Tuesday 28 September 2010

Salam Silaturrahim 2010 - Rebanamaya

Rebanamaya.


Dah lama cerita pasal rebanamaya ni tak tertulis dalam blog aku. Maybe ada antara uols yg membaca, tak ada idea langsung pasal Rebanamaya ni. Jadi, ok kot kalau aku singkap sket sejarah rebanamaya ni. Aku pun bukan lah super super senior dalam Rebanamaya ni .. tapi boleh la kalau nak dikatakan antara puak2 pelopor gak ekeke .. taknak lah details sgt citer .. cuma, dulu, aku byk luangkan masa bersosial kat blog Joe Perantau (joebangla.blogspot.com) Joe ni berhati mulia dan pemurah .. selain keunikan cerita kisah hidup dia yg diceritakan kat blog dia tu .. orang suka lah nak ke sana sebab dia suka wat contest. Antara contest terglemer dan paling mendapat sambutan ialah contest sapa paling banyak klik blog dia .. .. satu klik bersamaan satu sen .. dia dah menamakan program tu sebagai program TABUNG AYAM ... tak ingat jumlah keseluruhan tapi beratus ribu klik berjaya diperolehi .. jadi, Joe bermurah hati, untuk menyedekahkan jumlah klik itu kepada RM. So dapat lah beberapa ribu RM yang kemudiannya disedekahkan kepada orang yang memerlukan .. dan aku ingat, pemenangnya adalah alangz yang paling banyak klik pulak, dapat lah cenderahati import dari US memandangkan Joe kat US.


Then ada satu lagi TABUNG AYAM 2 .. kali ni, siapa yg dpt klik paling rendah, jadik pemenang.. so semua berlumba2 klik kat nama org lain ... MAsa tu la aku rasa tagboard Joe tu sangat meriah .. aku pun mula berjinak2 pada waktu2 tu. Itu cuma salah satu. Sebenarnya, banyak lagi yang Joe buat atas nama hadiah dan sedekah tu .. dengan kerjasama followers blog dia. Memang best. Semua yang nak participate, kena register .. bila register kita tau lah sapa regular visitor kat situ .. kat tag pun tau sapa yang tgh chat, sapa yg cuma perati je atau yg 'parking nama' utk yg register tp tak chat .. ada gak yg skodeng je sbb dorang ni silent readers, yg tk register dn tak chat, tapi sonok nak tgk yg lain chat :-)


Oh seronoknya waktu2 tu. :-)


Dari TABUNG AYAM, ke beberapa meetings, gatherings, lama2 semua dah close dan tanpa segan silu gelarkan Joe tu bapak ayam. SOund pelik maybe pada yg tak join the group, maklum la nama tuh mcm 'sesuatu' .. tapi, sebenarnya nama tu bersandarkan pada suatu yang mulia dari 'bapak ayam' ni. Oleh kerana dia jadi bapak, semua visitors dia,esp. yg salu dok lepak kat tag dia, jadik la anak2 ayam .. dan otomatik lah tag tu jadik 'reban' kepada ayam2 tadi... :-) Alhamdulillah, syukur dengan adanya anak2 ayam suka mengaktifkan anak2 ayam dengan pelbagai aktiviti, semua dpt merasakan keakraban anak2 ayam semua, dalam satu reban yang bermula di alam maya .. maka wujudlah, REBANAMAYA.


ekekeke! uols, kalau ada yg salah.. betoikan ehh ..


Honestly, aku sayang kawan2 yg aku kenal thru Rebanamaya ni. Maybe sebab most of us ialah
bloggers. Teori aku - awal2 dulu .. rasanya most of us menulis bukan kerna nama .. tak ada org
kenal kita, jadi kita tulis seadanya. kita jadi diri sendiri bila menulis, dan rasanya diawal2 pembabitan dalam blogging, penulisan kita lebih panjang...kenapa? maybe sbb kita menulis tanpa rasa was was :-) or maybe aku je gitu. tak apa lah. So, sesiapa yg mengenali kita melalui blog, tanpa kenal kita, sebenarnya lebih mengenal kita melalui tulisan kita, yg aku percaya lebih tulus, lebih memahami. maka maybe sebab itu, Rebanamaya jadi rapat. Jadi ngam.


