*** *** ***
Pagi-pagi lagi air mata aku sudah bergenang. Salam takziah aku ucapkan kepada SHJ, teman blogger yang aku kenali melalui tag Joe Perantau. Walaupun tak pernah berjumpa, aku rasa rapat juga dengan dia. Mungkin kerana aku kagum dengan ketabahan hidupnya. Dan sekali lagi, ketabahan hatinya diuji lagi.
Ketika aku sedang bergembira bersama keluarga di kampung pada hari Buruh lepas, aku menerima SMS daripada SHJ, bersama sebuah perkhabaran, pemergian ayah tersayang.
Hari ini, aku tergerak untuk membaca blognya. Dan seperti selalu, gaya penulisan SHJ sememangnya tidak pernah gagal untuk membuat aku membaca dengan penuk khusyuk dan tenang. Itulah kelebihan SHJ, walau dalam kedaaan apa sekalipun, tulisannya tetap tenang. Mungkin tulisannya menggambarkan dirinya.
Untuk SHJ, semoga tetap tabah ...
Thursday 4 May 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Nasib baik le makin banyak dah kedai makan tumbuh mcm cendawan kat area rumah saya. Senang sket tapau dinner or makan situ terus. Ada banya...
-
Weekend panjang semalam ni uols buat apa? iols balik Johor tapi bukan balik Batu Pahat. We went to Kluang and visited our school. Tak ada la...
-
KSIB - kumpulan sokongan ibu-bapa. satu unit bawah PIBG yg berfungsi membantu pihak sekolah dalam meluaskan lagi sarana ibu-bapa di peringk...
Fara... thanks for being my lovely frenz. Apa pun maaf juga sebab lambat inform tentang bapak Ija meninggal dunia pada malam Jumaat 27/04/2006. Alhamdulillah bapak pergi dengan tenang dan kami sekeluarga redha dengan hakikat ini. Insyaallah kami akan tabah.
ReplyDelete~shj~