Wednesday 30 July 2008

Though None Go With Me

Malam tadi, air mata aku tumpah lagi ...


aku tak sangka betul lah, mula-mula tu husband aku tengah tengok cerita 'Tentang Bulan The Series' kat Astro, aku ambik aje remote kat depan dia and started to switch channels ... aku perasan jugak husband aku dok jeling je .. tapi aku buat selamba aje ...


bila kat channel Hallmark, aku stop kejap, macam menarik, then aku tengok muka husband aku dah lain macam dah .. alamak, so aku pun tanya dia,

"saya macam nak tengok cerita ni lah"


"tapi abang macam nak tengok Tentang Bulan"


"Ala ..." suara aku merengek2 sket .. tektik biasa la kan ...


Dia tak jawab, terus je ambik paper and belek2 ... sambil dia browse internet jugak ... aku relax aje, coz aku assume dia tgh apply kerja tu ... tapi, tak sampai satu minit, dia bangun and kata,

"abang nak tidur lah"

"ala nantilah, teman saya tengok citer ni"

"malas lah"

Sedih jugaklah aku, tapi hati aku tetap meronta2 nak tengok movie tu. Biasa la aku, bila ada movie yang colour dia terang, ceria dan cantik, terus aku nak tengok ... apatah lagi bila Love Story, apatah lagi bila latar belakang cerita tu tahun 40-an or 50-an gitu .. aku suka ...

So, aku biarkan aje lah husband aku masuk bilik, dan aku layan cerita tu ...

Though None Go With Me tajuk dia. Based on novel rasanya nih ... kisah hidup seorang nenek (Elizabeth) diceritakan kepada cucunya (Lisa) dengan harapan Lisa akan stay kat bandar kecik tu instead of pergi dengan pakwenya ... So dia ceritalah, yang masa dia muda, dia pun bercita-cita tinggi nak tinggalkan small town tu, dan dia seorang yang tak percaya takdir.


Kedatangan seorang paderi muda (Ben) ke bandar tu dah mengubah keputusan Elizabeth, sebab dia syok ngan Ben and Ben tu pun diam2 pun syok kat dia .. Ben tu handsome le juga and baik gitu, maklum le paderi kan ... cuma paderi ni slow sket in approaching her ... so Ben ni punyer faith to God dah berjaya membuatkan Elizabeth juga berjanji akan dedicate all her life to God and will always follow God.


At the same time, there was Will, yang juga menyimpan perasaan kat Elizabeth ni. Dah berkawan sejak kecil, and Will lebih berani mencurahkan perasaannya kepada Elizabeth. Charming jugak Will ni. So when Will noticed yang Ben and Elizabeth ni very closed, tanpa membuang masa, dia jumpa Elizabeth and melamar dia, and of course jawapan drp Elizabeth,

"I Love you, but as a dear friend"

Frust, tapi still Will respect dengan keputusan Elizabeth. Dia pun jumpa dengan Ben and asked ben to not wait any longer. Ben pun jumpa Elizabeth and asked her to dance with him where at last he kissed her and tell Elizabeth he loves her.


Sangat bahagia kehidupan couple ini dan mereka merancang untuk berkahwin, sehingga satu hari, Ben kena menyertai pejuang perang kat Korea, yang akhirnya diberitakan mati kerana hospital tmpt dia bertugas kena bom.


Tinggallah Elizabeth sebatang kara kerana ayahnya pun baru lepas mati, dan dia mula mempersoalkan takdir tuhan kerana satu demi satu orang kesayangannya pergi. Tapi, demi janjinya, dia teruskan mempercayai tuhan, dan meneruskan kehidupannya. Sudah tentu, dengan bantuan dan sokongan Will yang tetap setia menyintainya sepenuh jiwa dan raga. Dengan penuh ikhlas, Will offer Elizabeth untuk tinggal dengannya. Tinggal bersama, purely sebagai sahabat.


