Wednesday 29 April 2009

apa barang emosi berlarutan??

ehem,


emosi aku dah stabil nih ... apa kes nak sedih2 .. biaq pi la sana kat org2 yg menyakiti jiwa ragaku ... aku bangkit nih ... meh aku tunjuk sket kat org2 bahawa aku kuat, macam badang! aku tak biasa maki2 secara terangan .. maybe aku kena mintak tunjuk ajar dari Deo ... maybe aku leh copy paste ayat2 yg dia tujukan kat si puaka dia tuh ahaksss .. tapi mana pergi blog Deo ?? eeeiiii takkan tensi sbb Aril kuar AF kot? aku mmg tensi bila Aril kuar .. Yazid ngan Isma tuh patut kuar dulu ... huhuhu ... Jijo masih tak ska Aril kah??


Kerja kat opis tak busy sangat dah. Aku rasa macam nak carik kerja lain ni. Tak boleh tahan dah nak menahan hati yang tensi dan venci ngan si complete jerk tuh .. wek wek ptuiiiiii!!! ha hamek koh!!! fadan muka ...


Esok ada team mates nih, nama dia Goh, last day ... adeh lagi hilang semangat aku .. dalam team aku ni, ada dua puak .. terang dan gelap. sikit demi sedikit terang sudah hilang ... ekekkeke!


okeh, marah2 aside ..sbb aku dah cool ... cool banget nih ... so jom tukar stori


citer pasal anak2 lah, baru mithali sket ... Lydia nih, sejak sangat pandai membaca .. aku nak update blog depan dia pon payah .. habis dibaca kuat2 .. itu tak per lagik .. yang tensi tu, aku dok chatting pon dia kat belakang dok baca kuat2 ... not that aku chat rahsia negara ke apa .. tapi, probnyer, dia marah bila aku type laju2 sbb dia susah nak catch up ... adoiiii!


idlan, pada aku dia makin hensem lah .. wakakka sorry u ols, anak i ols harus la i ols puji dulu .. alahh budak2 sumer comel hensem dan semua2 yg baik .. idlan lom pandai cakap .. dia cuma pandai sebut "Nak" ... aku salahkan bapaknyer lah yang suka jugak sebut word tuh .. opsss ter 18SX ke?? hampon deknon!



itu pic dari kamera adik aku, pic2 lain sila klik

http://picasaweb.google.com/hamanap/BesdayAliffKe7#

Apa lagi? dah dulu lah ... aku nak titun awal, esok nak gi kerja awal, pastu nak chow awal .. Friday cuti yahuuuu!!!!

kesal dahulu pendapatan

dalam dunia ni,
ada yang jahat,
ada yang baik,
ada yang pandai
ada yang bodoh.


ada yang mix,
pandai tapi jahat
baik dan pandai
jahat dan bodoh
baik tapi bodoh


aku yang terakhir tu.

kesal kemudian? nanges la mcm mana pun, kesilapan bukan boleh dipadam.

*hating myself*

Friday 24 April 2009

Hikayat Cinta Puteri dan Jelata 2

Gazali berjalan tanpa mengetahui arah tujuan. Sudah terlalu lama rasanya dia berjalan sejak melarikan diri dari taman bila gadis yang dilihatnya tadi memanggil lelaki-lelaki yang digelar pengawal itu.


Jam di pergelangan tangannya dikerling. Jam itu bagai tidak bergerak sejak berada dalam taman tadi. Jarum pendek tetap juga menunjukkan angka 8. Gazali benar2 buntu memikirkan di mana dirinya berada saat ini. Dia seolah2 tersesat dah terperangkap, tidak tahu di mana. Semuanya begitu asing.


Gazali berhenti di sebatang pokok dan duduk bersandar. Perutnya sudah mula berkeroncong. Dalam kelaparan dan kepenatan, dia cuba juga mengingati bagaimana dia boleh tiba di tempat
ini. Matanya dipejamkan rapat-rapat cuba mengimbas. Kerana terlalu keletihan, Gazali terlena.


