Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Monday, 29 January 2018

Aktiviti KSIB - Squad Aedes (Membenteras Denggi) - Sesi Pertama 2018

Dah Isnin lagi! hahaha tapi minggu ni mode cuti jek maklum lah ada 2 hari public holiday Rabu dan Khamis ni. Best!!! 

Hari ni nak update my activity on weekends lah. Sabtu pagi around kul 10 pagi dah gi sekolah anak-anak. Aktiviti KSIB pertama 2018 ni ialah aktiviti untuk Squad Aedes. Adalah dalam 10 orang yang bagi nama. Aku pun bukan ada buat apa2 on Saturday morning so apalah salahnya bersosial kat sekolah.. Awal pagi dh settled hal kat rumah.. Lydia pulak PB (pulang bermalam) so alhamdulillah dia ada kat rumah in charged kemas rumah and jaga adik2 semua. 

Squad Aedes ni just nk pastikan tak ada perkara2 yg menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. So check la sekeliling sekolah.. pusing ke depan ke belakang, turun naik tangga jugak.. wah cargas gitu pagi-pagi dengan brisk walking hahha... sambil2 tu stalk jugak kelas anak-anak.. alhamdulillah banyak kelas dah ceria dengan hiasan dan sebagainya.. tahniah cikgu2 yg proaktif dan tahniah jugak parents yang proaktif tolong cikgu2 dalam keceriaan kelas.

Dalam satu jam jugak lah kami jalan checking-checking tu. Lepas habis round, ada pulak yg baik hati bawak food.. so lepas berjalan2 kami isi perut sambil discuss and plan on next event.. kul 12 jugak la baru balik rumah..  happy jugak lah mcm me time jugak tu.. 









Friday, 19 January 2018

Watikah Perlantikan (sekolah kebangsaan)

Semalam kat sekolah kebangsaan anak-anak berlangsung watikah perlantikan utk semua badan kepimpinan sekolah seperti pengawas sekolah, ketua kelas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT dan pengawas ICT.

So Abg Lan dan Fahren pun terlibat. Semoga kedua-duanya dapat menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan dengan baik. Memudahkan pihak sekolah dan memudahkan kawan-kawan jugak. Alhamdulillah dapat peluang dan pendedahan kepada alam kepimpinan. Selamat Maju Jaya anak-anak..

Dulu aku ingatkan ketua kelas tu takde apa-apa keistimewaan. Tapi masa isi application form utk SBP dan MRSM Lydia, barulah aku tau.. ketua kelas rupanya sama level dengan pengawas (pengawas biasa - bukan ketua/penolong ketua pengawas). no wonder la masuk dalam watikah perlantikan jugak. 








Monday, 15 January 2018

Mesyuarat pertama KSIB 2018

KSIB - kumpulan sokongan ibu-bapa. satu unit bawah PIBG yg berfungsi membantu pihak sekolah dalam meluaskan lagi sarana ibu-bapa di peringkat sekolah. Alhamdulillah berpeluang menyumbang kepada sekolah anak-anak.. nak sumbang kewangan mmg agak terbatas .. sikit2 boleh lah.. tapi kalau menyumbang idea and tenaga, inshaaAllah akan diusahakan..

So bila PIBG panggil meeting KSIB.. iols cuba luangkan masa walaupun waktu malam selepas kerja.. hihi.. masa ni la jugak nk berkenalan  ngan parents lain. ada yg rasa kurang perlu tapi saya sendiri mmg suka involve dalam aktiviti sekolah... rasa dekat ngan anak-anak gitu kekdahnya.. 

Satu point baharu yg saya dapat tau dari meeting KSIB malam tu, guru besar kata, penglibatan ibu-bapa dalam aktiviti2 yg sekolah jalankan (yg memang memerlukan penglibatan ibu-bapa - seperti mesyuarat agung PIBG, haru bertemu pelanggan dsb) akan menyumbang dalam score bukan akademik anak-anak kita. Bukan ke seronok? dah le kita tau info2 kat sekolah tu first hand, anak2 pun sama-sama dapat manfaatnya.. 

