Wednesday 19 August 2015

Pindah...

Setelah berhari-hari menggodeh sambil memeningkan kepala upline dan domain support ngan pelbagai soalan cepu emas, akhirnya saya berjaya jugak pindahkan blog content dari blogger kepada wordpress dan mendomain kan dia.. maka sekarang, dengan rasminya blog saya sudah berpindah ke... 
Blog ini saya tak akan tutup.. tapi silakan klik link di atas untuk cerita2 terbaru saya :-)

TERIMA KASIH KERANA TERUS MEMBACA BLOG SAYA ...

Thursday 23 July 2015

Dugaan Hari Pertama utk ke ofis selepas cuti raya

Hari ni hari pertama kerja selepas cuti raya selama seminggu. Memang lemau lah tapi bila fikir Tasks yg menunggu, hilang lemau tu.. I know its gonna be a busy week walaupun dah tinggal 2 hari je week ni.

Anak2 masih ada yang belum sihat sangat. Dyan dah aktif dan nampak mcm nak berjalan,  Daleela dah nampak lebih sihat dari semalam.. Cuma Fahren je yang still lemah...tapi dia mcm happy je nak ke taska.. Nak jumpa kengkawan.. Harap hari ni ok lah.. 

Kesimpulannya, Kiranya agak bersemangat la jugak saya nak ke ofis. 

Tapi yang jadi mood beralih arah ialah sesampainya kat KL sentral, dah nampak selautan manusia Q nak naik LRT. But being me (who prefer to see things from a brighter side), i took this chance to spend time updating this blog. Haha!! Brilliant kan? Well while am writing this, a train is actually in front of me, has been there like 3 minutes, not moving, pack with crowd. I will be taking the next train, hopefully..

Happy thursday peeps!!! *smile*

Wednesday 22 July 2015

Cuti Syawal berakhir, kembali kepada rutin kehidupan..

Alhamdulillah, dalam kesederhanaan, dapat juga berhari raya dengan keluarga. Keluarga saya sendiri (saya suami dan anak-anak), keluarga belah emak sendiri (walaupun emak sudah tiada, kami adik beradik berkumpul untuk menyambut hari raya di rumah pusaka yang anak2 saya masih panggil "rumah nyai") dan keluarga belah emak mertua.

Selepas cuti Syawal ni, perlulah kembali kepada rutin asal, ke pejabat bekerja..

Semoga Allah memberi jalan kepada saya untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang terbaik buat saya sekeluarga...

Gambar: stok shaklee di rumah. Banyak yang perlu di tambah. InshaAllah order tetap dibuka untuk semua vitamin.. Tapi untuk dapatkan promosi VIVIX, segera order sekarang.. Hanya dalam bulan Julai 2015 ini..

Selamat Hari Raya! :)
Hubungi saya!


Wednesday 6 May 2015

Subject yang makin membesar..

OK entry ni sempena #blogreviveday .. haha nak gak take part walaupun sikit.. challenged by http://whatsout-there.blogspot.com/ (Arena) -- geng blogger jaman dedolu keke)
Early this year, Lydia mintak izin nak guna laptop saya, ada assignment katanya - kena create email dan blog untuk subject TMK dia. 

Cepatnya masa berlalu. Lydia, yang satu masa dulu adalah topik utama saya dalam kebanyakan entry saya. Kejap je dah 11 tahun berlalu. Saya mula berblog selepas lahirkan dialah. 

dan few weeks ago she told me she found my blog! (she seems proud of it hahaha!) dia kata kawan2 dia suka baca cerita2 saya tentang dia. 

"Kawan2 Lydia tengok gambar2 masa Lydia kecik kat blog emak.."

hehe gambo dia kecik je la banyak.. makin beso rasanya kurang dah pic dia. Sengaja kurangkan pun.. unless dia sendiri nak letak, tu lain citer la kan tapi so far blog dia lom ada gambo pun .. 

Kang tetiba dia dah form 5? alamak.. so fast??



Tuesday 7 April 2015

Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim bi Khair..

Termasuk hari ni, dah sembilan hari saya berada di Kluang, Johor. Sepanjang waktu ni saya menumpang di rumah kakak saya dan setiap hari berulang alik dari rumah kakak ke hospital Kluang yang tak berap jauh dari rumah kakak.

Sebenarnya sudah lebih sepuluh hari emak tersayang saya berada di hospital kerana tidak sihat dan keadaannya . Saya tidak mahu bercerita panjang tentang keadaan emak, cukuplah saya menulis di sini agar semua yang membaca dapat mendoakan kesihatan emak saya, semoga Allah melapangkan dada dan fikiran emak di dalam menempuh dugaan ini. Saya percaya, hikmah terbesar oleh Allah tentu sekali menanti, termasuk terhapus dosa-dosa emak, inshaAllah kerana sebagai manusia kita tak lari dari dosa. 

Semoga Allah ampunkan dosa ibu bapa kita dan pelihara mereka
Daripada tipu daya syaitan, azab api neraka.. Dan peliharalah mereka
Seperti mereka memelihara kita sejak kecil..

