Wednesday 31 May 2006

Happy Birthday!

Sabtu lepas, Zatil invite aku sefamily to his son's birthday party. Happy 3rd birthday adik Harith Arsyad!!!

Memang meriah dengan Thomas n Friends as the party's theme. hehehe .. Lydia macam biasa ler, bila dapat topi birthday tu, bukannya dia nak pakai, ada ke dia wat topi tuh macam telefon corong tu .. letak kat telinga, say hallo!!

Apa2 pun, thanks to Zat and Ayoi sbb sudi invite kitorang ... and majlis tuh pun dah jadi mcm reunion plak sbb ramai bebudak U yg dah lama aku tak jumpa, dtg time tu. :-) .. best!


 Posted by Picasa

Thursday 25 May 2006

Kesesakan yang terlalu bermakna

semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni.

aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut buat but he did not. aku tegut lembuuut.. aje, dia pun jawab baik aje .. tapi, jawapan dia leads to rasa tak puas hati aku, so aku balas balik ..masih kategori lembut, tapi tegas sikit, and worse, ada nada-nada kesinisan kat situ. sinis dalam lembut tapi tegas, ok tak? dan dia, menjawab dengan nada yang lebih tegassss lagi. membuatkan aku terdiam. aku pandang luar tingkap, dalam hati banyak idea nak jawab balik, jawapan yang aku tau boleh buat muka aku dan muka dia sama-monyok sepanjang perjalanan yang sesak itu.

dan aku buka mulut, dan aku tak percaya, sungguh ni aku tak percaya, dengan hati yang geram, yang penuh dengan perasaan tak puas hati, mulut aku berkata

"sorry bang" sambil mata pandang ke luar .. perlahan sangat aku bersuara..sebab ala2 terpaksa gitu,sebab dalam hati lain, yang terkeluar lain..

dia diam .. aku tak puas hati dia diam.. aku kuatkan sikit suara ... lembutkan tone, lenggokkan nada ..

mata pandang ke dia,

"abang, sorry ye?"

masa tu, dalam hati aku rasa betul2 lega, lega dan lega .. memang lain rasanya .. automatik aku tersenyum, serious babe, automatic betul .. aku tunggu jawapan dia ..

"tak nak" senyuman aku hambar semula.. baru nak tarik muka empat belas, dia sambung

"melainkan awak masak tomyam ke, mee bandung ke.." sambil tersenyum nakal ..

"abangggg!!!!!" jeritan manja gitu. sambil menumbuk genggaman ke bahunya. tumbukan sayang. sedikit bergenang airmata kelegaan.

dan kami sama-sama ketawa. Hilang semua perasaan marah.

betullah orang kata, kemaafan dendam yang terindah ...

dan kami redahi kesesakan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang.

Dialog kat bawah ni, kalau korang tgk drama TV, kan ada suara je dalamkesesakan tu kan? yang biasanya kuar bila citer dah dekat nak habis tu kan????? boleh imagine tak? - layannnn :-p

{tapikan bang, kan nanti ni kita ke rumah mak, makan kat sana, so tak de la tomyam malam ni ok?

ganti yang lain la..

apa dia?

...}

suara menghilang bersama kesesakan - lalu lintas

Monday 22 May 2006

Sengsaranya menanti!

Aku belajar perkataan 'awal bulan' tengah bulan' dan 'akhir bulan' daripada drama TV. Drama melayu ye. Maklum saja, pendapatan mak bapak tak mengira awal atau tengah atau akhir bulan. Setiap minggu kalau getah beku dipungut, dapatlah hasil, kalau kelapa sawit dijual, dapatlah hasil, kalau pisang terjual, dapatlah hasil, kalau kopi terjual, dapat lah hasil. Pendek kata, kalau nak hasil cepat, kenalah rajin membanting tulang tak kira masa ...

Tak hairanlah aku tengok ada orang kampung aku tu sanggup pagi-pagi buta 'menyuluh' untuk menoreh getah .. sebab, tak cukup time untuk diorang cover semua kerja ... tapi, mak aku tak pulak pernah keluar pagi before subuh. Mak kata malaslah nanti bila subuh terkejar nak solat pulak .. Better lah lepas subuh baru keluar ...

