Wednesday, 29 June 2016

Iftar Rebanamaya @ Cubhouse Bangi

Clubhouse?

hahaha bunyi mcm serious je. seriously korang ni kelab apa sampai ada clubhouse bagai? maybe itu la yg org akan tanya. Well. hihi.. Clubhouse tu merujuk kepada rumah Arc&Razi, rumah pertama dijadikan tempat gathering kami (non-kedai makan). kami pilih rumah dorang sbb both of them were readers and bloggers yg kami kenal dalam blog Joe tu.

Plan to have iftar ni mcm agak last minute jugak. Rasa mcm dah lama tak gath time buka puasa, and dah lama tak jenguk clubhouse. hehe rumah tu mmg feeling rebanamaya sungguh! banyak sangat gathering dah buat kat situ. Bila lama tak jenguk, rindu! maybe its because of tuan rumah yang selalunya sangat baik mlayan semua kerenah tetamu, seriously! Thanks Arc (nama dia Azlina actually - Arc was her nickname masa chat kat tagboard (cbox) blog Joe dulu - and mine was tgazfa. 

Lama sangat dah, it was back in 2005 or 2006 when we started chatting in there. #missingthosedays
bila tgk my old entries (yep, still this blog), 2006-2007 paling banyak activities dengan diorang. Ada yang dapat jodoh jugak from our friendship.. seronok betul..

Actually sealu jugak jumpa few of them, mcm Delinn, Angah, Arc, Poii tu mmg selalu la jugak jumpa, borkak2 and minum kat Nu Sentral.. tapi tak sama lah dengan buka puasa huhu.. meriah dia lain machiammm! Suprise gak lah sebab Joe bleh join. Rupanya ALangz yg dok Kuantan amik Joe kat Cherating and bawak dtg clubhouse. Lepas isya' dorang gerak balik ke Pahang sebab khamis kerja. THANKS UOLS! (Joe bawak ikan patin pais ya Allah sedapnyerrrr...)

Aritu pot luck aku bawak ketupat palas ngan rendang ayam jek. ketupat palas tu aku mmg dah ada yg frozen beli dari classmate kelas arab aku.. rendang pulak, aku plan nak masak tapi tetiba dapat jemputan attend meeting KSIB kat sekolah so half day gone kat meeting. Seb baik sangat husband offer nak masak rendang tu dengan MIL hhuhuhu.. so balik tu aku just beli ayam.. lepas tu goreng jek sbb rendangnya MIL ngan husband masak.. kira mcm tumis darat lah.. ayam masuk kemudian huhu..





Group photo antara yg turned up. paling syok sebab semua anak2 dah besar.. antara budak yg sentiasa ada masa gath sejak 2005/2006 ialah Lydia lah.. hahaha.. daripada dia kecik sampai dah beso. Alhamdulillah friendship remains..






Saturday, 25 June 2016

Kumpulan Sokongan Ibu-Bapa (KSIB)

First time dengar pasal KSIB ni masa hari penyampaian hadiah akhir tahun 2015 lepas. Masa tu cikgu edarkan borang untuk semua ibu-bapa isi, dan daripada apa yg parents isi dalam borang tu, pihak sekolah akan pilih beberapa orang ibu-bapa yang akan dilantik sebagai anggota KSIB. Tapi masa tu tak amik port sangat lah. Basically dalam form tu kita bagi tau tentang latarbelakang pekerjaan dan sebarang kepakaran yang kita boleh salurkan kepada sekolah. Sebarang kepakaran lah. Motivasi ke, bertukang ke, menjahit ke, memasak ke... anything yang kita rasa kita boleh memberi sumbangan kepada sekolah.

Tup2 last 2 weeks Lydia bawa balik surat dari sekolah, nama naik untuk jadi aggota KSIB.. and kena hadir taklimat kat sekolah masa cuti Nuzul Quran yg lepas baru2 ni.. ada dalam 10 orang KSIB yg baru dilantik untuk mencukupkan keseluruhan dalam lebih kurang 30 KSIB. KSIB ni kumpulan sokongan yg menyokong both Sarana sekolah dan Sarana ibu-bapa. Sarana sekolah is apa yg sekolah perlu sediakan bagi membantu pelajar .. sarana ibupaba pulak apa yg ibu-apa perlu buat untuk membantu pelajar. Contoh sarana ibu bapa:-
- Menyediakan ruang belajar yang kondusif. Bukan le paksa kena ada bilik belajar. kalau takde bilik belajar, kat mana2 yg anak tu guna utk belajar mesti dalam keadaan yg kondusif contohnya kalau meja makan, lepas makan tu kemas lah dulu meja makan supaya bleh jadi meja belajar pulak. gitu le.. 
- sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak
- kesedaran pentingnya ganjaran dalam membantu anak-anak (ganjaran bukan mesti berbentuk barangan atau kewangan.. boleh juga berbentuk pujian dan sebagainya..

itu antara contoh sarana ibu-bapa le... bleh google to get more info kot.. huhu.. aku lom sempat google pun.. ini ikut apa yg aku fahan masa pengetua bagi ceramah kat majlis penyampaian hadiah last year. LOL.

And back to KSIB, dia menyokong both sarana sekolah dan ibu-bapa. Dia mcm sub kepada AJK PIBG tapi AJK PIBG mcm the whole year kena bertugas sementara KSIB ni hanya dipanggil untuk membantu dalam hal-hal tertentu jek. at least itu le yg aku faham hihihi...



Bilik Gerakan sekolah, tempat meeting berlangsung. 