Mereka kekal bersahabat sehinggalah beberapa bulan apabila Will mula rapat dengan gadis lain, Elizabeth mula menyedari dia juga sebenarnya tertarik kepada Will. Menyedari kehadirannya di sisi Will akan mengganggu hubungan Will dan teman wanitanya, dia mengambil keputusan meninggalkan bandar kecik itu. Bila Will menghalang dan bertanya sebabnya, dia pun kata tak mahu mengganggu Will.. Will jawab,

"She is a nice lady .. very nice lady .. and she will be a good wife"

dan Elizabeth pun tak sanggup mendengarkan kata-kata Will dan terus nak bangun, lalu Will menahannya dan teruskan kata-kata ..

"but she will be a very good wife, to other man ... not to me, because she is not you..."

and they kissed for the first time ...

After a few weeks of marriege, Elizabeth dapat surat, it was from Ben yang sebenarnya tak mati dalam bom tu, instead dia jadik tawanan selama setahun setengah. Maka gelisah lah Will dan dia terus tanya apa perasaan Elizabeth lepas dapat tau Ben ada lagi ... adakah dia rasa regret? Elizabeth kata, dia tak regret... barulah Will rasa lega

Ben balik, tak tunggu2 terus jumpa Elizabeth and they were hugging and kissing each other melepaskan rindu yang terpendam sekian lama and bila dah cool down sket, barulah Elizabeth bgtau dia dah kawen dengan Will. Sangat berani gitu. Ben kata, dia ingatkan dia akan sedih and tak dapat terima berita tu, tapi rupanya dia okay and boleh terima, cuma dia tanya adakah elizabeth bahagia?

"Yes, I am happy with him, and I Love him" kata Elizabeth, membuatkan Ben mengundur diri ... cuma dia bagitau yang dia pun akan sentiasa menyintai Elizabeth sampai akhir hayat.

Kehidupan suami isteri ini sangat bahagia, apatah lagi dengan kehadiran anak lelaki yang sangat disayangi, dan kemudian berkahwin muda dan melahirkan Lisa. Cinta Will kepada Elizabeth tetap utuh dan begitu juga sebaliknya.

Suatu hari, hidup Elizabeth di uji lagi apabila anak dan menantunya mati akibat kemalangan. Tragedi itu telah membuatkan Elizabeth hampir putus asa, dan Will juga menjadi seorang yang sangat pendiam. tetapi, panggilan telefon daripada Ben berjaya menguatkan lagi semangat Elizabeth dan berkhidmat sebagai sukarelawan kat pusat pemulihan. Kat situ, dia membantu menaikkan semangat ramai orang yang kecewa dalam hidup ...

Will pula, semakin meningkat umurnya, tanpa disedari rupanya menghidap penyakit alzheimer.... Ini disedari oleh Elizabeth apabila Will mula terlupa tarikh, dan terlupa jalan balik ke rumah daripada pejabat. Masa ni lah aku rasa sangat sedih, mengenangkan Will yang sangat baik sepanjang menjadi suami kepada Elizabeth ... melihatkan kehidupannya berakhir sedikit demi sedikit ...

menyedari yang lama kelamaan ingatannya akan hilang, Will menulis surat kepada Elizabeth ... menyatakan sayangnya kepada wanita itu tak akan pernah luntur kerana biarpun ingatannya luntur, namun hatinya tak akan pernah luntur ... Dia meletakkan surat itu di atas bantal dan apabila bangun, Elizabeth mendapati suaminya tidak ada lagi di katil, rupanya kat depan tengah termenung. Elizabeth lega sangat bila husbandnya masih lagi ok, dan dia kata ..

"Stay with me as long as u can Will" and she rested her head on his chest ... soo loving gitu ...