Dalam pada menghadapi dugaan ni, saya nak kongsikan kesyukuran saya atas beberapa perkara berikut.

Suami dan keluarga mertua yang sangat memahami. Alhamdulillah, sepanjang saya berada di kluang untuk bersama emak, suami sayalah yang menguruskan anak-anak di rumah nun di Klang. Setiap masa saya berdoa semoga Allah memberi kesabaran kepada suami dan anak-anak dan semoga Allah juga memberi ganjaran buat suami saya yang ikhlas memberi peluang saya bersama emak di sini. Kata suami,

"Anak-anak melihat perbuatan kita.. Dan kita pun akan tua jika umur panjang"

Ya Allah.. Saya bersyukur atas kurniaan ini..

Saya juga bersyukur diberi kerjaya yang membolehkan saya bekerja tanpa perlu ke pejabat setiap hari. Dalam waktu inj, memang saya ada pilihan untuk bekerja di rumah. Tapi sejujurnya, saya tidak dapat fokus pun dengan kerja2 yang terlalu memerlukan analisa yang lebih.. Saya senang sangat teringat kan emak dan bagai tersayat hati sedikit sebanyak terkesan di emosi saya. Jadi saya lebih lapang dada mengambil cuti dan duduk di sebelah emak. Tapi oleh kerana minggu ini kami hanya dibenarkan menunggu di luar bilik, maka saya cuba juga untuk log in sebagai tanda ke ofis. Sikit2 cuba juga lah buat kerja, kemudian ke hospital melawat emak dan membacakan yasin di sisi emak... Semoga usaha saya yang sedikit ini membantu meringankan keadaan emak.

Saya juga bersyukur emak turut dijaga dan dirawat oleh staff hospital yang baik, semoga Allah turut memberi kesabaran kepada staff yang menjaga emak. Sesungguhnya sangat mulia pekerjaan mereka, subhanallah..

Semoga emak saya puan Halimah binti abd Jabar bertambah sihat, doakanlah ye.. Amin ya rabbal 'alamin



Saturday 14 February 2015

Gambar-gambar birthday dinner di Kluang Railway Setia City Mall

Hari Jadi abang Lan dan Fahren yang kami combine tu, kami cuma sambut kat rumah je (entry sebelum ni), dan sebelum potong kek tu, bapak dorang dah bawak kami dinner kat Kluang Railway Coffee di Setia City Mall.

Memula saya nak ajak makan kat sushi king, tapi ada pulak anak yg belum berapa pandai makan sushi,. nanti kang ikan/topping je dorang makan, nasik tinggal, rugi pulak. Oleh kerana hari Ahad, kebanyakan kedai makan penuh, jadi kami masuk je KLuang Railway coffee, sebab tak ramai sangat, maybe sebab lokasi dia yang agak tersorok. Lokasi dia sebelah bowling tu.. Sesuai lah kami ke situ sbb anak2 selesa je dalam tu.


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Abang Lan the birthday boy pilih menu burger ayam


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Fahren the birthday boy 5 tahun pilih burher ayam dengan roti bun


Fahren tu sebenarnya baru bangun tidur. Seharian bermain takmo tidur so bila ajak ke Setia City Mall, dia tidur dalam kereta pulak.. kejap je dah sampai SCM jadi dia mcm masih mamai. Semua menu dia tak nak.. last2 dia pilih roti jala hahaha.. saya kata apa kes roti jala beli je la kat pasar malam.. LOL.. so dia pilih burger tapi saya beli gak roti jala.. bapaknya yg makan.. kekeke


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Gini lah burgernya... yummmmm..

Banyak portion ni, last2 share ngan bapak. bapak memang tak beli apa2 sbb tau dah mesti anak-anak makan tak habis.. huhuhu..


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Ni Menu Lydia, chicken chop


Hari jadi anak di Kluang Railway Station Setia City Mall
Ni menu saya. mana2 pergi mesti nak mee kari. Tapi mi kari kat sini tak  la sedap mana.
Lydia & Idlan
.

suami tolong pegang Dyan sementara saya makan dulu.. lepas saya makan baru lah dia makan pulak.. hehehe.




OK! pic semua insan2 tersayang... Alhamdulillah semoga anak2 happy dapat makan sama-sama mcm ni.. as usual ini pic sebelum makan.. masa makan mmg kecoh.. masa tgh tunggu food lagi la kecoh sbb dorang dok main semua yg ada atas meja seperti choptik sudu tu.. tak kisah le janji tak nangis.. 

Happy birthday Abang Lan dan Fahren! :-) 

Thursday 12 February 2015

20 minit yang sangat berkualiti

Sejak Idlan masuk darjah 1 dan Lydia darjah 5, saya dan suami dah tetapkan bahawa tugas menghantar Idlan dan Lydia ke sekolah pada waktu pagi adalah menjadi tugas saya, sementara suami pulak, akan hantar Fahren, Daleela dan Dyan ke taska.


