Posts

Showing posts from December, 2014

Kelebihan rancang percutian seawal setahun!

Bila keluarga semakin membesar, memang banyak yang difikirkan bila masuk bab nak pergi bercuti ni. Memang kena bijak membuat perancangan sebelum membuat keputusan untuk percutian keluarga. Semoga entry ni dapat memberi manfaat kepada pembaca ye! :-)

Perancangan masa - Bila mahu bercuti?Ada setengah orang yang suka percutian yang ad-hoc. Saya pun suka juga mcm ni, tapi ad-hoc ni seuai kalau cuti yang pendek, macam hujung minggu. Sejak keluarga semakin besar dan anak-anak mula bersekolah, semakin sukar membuat percutian secara ad-hoc. Maklumlah anak-anak pun ada aktiviti persekolahan juga. Jadi saya rasa, macam parents lain yang anak-anak bersekolah, cuti sekolah adalah waktu paling sesuai untuk merancang percutian keluarga. Oleh kerana cuti sekolah ada 3 kali dalam setahun, saya suka ambil cuti sekolah hujung tahun. Pada masa ni kita dah tak perlu risau tentang peperiksaan anak-anak dan seumpamanya.

Perancangan bajetBila sudah mengetahui akan pergi bercuti pada akhir tahun, mudah untuk m…

Doa mohon perlindungan dari sebarang bencana

Image
Satu kebaikan adanya whatsapp groups ialah perkongsian dapat dilakukan tanpa sempadan. Perkongsian yang negatif kita tapis dan hentikan daripada terus tersebar, dan perkongsian yang positif kita sebarkan supaya memberi manfaat kepada orang lain, inshaAllah. Saya nak berkongsi doa yang kawan-kawan di whatsapp group share ni. Ini adalah doa memohon dilindungi daripada sebarang keburukan dari langit dan bumi, inshaAllah semoga menjadi amalan kita.. Saya sendiri belum istiqamah dalam hal ni.. Sama2 kita cuba, kan?

Sebagai manusia, kita memang ada sifat MAHU JADI YANG PERTAMA. Rasa seronok dapat menjadi yang terawal dalam memberi maklumat. Keadaan ini kadang2 tak terkawal menyebabkan kita lupa untuk mengkaji dulu kesahihan maklumat sama ada negatif atau positif. Kadang2 kita rasa kita berniat menolong, tapi tak sedar ia mencalar hati pihak lain.

Ini sebenarnya kebimbangan saya sendiri. Maklumlah sudah berblogging sekian lama, banyak dah yang keluar dari diri saya.. Kadang2 saya takut tulisan…

Cuti Sekolah bersambung!!

Pagi ni dapat tahu, KPM dah umumkan bahawa sesi persekolahan penggal pertama untuk tahun 2015  yang patut bermula pada 5 January 2014 telah ditangguhkan dan akan bermula pada 12 January 2014 (Selangor dan negeri yg sewaktu dengannya). Alhamdulillah saya kira perkhabaran ini memberi kegembiraan terutama kepada ibu bapa dah guru-guru di tempat-tempat yang dilanda banjir. Syukurlah, tentu dengan pengangguhan ni, dapatlah mereka memulakan sekolah dalam keadaan yang lebih bersedia (walaupun mungkin tidak banyak beza).

Saya pulak, kenalah meminda cuti. Maklumlah tahun 2015 ni Idlan akan masuk darjah satu dan adik dia Fahren akan mula bersekolah tadika 5 tahun. Memang perlu cuti lah nak uruskan mereka ni (nak intai pun iye... well biasa la mak kiasu kan).