Hari2 hari seterusnya adalah permulaan kepada berakhirnya kehidupan Will ... selama 8 tahun selepas itu, Will bagaikan semakin jauh daripada Elizabeth kerana penyakitnya .. Sehinggakan pada suatu masa, Elizabeth terpaksa menempatkan Will ke rumah jagaan orang tua kerana tidak berdaya menjaga Will ... Dia merasa sangat menyesal kerana melakukan itu, mengingatkan mereka pernah hidup bersama selama 50 tahun, dan dia tidak sanggup pula untuk menjaga Will biarpun untuk beberapa jam .... Oh masa nih air mata aku, saaaaangat laju okay .. siap teresak2 lagi tuh ... :-(

Ketika doktor memanggilnya ke hospital, Elizabeth tahu sudah sampai masanya untuk Will pergi. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Will berbisik lemah kepada Elizabeth,

"thank... you ... for... choosing.. me" and he closed his eyes .. forever

airmata Elizabeth mengalir ... dan merebahkan kepalanya ke sisi wajah Will. KEmudian dia berbisik kepada doctor

"He remembers me"

oh aku sudah menangis sangat laju masa nih ...

Satu hari, pusat pemulihan tempat dia kerja buat suprise party utk dia, bagi mengenang jasa2 dia dan bagi menggembirakan dia ... dan pada hari tu, lepas berpuluh tahun, Ben datang menemuinya ...

he asked her to dance with him again ...

and the movie ended there ... but i guess the story still goes on ... and they live happily ever after ...

itulah dia ... airmata aku tumpah lagi malam tadi ...

then aku berdoa semoga aku dan husband pun akan kekal mencintai selamanya ... cuma, aku harap kami sentiasa sihat sampai ke akhir hayat ... esp. sihat ingatan dan akal fikiran. Cuma, semasa kami sihat ni, aku patut lebih menghargai kehadiran orang2 tersayang ..

mengingatkan itu, aku terus mendapatkan suami kat dalam bilik ... aku kejut dia dengan masih teresak2 .. dia bangun tanya kenapa .. terus aku peluk dia dan mintak maaf sebab ignore dia nak tgk Tentang Bulan tu ...

then aku kissed my kids' forehead ...

because i love them with all my heart!

...

Sunday 27 July 2008

anak-anak


Lydia semakin suka bergaya ... bila pergi sekolah mesti nak mandi dulu, dah tak nak mandi pagi kat nursery ... lepas tuh risau beno kat pandangan kawan2 dia ..

"mak, pagi tadi zikri kata scarf lydia tak cantik pun"

"mak, hari ni lydia nak pakai baju ni, nanti biar cikgu kata lydia cantik"

gitu le lebih kurang antara kata2 dia kalau balik sekolah or nak pegi sekolah ...nampak gaya kawan-kawan dah mula mempengaruhi dia jugak ... hmmm ... sampaikan kalau aku marah dia sket, sure dia kata,

"mak ni suka buat lydia, nanti, kalau lydia dah besar, lydia beli mentos mcm afrina, lydia tak nak bagi emak...lydia bagi kat bapak dengan idlan je.."

huhuhu ...



idlan at 5 months 17 days, 8.4kg ... dia sangat rajin senyum, tapi bila nk snap je dia takmo senyum ...


Posted by Picasa

Saturday 26 July 2008

On Gath @ Ayam Gols

Walaupun pada awalnya aku nak cabut awal drp ofis, so that aku sampai awal kat kedai tuh .. tapi bila bebudak nih dah wat kelas solekan plak, kali ni mauze jadik mangsa, model kelas le ... aku tunggu la kejap kononyer bebudak tuh lepas sesi mekap, nak turun ngeteh ke Jumpa Cafe kekdahnyer ...tapi tunggu punya tunggu, sampai ke sudah dorang x turun2 .. so aku kuar jek memandangkan dah pukul 6.30pm.



aku masuk SMART, pastu masuk NPE ... konfiden giler aku leh sampai kul 7 gitu ... grrr ..rupanya aku silap perkiraan .. bila aku masuk NPE from Sg. Besi, exit ke Pantai Dalam aku x akan jumpa .. melainkan aku ke arah Sg. Besi balik ... aku x perasan pun so aku laju jek bayar tol then terus jek ke arah PJ ... bila dah sampai Jln Klang Lama baru aku perasan ... urgh! so aku pun exit kat sunway ...masuk je federal ... JAMMED GILER!!! aku called Angah warning jgn balik dulu ... huhuhu ..