Sebab pertama ialah kerana Lydia dan Idlan perlu berada di sekolah sebelum 7.10 pagi. Jadi perlu keluar daripada rumah paling lewat pukul 6.45 pagi kalau nak sampai sebelum 7.10 tu. kalau saya yag bawak kereta, lagi la kena awal hehehehe.. Oleh kerana perjalanan saya ke ofis pun memerlukan saya keluar awal pagi, saya lah yang sesuai menghantar anak-anak yg bersekolah rendah. Suami pulak, akan pergi lewat sikit kerana dia akan uruskan segala keperluan anak-anak ke taska dan keperluan Lydia dan Idlan transit dan sekolah agama. Kalau ikutkan memang banyaklah suami kena uruskan. Dia offer untuk ambik tugas ni sebab ofis dia lebih dekat dan tak perlu nak rushing keluar awal pagi.


Sebab kedua kenapa pembahagian ini dibuat ialah kerana Lydia dah pernah kena 'tegur secara lembut' oleh guru disiplin dek sering datang semasa perhimpunan sudah bermula (lambat beberapa minit) pada tahun lepas sedangkan sebagai seorang pengawas dia patutnya punctual ataupun lebih awal. Silapnya, tahun lepas semua tanggungjawab menghantar memang suami yg pegang sebab sekolah adalah laluan dia ke ofis. So belajar dari kesilapan, this year so far Alhamdulillah belum pernah bebudak tu lewat ke sekolah.


Yang seronoknya keluar awal pagi dengan anak-anak ialah bila kat dalam kereta, dah mcm sesi tazkirah pagi. Sebenarnya bukan la tazkirah ceramah serius sangat pun. Dalam pada dengar radio IKIM tu topik pagi dia tu la yg selalu saya, Lydia dan Idlan discuss dalam kereta. Memang best sbb kita tak perlu nak perah otak carik topik.. bukak radio, dengar kejap mesti Idlan akan sambung dengan pertanyaan-pertanyaan dia.. Lydia pulak akan mula cerita atau share apa yang dia tahu daripada pembelajaran dia kat sekolah. Selalunya, saya jadi pendengar je. Lepas tu bila jam 7.00 je, IKIM akan mainkan doa pagi (yg saya share dalam salah satu entry sebelum ni). Seronok sama-sama ikut doa tu dengan Idlan dan Lydia. Kalau boleh nak bawak semua anak2 naik kereta pagi supaya sama2 berjemaah baca doa pagi dengan radio hahaha.. padahal boleh je baca sendiri kan.. 


Ada sekali tu, tazkirah subuh IKIM cerita pasal 'hati yang kotor' dan mcm mana mata boleh menyebabkan hati jadi kotor. Salah satunya ialah dengan melihat 'kema**an'. huhuhu.. bagus juga ustaz bagi topik tu.. abang Lan mcm biasa mmg akan tanya mana2 yg dia tak paham, atau akan cerita apa2 yg dia tahu (sama ada pernah belajar, pernah baca, pernah tonton), yang relate dengan apa yg didengar kat radio. Saya suka dia mcm tu sebab menandakan yang dia memang mendengar apa yg disampaikan oleh ustaz.

"Mak, kenapa kalau kita tengok MALU, hati kita kotor?"

oh rupanya dia belum faham apa makna 'kema**an'. Mula2 saya just bagitahu je apa maknanya. Tapi lps tu saya ambil kesempatan ni terangkan kat dia tentang hal itu dan saya selitkan jugak sikit2 tentang had antara lelaki dan perempuan termasuk adik beradik dan ibu-bapa. Tak la terlalu detail kang fenin dia nak absorb.

"sebab tu lah mak dah sediakan bilik asing-asing untuk anak-anak mak"

gitu lah saya akhiri penerangan ringkas saya. Wallahu'alam. Semoga anak-anak kita bukan sahaja suka mendengar perkara yang baik2 semasa mereka kecil, bahkan akan suka kepada kebaikan sampailah akhir hayat mereka nanti.. amin ya Rabbal 'alamin..

Banyak lagi topik2 yang kami bualkan dalam perjalanan ke sekolah menghantar mereka, dari hal persekolahan sampailah hal2 santai berkenaan rakan2. Saya sangat bersyukur diberi kesempatan bersama mereka dalam tempoh 20 minit yang berkualiti seperti itu setiap hari. Sampai di sekolah kami bersalaman dan Idlan pula sempoi je memeluk saya bila saya turun dari kereta dan memimpinnya ke pagar (biasanya saya tak turun dari kereta, saya turun dari kereta sebab nak kemas2kan baju dan betulkan sampin yang abg Lan pakai tu).


Seorang yang observant dan berjiwa sensitif


Selamat Hari Jadi Idlan dan Fahren!

Semalam birthday anak kedua saya Idlan. Oleh kerana birthday dia dan birthday Fahren cuma beza 2 minggu, saya memang plan beli kek satu jek and sekali potong.

