Puteri Anggerik Delima berjalan perlahan di dalam taman yang indah dan mengasyikkan.
Biarpun tanpa seorang pun dayang buat peneman, Sang puteri tetap berasa sungguh aman dan tenteram.
puteri Anggerik Delima begitu asyik menikmati keindahan dan keharuman
bunga-bunga yang berwarna warni di taman larangan, sehingga tidak
mengetahui dirinya diperhatikan.
...
Pandangan itu begitu berbeza di matanya. Entah kali ke berapa dia menggosok2
kedua2 matanya. Sesekali pipinya dicubit-cubit dan ditampar-tampar sehingga
terasa kesakitan akibat perbuatannya sendiri. Dia tidak bermimpi. Sungguh
indah pemandangan yang dilihatnya namun melihat gadis yang sedang
asyik melihat bunga-bungaan itu lebih lagi membuat hati terunanya tertawan.
Seumur hidupnya, belum pernah dia melihat gadis secantik itu. Dia tidak
merasa bosan mengikuti setiap pergerakan gadis itu ke mana sahaja. Dalam
pada berhati-hati melangkah, tanpa disangka kakinya terpijak sesuatu.
"shit" dia hampir terlupa mengawal suaranya lantas cepat2 menutup
mulut .. bila dilihat ke bawah, rupanya dia telah terpijak
salah satu tempurung kelapa yang disusun indah menjadi hiasan di taman itu ...
...
Puteri Anggerik Delima segera menoleh ke arah bunyi yang baru didengarnya tadi.
Dia pasti ada sesuatu yang sedang memerhatikannya di sebalik pohon beringin
yang rendang di hujung taman. Di bawah pohon itulah tempat kegemaran dia
dan dayang2 bermain buaian dan menyanyi2 menghibur hati.
Rasa ingin tahu yang mendalam membuatkan Puteri Annggerik Delima tidak
berlengah melangkah ke hujung taman.
...
Dia gelisah melihat gadis itu berjalan menuju ke arahnya. Dia tidak tahu
ke mana hendak melarikan diri. Tempat ini begitu asing baginya. Semakin
gadis itu mendekat, semakin kuat debaran di dadanya. Hatinya berbelah bagi,
hendak lari atau hendak bersemuka dengan gadis yang sudah menawan hatinya.
"Siapakah gerangan tuan hamba? mengapa berani duduk di taman larangan
milik kita? tidakkah tuan hamba tahu perkarangan istana ini tidak boleh dicerobohi
sesiapa? mahukan tuan hamba melihat Ayahanda baginda murka?"
Dalam ketegasan, tetap terserlah kelembutan dalam tutur bicara PUteri Anggerik Delima.
Membesar dengan tatatertib dan didikan istana menjadikan puteri Anggerik Delima bijak dan yakin mengawal perasaan takut dan mencurigakan seperti ini.
Namun curiganya tentang pemuda di hadapannya ini begitu tinggi. Puteri Anggerik melihat
pemuda tadi diam memandangnya tanpa berkelip, dengan dahi yang berkerut tatkala mendengar
dia berbicara.
"Tidakkah tuan hamba boleh berkata-kata?" Puteri Anggerik Delima rimas ditenung pemuda itu.
"pentas apa ni?" setelah beberapa ketika barulah pemuda itu bersuara. Kali ini Puteri Anggerik Delima pula yang mendengar kehairanan. Tutur bicara pemuda di ahdapannya
di amati. Tidak pernah didengar tutur bicara begitu tupa.
"Nampaknya tuan hamba bukan orang tempatan. Adakah tuan hamba saudagar yang
datang berdagang ke negeri kita? Jika begitu, sungguh tidak sopan tuan hamba
mencuri masuk ke taman larangan kita ini" Puteri Anggerik yakin pemuda itu saudagar yang menyamar dan berniat jahat ke atas negeri Delimapura. Jika benar telahannya itu, dia sudah bersedia untuk memanggil pangawal-pengawal istana yang sentiasa tidak jauh dari situ.
"nanti. aku bukan jahat. Nama aku Gazali"
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
aku sambung story tu ek..
ReplyDelete..dalam asyik mendengar tutur bicara sang lelaki yang terkulum butir bicaranya...tiba-tiba terdengar satu suara menyapa dari celah-celah pokok nyiur bercabang tiga...
suara: siapa itu gazali? Loyer? Majistret..doktor?...
Lelaki: hamba..pemain kompang belia 4b kg sengal..
Suara: Aaaapa? Pemain komphang belia? Pannntang nenek moyang aku berbicara dengan pemain kompang!!Pengawallll...ehemm Peengggawalll...(jerit si suara dengan nada pitch yang ke lautt...sedikit unsur AFlah sebab musim sekrg ni...)
Kerana terkejut akan suara yang tiba-tiba muncul...si puteri tiba-tiba melatah..opocot mak ko!.. dan terus tersemput asma...terjelepuk pitam...di tunggul pokok nyiur bercabang tiga...
Rupanya pitam puteri bukan pitam sembarangan 7 purnama lamanya...setelah puas berdukun bomoh sampai ke siam..akhirnya sang lelaki muncul kembali dan meminta izin untuk mengubat sang puteri...
setelah diberi izin, sang lelaki terus mengeluarkan kompang yang masih bercop belia 4B dan memukul ke telinga sang puteri..
sepantas kilat puteri terus sedar dan bagai terlupa diri menari irama gelek padang pasir ala zaleha hamid...dangdut regee regee..dangdut regee...
semenjak peristiwa itu, kompang telah menjadi alat muzik penting bagi meraikan pasangan...(alamakk selitan unsur sejarah pulak..)
(amacam fara...sambungan ni best tak?matilahhh kena sekeh dengan fara lepas ni...ampunn weii..kekekek..apa-apa fara, ko memang ada bakat dalam menulis...abaikan cerita aku dan sila sambung ya)
wakame
hahaha dedua pon citer pon bes!
ReplyDeletecinta 2 dunia?
ReplyDeletesamnbungan dari wakame pun best gak...heheh..
cepat fara, sambung!