Showing posts with label fahren. Show all posts
Showing posts with label fahren. Show all posts

Sunday, 14 January 2018

Kokurikulum untuk Idlan dan Fahren

First thing first in 2018, on the 1st saturday, gi sekolah and daftarkan Fahren for taekwondo class. For Fahren its a new registration but for abang Lan its considered renewing la kot. Coz he has enrolled few years back but temporarily paused hehe.. harga pendaftaran dan bulanan pun dah naik.. naik tu biasa kalau turun tu yg tak login kan? 

Pendaftaran: 35
Bulanan: 40
Uniform: 65

tu tak termasuk bayaran utk grading exam lagi nanti.. tatau la berapa RM..

Takpe lah to expose Fahren utk outdoor acitvities. Kalau tak, mmg outdoor dia main basikal je lah sekeliling rumah hehe..

Tapi Abg Lan so far lom dapat lagi attend latihan tekwondo sebab clash ngan dia punya latihan kelab memanah sekolah. Yang ni of course la top priority sebab akan masuk dalam markah Koku dia kan. Dah tahap 2 nih mmg kena active dalam Koku. Lagipun sekarang PPSR nk kena aktif in both akademik and Koku. 

So sabtu is a busy weekend lah for their Koku activities. Kul 3.30-6.00 Latihan memanah for Abg Lan, 5-6.30 latihan taekwondo for Fahren. So 2018 ni mmg kena korban lah sikit jalan-jalan on Sabtu. Tak apa lah, salah satu strategi penjimatan ekonomi jugak tu hahaha..



Fahren memula nak masuk taekwondo sebab Abg lan ada, tapi dah 2 kelas pegi abg Lan tak leh join, nampak mcm dia OK je lah.. uniform pun guna uniform lama Idlan punya dulu.. and Idlan lak akan guna uniform Lydia.. jimat lah kat situ sbb harga uniform je pun dah rm65 hehehe..



Thursday, 12 February 2015

Selamat Hari Jadi Idlan dan Fahren!

Semalam birthday anak kedua saya Idlan. Oleh kerana birthday dia dan birthday Fahren cuma beza 2 minggu, saya memang plan beli kek satu jek and sekali potong.

Semalam dalam kesibukan yang tak bertepi kat ofis tu saya menyelinap balik awal sikit dan terus ke Tesco Setia Alam untuk beli kek kat King's confectionaries. Kek feveret saya mmg bluberi Cheese Cake dia jek.. setiap kali besday kalau tak dan nak tempah kat memana online seller untuk  kek2 comel customized, mmg saya beli jek ready made yg kat King's itu.. RM58 untuk brp kg eh 1/2 kg kot.. ke 1 kg.. ntah la akak lupa ekeke.. 

Tapi masa nak beli kek tu terfikir, eh takkan le dinner nanti cuma makan kek je... takkan le nak kuar dinner plak. Saya mmg tak begitu gemar dinner kat luar on weekdays sebab anak2 mesti byk homework kesian la plak.. selalunya tapau jek (ekekek masak? hehhe KADANG.KADANG je, LOL)

Lagipun Sunday hari tu bapak diorang dah bawak makan kat luar sempena celebrate birthday (lom up entry yg ni la plak), so malas nk byk2 kali mkn luar for birthday kan. 

So untuk celebrate kt rumah ni, takde idea nak tapau apa untuk mkn bersama kek besday. cam tak best lak rasanya kaalau tapau nasik goreng mcm selalu tu hehe, So bergegas masuk ke bahagian supermarket and capai je lah bahan2 nak buat spageti. maklum la time tu pun dah kul 6.45 kang sampai umah harus la dah maghrib, rushing gitu nk masak nak solat nak susukan Dyan gak.. (dia mesti nk susu time maghrib sbb seharian kat taska rindu kot ekeke)

So, capai bahan spageti dan beli kek cheese bluberi and balik! sampai rumah anak2 ngan bapak dorang lom balik lagik, so mak pun zass kat dapor wat apa yg patut. Bila azan bunyik, bebudak tu baru sampai and mak dah almost siap. Biar Idlan n Lydia mandi and solat while mak prepare food kat meja, lepas tu mak lak solat. 

Lepas mak solat terus panggil dorang ke meja and tadaaaa.. Idlan mcm wow! ada kek! hahaa.. mak memang sorokkan jek kek tu masa dorang balik tak nampak mcm ada kek pun. 