Semalam dalam kesibukan yang tak bertepi kat ofis tu saya menyelinap balik awal sikit dan terus ke Tesco Setia Alam untuk beli kek kat King's confectionaries. Kek feveret saya mmg bluberi Cheese Cake dia jek.. setiap kali besday kalau tak dan nak tempah kat memana online seller untuk  kek2 comel customized, mmg saya beli jek ready made yg kat King's itu.. RM58 untuk brp kg eh 1/2 kg kot.. ke 1 kg.. ntah la akak lupa ekeke.. 

Tapi masa nak beli kek tu terfikir, eh takkan le dinner nanti cuma makan kek je... takkan le nak kuar dinner plak. Saya mmg tak begitu gemar dinner kat luar on weekdays sebab anak2 mesti byk homework kesian la plak.. selalunya tapau jek (ekekek masak? hehhe KADANG.KADANG je, LOL)

Lagipun Sunday hari tu bapak diorang dah bawak makan kat luar sempena celebrate birthday (lom up entry yg ni la plak), so malas nk byk2 kali mkn luar for birthday kan. 

So untuk celebrate kt rumah ni, takde idea nak tapau apa untuk mkn bersama kek besday. cam tak best lak rasanya kaalau tapau nasik goreng mcm selalu tu hehe, So bergegas masuk ke bahagian supermarket and capai je lah bahan2 nak buat spageti. maklum la time tu pun dah kul 6.45 kang sampai umah harus la dah maghrib, rushing gitu nk masak nak solat nak susukan Dyan gak.. (dia mesti nk susu time maghrib sbb seharian kat taska rindu kot ekeke)

So, capai bahan spageti dan beli kek cheese bluberi and balik! sampai rumah anak2 ngan bapak dorang lom balik lagik, so mak pun zass kat dapor wat apa yg patut. Bila azan bunyik, bebudak tu baru sampai and mak dah almost siap. Biar Idlan n Lydia mandi and solat while mak prepare food kat meja, lepas tu mak lak solat. 

Lepas mak solat terus panggil dorang ke meja and tadaaaa.. Idlan mcm wow! ada kek! hahaa.. mak memang sorokkan jek kek tu masa dorang balik tak nampak mcm ada kek pun. 

Tapi Fahren lebih happy nampak spaghetti daripada nampak kek. dia mmg bukan penggemar kek. ahaks. 3 kali dia tambah spaghetti. tak padan badan kecik! LOL

Happy ada kek dan spaghetti kekdahnyer ahaksss!


So lepas doa, nyanyi2 tiup lilin dan ambik gambo (time ni ngan Dyan pon dah nangis sbb tak tahan sgt nak susu ahakss...) baru lah makan.. fuhhh.. kecoh sungguh ngan daleela pun nak jugak potong kek mengalahkan abang2 yg sambut besday.. hadoii.. tgk pic ni mcm lawak pun ado! tapi best lah .. alhamdulillah dapat gak le celebrate birthday dorang kat rumah. 

Sabar je semua tunggu mak nak snap dulu... 


Win lah pic ni haha. Daleela nangis takmo org kacau dia je nk potong kek.. dyan pulak nangis nak mak.... hahaha kecoh weh!!


So untuk Fahren (birthday 31 Jan 2014) dan Idlan (birthday 11 Feb 2014), Happy Birthday diucapkan semoga kalian berdua sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T dan menjadi anak-anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. amin...

ha, lepas makan tu, business as usual la semula.. abg Lan dan Lydia masuk bilik wat homework, mak layan Dyan, daleela ngan fahren layan main crayon, bapak kuar beli ubat untuk atok kat farmasi.. hahaha! chaplin betul birthday celebration!  mcm laju je semua pergerakan. mcm katun. LOL. BUT SERIOUSLY ITS THOUGHT THAT COUNT and sayang saya kepada anak-anak tidaklah chaplin! :-)

Entry ni pun chaplin gak. Asalkan update sbb baaaanyak sangat stori saya dalam draft dok delay2.. tatau la pasaipa haha.. nih takleh kena gak upload. pasal bday kalau basi dah tak beshhhh!!!

So thanks for reading uols! doakan anak-anak saya dan anak-anak kita semua menjadi anak2 yg sayangkan Allah, rasul dan ibu-bapa.. amin.. Trima kasih!!..

T

Friday 6 February 2015

5 Tips mulakan hari yang ceria!

Salam Isnin semua!! Kita nak pagi Isnin ni jadi ceria kan? jom kita buat tips simple ni...

1. Doa


Jom baca doa pagi ni dulu..
Walaupun ia doa pagi, tp actually ia doa sepanjang hari.. Untuk kita dapat cahaya ke menuju kejayaan.. Daripada siapa lagi kita nak mintak kalau bukan dari Allah..
Doa Menuju kejayaan



2. Minta restu


Kalau lom kawen, minta restu emak, kalau dah kawen mintak restu suami. Caranya? Bersalaman pun dah cukup..kalau duduk jauh pulak, call je pun ok dah.. Sebelum akhiri phone call tu, mintak supaya mereka doakan kita.. InshaAllah hari kita lebih ceria..