Hari Khamis ni Idlan kena hadir ke sekolah untuk sesi orientasi. Yang ni tak perlu la apply cuti sebab dah memang cuti umum pun kan.. Tapi persiapan untuk hari tu pun saya belum settlekan. Lencana belum dijahit kat baju, buku-buku pun belum h…

Banjir Dulu vs Banjir Sekarang

Kalau masa kecik-kecik dulu, pernah lah rasa banjir kat tepi rumah, air naik paras buku lali tu la banjir paling tinggi.. dan sebagai kanak-kanak, memang meriah sangat rasa nak main air puas-puas! Selain tu, yang sinonim dengan banjir ni ialah peperiksaan SPM akan ditangguhkan. hmmm mcm tu jek lah selalunya kalau musim banjir kat Malaysia ni.
Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni, banjir dan jadi bencana yang menakutkan berbanding dulu. Tak kira kat mana pun macam dah terancam dengan banjir yang bukan setakat paras buku lali, bukan saja paras lutut. Paras pinggang pun tak!! sekarang ni banjir dah sampai paras bumbung! Allahu Akbar!!
Minggu ni memang bila scroll FB, memang tak tahan rasa berdebar dan sedih dengan pengalaman sebenar dan secara langsung yang dikongsi oleh teman-teman di FB. Ya Allah saban tahun semakin teruk lah keadaan cuaca dan bencana alam di Malaysia ni. hmmmm mungkin betullah orang kata Korban atas nama kemajuan. haishh tak suka!
Dulu masa tak de internet dan takde …

Hari Anugerah PASTI 2014

Image
Seminggu selepas hari kemuncak BIKERTHON (previous entry) tu, pada 23 November 2014 pula, kami sekeluarga ke sekolah abang Lan untuk Hari Anugerah Cemerlang dia pulak. Alhamdulillah, dah selesai pembelajaran selama 2 tahun abang Lan kat Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ni. KEjap je masa berlalu. Rasa macam baru je tgk dia bukan main petah bercakap pada hari pertama saya hantar ketika umur dia 5 tahun. Now dah penghujung 6 tahun dah..
Hari Anugerah di buat di perkarangan sekolah tu je.. majlis yang ringkas sahaja macam tahun-tahun sebelumnya juga (saya dah berpengalaman berada pada majlis di sini ni sejak Lydia tadika dulu hehehe)
Hari tu abang Lan pakai baju merah menyala, baru raya hehehe.. Abang Lan memulakan acara pagi tu dengan laungan azan, kemudian diikuti dengan pelbagai persembahan daripada murid-murid dari 5 tahun dan 6 tahun. 


Dalam acara ramai-ramai pun, abang Lan kena duduk depan. Nasyid lagu Ya Hanana. Tapi lagu tu panjang sangat, separuh nyanyian, abang lan dah kebosanan da…

Kutipan derma BIKERTHON untuk menaiktaraf prasarana sekolah

Image
Bulan November (lamanya perap cerita ni) hari tu, sekolah Lydia buat kutipan BIKERTHON, bagi mengutip derma untuk menaiktaraf prasarana sekolah. Kelainan 'THON' pada kali ni, bukan murid yang perlu kutip derma, tetapi tugasan itu diberikan kepada ibu bapa. hahaha! Maybe pihak sekolah pun tahu, kalau anak murid kutip pun nanti parents juga yang buat.. kan? 

Saya dan suami mcm biasa le, tempat yg biasa untuk kutip derma tentulah adik-beradik dan kawan-kawan di ofis. Alhamdulillah untuk jangkamasa 2 minggu tu, dapat lah kumpul sikit... masuk dalam sampul dan Lydia hantar ke cikgu kelas dia..

Ibu bapa dapat jemputan untuk hari kemuncak Bikerthon ni, tapi yang seronok, pihak sekolah menelefon saya supaya dapat hadir, kerana hasil kutipan Lydia adalah antara yang tertinggi, so dia akan diraikan dengan motor besar (BIKERTHON kann.. haruslah motor hehe) - wah memang tak disangka-sangka betul!

So pagi Sabtu, 15.11.2014 tu kami ke sekolah Lydia. Pagi tu dimulakan dengan senam aerobik. Deng…