...


"Zali, tungguuuuu!!!!" Gazali terperanjat seraya terjaga dari lenanya. Kepalanya menoleh ke semua arah, bimbang jika pengawal2 yang memburunya sudah sampai di situ. Degupan dadanya berombak deras. Setelah beberapa ketika baru lah dia dapat membezakan bahawa suara itu adalah mimpinya. Gazali menarik nafas dalam2, lega mengetahui panggilan itu hanyalah mainan tidurnya. Tapi dia merasakan mmpi tersebut seperti terlalu benar. Suara pemanggil memang sangat2 dikenalinya.

"Azah"


Tiba-tiba sahaja hatinya menyebut nama itu. Demi saja terdetik nama itu, wajah jernih seorang wanita bertudung lantas muncul di ruang matanya.



...


Puteri Anggerik Delima dapat merasakan pemuda yang berada di tamannya tadi masih berada dalam daerah yang sama. Dia tahu lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Gazali itu tentunya tidak mahir dengan selok belok di daerah itu yang pasti akan melambatkan pelariannya.


Dalam diam, Puteri Anggerik Delima menyesali perbuatannya memanggil pengawal istana tadi. Bila sahaja Gazali melihat tiga orang pengawalnya datang dengan keris sedia untuk dihunus, Gazali terus berlari meninggalkan taman larangannya. Puteri Anggerik terpaku. Dia sendiri kemudian mengikut pengawal mencari Gazali. Dia mahu mengetahui lebih lanjut tentang
jejaka yang dianggapnya lain dan pelik dalam serba serbi, daripada cara berpakaian, tutur bicara malah namanya juga tidak melambangkan nama dari negeri2 yang pernah dilwati atau tidak pernah juga ada pedagang luar yang kelihatan seperti itu.

"Gazali"

Puteri Anggerik Delima membisikkan nama Gazali, tanpa sedar terleret senyuman dibibirnya.

Tuesday 21 April 2009

Pagi yang sejuk ...

7.20 AM

Pagi yang sejuk membuatkan aku malas sangat nak bangun memulakan hari Selasa ni. Hubby dah bising sbb dia kata aku set kan arcond rendah sangat .. padahal aku tak de tukar apa2 pun .. mmg everynite kat 25 degreecelcius jek ...


Rupanya malam tadi hujan dengan angin tapi aku tidoq tak hingat .. rugi plak bila hujan tapi tak sedar .. tapi maybe sbb aku ngantuk banget tuh yg tak sedar apa2 .. Lately mata aku pelik sket .. selagi tak kul 1 AM mmg jgn harap mata leh lelap ... tapi despite aku tak tido mlm, selalunya siang pun ada je energy .. except semalam le .. gila lah ngantuk tahap gaban dari pagi sampai petang ngantuk tak hilang ... nak pegi FF pun takdek semangat so missed lah ...


cakap pasal FF ... sejak aku rajin exersize lunch hour ni .. errr .. rajin dalam term aku lah ehh .. dalam 2 to 3 times a week tuh DAH RAJIN SANGAT untuk aku yer hadek2 sekalan ... huhuhu!!! sekali pegi, 5 minit jalan laju2 nak ke FF darp opis ... 10 mins kat changing room ... 20 mins kat threadmill (breakdown lagi, 15 mins lari ngan speed 6.5 radiant 0 only , 5 mins warmup/cooldown.. ) then turun threadmill .. pegi kat angkat besi (aku tatau apa nama nyer alat itu), 3-5 kali angkat ngan beban 10kg pastu dah wakakakaka ... then cooling down sambil minum fruit tea sambil perati org lain exersize ... then masuh changing room, kalau rajin wat sauna .. biasanya tak sempat coz time nih dah kul 1.30 ... cepat2 mandi and pakai baju .. masuk opis balik ... begitulah rutin lunch hour aku ...


selepas berutih sedemikian selama hampir sebulan ... resultnyer ... berat aku ... NAIK 1 KG!!!!!!! wakakakak camno tuh???? ish ishhh ...must be something wrong kat diet aku ni kan ... tapi biar je dulu ... exersice aku tuh ciput sangat.. pembakaran kalori tak sampai pun 10% drp kalori intake ..


oopss ... dah pukul 7.39 AM ...


