Posts

Showing posts from 2014

Kelebihan rancang percutian seawal setahun!

Bila keluarga semakin membesar, memang banyak yang difikirkan bila masuk bab nak pergi bercuti ni. Memang kena bijak membuat perancangan sebelum membuat keputusan untuk percutian keluarga. Semoga entry ni dapat memberi manfaat kepada pembaca ye! :-)

Perancangan masa - Bila mahu bercuti?Ada setengah orang yang suka percutian yang ad-hoc. Saya pun suka juga mcm ni, tapi ad-hoc ni seuai kalau cuti yang pendek, macam hujung minggu. Sejak keluarga semakin besar dan anak-anak mula bersekolah, semakin sukar membuat percutian secara ad-hoc. Maklumlah anak-anak pun ada aktiviti persekolahan juga. Jadi saya rasa, macam parents lain yang anak-anak bersekolah, cuti sekolah adalah waktu paling sesuai untuk merancang percutian keluarga. Oleh kerana cuti sekolah ada 3 kali dalam setahun, saya suka ambil cuti sekolah hujung tahun. Pada masa ni kita dah tak perlu risau tentang peperiksaan anak-anak dan seumpamanya.

Perancangan bajetBila sudah mengetahui akan pergi bercuti pada akhir tahun, mudah untuk m…

Doa mohon perlindungan dari sebarang bencana

Image
Satu kebaikan adanya whatsapp groups ialah perkongsian dapat dilakukan tanpa sempadan. Perkongsian yang negatif kita tapis dan hentikan daripada terus tersebar, dan perkongsian yang positif kita sebarkan supaya memberi manfaat kepada orang lain, inshaAllah. Saya nak berkongsi doa yang kawan-kawan di whatsapp group share ni. Ini adalah doa memohon dilindungi daripada sebarang keburukan dari langit dan bumi, inshaAllah semoga menjadi amalan kita.. Saya sendiri belum istiqamah dalam hal ni.. Sama2 kita cuba, kan?

Sebagai manusia, kita memang ada sifat MAHU JADI YANG PERTAMA. Rasa seronok dapat menjadi yang terawal dalam memberi maklumat. Keadaan ini kadang2 tak terkawal menyebabkan kita lupa untuk mengkaji dulu kesahihan maklumat sama ada negatif atau positif. Kadang2 kita rasa kita berniat menolong, tapi tak sedar ia mencalar hati pihak lain.

Ini sebenarnya kebimbangan saya sendiri. Maklumlah sudah berblogging sekian lama, banyak dah yang keluar dari diri saya.. Kadang2 saya takut tulisan…

Cuti Sekolah bersambung!!

Pagi ni dapat tahu, KPM dah umumkan bahawa sesi persekolahan penggal pertama untuk tahun 2015  yang patut bermula pada 5 January 2014 telah ditangguhkan dan akan bermula pada 12 January 2014 (Selangor dan negeri yg sewaktu dengannya). Alhamdulillah saya kira perkhabaran ini memberi kegembiraan terutama kepada ibu bapa dah guru-guru di tempat-tempat yang dilanda banjir. Syukurlah, tentu dengan pengangguhan ni, dapatlah mereka memulakan sekolah dalam keadaan yang lebih bersedia (walaupun mungkin tidak banyak beza).

Saya pulak, kenalah meminda cuti. Maklumlah tahun 2015 ni Idlan akan masuk darjah satu dan adik dia Fahren akan mula bersekolah tadika 5 tahun. Memang perlu cuti lah nak uruskan mereka ni (nak intai pun iye... well biasa la mak kiasu kan).

Hari Khamis ni Idlan kena hadir ke sekolah untuk sesi orientasi. Yang ni tak perlu la apply cuti sebab dah memang cuti umum pun kan.. Tapi persiapan untuk hari tu pun saya belum settlekan. Lencana belum dijahit kat baju, buku-buku pun belum h…

