Posts

Showing posts from September, 2009

Aku Suka Sambut Hari Raya di Batu pahat

Image
Salam Aidilfitri lagi! :-) entry lepas aku citer pasal ketupat eh? huhuhu .. this entry nak citer lain plak, tp still lom habis lagi raya aku, okeh?



Arwah bapak cuma 3 beradik ... Sejak arwah meninggalkan kami lebih 24 tahun yang lalu, kedua-dua pakcik aku (gambar) sudah kami anggap sebagai ayah kami sendiri.

Wak Ajis (kanan) ialah abang sulong arwah .. sementara Acik (kiri) adalah adik bongsu arwah. Wak Ajis tinggal di kampung yang sama dengan kampung aku di Batu Pahat, sementara Acik tinggal di johor Bahru.

Sejak arwah bapak tiada, sudah menjadi kelaziman kepada kami sekeluarga, untuk berkumpul dengan wak Ajis dan anak-anaknya di awal pagi hari raya, sebelum solat hari raya, untuk bersama-sama bertakbir dan bersalam-salaman ..Wak Ajis ada 8 orang anak, lebih 50 orang cucu dan lebih kurang 10 orang cicit ... Dengan keluarga yang begitu besar, pagi Aidilfitri kami sangat meriah lebih2 lagi bila sesimemberi duit raya bermula ... (kiraan bilangan cucu cicit wak Ajis aku agak2 daripada juml…

apa best pasal raya

Image

Menjelang Hari Raya

Image
Semalam Rabu, aku cuti EL sebab jaga Idlan yang kena chicken pox sejak weekend lepas. Masa kat Darul Izzah lagi dah ada beberapa bijik air kuar. Kesian la plak nak raya kena chicken pox kan.. harus lah tak hensem je gambo raya nanti ada bekas2 tuh lagi lom 100% recovered. Tapi at least dah baik now nih tinggal nak kering tuh gatal2 la jugak kesian dia tak selesaasyik nak menggaru jek ... hari nih MIL aku nak tolong tengok kan sbb aku kena gak pegi kerja //

Now aku kat opis, pagi tadi datang, tuh dia, kemain emails berderet .. semua issues .. sampai fenin aku nak mula dari mana .. matilah kalau tak leh nak settle semua by today ... tapi bila aku tgk baik2 .. major issues ada lah beberapa .. yg lain minor je and boleh di'hadiah' kan kat team member lain huhuhuh ...

Masa lunch tadi ingatkan nak gi KL sentral .. tp tak jadik coz nk gak settlekan kerja .. sakan okeh! now baru lapang .. and dah takde mood terus nk wat kerja lepas hantar email status tadii. Mintak2 la tadak yg return…

Sehari Bersama Anak-Anak Darul Izzah

Image
Ya, Sabtu 12 Sep lepas, aku berpeluang untuk memijak kan kaki di asrama anak-anak yatim .. selepas almost 26 tahun. Perasaan? semestinya teruja dan terharu.

Asrama Anak-anak yatim Darul Izzah di bangi, adalah jauh sekali dari asrama anak-anak yatim yang aku pernah lawati di batu Pahat. Di sini, walaupun keperluan asasnya boleh dikatakan serba cukup, namun banyak perkara yang membuat hati diruntun sayu bila mata melihat. Tetapi sebenarnya, asrama atau rumah anak-anak yatim ini, sesempurna mana pun ia, tentu sekali sangat jauh berbeza daripada rumah dalam ertikata sebenar...

Asrama batu dua tingkat ini mempunyai kawasan lapang yang menghubungkan 2 bangunan yang dijadikan satu. Pada pengamatan aku, di sinilah segala aktiviti mereka dijalankan. Kawasan lapang inilah yang menjadi dewan besar untuk sebarang majlis yang berjalan di sini. Di kawasan lapang ini jugaklah kami akan bersama-sama meramaikan majlis Berbuka Puasa petang itu.

Beberapa orang kanak-kanak lelaki kulihat sedang lena di sofa…

Masih Aku terasa

Anak Yatim - Kisah aku
Aku sendiri pernah bergelar anak yatim apabila arwah bapak meninggalkan kami ketika aku berusia 8 tahun. Umur yang begitu muda, memang lah aku tak betul2 memahami erti kehilangan. Tapi masih segar dalam ingatan ramainya orang datang berziarah pada hari pengkebumian Allahyarham. Masih jelas tergambar di ruang mata aku keadaan emak yang berwajah pilu dengan linangan air mata yang tidak putus. Namun aku tidak melihat emak menangis dan meratap teresak2 .. mungkin emak redha. Masih juga bibir aku terasa saat2 memberi kucupan terakhir di dahi arwah bapak beberapa saat sebelum jenazah di angkat meninggalkan kami, seorang isteri dan 6 orang anak.

Itulah saat yang tidak mungkin aku lupa. Saat aku bergelar seorang anak yatim.

Ketika aku berada di akhir darjah 6, cikgu di sekolah memberi borang untuk anak-anak yatim memohon masuk ke asrama anak-anak yatim kerajaan di bandar Batu Pahat. Aku bawa pulang borang dan tunjuk kat emak. Emak tidak menggalakkan untuk aku memohon keran…