Thursday 29 March 2012

..Dan keputusan nya ....

Salam ols..

OK. entry ni aku tulis, sbb aku dah bgtau kat entry semalam yg aku nak share result pertandingan bersyair tu.. ceh mcm le something so big kan.. well, IT IS for me.. so u just bear with me la ekkk... aku habis kan dulu yg ni, pastu kita bleh beralih ke topik2 lain... setuju? - heh!

ok.. smlm dlm kereta before sampai umah, aku dah berdebar habis .. and actually mula terfikir2 nk wat camne, nk cakap apa kalau keputusan tak berpihak pada Lydia.. ye lah.. takkan nak tunjuk muka kecewa kan? so dok le berfikir ayat2 motivasi.. so that dia tak give up and akan cuba lagi.. ayat2 yg nak bgtau dia, keberanian dia tu yg paling penting, pengalaman dia tu yg lebih berharga.. benda2 gitu lah yg aku dok susun dalam kepala..

sampai lah ke muka pintu.. lps bagi salam.. Lydia yg bukak pintu..

"so mcm mana pagi tadi?" - ha, tak menyempat kan..

jom ikuti seperti yg diceritakan semula oleh Lydia
----

Lydia sampai sekolah tu, Lydia tgk, wahhh.. besar lah sekolah ni... dataran dia pun besar dan berbumbung... sampai2 je cikgu shima belikan Lydia kuih.. tapi Lydia beli nasi lemak guna duit yg bapak kasik.. (amboiii.. kalau aku, nak masuk apa2 acara mesti takmo makan, takut sakit perut)

Ada 2 kumpulan.. setiap kumpulan ada 11 peserta (11 sekolah) ...
Lydia masuk kumpulan 1 .. dalam tu semua peserta perempuan.. dan ramai yang pengawas.. Lydia dapat kawan baru!! nama dia Irdina..dia darjah 2 jugak.. tapi Lydia lupa dari sekolah mana...
Dalam kumpulan 2, ada lelaki ada perempuan... (aku rasa diorang bahagikan kumpulan sebab nak jimat timing sbb ada 22 buah sekolah dalam Zon A tu - ok aku baru tau, anak aku dalam Zon A daerah Klang hahaha...)

Lydia kena cabut no. giliran, Lydia cabut, dapat giliran pertama... Cikgu shima yang berdebar...

Lepas semua dah baca, kena tunggu lamaaaa sangat.. sebab nak tunggu hakim kira keputusan... lama sangat sampai Lydia penat .. lain kali Lydia nak bawak buku cerita boleh tunggu sambil baca (amboii.. konfiden ada lain kali nampak?)

Lepas tu baru lah umum keputusan...mula2 ambik sijil utk semua orang ... mak tau tak.. ada sorang lagi nama dia pun Lydia Husna... tapi dia darjah 3... tak tau sekolah mana.. mula2 ambik sijil dia yg naik dulu sebab orang tu tak sebut nama bapak.. (aik?? ada rupanya nama sama.. sama kat Klang plak tu? sama Zone plak tu? hahaha)

lepas tu, orang tu bagi tau, ada 6 orang yang terbaik.. 3 org dari kumpulan 1, 3 org dari kumpulan 2. dia pun sebut lah nama.. yang mula2 dia sebut, Lydia Husna ... (hah? tapi aku takde expression la sebab Lydia ada dua.. adehhh) ... Yang naik ambik piala Lydia yang darjah 3 tu..  (oh ye ke.. ) sampai lah habis 6 orang, dia sebut nama Lydia tu sekali je.. jadi Lydia tak la dapat piala.. (ohhh ye ke.. ok aku dah nak mulakan aku punya ayat2 motivasi)

tapi, lepas tu cikgu Shima pergi tanya kat ketua hakim... Lydia Husna yang mana sebenarnya... barulah ketua hakim kata, Lydia Husna Hamid.. jadi, ketua hakim pun panggil Lydia sorang lagi, lepas tu tukar hadiah,,, ( laki aku kata, ni dah jadi mcm kes Anuar zain and Yuna masa AIM hehehehe. Silap pengacara la sebab tak announce nama bapak and nama sekolah.. ) ..