Pelbagai umur, berbeza latar belakang, tak sama pendapat, berlainan cerita dan cita-cita .. tapi
dalam reban, tetap terkesan, sama ada jadi tauladan atau sempadan .. Senangkata, segalanya baik-baik belaka kat situ, Tapi, walau mcm mana baik pun, yg bermula pasti akan berakhir, kan? Atas sebab-sebab yg tk dpt dielakkan, Tag Joe tak dapat diteruskan. Aku sendiri, bila berpindah ke tempat kerja baru, dah jarang sangat dpt meluangkan waktu mcm dulu. banyak sebenarnya siri2 perjumpaan antara anak2 ayam ni (aku tak suka la sebut ahli, mcm skema..sebut anak ayam besh sket dok?) .. ada yang aku dpt join , tapi most of them aku tak dapat atas perkara2 yg tk dpt dielakkan. Tertinggal dalam kebanyakan meetings adalah sangat tak best. if you know them .. kalau bercerita tu, kemain lagi derang tu .. sapa yg left out memmang boleh terasa sentap okeh! sentap dek jeles ahaha!


Ish takleh nak gambarkan lah! Rindu. Serious. (poyo? - layannnzzz)


Kemuncak kepada semuanya, Joe sendiri mendapat ujian. Namun, ujian datang membawa rahmat disebaliknya .. Kerana ujian itu juga, insya Allah anak2 ayam ini, akan dapat berjumpa dengan bapak ayam tu .. insya Allah ..Doa kami sentiasa mengiring Joe semoga dapat bertemu lantas menoktahkan sebuah penantian yang panjang (maybe lebih panjang pada sesetengah anak ayam? opss).


Bila itu berlaku kelak, Alhamdulillah .. :-)


JAdi, Ramadhan lepas, bila Rebanamaya nak buat potluck raya, aku awal2 dah pahat dalam ingatan..mesti nak join! mesti! kat iPhone3GS aku yang ori tu pun aku dah letak reminder .. takmo terlepas .. dah aku warwarkan yg aku akan dtg tapi dengan tangan kosong ekeke! Memang niat menggunung nak bertanya khabar andai Joe dapat bersama .. tapi bila tau Joe belum balik .. itu tak mematikan niat nak join .. sebabnya, kawans2 tersayang ramai kat situ .. takmo terlepas lagik.. not when i am not pregnant or dalam pantang or yg sewaktu dengannya, kan .. ngeh ngeh!


25.sep.2010.
rupanya hari tu baaanyak pulak dapat invi ukt weddings and open houses. Terima kasin tk terhingga utk Alin, Syima dan Kong yg menjemput open house .. dan utk kawan kolej, Aisha dan juga cousin saya, Kol. Toha ukt invi wedding. Minta maaf, saya cuma dpt memenuhi undangan Kol Toha siang tu .. kemudian kerana hujan dan kesesakan lalu lintas, tak dapat nak berkejar2 ke tempat lain yg semuanya lain2 arah dan jauh2 ... selepas wedding di TUDM tu dah pukul 3 lebih terus bergegas ke Bangi, rumah Arc atau yg kiterang panggil Clubhouse sebab most of aktiviti rebanamaya buat kat rumah dia .. and sebab both Arc and hubby (LB) adalah anak2 ayam and sebab Arc sangat excellent sbg host ... semua sebab2 itu lah yg membuatkan anak2 ayam saaaangat selesa berada di clubhouse tu... MMG ROCK! (eh ada juga anak ayam bernama NEKROCK ye.. yg mana this year beliau tk dpt bersama kita, last year kot yg dia ada tu.. ke last 2 years - takpe, hope nxt year again she'll join us hehe )


aku sampai kul 4.30 kot, bukan paling awal, namun bukan juga paling lewat. Dah ada Delinn yg
manis ngan salah satu baju raya yg chantiks belaka .. , Deo berbaju melayu purple berbutang
sedondon ..senyumnya lebar tapi tetap dalam benak aku, teringat twit2 dia yg banyak teasing tuh, membuatkan aku mcm terberhati2 kang tk pasal2 jadik bahan ..tp nmpk nya tetap dia dh dpt bahan dek kerana aku tak pakai barang kemas .. okeh nxt year aku kena take note of tht ahaha!! ... Mak Ety yang dah pun bertukar dari baju biru kepada baju shocking pink! she came same time with me, masa hujan lebat ... Masa peluk Mak Ety, Suddenly aku rasa sayu .. aku rasa blessed, dikenalkan ngan kawan2 pelbagai peringkat umur ni. Mak Ety plak, sangat sporting sentiasa ..Mak Ety ni, mak sedara Liyana Jasmay ..ekekek ...