Banjir Dulu vs Banjir Sekarang

Kalau masa kecik-kecik dulu, pernah lah rasa banjir kat tepi rumah, air naik paras buku lali tu la banjir paling tinggi.. dan sebagai kanak-kanak, memang meriah sangat rasa nak main air puas-puas! Selain tu, yang sinonim dengan banjir ni ialah peperiksaan SPM akan ditangguhkan. hmmm mcm tu jek lah selalunya kalau musim banjir kat Malaysia ni.
Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, banjir dan jadi bencana yang menakutkan berbanding dulu. Tak kira kat mana pun macam dah terancam dengan banjir yang bukan setakat paras buku lali, bukan saja paras lutut. Paras pinggang pun tak!! sekarang ni banjir dah sampai paras bumbung! Allahu Akbar!!
Minggu ni memang bila scroll FB, memang tak tahan rasa berdebar dan sedih dengan pengalaman sebenar dan secara langsung yang dikongsi oleh teman-teman di FB. Ya Allah saban tahun semakin teruk lah keadaan cuaca dan bencana alam di Malaysia ni. hmmmm mungkin betullah orang kata Korban atas nama kemajuan. haishh tak suka!
Dulu masa tak de internet dan takde …

Hari Anugerah PASTI 2014

Image
Seminggu selepas hari kemuncak BIKERTHON (previous entry) tu, pada 23 November 2014 pula, kami sekeluarga ke sekolah abang Lan untuk Hari Anugerah Cemerlang dia pulak. Alhamdulillah, dah selesai pembelajaran selama 2 tahun abang Lan kat Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ni. KEjap je masa berlalu. Rasa macam baru je tgk dia bukan main petah bercakap pada hari pertama saya hantar ketika umur dia 5 tahun. Now dah penghujung 6 tahun dah..
Hari Anugerah di buat di perkarangan sekolah tu je.. majlis yang ringkas sahaja macam tahun-tahun sebelumnya juga (saya dah berpengalaman berada pada majlis di sini ni sejak Lydia tadika dulu hehehe)
Hari tu abang Lan pakai baju merah menyala, baru raya hehehe.. Abang Lan memulakan acara pagi tu dengan laungan azan, kemudian diikuti dengan pelbagai persembahan daripada murid-murid dari 5 tahun dan 6 tahun. 


Dalam acara ramai-ramai pun, abang Lan kena duduk depan. Nasyid lagu Ya Hanana. Tapi lagu tu panjang sangat, separuh nyanyian, abang lan dah kebosanan da…

Kutipan derma BIKERTHON untuk menaiktaraf prasarana sekolah

Image
Bulan November (lamanya perap cerita ni) hari tu, sekolah Lydia buat kutipan BIKERTHON, bagi mengutip derma untuk menaiktaraf prasarana sekolah. Kelainan 'THON' pada kali ni, bukan murid yang perlu kutip derma, tetapi tugasan itu diberikan kepada ibu bapa. hahaha! Maybe pihak sekolah pun tahu, kalau anak murid kutip pun nanti parents juga yang buat.. kan? 

Saya dan suami mcm biasa le, tempat yg biasa untuk kutip derma tentulah adik-beradik dan kawan-kawan di ofis. Alhamdulillah untuk jangkamasa 2 minggu tu, dapat lah kumpul sikit... masuk dalam sampul dan Lydia hantar ke cikgu kelas dia..

Ibu bapa dapat jemputan untuk hari kemuncak Bikerthon ni, tapi yang seronok, pihak sekolah menelefon saya supaya dapat hadir, kerana hasil kutipan Lydia adalah antara yang tertinggi, so dia akan diraikan dengan motor besar (BIKERTHON kann.. haruslah motor hehe) - wah memang tak disangka-sangka betul!

So pagi Sabtu, 15.11.2014 tu kami ke sekolah Lydia. Pagi tu dimulakan dengan senam aerobik. Deng…

Hari Anugerah Kecemerlangan SKSKI 2014

Image
Tak banyak cerita, just nak update ttg hari anugerah sekolah Lydia beberapa hari lepas. Alhamdulillah Lydia dpt pelajar terbaik keseluruhan darjah 4 dan terbaik matapelajaran bahasa inggeris...
Dia terlibat dlm persembahan deklamasi sajak ketika nyanyian beramai-ramai.. So tak pakai baju pengawas lah hari tu.. Oleh kerana dia takde tudung putih yg berlencana sekolah kebangsaan (pengawas tudung biru), so pagi tu gak saya jahitkan lencana dia.. Masa nak mula jahit, lydia tanya saya..
"Mak jahit guna jahitan insang pari ke mak?"
Hah??? Hahaha sejujurnya, saya tak pernah tau nama jahitan selain jelujur. LOL. ikan pari mak tahu nk masak asam pedas ke bakar ke.. Ekeke.. Hati pari lak mak tau ialah nama kek sarawak.. Tapi nama jahitan insang pari? Mak tak tau hehehe..
Next year lydia masih jd pengawas tapi uniform pengawas dah tukar... Dh x kai baju kurung.. Kena pakai vest. Bertabah je la.nk shopping baju sekolah bebudak ni nanti..
Ok jom layan pic..

