Monday 29 January 2018

Aktiviti KSIB - Squad Aedes (Membenteras Denggi) - Sesi Pertama 2018

Dah Isnin lagi! hahaha tapi minggu ni mode cuti jek maklum lah ada 2 hari public holiday Rabu dan Khamis ni. Best!!! 

Hari ni nak update my activity on weekends lah. Sabtu pagi around kul 10 pagi dah gi sekolah anak-anak. Aktiviti KSIB pertama 2018 ni ialah aktiviti untuk Squad Aedes. Adalah dalam 10 orang yang bagi nama. Aku pun bukan ada buat apa2 on Saturday morning so apalah salahnya bersosial kat sekolah.. Awal pagi dh settled hal kat rumah.. Lydia pulak PB (pulang bermalam) so alhamdulillah dia ada kat rumah in charged kemas rumah and jaga adik2 semua. 

Squad Aedes ni just nk pastikan tak ada perkara2 yg menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. So check la sekeliling sekolah.. pusing ke depan ke belakang, turun naik tangga jugak.. wah cargas gitu pagi-pagi dengan brisk walking hahha... sambil2 tu stalk jugak kelas anak-anak.. alhamdulillah banyak kelas dah ceria dengan hiasan dan sebagainya.. tahniah cikgu2 yg proaktif dan tahniah jugak parents yang proaktif tolong cikgu2 dalam keceriaan kelas.

Dalam satu jam jugak lah kami jalan checking-checking tu. Lepas habis round, ada pulak yg baik hati bawak food.. so lepas berjalan2 kami isi perut sambil discuss and plan on next event.. kul 12 jugak la baru balik rumah..  happy jugak lah mcm me time jugak tu.. 









Friday 26 January 2018

My 25th week pregnancy Check up with Dr. Jumeah (DEMC)

Asalnya last week tapi pospon to semalam. Sedang elok pulak ada parents cancel so dapat la slot for me. Kalau takde slot maybe I tak yah buat detailed scan la skot sbb the best time ti perform detailed scan is between 22 to25 weeks katanya. 

Selamat dah semalam. Alhamdulillah daripada scan tu nampak mcm semua OK.. namun hanya Allah lah yg tahu kan? tetap berdoa supaya baby betul2 sihat di dalam dan di luar kandungan nanti..
Cuma now ni kedudukan baby masih dalam keadaan breach (songsang). harap2 baby jgn malas2 pusing ye hehe.. tgk doktor tak risau kita pun tak la risau. hihi.. doktor lebih berpengalaman kot!
Lama betui menunggu semalam adehh.. kul 2.30 sampai and register,, kul 4.30 baru lah dapat jumpa doktor... jumpa 20 minit jek pun huhu...
so next check up is February!

CD gambar2 detailed scan

printed version. baby takmo senyum.. mahal gitu senyumannya haha!
takpe la anakku nnt dh kuar senyum ekk..

Thursday 25 January 2018

Kesibukan Akhir Bulan

Minggu terakhir setiap bulan adalah "waktu busy" dalam buku ledger family aku. haha. maksud aku busy sebab banyak wang aliran keluar terutama yg melibatkan monthly komitment. Akhir bulan semua bills sampai.. utility bills satu hal.. bills yg melibatkan persekolahan anak2 pun sama hehe.. BUSY kan? Tapi inilah rezeki kita kan? cari rezeki untuk keluarga maka bila rezeki datang, kita salurkan ke tempat2 yg sepatutnya dan kita pun teruskan hidup mencari rezeki untuk bulan yg akan datang... begitulah kita survive dalam kehidupan..

Semoga jalan kita mencari dan mendapat rezeki yg berkat sentiasa dipermudahkan... aamiin..

Antara kad2 bil yg datang bila akhir bulan.



