Anak Yatim - Kisah aku
Aku sendiri pernah bergelar anak yatim apabila arwah bapak meninggalkan kami ketika aku berusia 8 tahun. Umur yang begitu muda, memang lah aku tak betul2 memahami erti kehilangan. Tapi masih segar dalam ingatan ramainya orang datang berziarah pada hari pengkebumian Allahyarham. Masih jelas tergambar di ruang mata aku keadaan emak yang berwajah pilu dengan linangan air mata yang tidak putus. Namun aku tidak melihat emak menangis dan meratap teresak2 .. mungkin emak redha. Masih juga bibir aku terasa saat2 memberi kucupan terakhir di dahi arwah bapak beberapa saat sebelum jenazah di angkat meninggalkan kami, seorang isteri dan 6 orang anak.
Itulah saat yang tidak mungkin aku lupa. Saat aku bergelar seorang anak yatim.
Ketika aku berada di akhir darjah 6, cikgu di sekolah memberi borang untuk anak-anak yatim memohon masuk ke asrama anak-anak yatim kerajaan di bandar Batu Pahat. Aku bawa pulang borang dan tunjuk kat emak. Emak tidak menggalakkan untuk aku memohon kerana emak tahu dia mampu untuk membersarkan kami adik beradik. Memamg benar pun. Dengan hasil titik peluh emak menoreh getah, dapat juga emak menghantar abang-abang masuk ke universiti ... tak tergambar bagaimana emak menghadapi segala cabaran berseorangan. Alhamdulillah... Namun, aku tetap jugak nak memohon untuk masuk ke asrama anak yatim. Aku sebenarnya banyak terpengaruh dengan TV yang menceritakan keseronokan duduk di asrama, dan keseronokan pulang ke kampung bila cuti sekolah ...
Borang kuisi juga. Dengan berat hati emak pun bersetuju untuk menandatangai borang.
Aku dan emak ke Batu Pahat apabila panggilan untuk sesi temuduga kami terima. Kami di bawa melawat ke bilik2 di asrama. Aku sempat juga berkenalan dengan beberapa penghuni dan duduk2 di dalam bilik, lagak mcm aku dah jadi salah seorang . Seronok betul aku rasa. Semasa temuduga, aku dan emak ditanya pelbagai soalan ..namun perkara yang paling aku tak boleh lupa ialah bila salah seorang penemuduga berkata,
"Saya sebenarnya tak galakkan awak masuk ke sini" Sedih terus aku bila mendengar perkara itu .. LEbih sedih bila aku sudah melihat keadaan asrama yang serba baru, dan macam dah terbayang2 kalau aku duduk di situ, tentu seronok. Aku diam, maklum le darjah 6, tidak ler mulut berani nak bukak lebih2 kan. JAdi, emak yang tanya kenapa ...
"Melihat dari pencapaian akademik anak puan, saya rasa dia akan dapat penggilan ke asrama yang lebih sesuai dengan pelajarannya ... saya tengok keputusan semua elok. Terus terang saya beritahu puan, di sini kami mengambil anak-anak yatim dari semua latar belakang tidak megira pelajaran .... jadi kami bimbang pelajaran anak puan akan merosot bila berada di sini ..."
Emak diam tidak berkata apa-apa. Semua mata memandang aku rasanya. Aku pun diam. Dalam hati aku, apalah salahnya ... Kemudian emak tanya aku, nak ke masuk .. aku terus macam nak nangis, kata yang aku nak duduk asrama ... kemudian penemuduga berkata,
"Saya rasa mesti adik akan dapat panggilan ke asrama lain nanti .. jadi saya nasihatkan adik tunggulah dulu ye?" aku bungkam lagi. Benci kerana harus membuat keputusan seperti itu. LAma barulah emak menjawab,
"macam ni lah encik, kami tengoklah macam mana, kami tunggu dulu keputusan temuduga ni dapat ke tidak, baru kami putuskan untuk terima ke tidak"
Penemuduga ketawa dan berkata,
"Puan, tak payah tunggu. sekarang pun saya boleh beritahu yang anak puan memang layak untuk menetap di sini .. sebab itu kami tanya sekarang jika puan berubah fikiran .."
Aku tidak ingat lagi apa jawapan emak ... yang aku tahu, beberapa minggu selepas itu, kami mendapat surat tawaran untuk aku tinggal di asrama anak-anak yatim. Ketika itu, entah macma mana, aku sudah tak begitu berminat lagi, aku tak tau apa sebabnya. Mungkin juga aku termakan kata-kata penemuduga .. :-)
Akhirnya, aku tak pergi pun ke asrama anak-anak yatim itu, dengan kerelaan aku sendiri.
Tidak pernah juga aku jejakkan kaki ke mana-mana asrama anak-anak yatim selepas itu.
Sabtu lepas, selepas hampir 26 tahun, aku berpeluang kembali memijak kaki ke asrama anak-anak yatim. Asrama yang berbeza di tempat yang berbeza ...
Aku sedar, segala-galanya berbeza ...
.. bersambung yach!
ohh nih cam tingat kenangan lama lar nie. kalo kak fara masuk asrama anak yatim mungkin character kak fara lain ngan skang. pape pon kasik update dengan pantas!
ReplyDeleteaku plak yg terasa...hiba n sedih. Maklum jela mak kan...sensitip
ReplyDeleteada sambungan la pulak....
ReplyDeleteroyce
la..awat la ada sambungan. semangat aku baca..aiyo memang beza asrama anak yatim Darul Izzah ni compare sama asrama2 yang pernah aku tinggal..jauhhhhhhhhhh bezanya..sib baik hang tak pi.
ReplyDelete-frappe