Then, ada Par yang tampak ceria dan bahagia ditemani Aishah yang jelas nampak berseri2 kerana bakal menimang cahayamata pertama .., Ila yg anggun ngan kaler merah menyala ditemani suami - yg juga diemani kamera yg banyak snap2 bikin aku rasa mcm artis noks! Yam yang maintain ayu dalam busana muslimah hitamnya, Limah yang vogue menyambut aku, dengan suara ramahnya, ditemani suami yg setia sabar menanti, dan anak2 yang comel lote dan baik hati, Didie yang berwajah ceria, walaupun baru kenal tapi selamba, and of course Arc tuan rumah yang lemah lembut, menarik ngan penampilan berbaju polos tapi tetap rancak dan pantas dalam menangani hal2 didapur... Serrrronok giler! dalam hujan lebat tuh, kami happy giler dp berjumpa ... saaaangat best, walaupun ramai yg selalu berkomunikasi kat twitter, tapi tak sama. TAK SAMA. Then Angah came with Wan .. sapa tk kenal angah yang dari jauh dh boleh dengar suaranya? yang mana jelingannya bisa membuatkan anak2 kecik kecut perut? (ok ni aku lebih2 plak) ... MAny things to catch up with them.. banyak yg aku tak tau .. maklum lah selalu tak join .. kat twitter pon tak semua aku catch up .. ada je topik2 yg aku blur dan blank .. tapi being me, aku belasah gelak je walaupun tak paham .. yg mana aku betul2 nak cikwoks,,aku tanya lah direct to the point ahakss!


Kak Rozz datang as usual solo .. Krozz ni mmg ramah tamah orangnya walaupun baru kali ke-3 jumpa..rasa mcm dh selalu jek jumpa.. senang sgt nak rapat :-).. And Wakame came in 'A LITTLE extra' late, dengan kerabunya yg supposed to be the main course. Masing2 seronok 'belasah' dia atas kelewatannya .. Wak ni walaupun 'orang TV' tapi maintain cool gitu ... maklumlah peminat ramai .. dengarnya penonton program 'ISU' kat TV1 tu dah mencecah jumlah yang dasyat tak mampu sy nak tulis di sini .. ahahahaa! Then semakin meriah bila Poii datang ngan air teh tarik yang MARVELOUS! bersama2 Poii ofkos datang sekali keletah2nya yg membasahkan gusi (tak kering gusi?) anak2 ayam, then Elf yang cute dan awet muda came with family .., LB, hubby arc yg sangat sporting joined in, sbb dia baru balik dari team building .. walau penat, tetap tak lokek melayan tetamu .. tak cukup dengan layanan, jadik plak fotografer ..mmg excellente!!. ... Then Kong yg very the YB-ish datang lenggang solo sbb kak ida dalam pantang ...and last sekali yg dtg masa aku masih ada .. ialah tak lain tk bukan .. mr Jijo dengan senyum2 simpul.. dtg bersama ahli keluarga yg lain ..


Ada ramai anak2 ayam lain yang tak ada ..i know they must hv their reason .. apa2 pun, aku rindu gak kat dorang yg tak datang tu .. hope they will show up next time .. janganlah terputus tali persaudaraan ini ... insya Allah ..


Aku balik around pukul 9.45PM. And itupun, honestly aku masih belum puas borak. Cuma sebab anak2 dah letih dan mengantuk .. aku perlulah beransur .. meninggalkan dorang yg aku percaya masih penuh dengan keriangan dan kemeriahan .. api Tak apalah, aku redha. REDHA SANGAT! .. untuk 5 jam yg aku dapat spent tu pun, aku dah bersyukur sangat ... sangat terima kasih kepada hubby, atas kesabaran duduk bersama2 memeriahkan suasana. :-)



Banyak aku nak tulis. tapi dah teruk sangat susunan ayat aku ni. too many things to write with
too litle time, betui ka tu? kahkahkah .. maksud aku, dalam kepala ni berjela2 isi2 ni .. tapi at
the same time nak kena rushing lah menaip before Fahren bangun nak susu .. kalau dia dh bangun and susu, mmg esok pagi la aku bangun balik huhu!