(jadi, keputusan sebenar, Lydia adalah antara 6 yang terbaik daripada 22 perserta..memang tak ada no. 1,2,3.. kat sijil and trophy pun cuma tulis TERBAIK. 

Alhamdulillah...)

Cikgu Shima kataa, hari isnin nanti lydia kena bertanding lagi, kali ni kat sekolah lain.. lawan ngan zon lain. (serious aku tatau kat Klang ada berapa zon. LOL. aku dulu kat Johor, mana pakai Zon sistem ni.. pakai cawangan.. memula peringkat sekolah, pastu peringkat cawangan, pastu peringkat daerah,pastu peringkat negeri)

OK, as summary, ni la aku pon amik daripada sijil dia :-

Pertandingan melagukan syair sekolah rendah (tahap 1)
peringkat Zon A
Anjuran Panitia Bahasa Melayu daerah Klang dan Pejabar Pelajaran Daerah (PPD) Klang

tapi aku tak tau lah 5 sekolah lain yang turut jadi terbaik.. apa2 pun, TAHNIAH kepada semua anak2 yang pastinya hebat2 belaka kerana boleh ke pentas dan mepersembahkan bakat :-)

dan of course, tahniah anakku.... i am proud of you.. tak kira terbaik atau tak..i could se u enjoyed the experience!!!! YOU GO GIRL! semoga jadik contoh utk adik2....inshaallah...






Wednesday 28 March 2012

*gulp

surat kebenaran

Lepas sebulan prektis ngan syair dia, hari ni adalah hari pertandingan. Masa aku menulis ni maybe dia dah balik.. tak sabar nak tau cerita dia.. walaupun ni bukan pertama kali dia keluar utk pertandingan .. tapi ini first time aku tak ikut.. Masa tadika dulu, parents kena ikut sbb pertandingan2 keluar dari sekolah buat hari sabtu..bila dah sekolah, normal la pertandingan buat hari sekolah, and pegi ngan cikgu je kan? :-)

aku pernah tulis nak cerita kenapa aku *gulp* bila dapat tau dia kena wakil sekolah utk pertandingan bersyair.. hehehee..

camni... sebelum dia dapat assignment syair utk sekolah kebangsaan, dia dah dikasik assignment wakil sekolah agama KAFA utk pertandingan bercerita.. pertandingan tu bulan april nanti, tapi ustazah dah kasik text awal2 lagi suh dia hafalkan..

dalam text cerita tu, ada byk elemen.. ada pantun, sajak, nasyid.. dan ada satu yg nampak mcm syair.. so aku assume itu syair.. so aku try la suh Lydia syair..

OMG.. masa tu, serious aku rasa dia mmg tak boleh bersyair! puas aku ajar dia lenggok2 syair.. tapi dia kaku habis! tak kuar sikit pun lenggok tu.. hehehee.. almost satu jam wat intensif.. last2 aku give up! hahaha last2 aku yg stress.. so bila stress tu, aku pandang dia lama.. aku pun ckp dlm hati, takpe lah..so aku peluk dia, and gelak instead of tunjuk muka sedih.. pastu aku suh dia tido...

so, tak lama lepas tu, dia bgtau yang cikgu kebangsaan plak mintak dia baca syair .. sbb tu aku *gulp hehehehe... aku mmg dah surender nak ajar ... tapi .. cam tak caya... few days lepas cikgu kasik text syair dia.. dia balik and bersyair depan aku.. amboiii.. eh, boleh la pulak.. i mean, tak de la sedap sangat tapi boleh la dia berlenggok tu, ada la bunyi syair tu .. hiksss.. maknanya aku le tak reti ngajo! hadoiii....

camtu le ceritanya... hihihihaaaa...

oh ye, pg tadi aku tanya dia masa hantar ke sekolah,


"Lydia, kenapa cikgu Shima pilih Lydia baca syair..."