Aku ingat, masa sekolah rendah, sabtu atau ahad, sure mak suruh pungut getah yang dah beku kat cawan. Punyalah malas aku rasa time tu. Siap nak menangis-nangis, bangun muka monyok, kaki hentak2 sebab protes. Tapi, mak selamba je buat tak layan protes aku tu. So nak tak nak kenalah keluar juga ke kebun, berperang dengan perasaan dan berperang dengan nyamuk!! Balik rumah ingatkan dapat berehat, tak jugak .. sementara mak uruskan penjualan getah beku yang dah dipungut, kami kena pulak balik rumah masak untuk tengahari. Balik cepat2 gosok tangan dengan limau kasturi nak kasik hilang bau getah ... dah petang-petang, mak panggil, dapatlah upah sorang seringgit hehehe ... besarnya seringgit masa tu!!!

Paling best kalau musim mengopek kelapa ... bermalam2 tidur kat kebun, kat salai .. salai tu ialah pondok 2 tingkat, tingkat atas tempat mengopek kelapa, dan kelapa yang dah dikopek akan disusun, dan tingkat bawah pula api akan dihidupkan menyalai kelapa yang telah disusun di atas. Kat tepi salai, arwah bapak dah sediakan tempat yang boleh tidur untuk berehat sambil menjaga api, jadi kami tidur di situ sementara mak dengan arwah bapak mengopek kelapa ...

Jadi, awal bulan akhir bulan tu tak applicable pada parents aku lah (yang aku nampak). Kat TV aje aku belajar word2 tu, tak tahu pun yang word tu akan menjadi mainan kat bibir aku sekarang. hehehe .. Apa2 je aku ni, dah tak der topic la ni nak ditulis, lagi pulak poket tengah kering .. maklum la, tengah bulan ni kan ... hehehe ..ada paham??????

Aku now ni 'tengah bulan' ... menunggu hari nak 'akhir bulan' ... adoiii sengsara u ols!

Wednesday 17 May 2006

Lydia lagi

Aku masih nk share citer pasal Lydia ... kalau aku tak tulis, karang aku lupa pulak ... layannnn je la ok?

Macam biasa, balik kerja terus aje aku tuju rumah MIL. Masa sampai tu, Lydia tengah tengok TV dengan atuk dengan nenek. Bila je nampak aku, terus senyum lebar, terkedek kedek lari dapatkan aku, and salam. Hubby pulak saja menyorok belakang dinding, Lydia tercari-cari mana bapak dia, bila tak ada, aku tanya, mana bapak? Dia selamba jawab, apak abishhh!! - (abishh=habis=tak ada) ...

Hubby slowly panggil Lydia, apa lagi, terus lah Lydia menjerit apaaakkk!!!! dan berlari dapatkan bapak dia ... lepas je salam, terus cakap apak, Ya nak otom apak ... (bapak, Lydia nak dukung) - Macam tu la .. Lydia ni lebih manja dengan hubby banding dengan aku. Tapi aku tak kesah ... aku selalu ajar dia panggil bapak betul2, tak mahu pelat2 ... kalau slow mmg dia boleh cakap betul2..tapi, bila spontan, selalu hilang huruf 'B' depan tu ... Kadang-kadang tu, bila dia tengah sorang-sorang main, aku perhatikan .. dia sebut juga word2 yang selalu aku tegur dia pelat. ba...pak, ba....lik, sebijik macam yang aku dengan hubby ajar ..siap dengan intonasi.

Lydia suka main acah-acah. Tak tau mcm mana dia boleh ada idea nak mengacah tu, sebab aku rasa aku tak pernah acah acah dia ... paling kerap dia mengacah kalau time nak bersalam dengan atuk dan nenek. Bila dah dekat betul tangan dia, nanti dia tarik, dan lari jauh-jauh ... macam tu beberapa kali, sampailah aku terpaksa kata OK Lydia, mak ngan bapak balik dulu, Ya tinggal sama nenek ye? bye ... bila dengar aku cakap bye, barulah dia sibuk2 cakap, nak alik!!! cepat2 dia salam nenek ngan atuk. Lepas salam, dia sendiri cakap atuummm!(assalamualaikum) ... dia sendiri jawab alaammm! (wa'alaikummussalam) ... dan dia sendiri jugak cakap mmm aaa adhiii!! (esok datang lagi!)- sebab nenek selalu cakap mcm tu, so skang dia dah cakap sendiri tak payah tunggu nenek.