"Infused Drink" dan "Overnight Oats" sedang trending!

Image
Facebook, whatsapp dan blog memang powerful! Kenapa? Inilah media social yang paling pantas menyebarkan maklumat. Lebih cepat daripada TV! No wonder orang berniaga, dah jatuh tahap wajib untuk masukkan media-media sosial ni di dalam strategi pemasaran mereka!!
Kelebihan FB, whatsapp dan blog ni adalah segala maklumat yang masuk, disebarkan oleh ejen semulajadi dengan cara semulajadi. Apa dia? KITA lah!! Ejennya adalah orang-orang sekeliling kita, dan secara natural bermakna TAK BERLAKON! kami buka  model atau pelakon iklan! Kan? Sebab tu perlu sangat brrhati2 di dalam brkongsi di dalam media2 sosial ni.
Saya dan team bisnes pulak lebih suka 'viral' kan perkara2 yg memberi manfaat. Beberapa hari ni, kami dok seronok berkongsi tentang "cabaran 14 hari tanpa gula", kemudian ada pula yg berkongsi tentang keseronokan mengamalkan "infused drink" dan sarapan sihat dengan "overnight oats". Seronok betul bila kami berlumba-lumba untuk sama2 mencuba kesemua tu…

Zikir Hari Jumaat

Image
Salam Jumaat!Kalau dalam pantang dan tidak dapat membaca Al-Quran, basahkan lidah dengan zikir... InshaAllah...*astaghfirullah* memohon keampunan
*ya wahhab* memohon rezeki yg tidak putus
*selawat atas nabi* memohon supaya nabi akan memberi kita shafaat di akhirat kelak.. Dan banyak lagi zikir2 atas sebab mengingati Allah S.W.T dan bersyukur di atas rahmat yang telah, sedang dan akan kita rasai...InshaAllah..

Kali ke-5 Tetap Indah!

Image
Dah hari ke-32 berpantang, still rasa tak complete kalau tak rakamkan kat sini, pengalaman bersalin anak ke-5 ni. Maklum lah anak2 sebelum ni semua ada entries, so yang ni pun, tak mau lah ketinggalan..

EDD saya adalah 27 august 2014, berdasarkan ultrasound. Memang ultrasound je lah base saya utk tau EDD, memandangkan hari pertama untuk period terakhir saya tu tak logik, sama gak kes ngan anak2 sebelum ni. Tak logik tu, maksud saya, kalau ikutkan first day of last period, maybe kandungan saya masa saya pergi first check up tu, dah 3 bulan kot. Hahaha ... Realitinya, baru je 8 minggu! Itu ler sebabnya ultrasound yg awal2 tu je lah tempat kubergantung nk dptkan EDD, lepas tu kan date berubah2 kan so stick pada 1st ultrasound lah.

Kemudian, adik saya pulak buat keputusan nak bernikah pada 23 ogos! Haha bukan le dia dengki kahkahkah.. Dia pun puas gak cari date sesuai, memandangkan ramai betul anak2 buah yg big exams tahun ni, so byk tarikh yg bz ngan trials dan sebagainya.. Budak yg exams,…

Sekitar Majlis Akikah Dyan dan Wedding adikku

Image
23 Ogos 2014 lalu (Sabtu), satu-satunya adik saya telah selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Alhamdulillah.. pernikahan dijalankan di rumah pengantin perempuan di Temerloh Pahang. Saya tak dapat hadir sebab baru 3 hari melahirkan Dyan Halina. Sebenarnya saya lega juga sebab dah selamat bersalin, sebab kalau belum bersalin, dilema la jugak, nak pergi mcm dah sarat sangat, tak pergi macam tak syok plak sebab adik sendiri kan.. so Alhamdulillah le dah deliver so memang sah sah takleh pegi hehehe... 