3. Aktiviti yang menceriakan seperti Selfie! 

Lepas baca doa, call mak/suami kita selfie!!! Kalau selfie boleh naikkan mood, why not kan? Semoga mood yg baik di pagi hari akan memberi aura positif sepanjang hari! Asalkan selfie tu bukan keterlaluan, semoga kita semua terpelihara daripada fitnah dan tipu daya syaitan... amin..

Selfie! hahaha!

4. Sarapan!

Sarapan sangat penting tau untuk kesihatan dan untuk mendapatkan mood yang baik sepanjang hari. Jadi jangan lupa itu! :-)

5. Nutrisi dan Makanan Tambahan 

Ambil vitamin yang menambah metabolisme badan, utk memberi tenaga dan mood sepanjang hari. B-Complex adalah vitamin paling sesuai utk itu!

Jangan lupa, tarik hafas, lapangkan dada dan sebut yang positif-positif sahaja!!! Enjoy ur Monday peeps!

Fara 0192390107

----
Hubungi saya untuk sebarang konsultasi tentang produk ataupun bisnes Shaklee :-)

Monday 2 February 2015

Perpustakaan (baru) Raja Tun Uda Shah Alam

Masa pergi pesta buku selangor 2015 kat SACC hari tu, saya sign up utk membership perbadanan perpustakaan awam selangor (PPAS). Memandangkan Hari ni KL cuti so saya cuti tapi suami kerja dan anak2 sekolah kat selangor.. Tak dapek nk cuti together-gether.. So apa saya buat hari ni? Ke library lah!!

Lepas hantar anak2 ke sekolah, saya terus settlekan urusan Shaklee. Hari ni ke HQ di Sunway Pinnacle untuk membeli sendiri barang2 yang di order oleh customers. Saya memang super excited kalau ke HQ Shaklee, rasa best dapat ke situ. Aura positif dan semangat pun naik meluap-luap gitu utk lebih berusaha dalam bisnes Shaklee ni. Walaupun ada option membeli secara online, tapi bila ada waktu terluang macam hari ni, memang saya tak lepaskan peluang 'menjenguk' sendiri HQ Shaklee. Dah banyak sangat improvement kat HQ Shaklee sejak saya join 2 tahun lalu. Pagi tadi, semua staff sudah berdiri di pintu untuk greet customers yang datang, dengan pakaian seragam yang lebih menampakkan ciri-ciri professional. Cayalah Shaklee!!

Lepas beli-beli.. Yg mana boleh COD, saya COD terus.. Yg lain inshaAllah akan dipos. Bulan ni ramai repeat orders memandangkan bulan februari ni promosi produk utk kesihatan sendi dan tulang.. Mmg ramai yg tu tunggu!

Now rehat jap tunggu zohor, saya lepak kat library. Perpustakaan tun Uda kat shah Alam. Last pergi masa anak baru 3 orang hehehe, pegi yg sebelah muzium tu.. Now library pun dah tukar lokasi dengan bangunan baru.. Mmg sesuai nak check it out!

Lokasi kat area golf club so pemandangan pun mmg cantik lah.. Nampak tasik dan kehijauan.. Subhanallah.. Tenang nk baca buku..
Feveret saya ruang santai dan ruang kreatif (bahagian kanak2) hehe mmg wajib la bawak anak2 ke sini.. Menarik!


Tapi utk hari ni, biarlah saya isi masa utk saya je.. Kalau.bawak bebudak mmg tak dapat kot ke bahagian dewasa (kanak2 bawah 12 tahun dilarang masuk bahagian dewasa).. Jadi masa dtg sorang ni la duduk kat area dewasa.. Rambang mata tgk buku banyak. Register siap2 jadi member utk semua anak beranak. Seorang boleh pinjam up to 10 books at a time selama 3 minggu. Best tu.


Bila dtg, make sure pinjam, supaya dtg lagi utk pulang hehehe....ok dh jom tgk pic.. Pic cuma dari bahagian kanak-kanak je sebab mcm segan nak snap kat bahagian dewasa.. orang dtg nak membaca noks.. ahkak plak sesibok nak snap here n there apa kes?? haha


ada pentas for story telling
mmg untung anak2 zaman skang .. komputer canggih semua.. Apple kot..
Nice Interior Design. I can imagine my dotter Daleela happily playing under the tree
lydia msti suka lepak sini reading her fav novels
nice view.. soothing.. can see car park area
and the greeny lake
nice arrangement.. kids frenly
hi tech
nice one... ada kelas tahfiz weekend kat sini...
and they provide shuttle bus to get here
for safety reason.. barang anda, tanggungjawab anda gitu

Friday 30 January 2015

Pot Luck dengan BFFs

Beberapa minggu lepas, BFFs masa kat kolej yayasan pelajaran mara (dulu MARA Community College) dulu datang bertandang ke rumah sempena mek Rose yang balik bercuti dari Melbourne. Lagipun sejak saya pindah rumah, dorang lom bertandang dek kerana masing2 sibuk.. Maklum le bila dh berkeluarga mmg ada jek urusan. Paham sangat!