"cikgu shima kata, lydia dah biasa masuk pertandingan sajak, bercerita, tapi tak pernah dlm syair, jadi cubalah kali ni, mesti boleh.."

"ohhh... ok.. buat betul2 ye.. mak do'akan Lydia boleh buat mcm cikgu latih"

lepas sebulan prektis, nampaklah improvement.. cuma bab nafas tu je yg dia susah sket... nafas kurang panjang.. so mcm seksa je nk habis kan lenggok hehehe... tak kisah le tu.. yang penting, aku nak dgr pengalaman dia pergi ke sekolah orang.. aku rasa dulu aku start wakil sekolah masa dah darjah 4... so dia ni darjah 2 pi sekolah luar.. not bad lah.. utk pengalaman... gitu...nanti aku update sini keputusan dia... kalah or menang, i'll share...




Tuesday 27 March 2012

sembang pagi suami isteri

pagi tadi hubby hntr pi kerja .. on the way tu hujan plak lebat mencurah so kiterang breakfast dulu pekena teh tarik mamak.. tapi aku pekena teh ais. ye, walaupun pagi dan walaupun hujan.. tekak tetap nak ais.. haihhh..

as usual bual2 kosong masa makan termasuk le tentang apa yg aku nk buat masa dalam pantang nanti...

aku bgtau dia kali ni aku nk betul2 jaga badan lah.. , kalau boleh nak jadi slim.. ekekek.. dia senyum senget. huh. so aku kuatkan lagi point aku supaya dia sokong aku..

"abg kena la support saya.. contohnya abg kena make sure sy tak minum ais, mkn berlemak dsb. abg kena gak make sure sy amik semua vitamin2 yg perlu...bleh ehhh???"

senyum senget lagi.

"betul ni bang... kali ni kena serious dan berdisiplin... manalah tau ini peluang terakhir dpt buat gini.. kot ler lps ni x pregnen lagi..."

takde lagi senyum senget dia. YES! nampak gaya menjadik point aku tu. aku harapkan at least dia kata OK...tapi pastu dia jawab..

"ada 1 or 2 lagi kan..baru le berbaloi beli mpv."

gulp.

hilang senyum senget dia, timbul gelak nakal dia..

grrrrrr...

pic: hujan yg turun masa kiterang sembang..

Monday 26 March 2012

tiba2 rasa kesal

oh tidak..hari Sabtu tu, aku tanya Lydia cikgu ada bagi homework tak.. dia kata takdex so aku mintak Lydia buat latihan pendidikan agama islam yg bapak dia belikan tu.. aku plak tgh online tgk resepi makaroni bakar..

masa dia buat latihan.. dia asyik tanya kat aku,

"mak ayat ni ada kena dengung tak.."

memula aku tgk, and aku jawab je lah takde ckp apa2...

tp lps tu mcm setiap soklan plak dia tanya aku.. yg aku ni pun nmpk sgt tak betul2 fikir, main jawab sbb kepala aku fokus kat resepi...

then aku tersedar.

so aku cakap kat Lydia..

"Lydia buat latihan tajuk apa?"
"tajwid. dia suruh tanda yg mana kena dengung"
"Lydia faham tak dengung tu apa"
"faham"
"lydia dah belaja belum topik ni kat sekolah" ye la aku takmo la dia buat benda yg dia lom belaja.. itu bukan revision namanya kan..
"dah belajar"
"so, kalau dh belajar.. mesti lydia ingat huruf apa bertemu apa yg kena dengung"
"lydia lupa"
"kalau lupa, tak boleh la terus tanya mak jawapan.. nanti sampai bila nk faham"

dia diam. dah ada riak nak nangis.

