Bila dah takder story, mulalah aku nak story pasal Lydia..
Masa baby, Lydia memang pendiam sangat-sangat. Muka bolayan saja kalau orang dok agah-agah kat dia .. jangankan nak gelak, nak sengih nak senyum pun susah ...
Tapi, sekarang tidak lagi! ... now ni, susah pulak nak tengok mulut dia diam. Becok lah anak dara aku sorang ni.
Friday semalam masa cuti wesak tu, pakcik belah hubby buat kenduri sempena pindah rumah baru .. seronok betul kan? muda2 dah puas hidup susah, buat kerja2 berat .. bila dah tua-tua .. buat rumah sebesar-besarnya, CASH! fuhhh .. best! aku ni taktau la mampu ke tak buat rumah cash walaupun time dah tua nanti ...
Selain kenduri sempena pindah rumah, kenduri 'mitoni' ... haa.. kenduri ni ialah untuk anak dia yang tengah pregnant 4 bulan .. Selain 'mitoni', ada jugak 'puputan' yang ni aku tak sure lah sama ada time 7 bulan pregnant ataupun masa potong jambul bila dah lahir .. tapi, masa aku pregnant Lydia dulu, family belah hubby rajin wat kenduri, 4 bulan kenduri, 7 bulan kenduri, anak lahir seminggu kenduri akikah dan puputan tu kot. Janganlah tanya aku apa makna 'mitoni' tu .. aku nih jawa tapi cetek pengetahuan jawa aku .. tapi, nasib baik aku kawen dengan hubby, sama-sama jawa .. walaupun jawa selangor dengan jawa Johor tak berapa sama, tapi still banyak persamaan.
Yang aku tau, Jawa pun ada nama-nama hari .. kalau ikut kalendar jawa, Lydia lahir pada hari Jumaat 'Legi'. 'Legi' bermakna manis .. selain 'Legi', ada hari 'keliwon', hari 'Paing', hari apa ntah lagi aku lupa dan setiap hari2 tu ada lah maknanya .. aku lupalah .. kat rumah mak aku kat Johor ada lah kalendar yang complete dengan hari2 jawa. .. Lydia ni sememangnya manis aje aku tengokkan. Manis muka dan manis mulut. hehehe ...
Siang jumaat, ada rewang. Hubby kerja, so aku follow MIL aku ke rumah Wak aku tu. Wak ialah gelaran kepada orang yang berpangkat pakcik atau makcik, yang lebih tua dari makbapak kita. Paman pulak, gelaran untuk pakcik yang lebih muda dari mak bapak kita. Bibik pulak gelaran untuk makcik lebih muda dari emakbapak kita. Itu kalau jawa selangor dan certain part of Johor ...kalau Jawa kat area kampung aku pulak, tak ada bibik ngan paman ni .. yang muda dari mak bapak, tak kira laki2 atau pompuan, Lek gelarannya(pronounce: macam mek (mek senah, lek senah) - cukup cukup ! sorry korang, terbukak kelas bahasa jawa pulak.
Sebenarnya aku nak cerita pasal Lydia lah. Masa kenduri tu ... betul2 dia jadi perhatian sedara2 .. mana taknya, masa orang sibuk potong bawang, kupas kentang, basuh ayam, mulut dia taaak berhenti2 tanya semua yang orang buat. ... dengan pelat2 dia tu, memang menggeramkan semua orang. Tapi, silap la sapa yang ada hati nak pegang2 cubit2 dukung2 dia tu .. dia umpama mawar berduri gitu. Boleh pandang, tak boleh sentuh .. sentuh kalu, harus keluar kenyaringan tangisan dia ... so, siang tu Lydia dah macam wayanglah, semua mata tertumpu kat dia ..
Memang seronok melayan Lydia. Masa cuti tak bosan. Kadang2 sampai tak tengok TV dok melayan Lydia. Sekarang ni dia tengah kemaruk bercakap dengan berayat. Fuh, tunggang langgang cakap dia .. semua dia nak jadikkan ayat. Sampai terbalik-balik cakapnya.
'Ya itat ambut mak' - Mak ikat rambut Lydia
'Ya atut atai mak' - Mak pakaikan kasut lydia
then, asalkan aku buat something, wajib tanya, 'mak, mak, mak wat apa tu mak?' sampai berkali-kali sebut mak tuh.
Petang semalam, aku ajak dia jalan kaki kat kawasan rumah, punyalah letih nak jawab solakan 'apa tu' dia .. bayangkan, setiap pokok kat tepi jalan dia berhenti, dan tanya apa ni mak ... bila aku kata pokok, dia tanya, pokok apa ni mak, bila aku kata pokok pisang, dia kata .. otok titamm..mmm ndappp - sebab dia suka makan pisang ...pastu dua tiga langkah, tanya lagi pokok apa ni mak, pokok rumput, rumput apa mak? rumput daun, daun apa ni mak?? aduhhhhh!!!!! hahahah ... dia tak kisah jawapan aku merapu, asalkan aku jawab, kalau tak selagi tu dia tanya same qtn. aduh anakku ... kalau aku dah malas nak layan, aku suh dia menyanyi .. so dia pun apa lagi ..kuar lafavorite song dia tu ..
Buai ajuuuu apaiii ... (buai laju2..sampai..) - dia nyanyi ikut suka hati dia jer ..
apa alammm ajuuu
tutumm une ine ...
Sebab itu sekarang, aku tak sabr2 nak balik rumah, nak borak2 dengan Lydia ..sebab dia nih leh tahan kuat borak nih hahaha ..layannnnnn!!
anak ....amanah Allah
ReplyDeleteComelnyaaa......Lydia...
ReplyDeleteaa ape alam aju.. tutum une ine..(betul ke fara...muahhhha ahhhh)
ReplyDeleteThat sweet moment will be remembered till the day you cradle your grandson/daughter
ReplyDeletepawaka: yep, mudah-mudahan dapatlah aku jaga dia dgn baik.
ReplyDeleteHanum, hehehe ...budak2 kecik mmg comel
anon (sapa ni?) - err.. hahaha dalam baju ada apa kalau bukan bunga cina ek? (muahahahaaa)
Lord, Hari2 dengan anak mmg manis2 belaka ... hope kekal manisnya.
Walaupun aku dah citer kat ko....aku nak jugak ko ingat....pasal ahad (Mothers Day) tapi anak aku bisik kat telinga aku masa mlm ... mummy 'Happy Birthday to u'.....best moment
ReplyDeletecomelnye Lydia..dah pandai cakap yerk...pelat2 pun pelat lah tapi pandai betul dia menanya soklan...semoga ko dapat segala soklannye ek fara..hehehehe
ReplyDeleteEllyn: terharu kan bila budak2 kecik buat suprise? sbb mcm innocent gitu
ReplyDeleteAdok: Cakap banyak Lydia tu, cuma gigi je sikit....
anak aku pun bole tahan mulut dia, letih nak menjawab soalan,merapu, menyanyi pun dia jugak, yg best tu hubby siap ugut, kalau bising lagi nanti polis datang, senyap kejab, pastu sambung bising balik!
ReplyDeleteNoha, hehehehe .. kalau polis datang betul2 mama yang gabra tu nanti ... betul la kot org kata anak pompuan nih keletah banyak ...
ReplyDeleteJawa Johor!
ReplyDeleteSahhhhh..aku tak salah orang kahkah..
Bape umor Lydia ni? wah pandainye cakapppp ihihih.. kena menuntut ilmu tangkis soalan ni, Fara ..