Tapi Fahren lebih happy nampak spaghetti daripada nampak kek. dia mmg bukan penggemar kek. ahaks. 3 kali dia tambah spaghetti. tak padan badan kecik! LOL

Happy ada kek dan spaghetti kekdahnyer ahaksss!


So lepas doa, nyanyi2 tiup lilin dan ambik gambo (time ni ngan Dyan pon dah nangis sbb tak tahan sgt nak susu ahakss...) baru lah makan.. fuhhh.. kecoh sungguh ngan daleela pun nak jugak potong kek mengalahkan abang2 yg sambut besday.. hadoii.. tgk pic ni mcm lawak pun ado! tapi best lah .. alhamdulillah dapat gak le celebrate birthday dorang kat rumah. 

Sabar je semua tunggu mak nak snap dulu... 


Win lah pic ni haha. Daleela nangis takmo org kacau dia je nk potong kek.. dyan pulak nangis nak mak.... hahaha kecoh weh!!


So untuk Fahren (birthday 31 Jan 2014) dan Idlan (birthday 11 Feb 2014), Happy Birthday diucapkan semoga kalian berdua sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T dan menjadi anak-anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. amin...

ha, lepas makan tu, business as usual la semula.. abg Lan dan Lydia masuk bilik wat homework, mak layan Dyan, daleela ngan fahren layan main crayon, bapak kuar beli ubat untuk atok kat farmasi.. hahaha! chaplin betul birthday celebration!  mcm laju je semua pergerakan. mcm katun. LOL. BUT SERIOUSLY ITS THOUGHT THAT COUNT and sayang saya kepada anak-anak tidaklah chaplin! :-)

Entry ni pun chaplin gak. Asalkan update sbb baaaanyak sangat stori saya dalam draft dok delay2.. tatau la pasaipa haha.. nih takleh kena gak upload. pasal bday kalau basi dah tak beshhhh!!!

So thanks for reading uols! doakan anak-anak saya dan anak-anak kita semua menjadi anak2 yg sayangkan Allah, rasul dan ibu-bapa.. amin.. Trima kasih!!..

T

Wednesday, 21 May 2014

Kisah si jantung hati :-)

Dah lama rasanya saya tak menulis tentang perkembangan anak-anak si jantung hati saya tu kan? Diam tak diam, 2014 dah hampir masuk bulan June. Kalau dalam term persekolahan, dan akhir penggal ke-2 persekolahan. Seminggu lagi cuti pun mula..


Semester awal2 ni kalau Lydia, memang aktif dengan mcm2 pertandingan sama ada peringkat sekolah mahupun peringkat daerah. Pertandingan bercerita bahasa inggeris lah, berpidato bahasa arab lah, bersajak lah... Saya tak menghalang pun sebab itu peluang dia nak jalan2 pergi ke sekolah lain, kumpul pengalaman. Keputusan, ada yg menang dan layak ke peringkat final, ada jugak yg kat peringkat awal pun dh tak bernasib baik.. Haha tak kisah la tu. Ukuran saya, pada tahap keyakinannya dan kemahuannya mencuba lagi walaupun pernah rasa tewas. Alhamdulillah Lydia sering diberi kepercayaan dalam acara2 yg melibatkan perseorangan. Satu kepercayaan yang sangat berharga!!
Dulu masa dia di tadika, boleh la parents follow jadi penonton setiap kali ada pertandingan. Tapi dah sekolah rendah mmg takde lah kan, padahal kalau ikut hati, sokmo nak ikut dan sokong diorang. Jadi, berdoa je lah agar di dpt memberi persembahan yg lancar dan tenang.


Ok. Idlan pulak, selepas last year dah mengharumkan nama tadikanya (PASTI) dlm pertandingan khutbah hingga ke peringkat kebangsaan, tahun ni sekali lagi dia diberi kepercayaan utk membaca khutbah. Tapi pertandingannya belum confirm bila.. Saya tak mahulah over confident tapi akan terus memberi sokongan kepada Idlan dan guru2 PASTI dia... Yang penting, saya nak dia rasa seronok selama 2 tahun bersekolah di tadika PASTI ni. Memang nampak lah dia seronok.. Sentiasa bersemangat! Macam masih sama masa saya tengok dia di hari pertama persekolahan tahun lepas, masa dia umur 5 tahun.. :-)


Fahren? Tahun ni berusia 4 tahun, alhamdulillah program membaca 'cahayaku' yang ibu taska dia berikan masih berjalan lancar, now dah sampai buku 2, bermakna perkataan2 bahasa melayu yg mudah dia dah boleh baca... Kadang2 saya test kat rumah, kadang2 saya terlupa hehehe.. Tapi berdasarkan kakak dan abang dia, inshaAllah by akhir tahun nanti inshaAllah dah lancar.. Dan dia pun dah bersedia nak folo jejak abang kakak ke PASTI bila 5 tahun nanti..