AJK tertinggi PIBG dan guru besar

antara parents yang datang. kehadiran memerlukan improvement tapi this is better than nothing inshaaAllah..

Saturday, 25 June 2016

Kumpulan Sokongan Ibu-Bapa (KSIB)

First time dengar pasal KSIB ni masa hari penyampaian hadiah akhir tahun 2015 lepas. Masa tu cikgu edarkan borang untuk semua ibu-bapa isi, dan daripada apa yg parents isi dalam borang tu, pihak sekolah akan pilih beberapa orang ibu-bapa yang akan dilantik sebagai anggota KSIB. Tapi masa tu tak amik port sangat lah. Basically dalam form tu kita bagi tau tentang latarbelakang pekerjaan dan sebarang kepakaran yang kita boleh salurkan kepada sekolah. Sebarang kepakaran lah. Motivasi ke, bertukang ke, menjahit ke, memasak ke... anything yang kita rasa kita boleh memberi sumbangan kepada sekolah.

Tup2 last 2 weeks Lydia bawa balik surat dari sekolah, nama naik untuk jadi aggota KSIB.. and kena hadir taklimat kat sekolah masa cuti Nuzul Quran yg lepas baru2 ni.. ada dalam 10 orang KSIB yg baru dilantik untuk mencukupkan keseluruhan dalam lebih kurang 30 KSIB. KSIB ni kumpulan sokongan yg menyokong both Sarana sekolah dan Sarana ibu-bapa. Sarana sekolah is apa yg sekolah perlu sediakan bagi membantu pelajar .. sarana ibupaba pulak apa yg ibu-apa perlu buat untuk membantu pelajar. Contoh sarana ibu bapa:-
- Menyediakan ruang belajar yang kondusif. Bukan le paksa kena ada bilik belajar. kalau takde bilik belajar, kat mana2 yg anak tu guna utk belajar mesti dalam keadaan yg kondusif contohnya kalau meja makan, lepas makan tu kemas lah dulu meja makan supaya bleh jadi meja belajar pulak. gitu le.. 
- sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak
- kesedaran pentingnya ganjaran dalam membantu anak-anak (ganjaran bukan mesti berbentuk barangan atau kewangan.. boleh juga berbentuk pujian dan sebagainya..

itu antara contoh sarana ibu-bapa le... bleh google to get more info kot.. huhu.. aku lom sempat google pun.. ini ikut apa yg aku fahan masa pengetua bagi ceramah kat majlis penyampaian hadiah last year. LOL.

And back to KSIB, dia menyokong both sarana sekolah dan ibu-bapa. Dia mcm sub kepada AJK PIBG tapi AJK PIBG mcm the whole year kena bertugas sementara KSIB ni hanya dipanggil untuk membantu dalam hal-hal tertentu jek. at least itu le yg aku faham hihihi...



Bilik Gerakan sekolah, tempat meeting berlangsung. 

Taklimat aritu adalah untuk menjayakan Hari Karnival Sihat Ceria 2016 yg akan berlangsung kat sekolah pada September nanti, sejurus selepas UPSR tamat. Dengar detail plan yg pengetua dan YDP PIBG tu, aku lak yg teruja. Selalu tgk kat sekolah anak org lain je kali ni sekolah anak sendiri pulak wowwwiiee mesti best!

Dari kiri: salah seorang contractor utk Karnival, SU PIBG Ust. Khairul, YDP PIBG En Ramzam, Pn pengetua Pn Hajah Rozita dan NYDP PIBG Pn. Azlina

Next meeting will be on July.. little did i know i bleh teruja to involve dalam aktiviti sekolah (selain hari penyampaian hadiah dan hari menandatangi buku laporan murid).. hehehe.. maybe next year I shld try to become one of the AJK PIBG ekekekkee... well, dah 6 tahun anak kat situ uols, mana le aku tak makin sayang sekolah tu huhu.... kalau anak2 lain pun sekolah situ, maka muka aku kan berulang-alik ke sekolah tu sampai tahun 2026 nanti (Dyan darjah 6) in shaa Allah... tak de lain aku nk tgk melainkan untuk tgk sekolah tu improve dari masa ke semasa dari segi performance pelajar, guru dan prasarana sekolahnya.


