Rebanamaya.
Dah lama cerita pasal rebanamaya ni tak tertulis dalam blog aku. Maybe ada antara uols yg membaca, tak ada idea langsung pasal Rebanamaya ni. Jadi, ok kot kalau aku singkap sket sejarah rebanamaya ni. Aku pun bukan lah super super senior dalam Rebanamaya ni .. tapi boleh la kalau nak dikatakan antara puak2 pelopor gak ekeke .. taknak lah details sgt citer .. cuma, dulu, aku byk luangkan masa bersosial kat blog Joe Perantau (joebangla.blogspot.com) Joe ni berhati mulia dan pemurah .. selain keunikan cerita kisah hidup dia yg diceritakan kat blog dia tu .. orang suka lah nak ke sana sebab dia suka wat contest. Antara contest terglemer dan paling mendapat sambutan ialah contest sapa paling banyak klik blog dia .. .. satu klik bersamaan satu sen .. dia dah menamakan program tu sebagai program TABUNG AYAM ... tak ingat jumlah keseluruhan tapi beratus ribu klik berjaya diperolehi .. jadi, Joe bermurah hati, untuk menyedekahkan jumlah klik itu kepada RM. So dapat lah beberapa ribu RM yang kemudiannya disedekahkan kepada orang yang memerlukan .. dan aku ingat, pemenangnya adalah alangz yang paling banyak klik pulak, dapat lah cenderahati import dari US memandangkan Joe kat US.
Then ada satu lagi TABUNG AYAM 2 .. kali ni, siapa yg dpt klik paling rendah, jadik pemenang.. so semua berlumba2 klik kat nama org lain ... MAsa tu la aku rasa tagboard Joe tu sangat meriah .. aku pun mula berjinak2 pada waktu2 tu. Itu cuma salah satu. Sebenarnya, banyak lagi yang Joe buat atas nama hadiah dan sedekah tu .. dengan kerjasama followers blog dia. Memang best. Semua yang nak participate, kena register .. bila register kita tau lah sapa regular visitor kat situ .. kat tag pun tau sapa yang tgh chat, sapa yg cuma perati je atau yg 'parking nama' utk yg register tp tak chat .. ada gak yg skodeng je sbb dorang ni silent readers, yg tk register dn tak chat, tapi sonok nak tgk yg lain chat :-)
Oh seronoknya waktu2 tu. :-)
Dari TABUNG AYAM, ke beberapa meetings, gatherings, lama2 semua dah close dan tanpa segan silu gelarkan Joe tu bapak ayam. SOund pelik maybe pada yg tak join the group, maklum la nama tuh mcm 'sesuatu' .. tapi, sebenarnya nama tu bersandarkan pada suatu yang mulia dari 'bapak ayam' ni. Oleh kerana dia jadi bapak, semua visitors dia,esp. yg salu dok lepak kat tag dia, jadik la anak2 ayam .. dan otomatik lah tag tu jadik 'reban' kepada ayam2 tadi... :-) Alhamdulillah, syukur dengan adanya anak2 ayam suka mengaktifkan anak2 ayam dengan pelbagai aktiviti, semua dpt merasakan keakraban anak2 ayam semua, dalam satu reban yang bermula di alam maya .. maka wujudlah, REBANAMAYA.
ekekeke! uols, kalau ada yg salah.. betoikan ehh ..
Honestly, aku sayang kawan2 yg aku kenal thru Rebanamaya ni. Maybe sebab most of us ialah
bloggers. Teori aku - awal2 dulu .. rasanya most of us menulis bukan kerna nama .. tak ada org
kenal kita, jadi kita tulis seadanya. kita jadi diri sendiri bila menulis, dan rasanya diawal2 pembabitan dalam blogging, penulisan kita lebih panjang...kenapa? maybe sbb kita menulis tanpa rasa was was :-) or maybe aku je gitu. tak apa lah. So, sesiapa yg mengenali kita melalui blog, tanpa kenal kita, sebenarnya lebih mengenal kita melalui tulisan kita, yg aku percaya lebih tulus, lebih memahami. maka maybe sebab itu, Rebanamaya jadi rapat. Jadi ngam.