Monday 22 January 2018

Weekend spent well

So its Monday again! Alhamdulillah weekend semalam ni cuaca panas... dapat lah settled basuh baju sampai kering (jgn tanya pasal habis lipat ke tidak ekeke)

Cuaca cerah, hasben gi kebun kelapa sawit... aku mintak the boys tolong kutip sampah2 keliling rumah.. sambil tgk2 kalau ada bekas2 yg bertakung air. Kadang2 ada jek sampah2 tercicir mcm botol2 air mineral laa .. toys laa.. plastik2 la.. bahaya takut nyamuk lak membiak.. rumput takleh kata laa.. sejak hujan je aritu rumput pun subur menghijau ... tang rumput kena tunggu hasben yg meracun.. nk cabut satu2 jenuh!

The boys lepas kutip sampah jek diorang pun bertebaran main basikal le apa lagi.. aku OK je asalkan main basikal kat area rumah aku and rumah nenek diorang jek. Jangan nak merayap keluar dari kawasan, mmg aku tak kasik.. then kul 11.30 gitu kena stop sbb dh panas.. petang2 sket baru lah sambung men basikal. Nak ajak gi mall, mak tgh kering poket kekdahnya hehe.. nk gi playground pun aku tgh takde mood sbb skang nih asyik laa rasa nk tekucil.. leceh betoi! tu yg rasa selesa dok umah jek.... huhu..



Friday 19 January 2018

Watikah Perlantikan (sekolah kebangsaan)

Semalam kat sekolah kebangsaan anak-anak berlangsung watikah perlantikan utk semua badan kepimpinan sekolah seperti pengawas sekolah, ketua kelas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT dan pengawas ICT.

So Abg Lan dan Fahren pun terlibat. Semoga kedua-duanya dapat menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan dengan baik. Memudahkan pihak sekolah dan memudahkan kawan-kawan jugak. Alhamdulillah dapat peluang dan pendedahan kepada alam kepimpinan. Selamat Maju Jaya anak-anak..

Dulu aku ingatkan ketua kelas tu takde apa-apa keistimewaan. Tapi masa isi application form utk SBP dan MRSM Lydia, barulah aku tau.. ketua kelas rupanya sama level dengan pengawas (pengawas biasa - bukan ketua/penolong ketua pengawas). no wonder la masuk dalam watikah perlantikan jugak. 








Tuesday 16 January 2018

6th Pregnancy

Semalam, DEMC called (the staff nurse la yg called). Untuk follow up on detailed scan yg supposedly buat today. Tapi aku actually dh lupa plak pasal appointment tu so aku pun selamba takde la apply cuti bagai. Jadinya aku cancel la appointment for detailed scan tu. Tapi nurse cakap aku dh minggu ke 24 which is dh almost berakhir waktu yg sesuai utk buat scan tu.. waktu sesuai (according to her) is between 22 to 25 weeks huhuhu.. tapi ekceli aku lom ada bajet nk scan tu minggu ni. Maklum le lom gaji lol. aku tanya dia if the scan is compulsary. hahaha saja la tanya.. of coz i know its not but ofcourse i know its recommended especially for a 40 yrs old pregnant mom like me hehe.. hmmm nanti lah aku try utk buat next week after the pay day. kalau setakat seratus dua bleh je la anytime kan .. kalau ompek ghatuih.. kena la well planned kan haha.. bukan berkira sekadar usaha utk berhemah in budgeting je. #2018resolution remember? hahaha 

Pregnancy kali ni baru sekali jek check up kat DEMC. sebelum tu 3 kali check up kat Umra. Memula planned nk terus je bersalin kat Umra.. tapi hmmm till now pun lom ada final decision. and ada gak masuk dalam planned to deliver kat public hospital. haih dilema anak ke-6 gini la pulak hehehe... so we'll see lah nanti rezeki ke mana... so now aku ada 2 kad .. Umra ngan DEMC.. and planned to register and get myself a pink book from the government hospital too. 

apa-apa pun, semoga pregnancy kali ni dipermudahkan seperti sebelum-sebelum ni...  bak doa yg selalu daleela baca sebelum dia tidur,

"Ya Allah, semoga emak sihat semasa mengandung, dan sihat jugak selepas mengandung.. aamin.. ya Allah semoga baby pun sihat jugak dalam perut mak dan lepas keluar dari perut mak..."

mmg insaf aku bila daleela berdoa sebelum tidur. sangat specific dan cover semua orang dalam keluarga.. 

buku biru kat Umra. Buku biru DEMC tak ada pic pulak.. 