Alhamdulillah le ramai available utk weekend tu dan mereka OK bila saya sajes ke rumah saya je. Hehehe kelebihan untuk sayalah! Kalau nak keluar mkn kat kedai mmg agak serabut gak ngan anak2 nanti tak fokus nk sembang! Hehehe kalau kat rumah ok lah bebudak buat hal masing2..

Juita cadangkan pot luck saya folo je.. So hari tu meriah food. Juita masak pasta, mek rose bawak KFC, Lyn bawak ayam percik ayamas, farahiyah plak bawak bahan2 utk desert banana split! Yumm!! Saya lak masak mi bandung je.. Sempoi gitu..

Syok bersembang dan berposing sampai tak rasa masa berjalan. Tetiba dorang dh mintak diri nak balik.

Alahai.. Entah bila lah lagi boleh lepak sama mcm tu.. Semoga kami semua diberi kesihatan dan umur panjang untuk berjumpa lagi... Lagi bagus kalau ada rezeki utk pergi ke.Melbourne sama2 melawat mek rose dan hasben omputeh dia hehehe..

Ok jom layan pic. :-)

Layan monopod hehehe...


Layan album, check gegambo lama maza kami kat kolej dulu... 
Pot Luck.. 
Lyn, Jue, myself, Mek Rose
Prepared by Farah
banana split kids version

Thursday 29 January 2015

Pesta Buku Selangor 2015 di Shah Alam

Selepas mak discharged dari DEMC, saya singgah ke SACC untuk tengok2 Pesta Buku Selangor yg bermula pada hari ni, kat SACC tu. Alhamdulillah dapat lah juga beli beberapa buku untuk diri sendiri dan anak-anak. Yang untuk anak2 tu saya confirm dorang akan terus habis baca bila saya kasi dorang nanti. (plan nak kasik utk dorang baca masa weekend so tak la ganggu malam hari sekolah).. 

Buku untuk diri sendiri tu, hehe.. Harap2 dpt la habis.. InshaAllah..

Kebanyakan gerai menjual buku2 islamik. Ralit juga saya berhenti di setiap gerai. Untungla mereka yg ada kedai buku. Leh duduk baca buku hehe..

Selain gerai buku, ada jugak beberapa gerai yg sediakan ruang untuk kita wakafkan Al-Quran kepada sekolah2 yg memerlukan.

So uols datanglah ke pesta buku ni.. Akan ada dari 29 jan 2015 sampai 8 feb 2015. Bawak anak2 lagi meriah tapi bersedialah ngan duit sbb mmg buku kanak2 banyak.. Terutama bahasa melayu. Tapi english pun ada cuma tak la sebanyak buku bahasa melayu..


Hasil tangkapan 
Antara gerai yg ada..

----

Fara 0192390107

Tuesday 27 January 2015

Resepi ringkas Bihun goreng singapore

Walaupun masak memasak bukan my forte, tapi naluri kewanitaan memang tak dapat dinafikanlah kan hehe.. Maka masak tetap ada waima yang simple je. Antara menu simple yang saya suka buat ialah bihun goreng putih atau ada jugak yang sebut bihun goreng singapore. Saya kata dia simple sebab tak menggunakan bahan asas yang banyak, so penyediaan jadi pantas. seswai la utk menu sarapan pagi sebelum anak-anak ke sekolah. Selain tu ia sesuai juga dihidangkan kalau ada tetamu yang datang secara ad-hoc. Simple namun sedap.

Meh kita tengok apa bahan2 yg dikata simple tu.

Bahan untuk resepi mihun/bihun goreng singapura.
1. Sebungkus mihun (rendam dlm 15 minit**)
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Sebiji telur
5. Garam & gula secukup rasa
6. Pati ayam 1 cube
7. Semangkuk hirisan kecil daging lembu (yg belum direbus lebih sedap)
8. Lobak hiris panjang halus
9. Lada hitam secukup rasa


Cara:
- Panaskan minyak
- Tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau
- Masukkan pati ayam
- Masukkan daging dan tutup supaya lembut
- Masukkan telur dan gaul rata
- Masukkan lobak
- Tabur sedikit garam dan gula (secukup rasa ye, saya tak de sukatan utk ni... )
- Taburkan lada hitam ikut selera kepedasan yg kita suka.
- Masukkan bihun dan kacau kalau bihun masih belum lembut tambahkan air dan kacau perlahan-lahan dengan api kecil.