Dulu, masa beberapa gath pertama .. semua orang tak sabar2 nak update cerita gath .. Joe kemain pantau sapa yg lewat update blog .. pastu semua pakat update panjang2 .. Alangz lagi la rajin siap buat gambar berdialog! ahahah! tapi now ni .. takde dah citer panjang2 ... hmmm maybe sbb bila gath cerita yg sama la kan, nak story apa lagik .. bgtau sapa datang, apa food tu je la kan.?? yg mana lebih senang diceritakan dengan gambar2 .. kan? hmmm but i missed to read more about our gath . as it shows our friendship. Jadi, aku tulis ni .. khas for you and you. semua lah. Pic2 plak, no need. all in FB by Ila, Razi(LB) dan Delinn. Sila layan. Banyak nau pic aku di tagged, am gonna remove few of them .. kang kalau member aku yg cuma ada 50 friends, harus lah asyik cerita aku je kuar kat HOME dia .. kesian dia ahakss.. so better lah aku untagged. (la apa melalut)


Jadi, aku stil look fed utk berjumpa bapak ayam.
bersama-sama anak2 ayam.
maybe kita berayam gols???


YEYEH!
sayanglah uols semua!muahss!

Sunday 19 September 2010

Salam Syawal 1431H - 2010 - 2

Esok kerja. Seronok nya dah seminggu lebih tak kerja. hari ni, Ahad 10 Syawal kiterang tak ke mana2. saja lah nak duduk rumah. nak relax2 berlazy-lazy an kat rumah memandangkan besok kerja. malam ni nak carik balik baju sekolah, baju kerja, beg anak2 nak ke taska/nursery. Sepatutnya Friday aku dah kerja, tapi sbb nursery masih tutup aku pun sambung cuti. Nak tinggal fahren ngan nenek dia mcm tak patut je, sbb fahren ni asyik nak berdukung je kesian ibu mertuaku.



Sronok raya? aku, Alhamdulillah .. selain berziarah ke rumah2 yang biasa di ziarah pada hari raya (raya pun ada rutin tau) ... ada jugak rumah2 lain yang baru raya ni kami jenguk.



Masa mula2 kawen, segan juga nak berjalan tanpa orang tua bersama. sebabnya, segan and tak tau nak borak apa ... esp. sedara2 belah hubby. Tapi now dah tak kisah .. dah biasa dah sembang2 ngan sumer peringkat umur ekeke .. tapi kan, topik2 general la pembuka bicara, contohnyer, pasal cuaca la .. lps tu pasal berita2 kat paper la .. pasal kesesakan lalu lintas la ... kalau dh tak de idea sgt, resepi kuih raya pon jadik bahan borak ... kang tak sedar, dah 20 minit .. masa untuk balik :-) ... tapi biasanya mesti lebih dari 20 minit .. memula warm up..lama2 naik syok plak borak lagi2 kalau yg jenis ngam punya.. yg kaki sembang, yang banyak gurau dan boleh paham gurau kita.. sebulu orang kata .. perghh mmg lama la jadiknya .. ? bagus sebenarnya datang dengan kumpulan yg kecik ni .. lebih senang nak borak and lebih fokus .. aku plak, kat rumah sedara aku pon sah sah la aku borak.. kat rumah sedara sebelah hubby pon aku gak yg lebih2 borak .. itu la bestnyer bila kita dah suami ni sekupu. background keluarga yang lebih kurang sama. senang nak masuk. lepas tu, bila kat rumah kawan aku, aku yg borak ofcourse, pegi rumah member2 hubby pon, aku gak yg borak .. erkk ?? huhu .. nasib la labu ..



Tahun ni raya anak dah 3. wow cepat masa berlalu .. tak sangka dah tak berapa nak muda. Ramai sedara2 yg dulu kecik2, now dah bujang2 .. dah bermisai tebal .. yg dulu kecik2 now dah anak dara cun melecun .. hmmm padahal aku rasa mcm aku sama je? ohhh bahaya~



bila anak dah 3 .. Tak dpt dielakkan lah .. bajet raya mmg bertambah .. Alhamdulillah le ekonomi walaupun tak ada lah hebat sangat, tapi dapat lah jugak menyediakan kelengkapan anak2. Dapat la dorang beraya dengan serba serbi baru .. berpeluh jugak lah bila kira2 balik semua yg dh dibelanjakan untuk persiapan anak2 .. hmmm tapi demi anak-anak ... mak bapak mana la yg tak nak tgk anak2 syok sambut raya kan?