Habis meeting kul 12.00, selfie sat.. syukur le ada mak kepada classmate Lydia yg aku selalu jumpa and borak masa hari sign report card so ada le geng huhu.. lepas meeting tu aku terus gi pasar beli ayam nak wat rendang, nk bawak gi pot luck rebanamaya.


besaqnya muka ku ekekeke....

Tuesday, 29 March 2016

Mesyuarat PIBG Sekolah sesi 2015/2016

Ahad lepas saya pergi ke sekolah Lydia & Idlan, untuk Mesyuarat Tahunan PIBG 2015/2016. Jangan tak caya, Lydia dah darjah 6 dan Idlan dah darjah 2, tapi ini adalah mesyuarat PIBG yang pertama saya hadiri. hmmmm teruk kan? sebelum2 ni, adalah jugak husband yang pergi.. so bila dia balik saya tanya jek apa berlaku.. tapi tahun ni terasa pulak mcm nak tgk dan dengar apa yang dibincangkan..


Saya sampai awal betul .. huhu.. sbb dalam surat jemputan kata kul 8.00 pagi.. itupun saya sampai dah pukul 8 lebih sikit.. tengok2 belum ada orang pun masuk ke dewan. ada la beberapa orang berlegar2 dan makan2 kat kantin. Alhamdulilah parents di jamu dengan nasi lemak, selain tu ada doorgift lain (then bila saya tengok dalam buku laporan kewangan, semua perbelanjaan ni pun masuk dalam bajet PIBG hehehe of course lah kan.. takkan nasi lemak tu nk datang free jek.. ) apapun syukurlah ada dana untuk organize Mesyuarat tahunan yang cukup serba-serbi (dari segi banner, cetakan buku laporan, jemputan vvip dan lain-lain bajet..)


Sementara menunggu kehadiran VIP (kenapalah VIP ada yang tak tepati masa.. byk majlis saya hadiri, VIP lambat.. huhuhu), saya belek2 dulu buku laporan kewangan. bagus jugak bendahari ni, semua perbelanjaan sangat detail laporannya nampak begitu telus gitu. Akk yang duduk sebelah saya kata, bendahari yang sekarang ni mmg lebih teliti dalam membuat imbangan-duga ... 


Pukul 9 barulah VIP sampai, disambut dengan paluan kompang. kemudian ucapan YDP PIBG, diikuti oleh ucapan puan guru besar dan akhir sekali barulah ucapan VIP. Saya sebenarnya mmg suka dengar ucapan kalau ada acara sekolah huhu sbb tu takmo lepaskan datang awal. VIP ni dari kolej antarabangsa yayasan melaka. Not bad ucapan dia.. walaupun memang ada berbau sokongan kepada kerajaan (saya ok je saya mmg bukan penggemar politik), tapi semua isi yang beliau sampaikan pada saya adalah bernas.


Antara yang saya ingat ialah .. betapa pentingnya untuk kita sama-sama menguatkan diri dalam 3 perkara:-
- Menahan Serangan ke atas sistem kekeluargaan - kita disibukan ke arah hal-hal lain selain keluarga. Contoh terdekat adalah media sosial yang membuat kita dekat tapi jauh dengan keluarga

- Menahan Serangan ke atas sistem pendidikan - tiada lagi rasa hormat kepada pendidik

- Menahan serangan untuk melupakan Sejarah - (yang ni dia mcm ke arah mengingatkan kita pertolongan kerajaan kepada pendidikan sejak dahulu...) errmmmm... personally pendapat saya, betul la mmg kerajaan memainkan peranan dalam membantu pendidikan awal kita.. maklum lah dulu mmg semua pun sekolah kerajaan, mana lah ada sekolah swasta.. tapi kerajaan kena terima perubahan lah kalau nak terus mendapat rasa terima kasih rakyat.. jgn asyik leka dengan pencapaian dan jasa berpuluh tahun dahulu sedangkan semua tu bukan lah sesuatu yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. PERUBAHAN SEDANG BERLAKU so semua kena adapt to the changes - and eventually bukan adapt sahaja tapi turut bersama melakukan perubahan.

ekekeke...

tapi all in all, saya suka dengar cara dia berucap. memberi semangat! kalaulah saya ada skill tu kan best!

