Gazali berjalan tanpa mengetahui arah tujuan. Sudah terlalu lama rasanya dia berjalan sejak melarikan diri dari taman bila gadis yang dilihatnya tadi memanggil lelaki-lelaki yang digelar pengawal itu.
Jam di pergelangan tangannya dikerling. Jam itu bagai tidak bergerak sejak berada dalam taman tadi. Jarum pendek tetap juga menunjukkan angka 8. Gazali benar2 buntu memikirkan di mana dirinya berada saat ini. Dia seolah2 tersesat dah terperangkap, tidak tahu di mana. Semuanya begitu asing.
Gazali berhenti di sebatang pokok dan duduk bersandar. Perutnya sudah mula berkeroncong. Dalam kelaparan dan kepenatan, dia cuba juga mengingati bagaimana dia boleh tiba di tempat
ini. Matanya dipejamkan rapat-rapat cuba mengimbas. Kerana terlalu keletihan, Gazali terlena.
...
"Zali, tungguuuuu!!!!" Gazali terperanjat seraya terjaga dari lenanya. Kepalanya menoleh ke semua arah, bimbang jika pengawal2 yang memburunya sudah sampai di situ. Degupan dadanya berombak deras. Setelah beberapa ketika baru lah dia dapat membezakan bahawa suara itu adalah mimpinya. Gazali menarik nafas dalam2, lega mengetahui panggilan itu hanyalah mainan tidurnya. Tapi dia merasakan mmpi tersebut seperti terlalu benar. Suara pemanggil memang sangat2 dikenalinya.
"Azah"
Tiba-tiba sahaja hatinya menyebut nama itu. Demi saja terdetik nama itu, wajah jernih seorang wanita bertudung lantas muncul di ruang matanya.
...
Puteri Anggerik Delima dapat merasakan pemuda yang berada di tamannya tadi masih berada dalam daerah yang sama. Dia tahu lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Gazali itu tentunya tidak mahir dengan selok belok di daerah itu yang pasti akan melambatkan pelariannya.
Dalam diam, Puteri Anggerik Delima menyesali perbuatannya memanggil pengawal istana tadi. Bila sahaja Gazali melihat tiga orang pengawalnya datang dengan keris sedia untuk dihunus, Gazali terus berlari meninggalkan taman larangannya. Puteri Anggerik terpaku. Dia sendiri kemudian mengikut pengawal mencari Gazali. Dia mahu mengetahui lebih lanjut tentang
jejaka yang dianggapnya lain dan pelik dalam serba serbi, daripada cara berpakaian, tutur bicara malah namanya juga tidak melambangkan nama dari negeri2 yang pernah dilwati atau tidak pernah juga ada pedagang luar yang kelihatan seperti itu.
"Gazali"
Puteri Anggerik Delima membisikkan nama Gazali, tanpa sedar terleret senyuman dibibirnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
No comments:
Post a Comment