Sejak Idlan masuk darjah 1 dan Lydia darjah 5, saya dan suami dah tetapkan bahawa tugas menghantar Idlan dan Lydia ke sekolah pada waktu pagi adalah menjadi tugas saya, sementara suami pulak, akan hantar Fahren, Daleela dan Dyan ke taska.
Sebab pertama ialah kerana Lydia dan Idlan perlu berada di sekolah sebelum 7.10 pagi. Jadi perlu keluar daripada rumah paling lewat pukul 6.45 pagi kalau nak sampai sebelum 7.10 tu. kalau saya yag bawak kereta, lagi la kena awal hehehehe.. Oleh kerana perjalanan saya ke ofis pun memerlukan saya keluar awal pagi, saya lah yang sesuai menghantar anak-anak yg bersekolah rendah. Suami pulak, akan pergi lewat sikit kerana dia akan uruskan segala keperluan anak-anak ke taska dan keperluan Lydia dan Idlan transit dan sekolah agama. Kalau ikutkan memang banyaklah suami kena uruskan. Dia offer untuk ambik tugas ni sebab ofis dia lebih dekat dan tak perlu nak rushing keluar awal pagi.
Sebab kedua kenapa pembahagian ini dibuat ialah kerana Lydia dah pernah kena 'tegur secara lembut' oleh guru disiplin dek sering datang semasa perhimpunan sudah bermula (lambat beberapa minit) pada tahun lepas sedangkan sebagai seorang pengawas dia patutnya punctual ataupun lebih awal. Silapnya, tahun lepas semua tanggungjawab menghantar memang suami yg pegang sebab sekolah adalah laluan dia ke ofis. So belajar dari kesilapan, this year so far Alhamdulillah belum pernah bebudak tu lewat ke sekolah.
Yang seronoknya keluar awal pagi dengan anak-anak ialah bila kat dalam kereta, dah mcm sesi tazkirah pagi. Sebenarnya bukan la tazkirah ceramah serius sangat pun. Dalam pada dengar radio IKIM tu topik pagi dia tu la yg selalu saya, Lydia dan Idlan discuss dalam kereta. Memang best sbb kita tak perlu nak perah otak carik topik.. bukak radio, dengar kejap mesti Idlan akan sambung dengan pertanyaan-pertanyaan dia.. Lydia pulak akan mula cerita atau share apa yang dia tahu daripada pembelajaran dia kat sekolah. Selalunya, saya jadi pendengar je. Lepas tu bila jam 7.00 je, IKIM akan mainkan doa pagi (yg saya share dalam salah satu entry sebelum ni). Seronok sama-sama ikut doa tu dengan Idlan dan Lydia. Kalau boleh nak bawak semua anak2 naik kereta pagi supaya sama2 berjemaah baca doa pagi dengan radio hahaha.. padahal boleh je baca sendiri kan..
Ada sekali tu, tazkirah subuh IKIM cerita pasal 'hati yang kotor' dan mcm mana mata boleh menyebabkan hati jadi kotor. Salah satunya ialah dengan melihat 'kema**an'. huhuhu.. bagus juga ustaz bagi topik tu.. abang Lan mcm biasa mmg akan tanya mana2 yg dia tak paham, atau akan cerita apa2 yg dia tahu (sama ada pernah belajar, pernah baca, pernah tonton), yang relate dengan apa yg didengar kat radio. Saya suka dia mcm tu sebab menandakan yang dia memang mendengar apa yg disampaikan oleh ustaz.
"Mak, kenapa kalau kita tengok MALU, hati kita kotor?"
oh rupanya dia belum faham apa makna 'kema**an'. Mula2 saya just bagitahu je apa maknanya. Tapi lps tu saya ambil kesempatan ni terangkan kat dia tentang hal itu dan saya selitkan jugak sikit2 tentang had antara lelaki dan perempuan termasuk adik beradik dan ibu-bapa. Tak la terlalu detail kang fenin dia nak absorb.
"sebab tu lah mak dah sediakan bilik asing-asing untuk anak-anak mak"
gitu lah saya akhiri penerangan ringkas saya. Wallahu'alam. Semoga anak-anak kita bukan sahaja suka mendengar perkara yang baik2 semasa mereka kecil, bahkan akan suka kepada kebaikan sampailah akhir hayat mereka nanti.. amin ya Rabbal 'alamin..
Banyak lagi topik2 yang kami bualkan dalam perjalanan ke sekolah menghantar mereka, dari hal persekolahan sampailah hal2 santai berkenaan rakan2. Saya sangat bersyukur diberi kesempatan bersama mereka dalam tempoh 20 minit yang berkualiti seperti itu setiap hari. Sampai di sekolah kami bersalaman dan Idlan pula sempoi je memeluk saya bila saya turun dari kereta dan memimpinnya ke pagar (biasanya saya tak turun dari kereta, saya turun dari kereta sebab nak kemas2kan baju dan betulkan sampin yang abg Lan pakai tu).
Seorang yang observant dan berjiwa sensitif |
No comments:
Post a Comment