Pelbagai umur, berbeza latar belakang, tak sama pendapat, berlainan cerita dan cita-cita .. tapi
dalam reban, tetap terkesan, sama ada jadi tauladan atau sempadan .. Senangkata, segalanya baik-baik belaka kat situ, Tapi, walau mcm mana baik pun, yg bermula pasti akan berakhir, kan? Atas sebab-sebab yg tk dpt dielakkan, Tag Joe tak dapat diteruskan. Aku sendiri, bila berpindah ke tempat kerja baru, dah jarang sangat dpt meluangkan waktu mcm dulu. banyak sebenarnya siri2 perjumpaan antara anak2 ayam ni (aku tak suka la sebut ahli, mcm skema..sebut anak ayam besh sket dok?) .. ada yang aku dpt join , tapi most of them aku tak dapat atas perkara2 yg tk dpt dielakkan. Tertinggal dalam kebanyakan meetings adalah sangat tak best. if you know them .. kalau bercerita tu, kemain lagi derang tu .. sapa yg left out memmang boleh terasa sentap okeh! sentap dek jeles ahaha!
Ish takleh nak gambarkan lah! Rindu. Serious. (poyo? - layannnzzz)
Kemuncak kepada semuanya, Joe sendiri mendapat ujian. Namun, ujian datang membawa rahmat disebaliknya .. Kerana ujian itu juga, insya Allah anak2 ayam ini, akan dapat berjumpa dengan bapak ayam tu .. insya Allah ..Doa kami sentiasa mengiring Joe semoga dapat bertemu lantas menoktahkan sebuah penantian yang panjang (maybe lebih panjang pada sesetengah anak ayam? opss).
Bila itu berlaku kelak, Alhamdulillah .. :-)
JAdi, Ramadhan lepas, bila Rebanamaya nak buat potluck raya, aku awal2 dah pahat dalam ingatan..mesti nak join! mesti! kat iPhone3GS aku yang ori tu pun aku dah letak reminder .. takmo terlepas .. dah aku warwarkan yg aku akan dtg tapi dengan tangan kosong ekeke! Memang niat menggunung nak bertanya khabar andai Joe dapat bersama .. tapi bila tau Joe belum balik .. itu tak mematikan niat nak join .. sebabnya, kawans2 tersayang ramai kat situ .. takmo terlepas lagik.. not when i am not pregnant or dalam pantang or yg sewaktu dengannya, kan .. ngeh ngeh!
25.sep.2010.
rupanya hari tu baaanyak pulak dapat invi ukt weddings and open houses. Terima kasin tk terhingga utk Alin, Syima dan Kong yg menjemput open house .. dan utk kawan kolej, Aisha dan juga cousin saya, Kol. Toha ukt invi wedding. Minta maaf, saya cuma dpt memenuhi undangan Kol Toha siang tu .. kemudian kerana hujan dan kesesakan lalu lintas, tak dapat nak berkejar2 ke tempat lain yg semuanya lain2 arah dan jauh2 ... selepas wedding di TUDM tu dah pukul 3 lebih terus bergegas ke Bangi, rumah Arc atau yg kiterang panggil Clubhouse sebab most of aktiviti rebanamaya buat kat rumah dia .. and sebab both Arc and hubby (LB) adalah anak2 ayam and sebab Arc sangat excellent sbg host ... semua sebab2 itu lah yg membuatkan anak2 ayam saaaangat selesa berada di clubhouse tu... MMG ROCK! (eh ada juga anak ayam bernama NEKROCK ye.. yg mana this year beliau tk dpt bersama kita, last year kot yg dia ada tu.. ke last 2 years - takpe, hope nxt year again she'll join us hehe )
aku sampai kul 4.30 kot, bukan paling awal, namun bukan juga paling lewat. Dah ada Delinn yg
manis ngan salah satu baju raya yg chantiks belaka .. , Deo berbaju melayu purple berbutang
sedondon ..senyumnya lebar tapi tetap dalam benak aku, teringat twit2 dia yg banyak teasing tuh, membuatkan aku mcm terberhati2 kang tk pasal2 jadik bahan ..tp nmpk nya tetap dia dh dpt bahan dek kerana aku tak pakai barang kemas .. okeh nxt year aku kena take note of tht ahaha!! ... Mak Ety yang dah pun bertukar dari baju biru kepada baju shocking pink! she came same time with me, masa hujan lebat ... Masa peluk Mak Ety, Suddenly aku rasa sayu .. aku rasa blessed, dikenalkan ngan kawan2 pelbagai peringkat umur ni. Mak Ety plak, sangat sporting sentiasa ..Mak Ety ni, mak sedara Liyana Jasmay ..ekekek ...