Taklimat aritu adalah untuk menjayakan Hari Karnival Sihat Ceria 2016 yg akan berlangsung kat sekolah pada September nanti, sejurus selepas UPSR tamat. Dengar detail plan yg pengetua dan YDP PIBG tu, aku lak yg teruja. Selalu tgk kat sekolah anak org lain je kali ni sekolah anak sendiri pulak wowwwiiee mesti best!

Dari kiri: salah seorang contractor utk Karnival, SU PIBG Ust. Khairul, YDP PIBG En Ramzam, Pn pengetua Pn Hajah Rozita dan NYDP PIBG Pn. Azlina

Next meeting will be on July.. little did i know i bleh teruja to involve dalam aktiviti sekolah (selain hari penyampaian hadiah dan hari menandatangi buku laporan murid).. hehehe.. maybe next year I shld try to become one of the AJK PIBG ekekekkee... well, dah 6 tahun anak kat situ uols, mana le aku tak makin sayang sekolah tu huhu.... kalau anak2 lain pun sekolah situ, maka muka aku kan berulang-alik ke sekolah tu sampai tahun 2026 nanti (Dyan darjah 6) in shaa Allah... tak de lain aku nk tgk melainkan untuk tgk sekolah tu improve dari masa ke semasa dari segi performance pelajar, guru dan prasarana sekolahnya.


Habis meeting kul 12.00, selfie sat.. syukur le ada mak kepada classmate Lydia yg aku selalu jumpa and borak masa hari sign report card so ada le geng huhu.. lepas meeting tu aku terus gi pasar beli ayam nak wat rendang, nk bawak gi pot luck rebanamaya.


besaqnya muka ku ekekeke....

Monday, 20 June 2016

Berpuasa di Batu Pahat

Hujung minggu semalam ni, ada peluang balik kampung. Kali ni memang betul2 balik kampung as in rumah kami yang takda orang duduk tu. Selalunya kalau balik Johor kiterang akan ke Kluang rumah kakak, Tapi kali ni teringin sangat nak berbuka dan bersahur kat rumah mcm masa arwah emak ada lagi.. 



Sampai rumah around waktu Zohor, kali ni aku, adik aku Midy dan abang An balik. Abg An plak dh ready sesiap beli barang2 nak spring cleaning. Actually memang wajib buat spring cleaning pun maklum la rumah dah lama tak de orang duduk. Segala jenis habuk ada. Nasib baik tak jumpa bangkai Cik T .... so ok la just sapu habuk lepas tu basuh semua ruang.. kecuali rumah atas jek tak basuh sbb lantai papan tu kami pakat buang je tikar getah yg ada (tikar dah lama sangat pun) dan ganti dengan tikar getah baru.. terus rasa berseri semula rumah tu.. of course banyak lagi kena buat untuk kembalikan rumah tu mcm masa emak ada.. kalau emak ada mesti dia suruh lap/basuh dinding dan lap cermin, turunkan langsir dan sebagainya tapi kami tak la buah semua tu sbb buat yg wajib jek .. lantai memang wajib la sebab nak duduk tidur makan semua kan.. happy betul dapat gotong royong macam tu.. next weekend my kakak Shila pulak nk balik katanya and sambung kemas bilik2 dan lain2. Unlike me (the follower), she always knows what to do.. dulu masa emak ada pun, kalau bab2 deco mmg emak serah kat dia jek. of course masa emak larat, semua emak buat sendiri and emak pun berbakat deco. well too bad tak menurun kat aku ekeke..

Habis semua dalam kul 5, just the right time nak gi bazaar ramadhan pulak. Memang sengaja tak nak masak sebab dah letih spring cleaning .. plus tak nak simpan bahan2 yg lebih tu karang.. lagi stu sbb mmg nak tgk pasar ramadan kat kampung.. rindu nk tgk pekan Senggarang yang klasik tuh hihihi.. nak dekat maghrib tu, kakak sulong yg kat kluang tu (we called her kakak) datang dengan anak2 dia dan cucu2 dia 3 orang tu.. Alhamdulillah meriah sangat waktu berbuka tu.. mcm masa arwah emak ada.. Tapi Kakak balik lepas berbuka sebab Ahad dorang kerja kan.. So kami la bersahur malam tuh masak sardin ngan goregng telur je tapi meriah mcm buka puasa lah kan of course..


Ahad, semua pakat kuar pi bandar Batu Pahat. hihihihi.. aku gi BP Mall shopping raya. Memang BP Mall la tmpt pilihan aku shopping baju raya anak2.. supermarket dia Pacific atau dulu dikenali dengan The Store. ekekeke klasik!


Malam tadi lepas isya' baru lah semua orang gerak balik ke rumah memasing.. Masa tinggalkan halaman rumah tu, dah gelap je semua.. sayu pulak.. semoga hari raya nanti dapat kumpul semua adik-beradik kat rumah ni lagi... walaupun selalu kumpul, tapi kalau kumpul kat rumah ni mmg lain feeling nya.. rumah tmpt kami membesar dengan arwah emak dan arwah bapak. 


Al-Fatihah untuk kedua ayahanda dan bondaku, Ya Allah, kasihanilah mereka, luaskanlah kubur mereka, jauhkanlah mereka dari fitnah kubur dan seksaan api neraka.. tempatkanlah mereka bersama dengan para solihin dan tempatkan lah mereka di syurga tertinggi.. jodohkan lah mereka bersama di syurga, jodohkan lah kami bersama mereka disyurga...amin ya Rabbal 'alamin..