"Mana boleh buat latihan tak ada rujukan, Lydia. mak tak nampak pun ada buku teks atas meja? bila lydia lupa... mesti lah rujuk semula kat buku.. yg mana lydia tak faham kat buku, baru lydia tanya mak.. baru le ldia faham dan ingat.. kalau lydia terus tanya jawapan, tak faham nanti.."

aku membebel. dia bukak buku teks tapi diam je..

aku pun terus je fokus balik kat blog2 resepi..

dan berlalu mcm tu aje..

yg aku kesal sangat2 waktu aku menulis ni ialah..

aku tak semak balik kerja dia.. kesiannyaa... ntah dia faham
ke tak... ntah dia dpt jawapan ke tak... dia pun x de tanya apa2 tp aku risau kalau dia tk tanya tu sbb dia takut.. oh tidak.. sedih la aku ni.. huhuhu...

itu je lah...kekesalan aku...

Friday 23 March 2012

Idlan dan Tadika Cahayaku

aku nak story pasal Idlan la pulak. Idlan dah 4 tahuh, and start Januari hari tu aku dah masukkan dia dalam tadika Cahayaku. Sama la mcm kakak dia dulu, 4 tahun masuk Cahayaku.

hmmm.. camne eh nk cakap. aku memula tu assume yang Idlan ni macam kakak dia la jugak.. mudah gitu bab2 terima pelajaran sekolah.. mmg masa Lydia dulu aku tak de nak monitor sgt.. tup2 tau dia dah pandai baca masuk half year dia 4 tahun tu..

tapi dengan Idlan ni a bit tough. kat buku2 dia, byk message dari cikgu, "kurang lancar" gitu... so bila aku test kat rumah.. betul le, dia mcm agak lemah sket nak mengingat.. mmg kena byk bersabar dengan Idlan ni..not that aku compre.. of coz aku tau setiap budak ada peringkat berbeza.. lelaki and pompuan some more kan... mmg tak leh la nk pukul rata.. tapi apa2 pun, attention yg kita kasik tu.. takmo la sampai ada jurang . kot.. kan? hmmm aku ni nama je anak dah 3.. tapi bukan nya pro pun bab2 tumbesaran anak.. so aku ni more on kaedah.. eh jap.. nan  ado kaedah pun kaedahnyer dek nonn!! hahaha!

ok back to Idlan..

Tapi, yang bagus nya pulak, Idlan ni plak tak cepat putus asa.. dia jenis yang tak pulak bosan bila kita mintak dia ulang banyak2 kali.. malahan dia mcm sentiasa happy gitu bila kita ajak cuba lagi dan lagi...

so aku rasa, mmg kesabaran parents dan cikgu la yg utama..kena keep on supporting him.... 

hmm bila tulis pasal budak2 mula la aku rasa rindu je kat dorang.. sejak meja kerja dah bawak masuk bilik Lydia.. semua rajin plak berkumpul dalam bilik tu.. maklum le ada ekon ekeke.. dulu, meja kerja kat bilik buku (bilik yg ada rak buku, sbb tu aku panggil bilik buku.. LOL) - and bilik tu takder ekon and jauh nak dekat ngan dapur so bebudak ni lebih suka bawak kerja and buku2 pi kat ruang tamu yg akhirnya leceh aku nak kemas balik...

so bawak masuk bilik Lydia pulak ... nak sepah2 pun dalam bilik je ... letak buku2 sekolah Lydia, Idlan and buku conteng2 utk Fahren kaler2 bila abang and kakak buat kerja sekolah...

so aku pun join sekaki, parking kan laptop aku kat situ gak so while tunggu dorang wat kerja, kalau rajin aku pon online..tapi salunya aku tak rajin.. yg aku rajin ialah masa dorang wat kerja sekolah, aku  baca twitter baca novel atau baring2 atas katil Lydia layan Fahren pot pet2 .. bleh tahan gak si Fahren ni.. kalau aku atau kakak dia mengajar Idlan.. mulut dia pun follow.. contohnya, Lydia bgtau abang Lan,

"ok cuba bang Lan baca yang ni pulak.. "
so fahren pun menyampuk.. "abang lan, ni apa ni?.." sambik tunjuk tempat yg Lydia tunjuk.. dia ponnk jadik cikgu gak kekdahnyer..muehehehe!