Then, ada Par yang tampak ceria dan bahagia ditemani Aishah yang jelas nampak berseri2 kerana bakal menimang cahayamata pertama .., Ila yg anggun ngan kaler merah menyala ditemani suami - yg juga diemani kamera yg banyak snap2 bikin aku rasa mcm artis noks! Yam yang maintain ayu dalam busana muslimah hitamnya, Limah yang vogue menyambut aku, dengan suara ramahnya, ditemani suami yg setia sabar menanti, dan anak2 yang comel lote dan baik hati, Didie yang berwajah ceria, walaupun baru kenal tapi selamba, and of course Arc tuan rumah yang lemah lembut, menarik ngan penampilan berbaju polos tapi tetap rancak dan pantas dalam menangani hal2 didapur... Serrrronok giler! dalam hujan lebat tuh, kami happy giler dp berjumpa ... saaaangat best, walaupun ramai yg selalu berkomunikasi kat twitter, tapi tak sama. TAK SAMA. Then Angah came with Wan .. sapa tk kenal angah yang dari jauh dh boleh dengar suaranya? yang mana jelingannya bisa membuatkan anak2 kecik kecut perut? (ok ni aku lebih2 plak) ... MAny things to catch up with them.. banyak yg aku tak tau .. maklum lah selalu tak join .. kat twitter pon tak semua aku catch up .. ada je topik2 yg aku blur dan blank .. tapi being me, aku belasah gelak je walaupun tak paham .. yg mana aku betul2 nak cikwoks,,aku tanya lah direct to the point ahakss!
Kak Rozz datang as usual solo .. Krozz ni mmg ramah tamah orangnya walaupun baru kali ke-3 jumpa..rasa mcm dh selalu jek jumpa.. senang sgt nak rapat :-).. And Wakame came in 'A LITTLE extra' late, dengan kerabunya yg supposed to be the main course. Masing2 seronok 'belasah' dia atas kelewatannya .. Wak ni walaupun 'orang TV' tapi maintain cool gitu ... maklumlah peminat ramai .. dengarnya penonton program 'ISU' kat TV1 tu dah mencecah jumlah yang dasyat tak mampu sy nak tulis di sini .. ahahahaa! Then semakin meriah bila Poii datang ngan air teh tarik yang MARVELOUS! bersama2 Poii ofkos datang sekali keletah2nya yg membasahkan gusi (tak kering gusi?) anak2 ayam, then Elf yang cute dan awet muda came with family .., LB, hubby arc yg sangat sporting joined in, sbb dia baru balik dari team building .. walau penat, tetap tak lokek melayan tetamu .. tak cukup dengan layanan, jadik plak fotografer ..mmg excellente!!. ... Then Kong yg very the YB-ish datang lenggang solo sbb kak ida dalam pantang ...and last sekali yg dtg masa aku masih ada .. ialah tak lain tk bukan .. mr Jijo dengan senyum2 simpul.. dtg bersama ahli keluarga yg lain ..
Ada ramai anak2 ayam lain yang tak ada ..i know they must hv their reason .. apa2 pun, aku rindu gak kat dorang yg tak datang tu .. hope they will show up next time .. janganlah terputus tali persaudaraan ini ... insya Allah ..
Aku balik around pukul 9.45PM. And itupun, honestly aku masih belum puas borak. Cuma sebab anak2 dah letih dan mengantuk .. aku perlulah beransur .. meninggalkan dorang yg aku percaya masih penuh dengan keriangan dan kemeriahan .. api Tak apalah, aku redha. REDHA SANGAT! .. untuk 5 jam yg aku dapat spent tu pun, aku dah bersyukur sangat ... sangat terima kasih kepada hubby, atas kesabaran duduk bersama2 memeriahkan suasana. :-)
Banyak aku nak tulis. tapi dah teruk sangat susunan ayat aku ni. too many things to write with
too litle time, betui ka tu? kahkahkah .. maksud aku, dalam kepala ni berjela2 isi2 ni .. tapi at
the same time nak kena rushing lah menaip before Fahren bangun nak susu .. kalau dia dh bangun and susu, mmg esok pagi la aku bangun balik huhu!