Habis dia berucap ada persembahan tarian oleh anak2 darjah 3.. ololo comel2 nari lagu Nirmala. acik pun terikut2 nyanyi ekekeke.. acik teringat zaman acik aktif di pentas dulu awww ekekekeke...

Then baharulah mesyuarat bermula.. kul 11!!! OMG! perut acik dah keriuk keriuk! ekekkee.. tapi acik tunggu jugalah nak jugak dengar usul-usul mahupun komen2.. acik sendri takde usul pun huhuhu.. acik ni mudah berpuas hati kot. LOL.

Tapi highlight of the day .. ada sorang parent yang agak tak berpuas hati ngan jadual anak dia yg ketat. detailnya takyah la acik tulis sini.. agak panas bila seorang lagi parent membankang.. hmmm maklumlah, tak semua perkara kita boleh dapat persetujuan, ye tak?

kesimpulannya, saya seronok hadir ke mesyuarat tu. Lagi pulak sebab saya dapat hadiah cabutan bertuah sekotak coklat! ehehe.. saya stop sini lah dahulu ye.. lain kali sambung lagi, in shaa Allah..




Monday, 22 December 2014

Kutipan derma BIKERTHON untuk menaiktaraf prasarana sekolah

Bulan November (lamanya perap cerita ni) hari tu, sekolah Lydia buat kutipan BIKERTHON, bagi mengutip derma untuk menaiktaraf prasarana sekolah. Kelainan 'THON' pada kali ni, bukan murid yang perlu kutip derma, tetapi tugasan itu diberikan kepada ibu bapa. hahaha! Maybe pihak sekolah pun tahu, kalau anak murid kutip pun nanti parents juga yang buat.. kan? 


Saya dan suami mcm biasa le, tempat yg biasa untuk kutip derma tentulah adik-beradik dan kawan-kawan di ofis. Alhamdulillah untuk jangkamasa 2 minggu tu, dapat lah kumpul sikit... masuk dalam sampul dan Lydia hantar ke cikgu kelas dia..


Ibu bapa dapat jemputan untuk hari kemuncak Bikerthon ni, tapi yang seronok, pihak sekolah menelefon saya supaya dapat hadir, kerana hasil kutipan Lydia adalah antara yang tertinggi, so dia akan diraikan dengan motor besar (BIKERTHON kann.. haruslah motor hehe) - wah memang tak disangka-sangka betul!


So pagi Sabtu, 15.11.2014 tu kami ke sekolah Lydia. Pagi tu dimulakan dengan senam aerobik. Dengan cuaca yang panas tu, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid semua tetap supporting sama-sama enjoy aerobik.

senam robik di sekolah sempena kutipan derma BIKERTHON
Panas pun semua tetap enjoy! termasuk la anak dara kecik saya tu.. hehe..

Selepas Aerobik, baru lah acara menaiki motorsikal berkuasa besar dan motosikal klasik oleh beberapa kumpulan dari sekitar Klang. Lydia dibenarkan memilih mana-mana motosikal yang dia nak naik sebagai meraikan dia bersama 9 orang murid lain yang turut mendapat kutipan tertinggi. Lydia pilih motor apa ntah, saya pun tak tau nama dia .. sebab dia ngan bapak dia yag pilih-pilih.. 

Motorsikal berkuasa tinggi dan motorsikal jenis klasik
Motosikal berkuasa tinggi dan motorsikal jenis klasik yang ada pada hari itu, ready untuk konvoi



Motorsikal bersedia untuk konvoi
Ready untuk pelepasan. Ambulan pun dah ready kat hujung sana tu.. 
Barisan motorsikal berlepas
Seronok betul time ni.. meriah!!!

Sempat lagi tu, posing dengan salah satu team motor berkuasa tinggi. hahaha over btol mak Lydia ni! Duta Shaklee terserlah dengan beg itu! hehehe..


