Posts

Kelas Hujung Minggu

Image
Masih diberi peluang dan ruang untuk menuntut ilmu hujung minggu... Untuk anak2 dan untuk diri sendiri jugak.. Kelas arab sabtu pagi 2 jam jek 9 to 11 AM.. refresher .. tetap jugak tak boleh nk bercakap bahasa arab sebab tak tambah mufrodat baru... dari segi nahu, inshaaAllah dapat la tangkap sikit2 based on previous kelas..

dah tulis kat journal handwriting, maka takyah kuulang lagi.. Semoga istiqamah je lah hendaknya..



Kat bawah ni pic sebenar hahahaha!!! malas pulak nak lukis orang lain ramai2.. lukis 3 orang jek...


Kulit jadi 10 tahun lebih muda dengan YOUTH® - Latest in my wishlist

Image
Wanita mana lah yang tak nak kulit flawless kan.. walaupun saya ni kategori yang tak begitu obses dengan penampilan sangat, tipu lah pulak kalau tak nak kulit yang sihat kan? bila sikat dan cantik, kulit kita jugak.. huhu..
Frankly speaking dah lama saya tak amalkan apa2 skin care kat muka saya ni.. serius tatau nak piih produk. Lagi pulak lately banyak produk yang susah dipercayai keselamatannya kan.. so mmg kulit saya ni cuci ngan air jek tanpa sebarang pencuci muka huhu.. bayangkan le betapa teruknya kan.. 
So bila Shaklee keluarkan skincare YOUTH® ni.. hmmmmm saya terfikir lah jugak.. kalau Shaklee yang produce, memang saya yakin dengan keselamatannya. So memang masuk dalam wishlist saya terus. 

Di US, produk YOUTH® telahpun dilancar dan dipasarkan pada bulan Ogos 2017. Orang pertama yang telah menjadi ujikaji produk YOUTH® adalah Ms.Sloan Barnett, isteri kepada pemilik Shaklee Corporation sendiri, Mr. Roget Barnett. Cayalah! bukan sembarangan dan main petik je memana model kan...

Aktiviti KSIB - Squad Aedes (Membenteras Denggi) - Sesi Pertama 2018

Image
Dah Isnin lagi! hahaha tapi minggu ni mode cuti jek maklum lah ada 2 hari public holiday Rabu dan Khamis ni. Best!!! 
Hari ni nak update my activity on weekends lah. Sabtu pagi around kul 10 pagi dah gi sekolah anak-anak. Aktiviti KSIB pertama 2018 ni ialah aktiviti untuk Squad Aedes. Adalah dalam 10 orang yang bagi nama. Aku pun bukan ada buat apa2 on Saturday morning so apalah salahnya bersosial kat sekolah.. Awal pagi dh settled hal kat rumah.. Lydia pulak PB (pulang bermalam) so alhamdulillah dia ada kat rumah in charged kemas rumah and jaga adik2 semua. 
Squad Aedes ni just nk pastikan tak ada perkara2 yg menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. So check la sekeliling sekolah.. pusing ke depan ke belakang, turun naik tangga jugak.. wah cargas gitu pagi-pagi dengan brisk walking hahha... sambil2 tu stalk jugak kelas anak-anak.. alhamdulillah banyak kelas dah ceria dengan hiasan dan sebagainya.. tahniah cikgu2 yg proaktif dan tahniah jugak parents yang proaktif tolong cikgu2 dalam kece…

My 25th week pregnancy Check up with Dr. Jumeah (DEMC)

Image
Asalnya last week tapi pospon to semalam. Sedang elok pulak ada parents cancel so dapat la slot for me. Kalau takde slot maybe I tak yah buat detailed scan la skot sbb the best time ti perform detailed scan is between 22 to25 weeks katanya. 
Selamat dah semalam. Alhamdulillah daripada scan tu nampak mcm semua OK.. namun hanya Allah lah yg tahu kan? tetap berdoa supaya baby betul2 sihat di dalam dan di luar kandungan nanti.. Cuma now ni kedudukan baby masih dalam keadaan breach (songsang). harap2 baby jgn malas2 pusing ye hehe.. tgk doktor tak risau kita pun tak la risau. hihi.. doktor lebih berpengalaman kot! Lama betui menunggu semalam adehh.. kul 2.30 sampai and register,, kul 4.30 baru lah dapat jumpa doktor... jumpa 20 minit jek pun huhu...
so next check up is February!


Kesibukan Akhir Bulan

Image
Minggu terakhir setiap bulan adalah "waktu busy" dalam buku ledger family aku. haha. maksud aku busy sebab banyak wang aliran keluar terutama yg melibatkan monthly komitment. Akhir bulan semua bills sampai.. utility bills satu hal.. bills yg melibatkan persekolahan anak2 pun sama hehe.. BUSY kan? Tapi inilah rezeki kita kan? cari rezeki untuk keluarga maka bila rezeki datang, kita salurkan ke tempat2 yg sepatutnya dan kita pun teruskan hidup mencari rezeki untuk bulan yg akan datang... begitulah kita survive dalam kehidupan..
Semoga jalan kita mencari dan mendapat rezeki yg berkat sentiasa dipermudahkan... aamiin..



Weekend spent well

Image
So its Monday again! Alhamdulillah weekend semalam ni cuaca panas... dapat lah settled basuh baju sampai kering (jgn tanya pasal habis lipat ke tidak ekeke)
Cuaca cerah, hasben gi kebun kelapa sawit... aku mintak the boys tolong kutip sampah2 keliling rumah.. sambil tgk2 kalau ada bekas2 yg bertakung air. Kadang2 ada jek sampah2 tercicir mcm botol2 air mineral laa .. toys laa.. plastik2 la.. bahaya takut nyamuk lak membiak.. rumput takleh kata laa.. sejak hujan je aritu rumput pun subur menghijau ... tang rumput kena tunggu hasben yg meracun.. nk cabut satu2 jenuh!
The boys lepas kutip sampah jek diorang pun bertebaran main basikal le apa lagi.. aku OK je asalkan main basikal kat area rumah aku and rumah nenek diorang jek. Jangan nak merayap keluar dari kawasan, mmg aku tak kasik.. then kul 11.30 gitu kena stop sbb dh panas.. petang2 sket baru lah sambung men basikal. Nak ajak gi mall, mak tgh kering poket kekdahnya hehe.. nk gi playground pun aku tgh takde mood sbb skang nih asyik l…

Watikah Perlantikan (sekolah kebangsaan)

Image
Semalam kat sekolah kebangsaan anak-anak berlangsung watikah perlantikan utk semua badan kepimpinan sekolah seperti pengawas sekolah, ketua kelas, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT dan pengawas ICT.
So Abg Lan dan Fahren pun terlibat. Semoga kedua-duanya dapat menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan dengan baik. Memudahkan pihak sekolah dan memudahkan kawan-kawan jugak. Alhamdulillah dapat peluang dan pendedahan kepada alam kepimpinan. Selamat Maju Jaya anak-anak..
Dulu aku ingatkan ketua kelas tu takde apa-apa keistimewaan. Tapi masa isi application form utk SBP dan MRSM Lydia, barulah aku tau.. ketua kelas rupanya sama level dengan pengawas (pengawas biasa - bukan ketua/penolong ketua pengawas). no wonder la masuk dalam watikah perlantikan jugak.