Salam ols..
OK. entry ni aku tulis, sbb aku dah bgtau kat entry semalam yg aku nak share result pertandingan bersyair tu.. ceh mcm le something so big kan.. well, IT IS for me.. so u just bear with me la ekkk... aku habis kan dulu yg ni, pastu kita bleh beralih ke topik2 lain... setuju? - heh!
ok.. smlm dlm kereta before sampai umah, aku dah berdebar habis .. and actually mula terfikir2 nk wat camne, nk cakap apa kalau keputusan tak berpihak pada Lydia.. ye lah.. takkan nak tunjuk muka kecewa kan? so dok le berfikir ayat2 motivasi.. so that dia tak give up and akan cuba lagi.. ayat2 yg nak bgtau dia, keberanian dia tu yg paling penting, pengalaman dia tu yg lebih berharga.. benda2 gitu lah yg aku dok susun dalam kepala..
sampai lah ke muka pintu.. lps bagi salam.. Lydia yg bukak pintu..
"so mcm mana pagi tadi?" - ha, tak menyempat kan..
jom ikuti seperti yg diceritakan semula oleh Lydia
----
Lydia sampai sekolah tu, Lydia tgk, wahhh.. besar lah sekolah ni... dataran dia pun besar dan berbumbung... sampai2 je cikgu shima belikan Lydia kuih.. tapi Lydia beli nasi lemak guna duit yg bapak kasik.. (amboiii.. kalau aku, nak masuk apa2 acara mesti takmo makan, takut sakit perut)
Ada 2 kumpulan.. setiap kumpulan ada 11 peserta (11 sekolah) ...
Lydia masuk kumpulan 1 .. dalam tu semua peserta perempuan.. dan ramai yang pengawas.. Lydia dapat kawan baru!! nama dia Irdina..dia darjah 2 jugak.. tapi Lydia lupa dari sekolah mana...
Dalam kumpulan 2, ada lelaki ada perempuan... (aku rasa diorang bahagikan kumpulan sebab nak jimat timing sbb ada 22 buah sekolah dalam Zon A tu - ok aku baru tau, anak aku dalam Zon A daerah Klang hahaha...)
Lydia kena cabut no. giliran, Lydia cabut, dapat giliran pertama... Cikgu shima yang berdebar...
Lepas semua dah baca, kena tunggu lamaaaa sangat.. sebab nak tunggu hakim kira keputusan... lama sangat sampai Lydia penat .. lain kali Lydia nak bawak buku cerita boleh tunggu sambil baca (amboii.. konfiden ada lain kali nampak?)
Lepas tu baru lah umum keputusan...mula2 ambik sijil utk semua orang ... mak tau tak.. ada sorang lagi nama dia pun Lydia Husna... tapi dia darjah 3... tak tau sekolah mana.. mula2 ambik sijil dia yg naik dulu sebab orang tu tak sebut nama bapak.. (aik?? ada rupanya nama sama.. sama kat Klang plak tu? sama Zone plak tu? hahaha)
lepas tu, orang tu bagi tau, ada 6 orang yang terbaik.. 3 org dari kumpulan 1, 3 org dari kumpulan 2. dia pun sebut lah nama.. yang mula2 dia sebut, Lydia Husna ... (hah? tapi aku takde expression la sebab Lydia ada dua.. adehhh) ... Yang naik ambik piala Lydia yang darjah 3 tu.. (oh ye ke.. ) sampai lah habis 6 orang, dia sebut nama Lydia tu sekali je.. jadi Lydia tak la dapat piala.. (ohhh ye ke.. ok aku dah nak mulakan aku punya ayat2 motivasi)
tapi, lepas tu cikgu Shima pergi tanya kat ketua hakim... Lydia Husna yang mana sebenarnya... barulah ketua hakim kata, Lydia Husna Hamid.. jadi, ketua hakim pun panggil Lydia sorang lagi, lepas tu tukar hadiah,,, ( laki aku kata, ni dah jadi mcm kes Anuar zain and Yuna masa AIM hehehehe. Silap pengacara la sebab tak announce nama bapak and nama sekolah.. ) ..
(jadi, keputusan sebenar, Lydia adalah antara 6 yang terbaik daripada 22 perserta..memang tak ada no. 1,2,3.. kat sijil and trophy pun cuma tulis TERBAIK.
Alhamdulillah...)
Cikgu Shima kataa, hari isnin nanti lydia kena bertanding lagi, kali ni kat sekolah lain.. lawan ngan zon lain. (serious aku tatau kat Klang ada berapa zon. LOL. aku dulu kat Johor, mana pakai Zon sistem ni.. pakai cawangan.. memula peringkat sekolah, pastu peringkat cawangan, pastu peringkat daerah,pastu peringkat negeri)
OK, as summary, ni la aku pon amik daripada sijil dia :-
Pertandingan melagukan syair sekolah rendah (tahap 1)
peringkat Zon A
Anjuran Panitia Bahasa Melayu daerah Klang dan Pejabar Pelajaran Daerah (PPD) Klang
tapi aku tak tau lah 5 sekolah lain yang turut jadi terbaik.. apa2 pun, TAHNIAH kepada semua anak2 yang pastinya hebat2 belaka kerana boleh ke pentas dan mepersembahkan bakat :-)
dan of course, tahniah anakku.... i am proud of you.. tak kira terbaik atau tak..i could se u enjoyed the experience!!!! YOU GO GIRL! semoga jadik contoh utk adik2....inshaallah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Congrats Lydia. Betul tu kalah menang lain cerita, pengalaman tu yg paling berharga.
ReplyDeletetahniah...lydia. begitu juga dgn mak yg tabah memberi tunjuk ajar.
ReplyDeletetahniah lydia and maknye jugak..
ReplyDeletex sia2 aku ajar lydia kelas tambahan..... uhuk2....
ReplyDelete