Monday 15 January 2018

Mesyuarat pertama KSIB 2018

KSIB - kumpulan sokongan ibu-bapa. satu unit bawah PIBG yg berfungsi membantu pihak sekolah dalam meluaskan lagi sarana ibu-bapa di peringkat sekolah. Alhamdulillah berpeluang menyumbang kepada sekolah anak-anak.. nak sumbang kewangan mmg agak terbatas .. sikit2 boleh lah.. tapi kalau menyumbang idea and tenaga, inshaaAllah akan diusahakan..

So bila PIBG panggil meeting KSIB.. iols cuba luangkan masa walaupun waktu malam selepas kerja.. hihi.. masa ni la jugak nk berkenalan  ngan parents lain. ada yg rasa kurang perlu tapi saya sendiri mmg suka involve dalam aktiviti sekolah... rasa dekat ngan anak-anak gitu kekdahnya.. 

Satu point baharu yg saya dapat tau dari meeting KSIB malam tu, guru besar kata, penglibatan ibu-bapa dalam aktiviti2 yg sekolah jalankan (yg memang memerlukan penglibatan ibu-bapa - seperti mesyuarat agung PIBG, haru bertemu pelanggan dsb) akan menyumbang dalam score bukan akademik anak-anak kita. Bukan ke seronok? dah le kita tau info2 kat sekolah tu first hand, anak2 pun sama-sama dapat manfaatnya.. 

AJK tertinggi PIBG dan guru besar

antara parents yang datang. kehadiran memerlukan improvement tapi this is better than nothing inshaaAllah..

Sunday 14 January 2018

Kokurikulum untuk Idlan dan Fahren

First thing first in 2018, on the 1st saturday, gi sekolah and daftarkan Fahren for taekwondo class. For Fahren its a new registration but for abang Lan its considered renewing la kot. Coz he has enrolled few years back but temporarily paused hehe.. harga pendaftaran dan bulanan pun dah naik.. naik tu biasa kalau turun tu yg tak login kan? 

Pendaftaran: 35
Bulanan: 40
Uniform: 65

tu tak termasuk bayaran utk grading exam lagi nanti.. tatau la berapa RM..

Takpe lah to expose Fahren utk outdoor acitvities. Kalau tak, mmg outdoor dia main basikal je lah sekeliling rumah hehe..

Tapi Abg Lan so far lom dapat lagi attend latihan tekwondo sebab clash ngan dia punya latihan kelab memanah sekolah. Yang ni of course la top priority sebab akan masuk dalam markah Koku dia kan. Dah tahap 2 nih mmg kena active dalam Koku. Lagipun sekarang PPSR nk kena aktif in both akademik and Koku. 

So sabtu is a busy weekend lah for their Koku activities. Kul 3.30-6.00 Latihan memanah for Abg Lan, 5-6.30 latihan taekwondo for Fahren. So 2018 ni mmg kena korban lah sikit jalan-jalan on Sabtu. Tak apa lah, salah satu strategi penjimatan ekonomi jugak tu hahaha..



Fahren memula nak masuk taekwondo sebab Abg lan ada, tapi dah 2 kelas pegi abg Lan tak leh join, nampak mcm dia OK je lah.. uniform pun guna uniform lama Idlan punya dulu.. and Idlan lak akan guna uniform Lydia.. jimat lah kat situ sbb harga uniform je pun dah rm65 hehehe..



Popular Posts