Awal minggu ni, peperiksaan pertengahan tahun bagi Lydia dan Idlan. Saya cuma pastikan mereka sihat dalam tempoh peperiksaan ni. Kebetulan sekarang ni cuaca tak menentu, tetiba hujan dalam pada panas terik tu .. memang mudah je nak kena demam. Tambahan pulak duduk taska kan.. Tu yg saya make sure makanan diorang tak skip terutama sarapan! Tengahari pulak mmg taska yg sediakan. Untuk dinner, kadang2 saya masak, kadang2 mkn di luar, kdg2 mkn roti je alas perut.. Alhamdulillah anak2 jenis tak memilih..


Dari segi nutrisi tambahan, of course lah Shaklee. Meal Shakes, chewable vitamin C dan nutriferon memang silih berganti saya masukkan dalam jadual vitamin diorang... Kadang2 tu saya terlupa jugak, tapi diorang (terutama Fahren) lah yg akan ingatkan! Hahaha.. Memang bukan satu kewajipan utk memberi anak2 nutrisi tambahan, tapo saya memilih untuk memberi, mengikut keperluan mereka... Lain anak, lain jugak keperluan..macam fahren tu badan cekeding sgt berbanding yg lain dan makan pun ikut mood dia walaupun tak memilih. So Meal Shakes mmg utk dia.. Yg lain2 tu vitamin C dan nutriferon lah, sekurang2nya utk antibodi... Hasilnya, saya serahkan kpd Allah... Amin..


Panjangnya!! Hahaha itu baru 3 org.. Anak ke-4 si anak dara kecik tu (daleela) pun dah semakin bijak sekarang.. Vocab makin banyak.. ada je keluar dari mulut dia.. Akhir bulan ni dia 2 tahun. Saya pun dah mula jugak slow talk dengan dia tentang adiknya yang bakal lahir beberapa bulan lagi. Nampak gaya dah boleh terima... Sebelum ni kalau saya tanya mana "kakak daleela" dia akan tunjuk lydia je.. Klau adik pulak akan tepuk dada dia sendiri.. Tapi sekarang bila sebut kakak daleela, dia tepuk dada (kadang2 terlupa juga) dan  bila tanya adik, dia tunjuk perut saya! Haha well done Daleela!!! Saya percaya dia dan adik baru nanti akan jadi rapat.. Bermain dan of course bergaduh2 sayang haha!!


Phewwww!! .. Mmg rasa tak puas bila cerita bab anak-anak... Huiii banyak sgt perkembangan yang berlaku secara sedar atau tak... Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang tak ternilai dengan wang ringgit ni.. Alhamdulillah kerana memikirkan merekalah juga saya tergerak hati mahu lebihkan rezeki kewangan saya. Anak2 adalah punca rezeki, kan? Rezeki utk yg berusaha tentunya, inshaAllah.. Saya berusaha mahu lebih rezeki dengan bisnes Shaklee... Semoga Allah memudahkan bagi saya.. amin...


Stop dulu lah. 45 minit menulis ni, kat dalam komuter dari KL sentral ke Shah Alam.. Hehehe terisi masa gitu.. So inshaAllah ada masa nanti, saya story lagi pasal anak2 ye... Bila jadi mak, cerita tentang anak2 lah paling mengasyikkan.. Ekeke..


Ok terima kasih sudi baca!!! Meh la share story anak2 uols jugak.. Anak2 kita kan bijak.. Macam kita jugaaa!! :)

*Fara*

Fahren membaca cahayaku selepas kantoi main bedak habis satu muka putih, sebagai 'hadiah', saya mintak dia baca buku.. hehe muka sedih jek

Monday, 5 March 2012

Birthday Party 3 in 1 2012

Bulan lepas, dapat la jugak buat birthday party yg agak besar daripada kebiasaan utk anak-anak. biasanya aku beli kek, makan kat umah MIL atau makan kat umah mak johor... ada cousins dorang .. janji ada kek.. tapi kali ni saja lah nk lain sket.. selain daripada nk ikut trend.. LOL. itu mak dia la kan.. ermm so buat le party combine 3 dalam 1. hehehe... actually Idlan ngan Fahren memang beza seminggu je so mmg sepatutnya lah dicombinekan... cuma Lydia le yg aku awalkan sangat2.. hehehe..