Dulu, masa beberapa gath pertama .. semua orang tak sabar2 nak update cerita gath .. Joe kemain pantau sapa yg lewat update blog .. pastu semua pakat update panjang2 .. Alangz lagi la rajin siap buat gambar berdialog! ahahah! tapi now ni .. takde dah citer panjang2 ... hmmm maybe sbb bila gath cerita yg sama la kan, nak story apa lagik .. bgtau sapa datang, apa food tu je la kan.?? yg mana lebih senang diceritakan dengan gambar2 .. kan? hmmm but i missed to read more about our gath . as it shows our friendship. Jadi, aku tulis ni .. khas for you and you. semua lah. Pic2 plak, no need. all in FB by Ila, Razi(LB) dan Delinn. Sila layan. Banyak nau pic aku di tagged, am gonna remove few of them .. kang kalau member aku yg cuma ada 50 friends, harus lah asyik cerita aku je kuar kat HOME dia .. kesian dia ahakss.. so better lah aku untagged. (la apa melalut)
Jadi, aku stil look fed utk berjumpa bapak ayam.
bersama-sama anak2 ayam.
maybe kita berayam gols???
YEYEH!
sayanglah uols semua!muahss!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Semoga persahabatan berterusan....amin
ReplyDeletesalam dear Fara,
ReplyDeleteaunty ni pun silent reader tp x brani nak join terang2an....
x sesuai kot????
amin....
aunty TT
Ellyn,
ReplyDeleteAmin.. thanks ..
Aunty TT .. eh knp plak tak seswaii.. mestilah sesuaaaiii! ekeke .. ramai lg silent readers and sy sure Joe sgt2 appreciate silent readers juga ..tp harap2 nanti2 munculkan diri join anak2 ayam lain, kan?
Uishhh Panjangnya... siap krnologi lagi..
ReplyDeleteGood Job!
-ojij-
fara..
ReplyDeletekita datang awal sangat hari tu..belum pukul 3 lagi dan balik awal jugak...
lama tak aktif dalam gatherings n byk yg dah ter miss..
kalau berayam gols.. sila la bagi tau eh..
salam aidilfitri.. maaf zahir batin..
luv ya..
lis
Best la Fara......sebenarnya ME missed baca blog Ahli reban,depa semua bertwit n berFB jer...thnkas for the cerita...
ReplyDeletesemoga persaudaraan kita berpanjangan, insyallah, AMIN.
Mak Ety
Alaaa ... i really miss the reban geng. Rasa dah 3 kali raya tak dpt join the gath. Join memula dulu jek. Konon thn ni dpt laa join tp apa nak buat anak2 dah meragam je so tak dpt laa teruskan niat ke umah ARC. Anyway ... Arc, Limah, Delin, Angah (ni ahli tegar nih) n yg lain2 ... i miss u ols. Hope we can have other gath with JOE skali.
ReplyDeleteMM
Jijo, mekasehhhh!
ReplyDeleteLis, a ah dorang kata ko dh balik.. ala, lama x sembang ngan ko..next time dtg lama2 sket ehh ekeke
ME, sy pon rindu nk baca .. thanks ME sudi baca :-) ..Aminnn
MM .. dont worry .. next time insyaAllah..ngan Joe sekali hopefully :-)
TERIMA KASIN kerana share sejarah rebanamaya. before nih sol slalu baca cam reban-ayam. rupanya rebanamaya! eheheh
ReplyDeletesoule, sebelum ni mmg namanya reban ayam tapi telah di re-branding ke rebanamaya hehehehe
ReplyDeletedulu berlumba2 org nk update bila gathering kan.... la ni, banyak blog yg terbiar sepi ( termasuk la saya) :)
ReplyDeletebestnya dgr cite gathering tu tp apakan daya....'perintah berkurng' x abis lagi