Facebook, whatsapp dan blog memang powerful! Kenapa? Inilah media social yang paling pantas menyebarkan maklumat. Lebih cepat daripada TV! No wonder orang berniaga, dah jatuh tahap wajib untuk masukkan media-media sosial ni di dalam strategi pemasaran mereka!!
Kelebihan FB, whatsapp dan blog ni adalah segala maklumat yang masuk, disebarkan oleh ejen semulajadi dengan cara semulajadi. Apa dia? KITA lah!! Ejennya adalah orang-orang sekeliling kita, dan secara natural bermakna TAK BERLAKON! kami buka model atau pelakon iklan! Kan?
Sebab tu perlu sangat brrhati2 di dalam brkongsi di dalam media2 sosial ni.
Saya dan team bisnes pulak lebih suka 'viral' kan perkara2 yg memberi manfaat. Beberapa hari ni, kami dok seronok berkongsi tentang "cabaran 14 hari tanpa gula", kemudian ada pula yg berkongsi tentang keseronokan mengamalkan "infused drink" dan sarapan sihat dengan "overnight oats". Seronok betul bila kami berlumba-lumba untuk sama2 mencuba kesemua tu. Kemudian paling seronok bila apa yang kita viralkan itu kemudian jadi ikutan. Bukan rasa riak, tapi rasa bertuah dapat memberi sesuatu yg bermanfaat. HELP OTHERS.
Boleh la readers semua mencuba juga mulakan cabaran tanpa gula dan mulakan juga mencuba resepi2 simple tapi sebenarnya lebih sihat. Bagus kan? Resepi sihat sebenarnya lebih mudah dan sedap berbanding resepi2 yg complicated dan mewah untuk so called 'makanan sedap'.
Resepi simple Overnight Oats:-
Rolled oats atau instant oats
Fresh milk (dan saya lebih suka diganti dengan Meal Shakes dan ESP - lebih sihat tanpa gula dan GI rendah)
Fresh or dried fruits (Piihan saya strawberry, apple, kismis)
Campurkan semua di atas tu di dalam jar dan biarkan semalaman di dalam peti ais (kalau rolled oat mmg perlu semalaman supaya lembut dan kembang.. kalau instant oats, kejap je dah boleh di makan.. ). Sihat, kenyang dan sedap.
Pic credit google |
Resepi simple 'Infused water drink' pulak:-
Hirisan timun
Hirisan lemon
Daun pudina
Masukkan kesemua di atas ke dalam air kosong dan biarkan semalaman di dalam peti ais. Kuantiti tu ikut citarasa sendiri lah.. Bagus sangat orang panggil ni air detox jugak. Boleh juga tambah halia dan tukarkan air kosong kepada air teh hijau.. Pilihan saya ialah hirisan lemon, kemudian letak sebiji Shaklee Peppermint Ginger Plus. Mudah dan sihat!
Pic credit google |
Jom cuba!!!
mmg tgh viral kan...tp tak pernah cuba lagi..hehe
ReplyDeletetuh la smangat simpan resipi and siap nk beli botol infuse water tuh tapik tak penah try gak hehe
ReplyDeletenak try laa nanti.. so sedap ni ;-)
ReplyDelete