I hv to stop here .. nak siap2 gi kerja ...


Nantikan my another entry with a title .. "Confession of a ...."

hilang terang

Hilang terang timbul gelap

Lampu hati padam tak bercahaya

Ibaratnya kapal tiada berkemudi

Di samudera hanyut tak menentu

Bintang tiada beri cahaya

Di angkasa gelap tak bermaya

Hanyut perahuku di malam durjana

Sementara menanti terang

Bilakah menjelma

Bintang tiada beri cahaya

Di angkasa gelap tak bermaya

Hanyut perahuku di malam durjana

Sementara menanti terang

Bilakah menjelma



nota kaki: aku suka giler lirik ni .. tak de kena mengena ngan aku tapi aku suka ..
and also the melody OMG! tangkap lentok u ols! lagu ni dalam fiem masam2 manis yg p ramlee
jadik cikgu sha'ari yg suka tido .. :-D

tapi liza hanim nyanyi lagi le lentok! i loike!

Sunday 19 April 2009

The 4 things

.. Tagged by Soul

Susah gak eh ... aku takder ide yg mana kosng2 tuh .. huhu! thanks Sol, at least ada la benda2 aku nk update .. :D

4 names that friends call u
1. Fara
2. Dyb
3.Dyba
4. ..

4 most important dates in ur life
1. 24th every month(gaji)
2. 27 aug (lydia's)
3. 26 oct (better half's)
4. 11 feb (idlan's)

4 things u've done in the last 30minutes
1. Dinner at home
2. Tidurkan Idlan
3. Layan Lydia read storybook
4. Bloghopping

4 ways to be happy
1. Berubah
2.
3.
4.

4 gifts u would like to receive
1. brand new laptop
2. brand new car
3.
4.

4 of ur fav. hobbies
1. tgk album lama
2. books
3. berangan
4. Movies

4 places u want to go for vacation
1. Japan
2. Austria
3. New Zealand
4. India

4 things always found in ur bag
1. Sampah hasil drp bill2 yg dah renyuk2
2. phone
3. camera
4. USB

4 u love so much
1. Family and friends
2. Agama
3. bangsa
4. negara
(perghhhh!!!!)

4 things special for u
1. Quality time with my kids
2. romantic time with suami (fight pun romatic gak ... ups and down gitu standard le kann)
3. Girlfriends outing
4. My Blog

4 who u would like to answer this tag
1. Mus
2. Mas
3. Mauze
4.

Wednesday 15 April 2009

Hikayat Cinta Puteri dan Jelata

Puteri Anggerik Delima berjalan perlahan di dalam taman yang indah dan mengasyikkan.
Biarpun tanpa seorang pun dayang buat peneman, Sang puteri tetap berasa sungguh aman dan tenteram.



puteri Anggerik Delima begitu asyik menikmati keindahan dan keharuman
bunga-bunga yang berwarna warni di taman larangan, sehingga tidak
mengetahui dirinya diperhatikan.

...


Pandangan itu begitu berbeza di matanya. Entah kali ke berapa dia menggosok2
kedua2 matanya. Sesekali pipinya dicubit-cubit dan ditampar-tampar sehingga
terasa kesakitan akibat perbuatannya sendiri. Dia tidak bermimpi. Sungguh
indah pemandangan yang dilihatnya namun melihat gadis yang sedang
asyik melihat bunga-bungaan itu lebih lagi membuat hati terunanya tertawan.



Seumur hidupnya, belum pernah dia melihat gadis secantik itu. Dia tidak
merasa bosan mengikuti setiap pergerakan gadis itu ke mana sahaja. Dalam
pada berhati-hati melangkah, tanpa disangka kakinya terpijak sesuatu.