sebab utama, dia anak sulong.. and aku lom pernah buat party (yg agak besar panggil org2 dtg makan) utk dia. So kalau aku terus buat utk adik2 dia, mcm tak fair la pulak..


tapi, aku tak nak la pulak tunggu sampai bulan august nak celebrate birthday dia dulu ... bukan apa.. August tu bulan yg busy kot. dah le bulan raya, lepas tu masa tu aku dan ada baby baru inshaAllah... so maybe kelapangan agak sukar dicari..


bincang2 ngan hubby, dia kata OK je lah buat awal2 tahun ni... sementara kitorang pon lapang, rezeki pun ada... so tu la yg datang idea buat 3 in one birthday party huhuhu...


well, Alhamdulillah.. dah selesai pun majlis tu.. thanks kepada jemputan2 yg sudi datang meraikan anak2 kami.. majlis tu amat bermakna sekali, esp. Lydia yg dah mmg faham semuanya.. mmg dia tunggu pun ... sejak last year dia dah tanya.. huhuhu now betul la apa yg hasben aku dok tahan2 aku sejak Lydia kecik.. dia kata tunggu lah masa yg sesuai kalau nk buat majlis yg agak besar... and bila dia setuju utk buat this year, he is absolutely right... and i can see why ..


Lydia adalah yg paling excited dalam perjalanan merancang majlis tui... semua yg kami plan, dia nak tau.. and dia seronok sangat bila mak and bapak diskas pasal party... antara yg kami diskaskan bersama dia (as in tanya pendapat dia) adalah, sapa yg dia nak jemput, food apa yang dia nak.. kek apa yg dia suka.. baju apa yg dia prefer ... walaupun last2 tak semua idea dia kita ambik.. tapi 80% dia join the discussions.


cuma 1 je lah yg dia agak keberatan.. panggil clown. hehehe.. aku mmg tau, Lydia ni, sejak kecik tak suka clown.. mmg tak pernah nak ambil port kalau party kawan2 dia ada clown.. tapi hari tu, aku tanya gak dia..

"Lydia, mak panggil clown ok tak.."
"hmmmmm... kenapa nk clown mak..."
"ye lah.. biar la kawan2 dtg nanti enjoy.. "
"Lydia tak kisah lah mak... "


aku ingatkan mmg dia tak kisah and dia pun akan participate.. huhu rupanya dia tetap dia.. so masa hari tu, masa budak2 lain enjoyed the clown's performance, dia dok dlm bilik.. tapi tak de la dia down ke nangis ke apa.. kebetulan ada plak geng dia tak minuat clown.. so dorang enjoy berborak... cuma at least, dia tak la nangis or takut kat clown.. hhhehhe...


Idlan, walaupun belum betul2 faham.. tapi reaksi dia yg excited bila sebut birthday party tu pun sangat menyenangkan hati aku.. dia tak la tunjuk sgt excited mcm kakak dia... umur dia kan.. dia follow je lah... cuma bila kakak excited, dia pon excited sama...


Fahren... hehehe... well.. dia mmg lom mengerti.. orang ramai sebab apa pun bukan dia tau kenapa... hehee... tak pe lah Fahren, nanti bila dia dah beso umur 7/8 tahun, mak buat lagi so dia faham dan ingat... inshaAllah..


hmmm.. seminggu before party tu, kitorang eksiden.. alahai memang mencabar sangat....tau jek lah bila dah eksiden tu kan.. kereta masuk workshop.. nak berjalan ke sana sini membeli barang2 pun terbatas... kaki hasben plak injured so mmg cam limited sgt... kalau ikutkan mmg nk cancel.. tapi kalau kansel, ntah bila nk buat kan? budak2 plak dah excited pasal tu.. cam kesian plak kalau pospon/kansel... so, proceed je lah...


kesimpulannya, aku sangat gembira, one of my project for 2012 dah terlaksana.. itu salah satu azam aku tu .. cewwahhh..lepas ni tatau lagi la bila nk ada besday party lagi.. aku tak rasa buat setahun sekali utk setiap anak tu sesuai ukt anak2 aku... hehehe.. sesekali ok lah.. selalu2 kang takut tak termampu plak.. :-)


jom lah tgk pic... sama je mcm yg aku share kat FB

terima kasih tak terhinggal utk ofkos lah suami tercinta, yg kasik izin nak buat majlis ni .. mmg syok bila dia pun join sekali wat planning.. and bila kau sajes itu ini, dia setuju.. sebabnya dia kata dah sampai masanya pun... Alhamdulillah ... seronok planning party ni.. lebih seronok sbb ada kawan2 gak yg support.. tolong2 survey on the party favors, and at the same time tolong3 kawan2 yg ada talent2 pelbagai.. leh la sama2 dpt.. win win situation gitu... kalau ikutkan keseronokan merancang, mmg nak sangat buat every year... tapi bila fikir kan kesan2 lain.. rasanya eloklah tunggu lagi few years..