(**ada org suka rendam ngan air panas supaya lembut.. Tapi selalu saya rendam ngan air biasa kejap je dan mmg saya prefer tambah air masa dalam kuali)
- Matikan api sekiranya bihun dah lembut, dan cukup masin, manis, pedas ikut selera kita. Saya suka bihun yang kenyal-kenyal sikit dan tak kelihatan hancur (banyak sangat atau kuat sangat gaul sampai putus2)
Kalau nak hidang cun, bleh la hias ngan taburkan hirisan cili besar merah, daun sup, bawang goreng dan telur dadar... Kalau nak lebih kick, makan ngan cili padi potong!!


Siap!!


Sorry saya tak ada pic yang perfect dengan hiasan. Selalunga saya tak hias pun.. Ngap je terus.. Hehe.. Pic bawah ni ha sempoi habis.. Buat waktu awal pagi mmg mana yg ada je.. Carrot pun sikit je letak.. Pucat gitu tapi rasanya sedap percayalah hahahaha!!!
Semoga memberi manfaat! :-)


#visitmyig hehehe

Monday 26 January 2015

Pisang goreng cicah sambal kicap

Orang Johor memang dah tahap wajib tahu lah cara makan pisang goreng cicah dengan sambal kicap ni. Dulu masa saya belum pernah merantau ke luar dari Johor, saya anggap cara makan begitu memang diketahui seluruh Malaysia. Hehe minda sempit, pada saya, apa yg saya lihat di kampung saya mesti ada di luar dan apa yg ada di luar adalah apa yang saya nampak di kampung saya. Kecik pemandangan kan? Bila dah bercampur dengan kawan2 dari negeri lain baru le tahu mereka tak familiar dengan pasangan pisang goreng dan sambal kicap ni. Bahkan sambal kicap mereka pun tak sama dengan sambal kicap saya.


Kalau uols nak tau, sambal kicap adalah antara menu pertama yg mak saya ajar di dapur selain sambal belacan, asam pedas dan nasi. Hehehe. 

Darjah 4 kot mak dah mula kasik saya peluang menumbuk cili di lesung batu. Ini resepi sambal kicap yang mula2 mak ajar kepada saya. Setiap kali dapat assignment buat sambal kicap, itu je sukatan yg saya ikut.

Bahan dan cara buat sambal kicap johor style:

  • Cili padi 10 biji (campur hijau dan merah)
  • Gula satu sudu makan
  • Bawang putih seulas
  • Kicap manis secukupnya.


Masukkan 3 bahan pertama tu ke dalam lesung dan tumbuk sampai lumat. Lepas tu masukkan kicap secukupnya. Tak reti nak explain secukupnya tu camne. Hehehe.. Tengok je la dalam pic tu. Tak perlu campur air kerana nanti cair, tak sedap dicicah. Likat2 gitu bila dicicah akan melekat pada pisang.. Yummmm... Hidang bersama teh-O panas bersama keluarga waktu sarapan pagi atau minum petang. Yummm!!


Pisang pulak, saya suka pisang raja, pisang nangka, pisang awak dan pisang tanduk! Saya salut dengan tepung gandum, garam dan air sahaja.. Tak perlu tepung beras dan kunyit mcm yg selalu gerai buat.


Pendek kata, kalau nak compare dengan pisang goreng cheese segala bagai tu, pisang goreng cicah sambal kicap adalah paling WIN sekali!!!!
P/s: sekarang saya lebih suka guna chopper je gantikan lesung. Chopper tau, bukan blender. Kalau blender kena letak air plak.. Kurang dah original dia tu ...Hehe chopper dpt kurangkan risiko tangan pijar selepas menumbuk. Tangan pijar tu dh biasa sgt masa kecik dulu. Mak saya pernah sambil berseloroh bagi tips takmo pijar tu .. Ekeke tapi takpe la x sesuai nk share sini eekekeke.. Tapi kalau pijar juga, teruslah rendamkan tangan ke dalam beras. Hehe..


Itu sahaja perkongsian resepi ringkas dari saya! Selamat mencuba :-)


*notakaki fakta kesihatan:
- pisang goreng adalah lebih tinggi kalori berbanding pisang masak yg tidak digoreng
- penggunaan minyak masak (yg baru) bebas kolesterol adalah lebih baik.



pisang nangka ni dari pokok pisang mak mertua sebelah rumah... Alhamdulillah...

Hari pertama sekolah 2015

Hari pertama sekolah 2015 ni bukan sahaja bagi Fahren (entry sebelum ini) tetapi juga untuk anak kedua saya, idlan. Tahun ni Idlan dah masuk masuk darjah satu, alhamdulillah..

Saya dan suami ambik cuti hari pertama sekolah ni. Sebelah pagi, husband saya hantar Idlan ke KAFA sementara saya pulak hantar Fahren ke PASTI. Sebelah petang pulak kami sama-sama hantar Idlan ke Sekolah kebangsaan. 

Oleh kerana abang Lan dah bersekolah tadika PASTI dua tahun, pergi ke darjah satu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dia.. saya cuam perlu pantau dia dalam hal membeli makanan di kantin je lah.. InshaAllah untuk sesi pagi (KAFA), saya akan bawakan bekal dari rumah. Tapi untuk sesi petang (sekolah kebangsaan), saya tak dapat nk buat gitu sebab saya bekerja .. itupun syukurlah dapat jugak bawakkan bekal.. :-)

So hari pertama tu saya tgk Idlan pun dah boleh membawa diri. Walaupun dia satu sekolah dengan kakak dia, mereka berlainan sesi so mmg dia kena lah independent.