kul 7.40 kot baru sampai kat situ .... ramai plak attendees kali nih ... maklum le ratu delinn turun kan .. bagus dorang ni, aku sampai jek, sama2 dorang kata, CIKGU!!!! wakakak doa tuh, trima kasih ols! ekekek .. tapi dari kejauhan aku dah nampak kelainan seseorang ittew .. ekekek .. ngan uniform nyer ...aku memula mcm blur jek, siap tanya Kiah, Deo tuh pakai baju pinjam ke... wakakkakaka ... peace 'azrul'!!!!!!!!!! aku ckpkat delinn, cecepat le declare ngan deo tuh ... kan ke rugi kot awek johor kebas kang wakakakak! walaupun awek johor paling hot dah tak available, tapi ada la lagi kot balance2 awek yg suam2 kat JB tuh ... ekekeke ... sebenarnyer aku pun nak cakap ka deo mcm tu jugak, before cowok2 changlun kebas delinn .. ahakss.. itu oraits lagik, kalau cowok US yg kebas delinn, tak ke putih mata deo, seputih baju ko tu??


memandangkan aku sampai lewat, aku sambung je ayam yg dorang dah order and tak habis ... lapar giler so aku makan tanpa pandang kiri kanan .. depan pun aku tak berapa pandang ... Limah dok depan aku, sebelah dia Poii, aku siap x perasan Poii dah 5 bulan pregnant .. huhuhu poii kata kantoii x baca blog dia .. ye lahh .. last aku baca blog dia masa father's day tuh ..ahakss... habis, aku baca blog delinn jek dah habis waktu yg diperuntukkan utk baca blog ekeke...huhuhu...


Yam datang bawak scandal, yg umurnyer setahun jek muda dari aku, yet aku tgk mcm baru umur 25 ols! ahaksss .. dan sungguh sporting menjawab soklan2 bertubi2 drp limah delinn dan aku... yam plak yg seriauu .. terus cepat2 dia ajak scandal balik... sempat lagi tu member tuh souvenir gayung ngan baldi kat deo ... ini mcm,aku pon nk gak le berhijrah ..ekekeke


dalam kul 9 gitu mcm dah tinggal half jek .. elf, poii, waiem, nini, kong ngan kawan cL dah balik ... budak nk prepare nk ceramah dia .. alangz lak amik zura pastu datang balik... then tuan alang plak sampai... kalinih dia dah tak berapa diam kot .. dah boleh bertukar2 tempat mcm delinn gak.. ahakss ...then dia pun balik awal ...


afdzal lak dtg lewat ngan skandalnyer... ahakss ... dah kami yg tingal nih, sambung le gossip..aku dok sebelah OB, baru le leh sembang lama sket ngan dia ..rajin OB, chombi ngan siti join all the gath sessions .. cayalah ols! mek sujudsss ... cuma kali nih best sbb citer chombi ada peminat kuar .. actually aku yg missed the bus .. byk citer taggers aku tertinggal.. hampeh tul ..


sesi mcm biaser ler, lebih kpd usik mengusik antara jijo-deo-delinn-limah ... then selebihnyer, sessi update mengupdate .. sonok aku dgr citer delinn ngan new life nya as a tutor .. best dgr the way she handles her students .. caiyork! pastu turn aku plak kasik full report pasal interview dpli aku dan jugak kisah aku tukar kerja .. sampai terbatuk2 aku update story huhuhu .. tapi yg pasti, masa deo snap2, still kitorang sempat pose ...


dari satu story ke satu story, dari mkn ayam ke durian, ke kek, ke air bergelas2 ... masih tak mo balik memasing tu ...muka deo dh mamai habis, muka jijo dah mcm risau giler nak jawab kat bini ekekeke .. cL dah brp kali tunjuk kunci kereta kat limah, hint yg limah wat2 tak paham .. ekekek ... then bila alangz dan zura dah beransur, maka yg lain pun pandai2 la pendek2 kan citer .. kasik conclude sumer2 ... dan bersurailah semua bila jam dah menunjukkan 10.15 kot ... ekekekeke ...


sesi foto kureng sket sbb delinn punyer memory kad dah full... yg lain2 byk deo kot amik pic .. Wan mcm biasa jadik cameraman walaupon bukan kamera dia, tapi dia gak yg remind tak amik gambo ke kamera aku pon full so tak dapek nk amik pic2 menarik ...


lepas menapau seekor ayam tuk laki kat umah, aku pon mintak diri duluss ...