Rumah babysitter Lydia kat depan rumah nenek - babysitter tuh menyewa kat rumah sewa nenek, sbb tu nenek ambik Lydia dari umah babysitter dulu, sebab kami sampai biasanya dan nak maghrib. So, bila keluar dari rumah nenek, memang dia nampak rumah ibu (panggilan Lydia untuk babysitter tu). So wajib dia lambai rumah ibu (lambai rumah, boleh?) tu sambil cakap bye mbu, bye abamm (abang - anak babysitter tuh tua setahun dari Lydia) ....

Tapi, semalam, dia cakap bye ciktam .. ciktam tu adik babysitter tu. Aku kata la kat Lydia, Ciktam mana? Lydia jawab, cikTam nje, aik van .... (ciktam kerja, naik van)

Aku dengan hubby gelak sakan .. sebab, memang betul pun Van depan rumah ibu tu tak ada, van tu memang Van Ciktam tu, CikTam adik ibu duduk sekali kat rumah sewa tu .. tu yang kelakar rasanya sebab Lydia nih pandai bercerita pulak. Siap dengan angguk2 kepala tu. Lydia memang dah kenal bas, lori, van dan kereta. Hubby kata, lepas ni kita cakap jer brand kereta tu .. ada ke, mesti pening budak tu karang hehehhe .. tapi, ada sekali tu hubby tunjuk kereta wira, hubby kata, Lydia, tu Wira .. Lydia jawap, nte lah!! (kereta lah!) - word 'lah' tu bukan main clear lagi itu yang aku tak tahan nak gelak.

Malam tadi, hubby keluar jumpa member dia kat shah alam. Dia plan nak kuar Isnin malam, tapi aku mintak dia postponed sebab semalam aku nak tengok citer LOst, and aku takut tengok sorang..kalau ada dia, leh aku nyorok2 kat belakang dia part2 yang seram2 sikit tu. Itu yang malam tadi dia keluar, aku tengok cerita OC, so berani la tinggal berdua dgn Lydia.

Before hubby keluar, dia cakap dengan Lydia, Ya, bapak nak keluar ... Lydia salam hubby, sambil cakap .. apak, nak nje, Ya ame makkkk .... (bapak nak kerja, Lydia sama mak) ... Masa aku tengok OC, Lydia main guling-guling kat tepi aku. Kejap2 nanti dia tanya aku, mak wat apa? aku jawap lah tengok TV .. dia kata vivi apa? .. hehehe aku suap susu senyap terus. Masa aku khusyuk tkg TV tu, dia pun nyanyi sorang-sorang, lagu Teletubbies .. dipci, ala. pohhhhh ... ulang ulang .. aku ajak dia tidur dalam bilik, dia tak mau .. anak ndo ilek kata dia .. aku pun tepuk2 badan dia suh tidur depan TV, dia takmo aku pok pok .. dia kata mak mak mak aluuu atann .. (mak, garu, gatal) suh garu2kan tangan dia .. then aku bacakan doa tidur, dia amin kan ..lepas jek cakap amin tu, dia sendiri sambung, andaii Ya (pandai Lydia) .. aku pun ikut la dia cakap pandaii Ya .. and dia balas balik ..

Anndaiii mak .... sweet je aku rasa .. terus aku peluk dia...then dia terlelap ... aku angkat dia masuk bilik, aku pun terlelap sama, tak sedar pukul berapa hubby balik pun hehehe ..

Monday 15 May 2006

Lydia


Bila dah takder story, mulalah aku nak story pasal Lydia..

Masa baby, Lydia memang pendiam sangat-sangat. Muka bolayan saja kalau orang dok agah-agah kat dia .. jangankan nak gelak, nak sengih nak senyum pun susah ...

Tapi, sekarang tidak lagi! ... now ni, susah pulak nak tengok mulut dia diam. Becok lah anak dara aku sorang ni.



Friday semalam masa cuti wesak tu, pakcik belah hubby buat kenduri sempena pindah rumah baru .. seronok betul kan? muda2 dah puas hidup susah, buat kerja2 berat .. bila dah tua-tua .. buat rumah sebesar-besarnya, CASH! fuhhh .. best! aku ni taktau la mampu ke tak buat rumah cash walaupun time dah tua nanti ...