"shit" dia hampir terlupa mengawal suaranya lantas cepat2 menutup
mulut .. bila dilihat ke bawah, rupanya dia telah terpijak
salah satu tempurung kelapa yang disusun indah menjadi hiasan di taman itu ...

...


Puteri Anggerik Delima segera menoleh ke arah bunyi yang baru didengarnya tadi.
Dia pasti ada sesuatu yang sedang memerhatikannya di sebalik pohon beringin
yang rendang di hujung taman. Di bawah pohon itulah tempat kegemaran dia
dan dayang2 bermain buaian dan menyanyi2 menghibur hati.



Rasa ingin tahu yang mendalam membuatkan Puteri Annggerik Delima tidak
berlengah melangkah ke hujung taman.

...


Dia gelisah melihat gadis itu berjalan menuju ke arahnya. Dia tidak tahu
ke mana hendak melarikan diri. Tempat ini begitu asing baginya. Semakin
gadis itu mendekat, semakin kuat debaran di dadanya. Hatinya berbelah bagi,
hendak lari atau hendak bersemuka dengan gadis yang sudah menawan hatinya.



"Siapakah gerangan tuan hamba? mengapa berani duduk di taman larangan
milik kita? tidakkah tuan hamba tahu perkarangan istana ini tidak boleh dicerobohi
sesiapa? mahukan tuan hamba melihat Ayahanda baginda murka?"



Dalam ketegasan, tetap terserlah kelembutan dalam tutur bicara PUteri Anggerik Delima.
Membesar dengan tatatertib dan didikan istana menjadikan puteri Anggerik Delima bijak dan yakin mengawal perasaan takut dan mencurigakan seperti ini.



Namun curiganya tentang pemuda di hadapannya ini begitu tinggi. Puteri Anggerik melihat
pemuda tadi diam memandangnya tanpa berkelip, dengan dahi yang berkerut tatkala mendengar
dia berbicara.



"Tidakkah tuan hamba boleh berkata-kata?" Puteri Anggerik Delima rimas ditenung pemuda itu.


"pentas apa ni?" setelah beberapa ketika barulah pemuda itu bersuara. Kali ini Puteri Anggerik Delima pula yang mendengar kehairanan. Tutur bicara pemuda di ahdapannya
di amati. Tidak pernah didengar tutur bicara begitu tupa.


"Nampaknya tuan hamba bukan orang tempatan. Adakah tuan hamba saudagar yang
datang berdagang ke negeri kita? Jika begitu, sungguh tidak sopan tuan hamba
mencuri masuk ke taman larangan kita ini" Puteri Anggerik yakin pemuda itu saudagar yang menyamar dan berniat jahat ke atas negeri Delimapura. Jika benar telahannya itu, dia sudah bersedia untuk memanggil pangawal-pengawal istana yang sentiasa tidak jauh dari situ.


"nanti. aku bukan jahat. Nama aku Gazali"



...

Monday 6 April 2009

now

berbekalkan saki baki kerajinan yg ada ni la aku menulis ...
sejujurnya, minat berblogging dah pudar ...


i was spending weekends without touching my laptop and I feel OK.
i feel ok not chatting.
i feel ok not checking my mailbox, facebook, blogs (and i dont hv a long blog list anymore .. and i dont hv a long list of things to do online)


i guess I am ready to stop blogging.


apakah aku melangkah ke belakang? nope i dont think so. Aku cuma rasa aku in control nowadays. Seriously speaking, few months back .. masa mula2 tukar kerja .. balik je kerja mmg terus je online and it is a must! Hubby masa tu sabar jek la .. but now not anymore. Tak online ke online ke dah tak ada beza sangat.



i am getting old. oh no. not so fast. :-)



walaupun ada juga yg still out of my control and I still trying to figure out wht to do about it. sigh ..


Sebenarnya aku teringin sangat nak menulis tanpa berselindung.
meleraikan semua yg terbuku ... tapi apakan daya kurang sesuai :-)


..dan kisahku yg masih panjang
..menambahkan berat yg memandang
..lantas kupendam
..kuputuskan
..biarlah rahsia

Popular Posts