so anak2 mak.. next year kita back to normal lah..potong kek besday sendiri2 je.. :-) yg penting, mak doakan semua anak2 mak akan sihat dan panjang umur dan berjumpa lagi besday2 akan datang.. semoga kejayaan milik kalian, anak2ku! amin...


























Monday, 27 February 2012

like mak, like bapak ;)

me and hubby were lying on bed, with Fahren in between us. Fahren pointed to my belly and said,

"dalam mak ada baby" i smiled.

and he pointed at hubby's tummy and said,

"dalam bapak pun ada baby kan?"

hehe! what an observation!!! husband smiled .. and i laughed. out loud!!!

love u both! men!!! :)

Tuesday, 31 January 2012

Fahren is 2!



Happy 2nd Birthday Fahren Adly! budak ni banyak celoteh sangat! dari bangun tidur sampai tidur lagi sangat aktif! cakap banyak, lari pun banyak... garang pun iye.. bila panggil abang or kakak, dorang x menyahut, nanti dia sound,


"haa.. kakak tak saya punnnnn!"

cakapnyer clear, ada yg still pelat tapi mostly dah clear lah..dalam setiap ayat, dia akan tambah "pun" .. contoh:-

"mak pun nak mandi .. ke?????"
"lori tu pun bawak minyak lah!!!!!" bila tetiba dia nampak lori.. oh ye dia tau lori mana bawak minyak .. lori mana bawak roti.. boleh? kekeke

bila singgah memana stesyen minyak je dia akan cakap, "mak.. kita kat Onas... nak roti ye????" Onas adalah petronas..

suka main eli bird (angry bird) sampai aku nk kena sorok phone ...

banyak sgt lah keletah dia yg menghiburkan kami sekeluarga... sayanggg lah Fahren ni! muaahhhs!

Tuesday, 12 July 2011

Ranau-Kundasang-KK : photos



Dari Ranau ke Kundasang dan seterusnya ke KK ... perjalanan panjang menjadi pendek sebab view yang mengasyikkan ... cuma, sedih sangat sbb, dari pagi sampai ke tengah hari,,, Puncak Kinabalu tetap tak mahu muncul ... terlindung di balik awan memutihi angkasa ,,,, memang sedikit kecewa .. tapi tak apa lah .. saya dah rakam dalam ingatan .. dan manalah tau, next ti datang lagi .. kan?

This was taken 5 years ago, kat tepi jalan Ranau-Kundasang. owhh encik abangku rambut kemain! KLang gengster! Lydia baek punyer tayang pewot! huhu!
Taken recently - almost the same spot .. but this is tengah hari buta matahari atas kepala huhu! and no more KLang gengster yg ada hanya lah bapak mithalis auuwww!

antara view yg menawan



OMG yg tengah2 tuh awat poyo sgt posing cenggitu? eeeuuwww!!!

sekali lagi ... hikss! oh ye .. 5 years back, anjung tinjau ni tak ada ... mmg dah lain ... tapi still with this anung tinjau... Kinabalu tetap segan nak tunjukkan rupanya ... kat belakang tuh kalau x de awan..akan nampak lah clear habis puncak Kinabalu :-)



View taken from Masjid Kundasang ... the fly over baru siap ..time  ni awan dah start penuh meliputi kebiruan langit ... ingatkan tgh hari clear rupanya semakin matahari tegak kat kepala, semakin awan banyak :-) tak pe lah .. tgk awan pon cantik :-) begitulah awan nano nano nano nano ... ek eleh x lawak

orang pi solat, dia pi posing depan masjid ...
With atuk and nenek tapi muka nenek terlindung plak ...


Errrkkkk...

ah-haaaa!!! borong makanan utk makan kat kereta sajork! kat tepi jalan Kundasang-Ranau ...