Thursday 24 July 2008

On DPLI

hi ols!

session yesterday turned unexpectedly for me. I went to the Ujian Khas Seni without any clue on what they gonna asked me to do as am applying for Rekacipta (2nd choice). I tak bawak pun any alat melukis since i bukan applied for pend. seni ... So i just attended ngan berbekalkan passion to be a teacher. Little did I know that Rekacipta is categorized under pend. seni .... all the candidates were asked to draw few objects gathered infront of us from our own perspective. Lucky jugak i still hv my pencils from MEdSI Test dalam beg, tapi i hv NO ERASER!! sbb anak i dah kuarkan dari beg ... Gosh! just imagine i draw jek tak padam2 ekekeke ... but somehow i managed to pinjam kat the guy sitted next to me .. thanks to En. Abu Bakar if he reads this forum :-) i owe u bro! nanti, kalau kita ada rezeki jadi classmate, i belanja u muinum ye??


habis jek drawing session, rupanya terus jek interview . I was shocked at first to know that. The session was supposed to be at 2PM ... so i thought adalah lagi masa for me to prepare .. urgh! tupanya dia teruskan ngan interview ... since my 1st choice is Biology, i mmg prepare biology thingy aje in case they asked me to demo ... plus I go through sket2 on general matters on teachings and current issues ...


Tawakkal ajelah, i was the 1st candidate to be interviewed. Like others, soalan2 are basically sama ..after few introduction questions in BM, he switched to english. ther inteviewers are chinese and indian. both lelaki. antara soalan:-

1. how do u relate ur degree and art?
2. how can u prove that u hv skill in art, when looking at ur degree is in IT and u didnt even take art during ur school (SPM), and i dont expect u to say that art is ur hobby.
3. do you know in depth about any art's technique
4. hv u done any artwork in ur life?
5. What do you do when u are suppose to help form 6 student who is very good in art, when u urself dont hv art skill?
6. Do u think anyone can be art teacher?
7. do you think that if the person with very good skill in art can also teach art?

NOTHING ON BIOLOGY!!!!!! I managed to answer all questions. I believe that questions must be answered no matter you hv the correct answer or not. Lastly, the chinese interviewer said:

"Actually we are testing your communication and you are good in it"

hmmm ... and the session ends with a color blind test. resultnyer, Aku tak color blind, Alhamdulillah ..

frankly speaking, if the selection is done purely on skillset for the subject, I can tell that its really hard for me to pass, but if its not, then maybe ada lah harapan .. whatever it is, i hv tried the best and just bertawakkal and do'a semoga ada rezeki for me ... kalau tak ada rezeki, i understand that and i redha if it goes to the more qualified teacher-to-be.

after the i'view i was surrounded by other candidates, yang tanya how it goes .. i kata i lega everything went on smoothly .. i ingatkan i kejap je kat dalam, rupanya dorang kata i lama kat dalam ..well, tak perasan pun lama, maybe sbb dok bercakap all the time kan ...i dont know if the interviewer satisfied with me or my answer ...


... but i give myself thumbs up! kekekekekke! what an experience!!!


Salam ...

Wednesday 16 July 2008

and my points are ...