Selain kenduri sempena pindah rumah, kenduri 'mitoni' ... haa.. kenduri ni ialah untuk anak dia yang tengah pregnant 4 bulan .. Selain 'mitoni', ada jugak 'puputan' yang ni aku tak sure lah sama ada time 7 bulan pregnant ataupun masa potong jambul bila dah lahir .. tapi, masa aku pregnant Lydia dulu, family belah hubby rajin wat kenduri, 4 bulan kenduri, 7 bulan kenduri, anak lahir seminggu kenduri akikah dan puputan tu kot. Janganlah tanya aku apa makna 'mitoni' tu .. aku nih jawa tapi cetek pengetahuan jawa aku .. tapi, nasib baik aku kawen dengan hubby, sama-sama jawa .. walaupun jawa selangor dengan jawa Johor tak berapa sama, tapi still banyak persamaan.

Yang aku tau, Jawa pun ada nama-nama hari .. kalau ikut kalendar jawa, Lydia lahir pada hari Jumaat 'Legi'. 'Legi' bermakna manis .. selain 'Legi', ada hari 'keliwon', hari 'Paing', hari apa ntah lagi aku lupa dan setiap hari2 tu ada lah maknanya .. aku lupalah .. kat rumah mak aku kat Johor ada lah kalendar yang complete dengan hari2 jawa. .. Lydia ni sememangnya manis aje aku tengokkan. Manis muka dan manis mulut. hehehe ...

Siang jumaat, ada rewang. Hubby kerja, so aku follow MIL aku ke rumah Wak aku tu. Wak ialah gelaran kepada orang yang berpangkat pakcik atau makcik, yang lebih tua dari makbapak kita. Paman pulak, gelaran untuk pakcik yang lebih muda dari mak bapak kita. Bibik pulak gelaran untuk makcik lebih muda dari emakbapak kita. Itu kalau jawa selangor dan certain part of Johor ...kalau Jawa kat area kampung aku pulak, tak ada bibik ngan paman ni .. yang muda dari mak bapak, tak kira laki2 atau pompuan, Lek gelarannya(pronounce: macam mek (mek senah, lek senah) - cukup cukup ! sorry korang, terbukak kelas bahasa jawa pulak.

Sebenarnya aku nak cerita pasal Lydia lah. Masa kenduri tu ... betul2 dia jadi perhatian sedara2 .. mana taknya, masa orang sibuk potong bawang, kupas kentang, basuh ayam, mulut dia taaak berhenti2 tanya semua yang orang buat. ... dengan pelat2 dia tu, memang menggeramkan semua orang. Tapi, silap la sapa yang ada hati nak pegang2 cubit2 dukung2 dia tu .. dia umpama mawar berduri gitu. Boleh pandang, tak boleh sentuh .. sentuh kalu, harus keluar kenyaringan tangisan dia ... so, siang tu Lydia dah macam wayanglah, semua mata tertumpu kat dia ..

Memang seronok melayan Lydia. Masa cuti tak bosan. Kadang2 sampai tak tengok TV dok melayan Lydia. Sekarang ni dia tengah kemaruk bercakap dengan berayat. Fuh, tunggang langgang cakap dia .. semua dia nak jadikkan ayat. Sampai terbalik-balik cakapnya.

'Ya itat ambut mak' - Mak ikat rambut Lydia
'Ya atut atai mak' - Mak pakaikan kasut lydia

then, asalkan aku buat something, wajib tanya, 'mak, mak, mak wat apa tu mak?' sampai berkali-kali sebut mak tuh.

Petang semalam, aku ajak dia jalan kaki kat kawasan rumah, punyalah letih nak jawab solakan 'apa tu' dia .. bayangkan, setiap pokok kat tepi jalan dia berhenti, dan tanya apa ni mak ... bila aku kata pokok, dia tanya, pokok apa ni mak, bila aku kata pokok pisang, dia kata .. otok titamm..mmm ndappp - sebab dia suka makan pisang ...pastu dua tiga langkah, tanya lagi pokok apa ni mak, pokok rumput, rumput apa mak? rumput daun, daun apa ni mak?? aduhhhhh!!!!! hahahah ... dia tak kisah jawapan aku merapu, asalkan aku jawab, kalau tak selagi tu dia tanya same qtn. aduh anakku ... kalau aku dah malas nak layan, aku suh dia menyanyi .. so dia pun apa lagi ..kuar lafavorite song dia tu ..