Saya doakan idlan dapat melalui hari persekolahan dengan mudah dan semoga dia dan semua anak-anak kita dilindungi sentiasa oleh Allah S.W.T. inshaAllah..


Kelas sementara sebelum ujian penentuan kelas
belajar membeli di kantin. Beli Pau
muka serius je :-)
antara anak-anak darjah 1 lain
beg bebudak darjah satu sama jek hahaha... tahun ni tema frozen paling popular

Friday 23 January 2015

Fahren pun ke tadika islam PASTI ikut jejak kakak dan abang

Entry tertangguh. Tapi nak tulis jugak. Anak ke-3 saya, Fahren Adly tahun ni berumur 5 tahun. Dah habis program belajar membaca Cahayaku masa 4 tahun so as usual ke tadika formal lah pulak. Thanks ibu Tina (ibu kat nursery) yang sudi luangkan masa mengajar Fahren membaca (bahasa melayu) :-)


Fahren dari awal memang dah decided nak sekolah kat PASTI, dan to be specific, PASTI yang sama dengan kakak dan abangnya (Lydia & Idlan). Saya ingatkan nak le cuba hantar ke tadika islam yang lain, especially yang english medium, biar anak2 familiar dengan english edukesyen gitu kan. ahaks.. Tapi atas sebab logistik, kami redho lah settle kan Fahren kat tempat yg sama jugak ngan abang dan kakak dia. Semoga ada rezeki anak-anak lain pulak ke tadika english medium, inshaAllah.. Hikmah anak ramai gitu la kot. tak dapat sekarang, inshaAllah masa lain adalah rezeki tu. Wallahu'alam..


Tak macam tadika english medium yang susah nak dapat area saya, PASTI pulak banyak pilihan. Hehehe.. Kira mcm PASTI atau PASTI? gitu hahaa.. Saya ada berniat nak hantar ke PASTI yg lain, yang baru dan lebih moden dari segi prasarana.. Tapi entah mcm mana, akhirnya keputusan tetap ke PASTI yg sama. Masih ada rasa nak membantu PASTI Yg sama jugak.. Maka ke situ lagi laaa.. Hehehe cikgu2 semua pun dh kenal muka saya sebab every 2 years enroll anak. Kalau ada PIBG, maybe saya leh jadi pengerusi. hahaha iyo la tuh. I doubt ekeke..


Pic atas: hehe muka bosan. Hari pertama tu dia masuk kelas 5 Usman. Kelas tu suasana dia agak suram sket mcm kurang pencahayaan. Dulu abang Lan kelas tu jugak tapi sebab abang Lan tu suara mcm pakai speaker, maka no problem for him. Fahren lak nampak mcm mandom je kat kelas tu. So hari kedua saya request kat cikgu nak masukkan ke kelas Umar. Alhamdulillah kat kelas Umar baru la nampak dia aktif (tak ada la plak pic kelas hari ke dua hehe)
Pic atas: Fahren lom ada kawan. Berdiri sepi di perkarangan sekolah. PASTI ni milik ustaz dan ustazah dan bangunan sekolah (4 kelas) dibina di halaman kediaman mereka yang luas dan berpagar. Selesa lah untuk anak-anak nak bermain berlarian. Hari sukan dan konsert akhir tahun pun buat kat perkarangan sekolah ni je (aka. halaman). Sempoi kan? Semuanya tentang PASTI ini adalah sempoi.
Pic atas: Kedudukan Fahren dalam kelas. Kelas ni macam agak sempit dengan susunan meja mcm tu. Tahun lepas meja disusun berdua-dua tapi tahun ni tukar style. Tapi saya memang suka style in group mcm ni, cuma kalau kena yang membelakangi cikgu, aduh sakit tengkuk kot ekekkee.. nampak tak buku tinggi menggunung kat meja cikgu tu? ha.. semua buku yang dibeli, kasik kat cikgu sebab cikgu akan simpan dalam locker. Seminggu sekali baru bawak balik utk parents tengok kerja anak-anak.
Pic atas: Oleh kerana Fahren lom ada kawan dan dia plak bukan jenis peramah, kemain kusyuk la dia buat kerja yang cikgu suruh.. saya snap ni dari luar kelas, nyorok2 di sebalik langsir tingkap hehehe..
Alhamdulillah.. masa tulis ni, dah 2 minggu Fahren kat PASTI dan nampak gaya takde problem. Bangun pagi agak liat tapi once dah mandi, ceria jek. Syukur lah. :-)


Insha Allah next entry saya nak story pasal abang dia pulak. Idlan masuk darjah satu! haha tangguh dan tangguh sokmo!

Salam sayang uols!!!

Popular Posts