1. Lately, senang sangat aku terlupa. Paling selalu, aku terlupa nak tarik ampaian kain before pergi kerja ... balik2 je husband dah sound sbb kain lembab bila hujan ... pagi tadi, aku hntr Lydia, sampai kat nursery dia baru perasan, aku lupa bawak beg dia ... so terpaksa lah aku patah balik ke rumah, then hantar beg ke sekolah dia .. hmmm ... takut gak kalau jadik pelupa nih ... ishh .. nmpk sangat jarang baca Al-Quran sebab tuh senang lupa ... takut jek tua2 jadi cepat nyanyuk ... aku tgk kat Oprah tu, muda2 dah nyanyuk ... ishh


2. pasal kerja, aku dah decide to stay, walaupun aku dah hantar resignation tender awal bulan ni. Kenapa? hmmm masanya belum lagi la kot for me to leave this company. itu je aku boleh cakap. Bukan sebab aku takut cabaran kat luar or bukan sebab aku takut nak join company *cina*pek, ... cuma, ada yg aku lom settle kat sini ...


3. But i am still trying my best for the DPLI interview next week. now aku tgh dok mengupdatekan diri sendiri ngan current issues, ngan general knowledge pasal kementerian pendidikan (aku cuma tau tan Sri Hishamuddin tun hussein onn tuh menteri pelajaran.. err.. betul ke tittle dia tan sri??? huhuhu) , tgh baca2 gak PIPP (yang honestly kalau tak kerana DPLI,, aku tatau pun apa makna PIPP) ... baca gak sket2 pasal biology sukatan form 4 and form 5 ... cuma, aku lom langsung belajar pasal autocad .. adeiiii!!! tapi akan berusaha bersungguh2!!


4.

Thursday 10 July 2008

kes semalam

sa

semalam,


sedang aku asyik mendengar lagu2 kat radio,


tiba2..


POM!!!!!!!!!!!!!!!!


alamak meletup sudah!




nasib baik dah kat area Klang ... so boleh le aku called husband,
and sementara tunggu dia datang, aku pun zasss ... menyerikan wajah sket ... so that masa motor dia sampai tuh, aku senyuuuummmm jek .. kasik sejuk hati dia ... and masa dia dok tukar tyre tuh, leh le dia menatap wajah aku yg berseri2 lagi fresh lepas touch up .. ekekeke!!


itu hasil aku ke klcc last thursday ... ahaks! bebudak nih le ... D, Sol and ede ... disuruhnyer budak kat MAC kaunter tuh make over muka aku ... hampeh! well, actually dah few days dah dorang dok guna dorang punyer touch up muka aku ... sabo jek la.. ada sekali tu, aku meeting, then kuar kejap.. gi kat meja, dorang pi touch up muka aku.. and aku masuk mtg balik.. budak2 dlm mtg room siap terpinga2 tgk aku bermake up bagaiii .... seswatuh jek ... tapi syok gak aku rasa... last2 aku terasa mcm nk ada aku punyer sendiri .. tuh yg berbondong2 ke klcc ... ekekekke! total damaged rm243 ... adussss! now nih nk isi minyak pun garu2 kepala... adeh ... kalaulah boleh isi minyak ngan lipstik ..kan best???

apa? muka aku lepas make over .. ala sama jek pun wakkaka .. harus makeup artist pun rasa kerja make up muka aku nih mencabar habis .. muahahaha! siap dia kata kat aku,

"senyum la sket kak"

muahahaha! kat opis boss aku pon pernah tegur, muka aku masam je .. hmmm aku jawab aku pun tak sedar aku masam .. naturally muka aku mmg cenggitu .. ekekeke!

Hari ini ...

Daripada pagi tadi try bukak website MOHE, nk tgk result DPLI 2009 tu ... failed manjang ... tadi, kul 12 lebih try lagi ... baru dpt bukak page ni ...



seramm giler masa masukkan IC tadi ... siap suh Zaza yg masukkan IC aku .. aku kata aku x mo tgk .. or nk tgk esok lusa aje ... aku kata lah aku seram giler and tak leh nk menerima kenyataan kalau tak lepas wkakakaka ... Diana pun tk saba2 nk tgk result aku ... ekekeke .. so last2 aku bgtau gak IC aku kat zaza soh dia cek ...



then bila tekan MASUK tu ... masa loading... tu .. aduh darah gemuruh siot! ekekeke .. kosserrr sangat ... then, this page came out!!!







