadi ujikaji produk YOUTH® adalah Ms.Sloan Barnett, isteri kepada pemilik Shaklee Corporation sendiri, Mr. Roget Barnett. Cayalah! bukan sembarangan dan main petik je memana model kan...

InshaaAllah di Malaysia, Mac 2018 ni YOUTH® akan launch untuk semua orang membeli. tapi beli lah melalui distributor yang sah dan betul tau!.. jangan sembarangan jek. 

Kalau nak bertanya lanjut atau order dari saya, mcm biasa, Whatsapp sahaja ke 019-2390107 (Fara) ye.. 

Meh baca maklumat lanjut tentang YOUTH® di bawah ni... 



Popular Posts