Selepas konvoi beramai-ramai tu, baru lah acara kemuncak penyampaian hadiah bagi kutipan tertinggi. Hadiah utama ialah motorsikal. huhuhuh berdebar2 gak agaknyer hadiah yg mana la Lydia dapat.. hehehe... 

Hadiah untuk pemenang kutipan derma BIKERTHON tertinggi
Hadiah-hadiah untuk para pemenang

Antara ibu bapa yang hadir pada majlis kemuncak kutipan derma BIKERTHON SKSKI
Antara ibu bapa yang hadir pada majlis kemuncak kutipan derma BIKERTHON SKSKI

Akhirnya nama Lydia dipanggil pada hadiah ke lima! hahaha kecewa nak dapat hadiah utama tapi Alhamdulillah dapat la jugak.. hadiah itu berupa microwave!

Daleela dan Fahren selamba maik kat lantai...

Adik-adik datang support :-)
Kami semua enjoy dengan event ni, Alhamdulillah...

-----
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ataupun tentang peluang menjana pendapatan bersama Shaklee, hubungi saya di 019-239 0107 (Fara)

Sunday, 16 November 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan SKSKI 2014

Tak banyak cerita, just nak update ttg hari anugerah sekolah Lydia beberapa hari lepas. Alhamdulillah Lydia dpt pelajar terbaik keseluruhan darjah 4 dan terbaik matapelajaran bahasa inggeris...

Dia terlibat dlm persembahan deklamasi sajak ketika nyanyian beramai-ramai.. So tak pakai baju pengawas lah hari tu.. Oleh kerana dia takde tudung putih yg berlencana sekolah kebangsaan (pengawas tudung biru), so pagi tu gak saya jahitkan lencana dia.. Masa nak mula jahit, lydia tanya saya..

"Mak jahit guna jahitan insang pari ke mak?"

Hah??? Hahaha sejujurnya, saya tak pernah tau nama jahitan selain jelujur. LOL. ikan pari mak tahu nk masak asam pedas ke bakar ke.. Ekeke.. Hati pari lak mak tau ialah nama kek sarawak.. Tapi nama jahitan insang pari? Mak tak tau hehehe..

Next year lydia masih jd pengawas tapi uniform pengawas dah tukar... Dh x kai baju kurung.. Kena pakai vest. Bertabah je la.nk shopping baju sekolah bebudak ni nanti..

Ok jom layan pic..

datang awal ingat nak dok depan, sekali tu dah ramai daaaa... terpaksa mak wat muka tebal tanya satu2 kat kerusi2 yg lompong celah2 orang .. hehehe.. janji depan .. 

Alhamdulillah..Lydia danSofea
Prform nyanyi lagu Aris Ariwatan. 
jauhnya saya amik... takpe la janji nampak sipi2 pon ok dah ehehe..

Thursday, 29 March 2012

..Dan keputusan nya ....

Salam ols..

OK. entry ni aku tulis, sbb aku dah bgtau kat entry semalam yg aku nak share result pertandingan bersyair tu.. ceh mcm le something so big kan.. well, IT IS for me.. so u just bear with me la ekkk... aku habis kan dulu yg ni, pastu kita bleh beralih ke topik2 lain... setuju? - heh!

ok.. smlm dlm kereta before sampai umah, aku dah berdebar habis .. and actually mula terfikir2 nk wat camne, nk cakap apa kalau keputusan tak berpihak pada Lydia.. ye lah.. takkan nak tunjuk muka kecewa kan? so dok le berfikir ayat2 motivasi.. so that dia tak give up and akan cuba lagi.. ayat2 yg nak bgtau dia, keberanian dia tu yg paling penting, pengalaman dia tu yg lebih berharga.. benda2 gitu lah yg aku dok susun dalam kepala..

sampai lah ke muka pintu.. lps bagi salam.. Lydia yg bukak pintu..