lawak je tgk gelagat anak2 nih..aku relax sket la bila Lydia yg ngajo adik dia.. Lydia ingat lagi kot mcm mana dia belajar buku cahayaku tu, so dia pun ajar adik dia..

last2... ruang tamu plak aku ignore.. hahaha.. TV mmg jarang gila bukak.. dorang siap ngan kerja sekolah (kalau takde kerja sekolah pun dorang main2 gak dalam bilik dok conteng2 apa yg patut - which aku pon follow sekali dorang dok dlm bilik tu), dlm kul 10.. mmg dah bed time.. so terus la aku tidorkan fahren and idlan (Lydia sgt senang tido..) ... ngan aku sekali tertido.. so mmg tak bukak TV .. huhuhu..

la..campur aduk la citer aku ni .. ekeke..

tgk la nanti by akhir tahun mcm mana pencapaian Idlan.. hopefully dah boleh membaca lah.. senang sket bila budak dah pandai membaca ni.. lagi2 budak yg banyak tanya mcm Idlan tu.. dua hari lepas dia tanya aku,

"mak, betul ke kalau duduk asrama kita tak boleh balik"

"boleh la.. sekali sekala.."

"asrama tu apa?"

benda2 gitu lah.. so kalau aku leh kasik info thru pembacaan pun ok la jugak kan.. now ni bila dia tgk buku, dia kuar ler citer dia sendiri.. yg biasanya berkisar pasal oltromen walaupun buku tu gambo kucing.. huhuhu

ok dah .. lengkali aku coret2 lagi..

Thursday 22 March 2012

29th going on 30th - 4th pregnancy

hari ni rasa mcm nak menulis2 di sini... lama dah tak cerita, apa perkembangan terkini aku yg sedang berkembang ni :P hmm.. diam tak diam... i am in my 3rd trimester. Am in my 29th week (or in my 7th month) of my 4th pregnancy. sampai skarang aku kadang2 confuse dalam pengiraan bulan pregnancy. tapi aku refer kat http://www.baby2see.com dan dengan itu, aku men'declare' kandungan aku adalah berada dalam bulan ke-7. belum lagi complete 7 bulan. ada beza disitu ok?

so kalau orang tanya, dah berapa bulan? aku akan jawab, "dua minggu lagi, cukup le 7 bulan.." haa.. gitu..

aku dah terbiasa bila orang akan buat muka cam tak caya gitu bila aku kata umur kandungan aku. haihh.. sukar jugak jadik orang gemuk ni. LOL. komen paling biasa ialah "Eh.. tak nampak pun perut you.." dan setiap kali itu lah aku kena kasik jawapan yg sama, "a ah.. sebab badan i mmg naturally mcm org pregnen 6 bulan.."

mudah je kan? habis tu, nk jawab mcm mana lagi kan? :-) takkan nak tunjuk result scan tu kat setiap orang yg bertanya,, adeh..

last 2 weeks, rumah jiran cum cousin aku wat kenduri.. so siang tu aku dtg ler rewang ngan blouse biasa and slack jek.. bila malam baru le aku pakai baju panjang pregnen (sbb malas gosok baju kurung) .. masa tu ramai plak melopong dorang kata apsal siang tadi tak mcm pregnen? jawapan aku, sama seperti di atas... huhuhu... aku rasa aku kena ubah gaya jalan supaya jelas sikit ke'pregnen'an aku ni.. tapi aku salu lupa part nak control jalan tu... esp. bila rushing nak masuk komuter... huhuhu... tapi dua tiga hari lately nih, aku control2 lah jugak.. i must be fair to my baby.. kesian dia kalau aku terlari2 sokmo.. so now aku jalan sopan sket.. and aku pun rela melepaskan beberapa trip komuter yang sangat padat sebab takmo perut aku terhimpit2 terhenyak2 dok orang yang tak tau aku pregnen.. bukan salah dorang kan..