Majlis menyambut menantu belah keluarga saya (pengantin lelaki) pulak di adakan kampung kami di Batu Pahat Johor pada 30 Ogos 2014 (Sabtu). Saya balik ke kampung pada hari Jumaat, tak dapat nak balik awal dari itu sebab Lydia masih bersekolah dan ada exam pula tu. So Hari Jumaat tu adalah hari berpantang ke-9, Alhamdulillah selamat perjalanan balik ke Johor smooth je walaupun trafik agak sibuk, maklum la weekend panjang sebab cuti sampai Isnin (Hari Merdeka).

Sempena majli…

Cuti sekolah lebih bermakna dengan badan yang sihat!

Image
Oh cuti sekolah dah bermula! Alhamdulillah best cuti sekolah terutama kalau semua sihat! Nak buat aktiviti apa pun takde halangan...Seronok jugak cuti sekolah kebetulan dalam masa saya cuti berpantang ni, so semua anak2 akan ada depan mata untuk seminggu ni... Aha!!! Sedia maklum rumah akan jadi sepah dan bising! Tapi apa de hal, selagi tak melampau, saya pekakkan telinga pejamkan mata je.. Kalau tak tahan sangat, saya pun akan join diorang laa, join pertandingan suara sapa paling kuat, kekdahnya.Kalau bising sgt jugak, saya request diorang lepak kat rumah nenek dorang je kat sebelah. Hehehe.. Untung2 lunch provided. LOL. Kelebihan dok sebelah umah nenek katanyerrr! ;-)Nasib baik juga Lydia dah besar dan boleh diharap. Boleh la juga tolong2 sidai baju, basuh pinggan dan handle adik-adik. Biasanya kalau bab handle adik-adik tu, dia mesti nak jadi cikgu, kalau tak pun jadi pengacara majlis. Senangkata watak2 bercakap tu, dia la sapu bersih! Haha!Lega bila cuti sekolah ni dan saya cuti n…

Bila anak pun dah ada group whatsapp!!?

Anak sulong saya bukan baby lagi. Saya kena terima juga kenyataan tu. Walaupun pada saya dia masih kecil, baru berumur 10 tahun, tapi hakikatnya, 10 tahun pun dah ada pemikiran sendiri.Semalam, tiba-tiba nombor telefon saya dimasukkan ke dalam satu group whatsapp. Rupanya itu group yang diwujudkan oleh rakan sekelas Lydia. Hmmm.. kawan dia dapat nombor telefon saya sebab sesekali saya memang benarkan lydia guna telefon saya untuk call kawan2 dia kalau ada kemusykilan pasal sekolah (biasanya bab kena bawak bahan2 kajian sejarah ataupun ekperimen sains)Mula2 saya agak tergamam juga dengan group whatsapp tu. Bukan tergamam apa, saya musykil, semua nombor dalam tu, nombor kawan2 lydia sendiri ke ataupun nombor2 mak diorang juga?
Kemudian saya dilema, sama ada nak biarkan sahaja dan diam2 melihat conversations mereka, ataupun nak leave the group. Lama juga saya dok tenung group tu. Dalam pada saya tenung tu, ada few message yang masuk, ada few gambar juga. Tak ada lah yang tak elok pun.. B…

Perjalanan mengumpul stok EBM bermula kembali!

Image
Pejam celik pejam celik, hari ni dah hari ke 24 saya berpantang anak ke-5 ni! Masa rasa pantas berlalu sebab hari2 yg saya lalui memang terisi betul! Seharian waktu siang ada je yang nak dibuat.. Nasib baik lah badan sihat dan ringan jadi tak de apa yg saya nak rungutkan.


Hari ni, saya keluarkan semula barang2 keperluan untuk EBM. Keluar semula lah pam avent automatic (elektrik & battery operated) tu, sterilizer dan plastik storage yang saya dah simpan tahun lepas, selepas Daleela guna selama setahun. (Daleela mula campur minum FM masa dia setahun), dan sekarang giliran Dyan Halina pula akan guna... Mudah-mudahan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk Dyan dapat susu ibu secara eksklusif selama yang mungkin. Amin...

Macam juga anak2 sebelum ni, saya bukan jenis yang susu sangat banyak.. Selalunya memang lepas baby habis menyusu, dah kosong pun.. bila pam, dapat lah jugak 1oz gitu balance.. Itupun saya simpan juga..

Kalau ikut hati, hari pertama lepas pantang lagi saya nak pam, ta…