"so mcm mana pagi tadi?" - ha, tak menyempat kan..

jom ikuti seperti yg diceritakan semula oleh Lydia
----

Lydia sampai sekolah tu, Lydia tgk, wahhh.. besar lah sekolah ni... dataran dia pun besar dan berbumbung... sampai2 je cikgu shima belikan Lydia kuih.. tapi Lydia beli nasi lemak guna duit yg bapak kasik.. (amboiii.. kalau aku, nak masuk apa2 acara mesti takmo makan, takut sakit perut)

Ada 2 kumpulan.. setiap kumpulan ada 11 peserta (11 sekolah) ...
Lydia masuk kumpulan 1 .. dalam tu semua peserta perempuan.. dan ramai yang pengawas.. Lydia dapat kawan baru!! nama dia Irdina..dia darjah 2 jugak.. tapi Lydia lupa dari sekolah mana...
Dalam kumpulan 2, ada lelaki ada perempuan... (aku rasa diorang bahagikan kumpulan sebab nak jimat timing sbb ada 22 buah sekolah dalam Zon A tu - ok aku baru tau, anak aku dalam Zon A daerah Klang hahaha...)

Lydia kena cabut no. giliran, Lydia cabut, dapat giliran pertama... Cikgu shima yang berdebar...

Lepas semua dah baca, kena tunggu lamaaaa sangat.. sebab nak tunggu hakim kira keputusan... lama sangat sampai Lydia penat .. lain kali Lydia nak bawak buku cerita boleh tunggu sambil baca (amboii.. konfiden ada lain kali nampak?)

Lepas tu baru lah umum keputusan...mula2 ambik sijil utk semua orang ... mak tau tak.. ada sorang lagi nama dia pun Lydia Husna... tapi dia darjah 3... tak tau sekolah mana.. mula2 ambik sijil dia yg naik dulu sebab orang tu tak sebut nama bapak.. (aik?? ada rupanya nama sama.. sama kat Klang plak tu? sama Zone plak tu? hahaha)

lepas tu, orang tu bagi tau, ada 6 orang yang terbaik.. 3 org dari kumpulan 1, 3 org dari kumpulan 2. dia pun sebut lah nama.. yang mula2 dia sebut, Lydia Husna ... (hah? tapi aku takde expression la sebab Lydia ada dua.. adehhh) ... Yang naik ambik piala Lydia yang darjah 3 tu..  (oh ye ke.. ) sampai lah habis 6 orang, dia sebut nama Lydia tu sekali je.. jadi Lydia tak la dapat piala.. (ohhh ye ke.. ok aku dah nak mulakan aku punya ayat2 motivasi)

tapi, lepas tu cikgu Shima pergi tanya kat ketua hakim... Lydia Husna yang mana sebenarnya... barulah ketua hakim kata, Lydia Husna Hamid.. jadi, ketua hakim pun panggil Lydia sorang lagi, lepas tu tukar hadiah,,, ( laki aku kata, ni dah jadi mcm kes Anuar zain and Yuna masa AIM hehehehe. Silap pengacara la sebab tak announce nama bapak and nama sekolah.. ) ..

(jadi, keputusan sebenar, Lydia adalah antara 6 yang terbaik daripada 22 perserta..memang tak ada no. 1,2,3.. kat sijil and trophy pun cuma tulis TERBAIK. 

Alhamdulillah...)

Cikgu Shima kataa, hari isnin nanti lydia kena bertanding lagi, kali ni kat sekolah lain.. lawan ngan zon lain. (serious aku tatau kat Klang ada berapa zon. LOL. aku dulu kat Johor, mana pakai Zon sistem ni.. pakai cawangan.. memula peringkat sekolah, pastu peringkat cawangan, pastu peringkat daerah,pastu peringkat negeri)

OK, as summary, ni la aku pon amik daripada sijil dia :-

Pertandingan melagukan syair sekolah rendah (tahap 1)
peringkat Zon A
Anjuran Panitia Bahasa Melayu daerah Klang dan Pejabar Pelajaran Daerah (PPD) Klang

tapi aku tak tau lah 5 sekolah lain yang turut jadi terbaik.. apa2 pun, TAHNIAH kepada semua anak2 yang pastinya hebat2 belaka kerana boleh ke pentas dan mepersembahkan bakat :-)

dan of course, tahniah anakku.... i am proud of you.. tak kira terbaik atau tak..i could se u enjoyed the experience!!!! YOU GO GIRL! semoga jadik contoh utk adik2....inshaallah...