pastu, aku mmg tak selalu pakai baju pregnen.. tau kenapa? sbb baju pregnen, kalau dipakai bila perut tak besar sgt, adalah nampak agak weird ... and rasa tak selesa sbb mcm gedoboh sket sbb baju mcm x terangkat.. kerana itu aku masih selesa berbaju kurung..yg menyebabkan org pun dilema nk kata kau pregnen ke tidak.. kesian dorang.. ha, gitu..

ok, keadaan kesihatan aku so far? Alhamdulillah... sihat orang pregnen lah kan.. mana nak sama ngan sihat org tak pregnen.. letih2 badan, sakit2 pinggang.. perkara biasa la tu kan.. eh tapi aku rasa pregnen kali ni aku mcm tak kena attack ngan sakit bahagian bawah tu laa.. 3 pregnency sebelum ni... uwaa seksa nak tido noks... mmg bila nak tukar posisi tu, mesti kena duduk dulu.. takleh nak simply golek2 jek... mmg sangat sakit! tapi tidak kali ini.. saya sangat selesa bergolek2 semasa pembaringan..

hmmm.. ok, gatal-gatal kulit kat bahagian buku lali pulak, sama sebijik mcm yg aku alami masa pregnen kan Lydia... and ianya stop bila aku masuk 2nd trimester... selain dari tu.. mcm org pregnen yg normal lah... mudah mudahan kekal le smooth sampai baby lahir nanti...amin

alamak, bila dah masuk 3rd trimester ni, mula la otak berkira2 pasal nak shopping kan? dah le hari tu aku dah spring cleaning habis semua baju2 lama... ekekke.. baju2 baby lagi le dah tak ada sbb nya Fahren mmg pakai baju baby sampai lunyai... takkan le nk simpan utk adik.. kesyiannnn... tapi lom start shopping pun ... mood belum mari .. maybe akhir april nanti lah.. inshaAllah..

 apa lagi mau update? dah le dulu kot...thanks for reading uols! daa!

Monday 5 March 2012

Birthday Party 3 in 1 2012

Bulan lepas, dapat la jugak buat birthday party yg agak besar daripada kebiasaan utk anak-anak. biasanya aku beli kek, makan kat umah MIL atau makan kat umah mak johor... ada cousins dorang .. janji ada kek.. tapi kali ni saja lah nk lain sket.. selain daripada nk ikut trend.. LOL. itu mak dia la kan.. ermm so buat le party combine 3 dalam 1. hehehe... actually Idlan ngan Fahren memang beza seminggu je so mmg sepatutnya lah dicombinekan... cuma Lydia le yg aku awalkan sangat2.. hehehe..

sebab utama, dia anak sulong.. and aku lom pernah buat party (yg agak besar panggil org2 dtg makan) utk dia. So kalau aku terus buat utk adik2 dia, mcm tak fair la pulak..


tapi, aku tak nak la pulak tunggu sampai bulan august nak celebrate birthday dia dulu ... bukan apa.. August tu bulan yg busy kot. dah le bulan raya, lepas tu masa tu aku dan ada baby baru inshaAllah... so maybe kelapangan agak sukar dicari..


bincang2 ngan hubby, dia kata OK je lah buat awal2 tahun ni... sementara kitorang pon lapang, rezeki pun ada... so tu la yg datang idea buat 3 in one birthday party huhuhu...


well, Alhamdulillah.. dah selesai pun majlis tu.. thanks kepada jemputan2 yg sudi datang meraikan anak2 kami.. majlis tu amat bermakna sekali, esp. Lydia yg dah mmg faham semuanya.. mmg dia tunggu pun ... sejak last year dia dah tanya.. huhuhu now betul la apa yg hasben aku dok tahan2 aku sejak Lydia kecik.. dia kata tunggu lah masa yg sesuai kalau nk buat majlis yg agak besar... and bila dia setuju utk buat this year, he is absolutely right... and i can see why ..


