*** *** ***
Pagi-pagi lagi air mata aku sudah bergenang. Salam takziah aku ucapkan kepada SHJ, teman blogger yang aku kenali melalui tag Joe Perantau. Walaupun tak pernah berjumpa, aku rasa rapat juga dengan dia. Mungkin kerana aku kagum dengan ketabahan hidupnya. Dan sekali lagi, ketabahan hatinya diuji lagi.
Ketika aku sedang bergembira bersama keluarga di kampung pada hari Buruh lepas, aku menerima SMS daripada SHJ, bersama sebuah perkhabaran, pemergian ayah tersayang.
Hari ini, aku tergerak untuk membaca blognya. Dan seperti selalu, gaya penulisan SHJ sememangnya tidak pernah gagal untuk membuat aku membaca dengan penuk khusyuk dan tenang. Itulah kelebihan SHJ, walau dalam kedaaan apa sekalipun, tulisannya tetap tenang. Mungkin tulisannya menggambarkan dirinya.
Untuk SHJ, semoga tetap tabah ...
Thursday, 4 May 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
salam, kalau korang tengok jalan Tun Razak punya kesesakan lalulintas masa peak hours ... mcm tu la kesesakan meja aku ni ... mcm tu la juga...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
aku penatlah. aku penat sebab aku banyak kerja lah. itu alasan tak jujur sebenarnya. Yang jujurnya, aku penat fikir apa nak update dalam blo...
Fara... thanks for being my lovely frenz. Apa pun maaf juga sebab lambat inform tentang bapak Ija meninggal dunia pada malam Jumaat 27/04/2006. Alhamdulillah bapak pergi dengan tenang dan kami sekeluarga redha dengan hakikat ini. Insyaallah kami akan tabah.
ReplyDelete~shj~