Wednesday, 28 March 2012

*gulp

surat kebenaran

Lepas sebulan prektis ngan syair dia, hari ni adalah hari pertandingan. Masa aku menulis ni maybe dia dah balik.. tak sabar nak tau cerita dia.. walaupun ni bukan pertama kali dia keluar utk pertandingan .. tapi ini first time aku tak ikut.. Masa tadika dulu, parents kena ikut sbb pertandingan2 keluar dari sekolah buat hari sabtu..bila dah sekolah, normal la pertandingan buat hari sekolah, and pegi ngan cikgu je kan? :-)

aku pernah tulis nak cerita kenapa aku *gulp* bila dapat tau dia kena wakil sekolah utk pertandingan bersyair.. hehehee..

camni... sebelum dia dapat assignment syair utk sekolah kebangsaan, dia dah dikasik assignment wakil sekolah agama KAFA utk pertandingan bercerita.. pertandingan tu bulan april nanti, tapi ustazah dah kasik text awal2 lagi suh dia hafalkan..

dalam text cerita tu, ada byk elemen.. ada pantun, sajak, nasyid.. dan ada satu yg nampak mcm syair.. so aku assume itu syair.. so aku try la suh Lydia syair..

OMG.. masa tu, serious aku rasa dia mmg tak boleh bersyair! puas aku ajar dia lenggok2 syair.. tapi dia kaku habis! tak kuar sikit pun lenggok tu.. hehehee.. almost satu jam wat intensif.. last2 aku give up! hahaha last2 aku yg stress.. so bila stress tu, aku pandang dia lama.. aku pun ckp dlm hati, takpe lah..so aku peluk dia, and gelak instead of tunjuk muka sedih.. pastu aku suh dia tido...

so, tak lama lepas tu, dia bgtau yang cikgu kebangsaan plak mintak dia baca syair .. sbb tu aku *gulp hehehehe... aku mmg dah surender nak ajar ... tapi .. cam tak caya... few days lepas cikgu kasik text syair dia.. dia balik and bersyair depan aku.. amboiii.. eh, boleh la pulak.. i mean, tak de la sedap sangat tapi boleh la dia berlenggok tu, ada la bunyi syair tu .. hiksss.. maknanya aku le tak reti ngajo! hadoiii....

camtu le ceritanya... hihihihaaaa...

oh ye, pg tadi aku tanya dia masa hantar ke sekolah,


"Lydia, kenapa cikgu Shima pilih Lydia baca syair..."

"cikgu shima kata, lydia dah biasa masuk pertandingan sajak, bercerita, tapi tak pernah dlm syair, jadi cubalah kali ni, mesti boleh.."

"ohhh... ok.. buat betul2 ye.. mak do'akan Lydia boleh buat mcm cikgu latih"

lepas sebulan prektis, nampaklah improvement.. cuma bab nafas tu je yg dia susah sket... nafas kurang panjang.. so mcm seksa je nk habis kan lenggok hehehe... tak kisah le tu.. yang penting, aku nak dgr pengalaman dia pergi ke sekolah orang.. aku rasa dulu aku start wakil sekolah masa dah darjah 4... so dia ni darjah 2 pi sekolah luar.. not bad lah.. utk pengalaman... gitu...nanti aku update sini keputusan dia... kalah or menang, i'll share...




Tuesday, 11 January 2011

Rajin anakku Rajin, Rajinlah ke sekolah..

January dah masuk minggu ke-dua. So far soo good. Last week was quite hectic for us with Lydia's 1st day to primary school. Last week i've got no chance to write about it, but managed to read few blogs on parents sending their kids to standard 1 for the first time... Syok baca citer masing2.. The similarity between all of us is the excitement of course..


Not much change in my daily routine. Still bangun tak berapa pagi sangat, tapi cuma malam nk kena siap semua lah... sama je masa Lydia kat kindy last year .. cuma ada extra sepasang baju nak digosok.. yang lain, maintain ... pagi2, bapak still the one yang hantar anak2 ke daycare as well as Lydia's school.Petang mcm tu jugak ... bapak yang ambik .. malam, sama gak.. bapak yang hantar Lydia ke Iqra. Thank you dear.. semoga anak2 kita membesar nanti sentiasa mengingati dan menghormati makbapak.