Kitorang menjerit ramai2.. boleh??????? hahahahah satu opis toleh kat kitorang ... huhuhuhu ... aku rasa sangat happy ... cuma takbleh nk happy2 sgt sbb zaza tak lepas .. hmm tak pe zaza, ko muda lagik ko apply lagi eh.. cita2 kita nk jadik classmate akan maybe tukar, ko jadik junior aku ekekkekekekeke .. tuh dia ... padahal baru dpt pi interview jek bukan dapat enroll pun ...


tapi, adoiii .... kena plak attend ujian khas seni??? sebab 2nd choice aku rekacipta??? adehhhh!! seni silat aku ada le .. tak pun seni menyanyi karaoke?? seni tak tu??? uwaaa .. tertekan aku ... tapi sol kata, yg penting k.fara tunjuk passion tuh .. yup sol thanks aku rasa betul sgt tuh .. bagus kan dorang nih,, suppoter sungguh! tak sesia ada kengkawan cam tu ...


aku nk kena study hard lah .. bukan senang nk dpt chance nih kan ... aku baca forum2 kat net .. ada yg 5 tahun try baru dpt ke intvw .. so aku kenalah sgt bersyukur dah mencuba YANG TERBAIK (ayat AF aku pinjam) ...

u ols, doa kan aku .. aku pon teringin gak nk ngajo mcm delinn, walaupun aku tak dapat nk ngajo dengan mic ... huhuhu who knows later aku pun ikut jejak delinn, kan?


ok chow dulu .. aku nk google lagu 'Guru Malaysia..' nak menjiwai ekekek .. leh aku nyanyi lagu tuh masa itvw.. poyo kan?


chow ols!

Monday 7 July 2008

Melaka

Erect Engineering Family Day



last weekend kami ke Melaka ... kilang husband aku ada wat family day kat Sg. Linggi. First time aku ko Linggi .. aku salu imagine ni Linggi nih historical gitu, dek nama dia kan salu kuar kat buku sejarah kan ...

sabtu pagi kumpul kat rumah member dia ... aku tak perneh pun jumpa dengan member2 dia kat kilang baru dia ni .. so masa dia tanya aku nak join ke tak, aku dgn excited kata NAK! .. aku suka nak tau mcm mana lah orang2 yg bekerja ngan dia ... lagi pulak ni family day, lagi la best sbb dapat kenal ngan family dorang

Kitorang ikut jalan pantai, dari Teluk Kemang sampai lah ke Sg. Linggi ...aku ngantuk je sepanjang perjalanan sebab malam nya tak tido sangat, melayan idlan yg asyi nak susu jek ... sampai kat exit PD tu aku bangun sbb kereta berenti ... tunggu orang2 lain .. punya lama menunggu, rupanya 7 kereta lagi terlepas exit .. sabau jek la .. kemain letak ribbon segala kat ariel tuh ... still terlepas jugak ... tuggu punya tunggu, tak gak sampai2 lagi kereta lain, so 4 kereta ni pun teruskan jek perjalanan ... jumpa dorang balik dah nak masuk ke simpang Kampung Linggi ...

dalam kul 1, barulah sampai kat chalet tu ... tmpt yg kitorang pegi ni, actually private beach ... Rizahan Chalet .. so tak ramai lah orang .. best jek .. chalet plak tak la byk mana, so kitorang sumer dalam 11 families, mmg full terus chalet tu .. aku amik bilik ada aircond .. ok ler condition bilik dia ... area pun sesuai utk gathering sbb depan chalet ada kawasan lapang utk park kereta, and utk wat BBQ ... utk ke pantai plak, cuma cross the small road aje .. mmg best view kat pantai.. tak la sesak mcm telok kemang PD ... au dah kelaparan dah .. so hubby gi gerai tapau nasik n lauk ... memandangkan cuaca sangat panas, lepas makan, aku ngan anak2 tido .. tapi yg tido aku ngan idlan jek, Lydia tak tido dok main sorang ..nyanyi le, cakap sorang2 le ... hubby plak lepas lunch terus lepak ngan member2 dia ...