Buai ajuuuu apaiii ... (buai laju2..sampai..) - dia nyanyi ikut suka hati dia jer ..
apa alammm ajuuu
tutumm une ine ...

Sebab itu sekarang, aku tak sabr2 nak balik rumah, nak borak2 dengan Lydia ..sebab dia nih leh tahan kuat borak nih hahaha ..layannnnnn!!

Wednesday 10 May 2006

Mothers Day

Minggu ni ada Mothers Day eh? Errmm .. aku ni mmg not that good in remebering mothers day ngan fathers day ni .. what i know, mothers day is in May and Fathers Day in in June. Betul ke ha? Jangan pulak kata aku tak sensitif (memang pun kot) pasal hari2 istimewa ni, sebab benda2 nih pun wujud time2 aku dah besar ni. Dulu-dulu, yang aku ingat cuma ada Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan hari Guru, and ada jugak Hari pengakap Sedunia kot. Ada kan? Aku pernah jugak jadik Pengakap masa sekolah rendah. Time tu kat sekolah rendah option tak banyak. There were only 2 options, either Pengakap or puteri islam. Mula2 aku join puteri Islam sebab macam dah tradisi pulak, pompuan PI, lelaki pengakap. Tapi, bila cikgu kata pompuan pun boleh join pengakap, berdesuppp semua nak join pengakap sebab banyak aktiviti, banyak camping dengan banyak lagu.

Berbalik ke Hari Ibu ni ... Seriously speaking memang aku tak celebrate yang macam orang-orang celebrate as in kasik present, or bawak melancong segala tu .. actually. family aku pun bukan modern mana .. even birthday pun masa aku dah besar2 panjang je aku gatal nak celebrate2 ni semua .. masa kecik2..aku tak ingat pun birthday aku sendiri .. sekarang ni pulak, awal dah ingat dok letak kat diary, hp semua and saja pulak ngada-ngada .. more to buat-buat lupa jek hahaha (dok mengharap suprise le konon.. nanti bila org wish, berlakon gini.."haaa?? laaa...birthday aku ehhh... lupa plak.." ishhhh c'mon la, geli kan? hahaha!!! )manusia beb! suka nak manja2 gitu kan ... layannnn jer! - Sekarang ni, reminder handphone orang pun aku letak birthday aku kehkehkeh!! aku pernah sekali suka2 hati jek letak kat dalam diary sorang mamat vendor aku yang dari India tu, aku tulis kat date tuh "Fara's Birthday' without his knowledge, ala2 curi2 gitu.. ala, bukan personal diary, more to note book utk mtg dia so dia mmg salu letak rata2, even selau ada kat meja aku maybe coz nothing personal in it. So aku ambik la kesempatan kan ... then kat hp dia pun aku letak jugak reminder gitu ... and masa berlalu pantas gitu, bila dia dah balik semula ke India, and then dia kena outstation ke Afrika ke mana ntah.. so last year, birthday aku, aku dapat call from dia lah, terkujat king kong aku, dapat call dari Uganda kalau x silap, dia called to wish happy birthday tgh2 malam buta .. hahahahha!!! dia kata, ada reminder kuar .. and baru aku teringat pasal perbuatan aku tu. Then satu lagi, dia terperanjat sgt masa dia bukak notebook dia time dalam meeting, ada tulis Fara's birthday gitu .. kahkahkah! kesiannnn ..

So, berbalik semula ke Hari Ibu ni tadi ... Lately ni, ada jugak lah aku wish mak aku, kenalah ikut peredaran kan.. taklah terasa guilty pulak .. pelik semacam je aku rasa, dia pun rasa pelik ..tapi, mak aku ni sempoi orang nyer ..dia memang pandai cover rasa kepelikan tuh, direct tanya aku, ucap2 aje, hadiahnya mana??? heheheh aku pun, dari kecik hidup ngan mak aku tu, dah belajar selok belok jawapan kepada soalan direct tu .. "mak, apa lah sangat hadiah2 ni ... yang penting kan doa hari hari tu kan mak?" heheheheh mak aku sabar je lah dengan anak dia ni .. actually dulu2, masa aku mula2 kenal birthday2 tu (dari kawan2, dari TV) ..aku pun soal mak aku, kenapa lah mak tak pernah buat majlis2 hari jadi macam anak2 orang dalam TV tu, hadiah pun mak tak kasik .. mak aku jawab la dia dok berdoa hari2 untuk anak2 dia, dok kasi makan hari2 tu, lebih dari hadiah tu .. ..tapi, masa tu kan aku dh besar, so actually aku faham sangat la situasi sebenarnya and aku pun tak pernah kisah langsung sebab aku tahu, takder semua2 tu pun mak sayang aku sama je macam mak orang lain sayang anak2 diorang .. and maybe lebih lagi, so, apa sangat lah present2, kek2 harijadi tu kan ... aku pelik la budak2 yg sanggup berperang ngan parents bersoal jawab pasal hari jadi segala ni .. macamlah kalau parents tak wish tu, parents dah abaikan kita (maybe ada kot yang mcm tu aku je tak tau) ... yang ada tuh sampai merajuk2 segala sbb parents gi kerja masa birthday dia..hishhh .. kesian parents tuh .. aku rasa nih kes budak2 yg terover manja la ni kot.