Sesi pagi Lydia is her KAFA. oh, i havent tell you yet the end of KAFA/SRA story rite? well.. lets put it this way, Lydia dah memang ditakdirkan untuk bersekolaah di KAFAI (Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi), bukan SRA (Sekolah Rendah Agama (kerajaan)). Nak dijadikkan cerita, walaupun Lydia dah register kat SRA, tapi last2 saya hantar gak ke KAFA sebab SRA tu, tahun ni bertukar ke sesi petang untuk darjah 1. So, clash pulak dengan sesi darjah satu sekolah kebangsaan. Jadi, ke KAFA le dia .. huhu..


1st day tu, mcm parents lain .. saya pun cuti. Selain nak settlekan hal yuran, saya nak jugak tengok mcm mana lah Lydia kat skolah. pagi tu KAFA .. ok lah... lepas dah tau kat mana kelas dia an all, saya gi kantin ... sementara tunggu dia keluar utk rehat, saya duduk berborak2 dengan few parents yang lain... layan je lah :-) kul 9 gitu bebudak KAFA keluar. Darjah 1 keluar dulu, bagus lah .. tapi lepas dah tunggu 5 minit tak jugak nampak bayang Lydia .. haisshh.. kerisauan saya ialah dia tertinggal dengan kawan2 pastu tak tau mana nak tuju .. ekekeke .. masa saya nak bangun mencari, baru nampak dia datang berkejar kejaran dengan kawan2 dia..


pastu i let her go and buy food herself. she bought nasi goreng (singgit sepinggan) .. hmmm from there i learnt its better if saya bekal kan dia something. saya tengok, pagi2 kul 9 dah jual air berais.. mcm no option.. ribena cair yang berais, cawan plastik mcm kat pasar malam tu .. harga singgit. saya sure sangat budak2 tak habis punya minum sebanyak tu .. and its iced so mcm tak elok la plak .. bagus la bawak air dari rumah ..


Habis rehat, saya tunggu lagi sebab kejap je lagi nak balik.. lagipun saya kena tunggu hubby yang masa tu keluar ada hal. dalam kul 11 tu dah ramai parents yang berdiri kat tepi kelas .. ekeke tak saba nak aik anak masing2 .. ye lah, 1st day harus la tunggu tepi kelas .. saya tak terkecuali. dalam kelas tu ramai kawan2 dia masa kat PASTI dulu, so saya nampak dia selesa je..


Petang plak, sekolah kebangsaan. kali ni saya tak tunggu the whole day. lepas make sure kelas dia and bayar yuran and tau tempat duduk dia.. saya bgtau dia saya nak balik... dia ok je .. saya dan hubby kuar, ke sana sini merayau dok settlekan few things .. mostly menda2 berkaitan kenduri kawen adik ipar. by the time Lydia rehat, kami ke sekolah balik.. hubby plak nak tgk how lydia doing masa rehat.. sbb pagi tadi dia x de ... then kami kuar lagik .. sampai le petang baru gi sekolah amik Lydia ..


2nd day saya dah kerja tapi hubby still cuti, dia nak make sure Lydia tau nak naik van mana untuk pergi dan balik ke daycare nursery. Alhamdulillah ... hubby kata she did a good job..


oppss.. saya ada banyaklagi nak citer tapi saya nak rushing gi kerja plak.. ekeke.. kalau kat opis mmg tak dan nak update.. kat rumah bila malam pon sama. bz hal2 rumahtangga .. so pagi2 gini saya cilok time ...

enjoy the piccas .. tak ikut susunan

gaya makan nasi goreng


Kelas sekolah kebangsaan (kelas sementara) - dok belakang


angkat tangan! - beratur (sekolah kebangsaan)


parents yang excited




posing dulu!

ngan mak. KAFA


kat KAFA dok depan, pastu cikgu suh dia jadik pen. ketua darjah


Happy with friends.. Semoga Lydia suka ke sekolah yea... saaaayang anak mak!

Popular Posts