dalam kul 4 gitu husband aku ajak lydia gi kat tmpt dorng berkumpul tuk rebus ubi, goreng pisang, tuk makan minum petang .. semua2 tuh wat kat homestay .. sebuah rumah papan 2 bilik ... ada dapur sebijik le mcm umah kat kmpung ... lepas makan ubi rebus cicah sambal tumis, dorang beramai2 ke pantai .. aku lak masih kat bilik sbb idlan lom bangun ... dalam 5 gitu baru la aku ready2 nak ke beach ... sampai kat beach, dorang dah start main bola kat dalam air ... aku bawak tikar siap2 .. join kaum2 hawa melepak tepi pantai .. memandangkan laki aku orang baru dalam kilang, maka aku pun jadik org baru gak le di kalangan dorang .. tapi, aku rasa bangga gak aku berjaya memasukkan diri dalam group dorang ... ringan jek mulu aku menegur sorang2 ... actually kehadiran anak2 membantu gak pergaulan nih ... ada gak le topik nk bertegur sapa .. :-)

kaum2 adam lak, lepas dah letih berenang2 sambil main bola dalam laut, dorang sambung plak main bola kat pasir ... ada sekali tu, biola tuh straight kena kat pinggang aku.. adoi! sakit! pastu dorang tukar tempat main jauh sket .. Lydia plak khusyuk main ngan sand tools tuh ... then as usual, bila aku bawak idlan ke air, dia meraung tak hingat ... sabar jek lah!

lepas mandi manda ... masing2 prepare wat bakar arang tuk BBQ ... best sbb BBQ dekat depan chalet jek ... aku pun, masa idlan tido, sibuk2 gak le bersocial ngan kakak2 tu konon2 potong2 kuih ... wakkakaka kredibiliti laki kena jaga maa.. wakakaka! padahal aku potong sikit jek, cakap je lebih .. erkk.. mcm le tak biasa kannnn ... aku tetap aku maa..ke mana aku pergi, idok le aku rajin bab2 kat dapur nih ... huhuhu tak sesweiii!!!

malam, as usual, makan time! elok plak idlan tido jek daripada petang ... so aku makan dengan aman! huhuh .. ada gak sessi memberi cenderamata ... respek aku dorang ni ... planning tak sampai sebulan rasanya ... and rasanya management cuma laki aku ngan sorang lagi .. maklum le kilang kecik jek ... yg lain semua non exec.. tapi best giler dorang nih .. lawak2 belaka .. :-)

aku tak la stay lama .. dlm kul 10 aku dah masuk bilik .. terus tido! aku sedar2, kul 12 .. baru teringat pintu lom kunci .. tapi, bila aku intai, dorang tuh sumer masih borak2 lagik kat depan bilik ... so aku sambung tido balik ... kul 1 lebih baru le aku dgr husband aku masuk bilik .. puas la tuh gamaknyer borak huhuhu ..

pagi2 ke homestay, konon2 tolong2 prepare bfast .. ekekek .. then hamid sambung ke pantai ... aku stay jek dalam bilik ... amboi sakan enjoy laki aku tu aku kasik can jek ... lydia takmo ke pantai bila dia tgk air pasang ... kena la aku layan dia dalam bilik jek ...

kul 12 gitu baru kemas2 nak balik ... lepas amik group photo aku pun balik .. :-) aku kata kat laki aku, aku suka lah member2 kilang dia ... leh la ngam walaupun umur jauh beza .. ada yg pangkat pakcik makcik tapi ok jek borak .. lagi plak ramai jawa so layannn jek lah ekekeke!

Kitorang tak terus balik, tapi round2 bandar Melaka ... pekena asam pedas melaka dulu .. then shopping lite2 (tapi lebih 100 gak le total damage) ... pastu gerak balik .. aku drive kejap kasik can laki aku lelap sbb keletihan mandi laut ... sampai kat shah alam, kitorang stop, pekena roti nan cheese kat khulafa sek 7 ...


sekian ..

Wednesday 2 July 2008

Which way ...

It was my resignation letter i kept under my desk and the air frshner spilled over it. What does it means????


will blog about it, later ...

Popular Posts