Friday 12 September 2014

Perjalanan mengumpul stok EBM bermula kembali!

Pejam celik pejam celik, hari ni dah hari ke 24 saya berpantang anak ke-5 ni! Masa rasa pantas berlalu sebab hari2 yg saya lalui memang terisi betul! Seharian waktu siang ada je yang nak dibuat.. Nasib baik lah badan sihat dan ringan jadi tak de apa yg saya nak rungutkan.


EBM
Keluar semula untuk berbakti hehe :-)

Hari ni, saya keluarkan semula barang2 keperluan untuk EBM. Keluar semula lah pam avent automatic (elektrik & battery operated) tu, sterilizer dan plastik storage yang saya dah simpan tahun lepas, selepas Daleela guna selama setahun. (Daleela mula campur minum FM masa dia setahun), dan sekarang giliran Dyan Halina pula akan guna... Mudah-mudahan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk Dyan dapat susu ibu secara eksklusif selama yang mungkin. Amin...


Macam juga anak2 sebelum ni, saya bukan jenis yang susu sangat banyak.. Selalunya memang lepas baby habis menyusu, dah kosong pun.. bila pam, dapat lah jugak 1oz gitu balance.. Itupun saya simpan juga..


Kalau ikut hati, hari pertama lepas pantang lagi saya nak pam, tapi space peti ais mmg limited hehe.. Sekarang ni pun saya dh tk simpan ikan2 kat freezer. Beli dan masak terus je, sebab nak jimatkan space hehe.. Ni.dah 20 hari, kena.la start juga pump.. Taknak lah dah tinggal 2 minggu baru nak mula (saya pernah buat mcm tu, masa anak ke-3 (fahren) dulu hehehe..mmg cukup2 je stok tu masa saya naik kerja)
Masa paling kritikal biasanya antara 3 bulan hingga 6 bulan, bila susu saya mula merudum huhuhu memang kena gigih buat power pumping dan mengambil pelbagai makanan sayuran yang dikatakan bertindak sebagai milk booster.


Bermula sejak berpantang selepas lahirkan anak ke-4 (Daleela) 2 tahun lepas, saya stick to supplements Shaklee yang menbantu dalam tempoh penyusuan.. Mudah sangat berpantang dengan bantuan supplements yang semulajadi dan dah established macam Shaklee ni. Dah tu dia bukan je ada vitamins basic utk kecergasan seperti vitamin C (kuatkan sistem imun), kalsium (Ostematrix) dan vitamin B-Complex (menjaga mood dan tingkatkan metabolisme) tapi juga ada protein based supplements seperti ESP dan juga Meal shakes yang turut membantu menambah kualiti susu, lalu menjadikan baby lebih kenyang dan tidur lena. Selain itu, Shaklee juga mempunyai Alfalfa yang merupakan vitamin dan mineral berasaskan herba iaitu daun alfalfa yang kaya dengan mineral semulajadi dan berupaya membantu dalam pengeluaran susu ibu.


Pengambilan vitamin dan makanan tambahan shaklee ketika berpantang, alhamdulillah memberi kemanisan kepada tempoh berpantang saya. Saya memang tak segan silu mencadangkan set berpantang yg saya amalkan ini, kepada semua yang akan melalui tempoh berpantang. :-)

Vitamins for breastfeeding
pic credit blog ummieirma. Shaklee supplements for breastfeeding. ESP tu packaging sekarang dah lain.. so dont worry :-)


Hubungi saya untuk pertanyaan ataupun tempahan ye :-)


Salam ceria!

Fara 0192390107

No comments:

Post a Comment

Popular Posts