Alhamdulillah jugak, dapat balik beraya kat batu pahat. Last year aku dah tulis satu entry kenapa aku suka sangat beraya kat batu pahat tmpt tumpah darahku itu. This year turn raya pertama kat Klang .. so raya ke 2 baru balik batu pahat .. happy jugak sbb dapat ada kat BP sampai raya ke 5. Tak lama sangat tapi tak la kejap sangat .. ok lah tu .. sejak mak sakit lepas raya haji tahun lepas, aku dah tak balik kampung kat BP sbb mak ada kat puchong aau kluang .. Syukur lah raya ni mak sihat, so seminggu before raya tu mak balik kampung. Walaupun mak cuma boleh duduk dan baring .. tapi Syukur sangat dari segi lain, mak sihat :-)



Satu lagi, beraya this year ada kelainan lah. tau kenapa? sebab ada twitter .. ahaha! best gak benonya ada twitter ni. seronok baca twit member2 dok buat apa masa raya .. i like! tp disebabkann tu la jugak aku jadik malas nak update blog. ekeke!



Korang tgk citer apa kat TV masa raya? aku tak dan nak tgk TV. Siang berjalan .. malam mmg pancit .. angan2 nak borak2 panjang ngan adik beradik sampai lewat2 malam pon tak menjadik nyata .. wajib tertido bila tidokan fahren. Fahren plak, banyak meragam masa malam2. boleh kata malam dia takmo tidur dan tak mo aku tido ... letih gak lah tapi dah namanya ada anak, gitulah lumrahnya kan? satu je cerita TV yg aku tgk dari mula sampai abis. Budak Kelantan. ekeke .. itupun baru semalam aku tgk hahaha!


Ada sekali aku gi klinik. bawak fahren yg batuk2 selsema ... sekali ngan hubby yg sakit tekak .. masa kat klinik, ada budak2 lepas eksiden.. ngeri aku tgk lukanya. walaupun kitorang datang dulu, dokter rawat dorang dulu .. masa kiterang juumpa, doktor mintak maaf sbb dulukan yg eksiden, laki aku kata,

"takpe doktor.. saya dulu pon selalu gak orang kasik can potong Q..." Doktor tergelak rupanya laki aku pon sama kaki motor .. dulu la, dulu ..

Tapi, pls la uols yg naik motor, ikut lah peraturan .. ngerilah!



oh satu lagi .. Arc ada twit pasal maid dia pegi basuh baju yg dia dah asingkan utk dry cleaning. kesian arc.. tapi dia ada org yg boleh diblame. aku pun ada cerita yg sama. and org yg aku nk blame adalah diri aku sendiri. AKu dengan selamba telah merendam kain sutera yg aku baru pakai sekali ... kain itu sepatutnya di dry clean sajork. so, bila aku rendam .. habis luntur warnanya .. dan yg lebih dasyat, aku campur plak dengan tshirt hubby yg baru pakai sekali jugak .. yang berwarna PUTIH!! habis bertompok2 kaler lain kat baju tu .. seb baik ada maid mak aku yg sabar menenyeh baju tuh sampai jadik putih kembali .. hmmm ...tp kain aku x dapek diselamatkan dah .. padan muka aku.



Itulah serba sedikit cerita raya aku. gambar tak ada lah sebab tak ada yg relevan ngan isi2 entry aku ni. takkan nak letak pic kain luntur? atau nk letak pic twitter? atau pic makcik2 yg aku dok borak panjang? ahh.. pendek kata, takde pic lah! sebab aku pon tak begitu pose sangat. pegi beraya pon pakai baju kerja ..so beraya mmg niat beraya aje lah .. ahaha!



Eh, satu lagi! aku noticed, raya ni aku suuuuka makan biskut raya .. semua rumah aku rasa aku cuba semua biskut2 raya .. biskut raya yg aku carik biasanya biskut makmur, biskut semprit, biskut sarang semut, biskut kacang/mazola ... kerepek2 aku kureng sket sbb gigi aku sakit .. grrrrr!


Ok dah lah yea ... letih menaip lah! now dah tak reti tulis la.. ayat terbalik-balik .. tak ikut susunan plak tu cerita aku .. ,lompat2 sana sini .. typo toksah citer la korang abaikan je lah .. malas aku nak check balik ...


salam u ols!

Saturday 18 September 2010

Salam Syawal 1431H - 2010

Hari ni dah 9 Syawal, better la aku update sikit sebelum masa berlalu dan Syawal menginggalkan kita ...

Hari Raya, Alhamdulillah, meriah lah ... bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ..

KOrang, jemput la datang beraya rumah aku :-)

Popular Posts