Lydia adalah yg paling excited dalam perjalanan merancang majlis tui... semua yg kami plan, dia nak tau.. and dia seronok sangat bila mak and bapak diskas pasal party... antara yg kami diskaskan bersama dia (as in tanya pendapat dia) adalah, sapa yg dia nak jemput, food apa yang dia nak.. kek apa yg dia suka.. baju apa yg dia prefer ... walaupun last2 tak semua idea dia kita ambik.. tapi 80% dia join the discussions.


cuma 1 je lah yg dia agak keberatan.. panggil clown. hehehe.. aku mmg tau, Lydia ni, sejak kecik tak suka clown.. mmg tak pernah nak ambil port kalau party kawan2 dia ada clown.. tapi hari tu, aku tanya gak dia..

"Lydia, mak panggil clown ok tak.."
"hmmmmm... kenapa nk clown mak..."
"ye lah.. biar la kawan2 dtg nanti enjoy.. "
"Lydia tak kisah lah mak... "


aku ingatkan mmg dia tak kisah and dia pun akan participate.. huhu rupanya dia tetap dia.. so masa hari tu, masa budak2 lain enjoyed the clown's performance, dia dok dlm bilik.. tapi tak de la dia down ke nangis ke apa.. kebetulan ada plak geng dia tak minuat clown.. so dorang enjoy berborak... cuma at least, dia tak la nangis or takut kat clown.. hhhehhe...


Idlan, walaupun belum betul2 faham.. tapi reaksi dia yg excited bila sebut birthday party tu pun sangat menyenangkan hati aku.. dia tak la tunjuk sgt excited mcm kakak dia... umur dia kan.. dia follow je lah... cuma bila kakak excited, dia pon excited sama...


Fahren... hehehe... well.. dia mmg lom mengerti.. orang ramai sebab apa pun bukan dia tau kenapa... hehee... tak pe lah Fahren, nanti bila dia dah beso umur 7/8 tahun, mak buat lagi so dia faham dan ingat... inshaAllah..


hmmm.. seminggu before party tu, kitorang eksiden.. alahai memang mencabar sangat....tau jek lah bila dah eksiden tu kan.. kereta masuk workshop.. nak berjalan ke sana sini membeli barang2 pun terbatas... kaki hasben plak injured so mmg cam limited sgt... kalau ikutkan mmg nk cancel.. tapi kalau kansel, ntah bila nk buat kan? budak2 plak dah excited pasal tu.. cam kesian plak kalau pospon/kansel... so, proceed je lah...


kesimpulannya, aku sangat gembira, one of my project for 2012 dah terlaksana.. itu salah satu azam aku tu .. cewwahhh..lepas ni tatau lagi la bila nk ada besday party lagi.. aku tak rasa buat setahun sekali utk setiap anak tu sesuai ukt anak2 aku... hehehe.. sesekali ok lah.. selalu2 kang takut tak termampu plak.. :-)


jom lah tgk pic... sama je mcm yg aku share kat FB

terima kasih tak terhinggal utk ofkos lah suami tercinta, yg kasik izin nak buat majlis ni .. mmg syok bila dia pun join sekali wat planning.. and bila kau sajes itu ini, dia setuju.. sebabnya dia kata dah sampai masanya pun... Alhamdulillah ... seronok planning party ni.. lebih seronok sbb ada kawan2 gak yg support.. tolong2 survey on the party favors, and at the same time tolong3 kawan2 yg ada talent2 pelbagai.. leh la sama2 dpt.. win win situation gitu... kalau ikutkan keseronokan merancang, mmg nak sangat buat every year... tapi bila fikir kan kesan2 lain.. rasanya eloklah tunggu lagi few years..

so anak2 mak.. next year kita back to normal lah..potong kek besday sendiri2 je.. :-) yg penting, mak doakan semua anak2 mak akan sihat dan panjang umur dan berjumpa lagi besday2 akan datang.. semoga kejayaan milik kalian, anak2ku! amin...


























Popular Posts