Tapi, aku ni tak der la seklassik mana pun .. walaupun pendirian aku sebenarnya kemelayuan betul, melayu yang tak modern- yang jenis tak kisah kalau orang tak tunjuk sangat perasaan sayang tu semua, tak kisah sangat kalau orang lelaki tak berapa ingat hari2 penting .. aiman tak kesahhhh..tapi dalam kemelayuan tu, aku nih adaptable sebenarnya .. tak der la aku terkongkong dalam dunia aku sendiri jer .. so, untuk anak-anak aku, untuk husband aku, untuk orang keliling aku, aku still wish, beri present bila perlu, buat majlis bila perlu .. Hopefully nanti, anak aku boleh berfikir sendiri .. asalkan aku tak mahulah fikiran dia terlalu terkongkong yang mana hari2 penting wajib ada hadiah, wajib ada majlis, kalau takder maknanya mak/bapak/husband/keluarga tak sayang .. harap2 nanti, anak2 aku membesar dengan pemikiran yang matang, yang boleh berfikir tak semua yang kita hajat kita dapat, tak semua yang orang ada kita kena ada, tak semua yang kita suka orang kena suka, tak semua yang cantik itu cantik dan tak semua tak buruk itu buruk.

Aku tak tau la aku ni tergolong dalam orang yang berfikiran matang mcm yang aku sendiri describe tu ke tak. Harap2nya iye lah .. Sebab kalau iye, aku paling nak berterima kasih kat mak aku lah .. dah tentu2 lah segala keperibadian aku ni, terbentuk hasil dari didikan mak aku .. well, maybe tak semua, yang jahat2 tuh aku absorb dari alam sekeliling .. yang basic2 tuh, dari mak aku .. yang baik2, .. Korang, still ingat ke nasihat2 mak kita masa kita kecik2, masa kita dalam perjalanan menuju kedewasaan ni? aku, taklah ingat semua pesan mak, tapi ada persanan2 mak yang memang lekat sampai bila2 .. ayat2/bebelan/pesan mak yang masa kecil aku tak berapa faham sekarang baru aku faham tu memang banyak .. contohnya,

Jaga Diri tu - Nampak simple kan??? Tapi, mak selalu kata awak tu perempuan, jaga diri betul2 .. dulu aku ingatkan jaga diri tuh maknanya jalan baik2, so tak jatuh gitu2 la ..Tapi, semakin aku besar, i guess, ertikata mak yang sebenarnya is jaga maruah la kan? masa kecik2 takkan mak nk cakap jaga maruah? lagipun macam besar sangat bahasa jaga maruah tu .. budak2 kecik kang banyak tanya, susah pulak mak nak jawab, being melayu dulu2, tak mcm mak2 sekarang yang open discussion pasal rahsia2 hubungan lelaki dan perempuan. So, to make it simple, tu yang dia guna jaga diri. Nasib baik dapat anak yang bijak menafsir macam aku hehehehe ...(peace! korang yg baca aku masuk bakul ni okayyy!!)

Sekolah kata sekolah, tak sekolah pun bla bla bla - ini mmg ayat glemer mak aku kalau weekend atau cuti sekolah. Kalau nampak kitorang melepak tgk TV or main jek masa cuti, harus kuar ayat tuh .. Sebenarnya dia tak suka tgk anak2 dia baring melepak depan TV, betterlah sapu sampah ke, masak ke, apa2 jek la kerja .. so, bla bla bla tuh bertukar la.. tapi 6 words pertama tuh mmg wajib .. sampai skang ni, kitorang kalau borak2 ..suka 'kena'kan mak balik, sebut balik ayat2 glemer mak..nanti mak senyum jek .. sure mak bangga anak2 ingat kata2 dia ..
Selamet - without failed!! sampai sekarang ... maknanya 'semoga selamat' ... mak sure cakap macam tu kalau anak2 dia memulakan perjalanan ke mana2 .. mak cakap pelan2 aje, more to bisik2, tapi aku dengar sebab kalau adik beradik aku ke mana and kebetulan aku tinggal ngan mak, she will say it ..so aku tau..kat semua anak2 dia dia doa mcm tu.

Budak2 kecik kan suka menyanyi kan? aku pun sama la ... and suara aku nih mmg tak payah pakai mike kalau nyanyi .. sampai mak aku tak tahan kot, so, selalunya kuar la ayat dia .. Haa..kalau lagu, cepat je hafal, cuba ngaji mak nak dengar sikit

Then bila time mengaji malam, kalau tak semangat je, time tu la mak fire, siang tadi bukan main ligat mainlah, nyanyilah, ni suruh ngaji sikit dah penat ... biasanya aku memang terus macam nak nangis or nangis jek .. bila nangis, mak bukan suruh berhenti, tapi kata, kalau selagi tak diam nangis, selagi tu tak sadaqallahulazim. ... So, nak tak nak, kenalah mengaji kuat2, betul2 tajwid dan tak nangis .. barulah mak diam ... :-) memang pandai mak psycho kitorang.

Kalau dah sampai, telefon ... Ini pun sejak rumah ada telefon masa aku tingkatan 4, sampai sekarang pesan mak yang ni tak ppernah tinggal ... in case anak2 tak telefon or telefon lambat dari time yg sepatutnya, satu lagi ayat glemer

Dah sampai tak telefon, mak yg kat rumah ni risau korang tak tau ... buat tak kisah je, nantilah kalau korang ada anak, baru tahu macam mana risaunya mak ni ... - hmmm... yup, memang betul pun ...

Banyak lagi tapi panjang sangat plak entry ni .. yang lain2 tu aku simpan je la... MAcam orang lain yang sayangkan emak, aku pun sayangkan mak aku ..

Selamat Hari Ibu, mak dan semua mak !!!

Friday 5 May 2006

Hah? Kat mana ni??

Tukar lagi?

Amacam?

Berani korang kata tak cun? Siap la sapa kata tak cun tu, tak sayang mulut tu, nanti korang, nanti!

Uwaaaa!! sebenarnya kan, kan, kan .. aku dah tersilap langkah la !! Aku nih tengok kawan-kawan tukar template, mula lah sesekali kurasa teringin aku datang ... konon2 teruja la nak tukar sama ... cuba punya cuba, tadak yg best lagipun tadak time nak play around ni ..so aku decide nak undo balik semula la kan ... sekali tuuuuu....

Adoi! habisssss semua template aku yang lama, aku nak click kat clear edit tapi ter, TER, TERRRR Click dekat save setting!!! uwaaaa!! uwaaa!!! sekarang ni aku nak kena plak list down link2 yg aku dh store dulu tu .. cis cis cissssss!!

hish! Geram ni, geram!

Thursday 4 May 2006

*** *** ***

Pagi-pagi lagi air mata aku sudah bergenang. Salam takziah aku ucapkan kepada SHJ, teman blogger yang aku kenali melalui tag Joe Perantau. Walaupun tak pernah berjumpa, aku rasa rapat juga dengan dia. Mungkin kerana aku kagum dengan ketabahan hidupnya. Dan sekali lagi, ketabahan hatinya diuji lagi.


Ketika aku sedang bergembira bersama keluarga di kampung pada hari Buruh lepas, aku menerima SMS daripada SHJ, bersama sebuah perkhabaran, pemergian ayah tersayang.


Hari ini, aku tergerak untuk membaca blognya. Dan seperti selalu, gaya penulisan SHJ sememangnya tidak pernah gagal untuk membuat aku membaca dengan penuk khusyuk dan tenang. Itulah kelebihan SHJ, walau dalam kedaaan apa sekalipun, tulisannya tetap tenang. Mungkin tulisannya menggambarkan dirinya.


Untuk SHJ, semoga tetap tabah ...

Popular Posts