Pics of my kids ... Idlan sangat susah nak ajak pose ...
Fahren pon pandai menghargai keindahan alam ... mulut dia tak henti2 membebel tapi dalam bahasa yg dia saja yg faham :-)



Kat Pasar Malam depan pasar basah ... yang sibaju oren tuh sempat rembat tali pinggang ... LOL .. ce peratikan cik abang kiter ty .. muka keletihan ... ciann ..



petang tu, kami ke KK .. dan berehat2 saja kat bilik ... cuaca pulak hujan .. mmg best lepak bilik... suami dan adik ipar ke airport utk mengambil beg pakaian yang dah datang dari KL .. huhuhu! .. Malam plak makan kat Likas, ada food court yang banyak choice ... kami makan ikan bakar dan segala2 bakar ... lepas makan, masih ada tenaga lagi utk singgah pasar malam ... tgk2 apa2 yg patut ..

malas nak uplaod kat FB sebab slow! blogger slow tapi FB TERSANGAT slow .. tatau apasal .. eh takpe lah.. tgk je kat sini ..

Then keesokan hari, adik ipar, abang ipar and makbapak mertua pegi island hoping ... pegi snorkeling kat 3 pulau2 glams tuh .. mamutik, manukan ngan apa lagi satu ntah .. lupa.. tapi kirannya aktiviti wajib for those who come to KK and esp. for those outdoor activity lover. . mak mertua and bapak mertua ku sangat aktif ok! dorang suka berenang ... so dorang pon suka snorkle .. i like! kami tak pegi sbb aku risau bawak bebudak esp. idlan yg suka je lompat2 atas boat ,... aihhh lengkali lah! lagipon aku dah merasa snorkle masa kat Tioman ... cukup la tuh .. bukannya aku pencinta aktivity luaran pon .. so x de hal ...

Semetara tunggu dorang pi snorkle, lepas hantar dorang kat Jessleton Port yang viewnya sangat cantik tu ... kami terus ke Karambunai .. pi lepak2 kat resort mahal ... lepak kat pantai dia lah .. bukan dalam resort ekeke ... by the time kami habis lepak .. dan penat plus dah tgh hari ... and dah time utk amik dorang yg pi snorkling tadi kat Port ... tapi sempat la balik bilik dulu sbb aku nak tukar baju .. baju kena muntah Idlan plak .. muntak sbb byk minum milo huhu ..

dah alang2 kat Port, and dah lunch time... terus la kami makan beramai2 nasi padang kat Port tuh .. hmm biasa2 jek lah.. satu hal pasal KK .. food dia biasa2 jek ..

and then petang tuh dorang yg pi pulau tadi berehat2.. turn kami plak mandi manda kat swimming pool .. biasa la bawak budak2 .. ni jek la aktivity yg dorang suka ...

and malam tuh makan kat Sri Melaka .. kat area Kampung air and lepas tu sambung lagi window shopping kat Pasar Malam Kampung Air plak ..

ada few tempat yg aku nak pegi tapi tak cukup time .. pegi kali ni sbb bukanpegi sendri  kan.. so schedule tu kena la ikut majority ..


Inside ticket counters Jessleton Port .. While waiting dorang beli tiket island hop ..

Lydia nanges nak ikut dorang pi snorkle ...

Kat Karambunai Resort






MAndi manda!

adik beradik sri Melaka yang kat Amcorp Mall ni ... huhu.. sampai sabah pon makan mcm kat sini jek



the next day, baru la kiterang pi kat pasar manila tu tapi x membeli pon kat situ .. cuma beli ikan kering kat pasar ikan kering and then beli kopok2 ikan kat pasar kopok... sabah terkenal ngan kerepek cincin dia... sedap.. rasa dia macam kuih denderam (cuping telinga?) tapi luar ada salut tepung keras .. sedap ah.. and then terkenal ngan udang kering yg fresh dan agak murah .. and then kopok ikan bulat2 yg dia panggil apa ntah aku lupa dah .. pastu kerepek malinja bersira ..ahh lazat! :-)

Before pi airport nak balik KL.. kiterang lunch kat Penampang ... makan kari kepala ikan .. perghhh dasyat besar kepala ikan dia .. ada sizes .. S, M, L, XL .. kiterang amik 2 pinggan XL .. perghhh puas! memang sedap! nama kedai .. restoren kari kepala Ikan Krishna ... halal ... kiterang ke situ sbb adik ipar aku bgtau situ mmg port org2 petronas makan2 kat KK ..

lepas makan baru lah ke Airport ... flight kul 4 ptg .. Lydia nanges takmo balik sbb nak ikut cik Usu dia naik kereta balik Bintulu .. adeh! lengkali la nak oii... kita pi visit cik Usu ngan Mak Usu kat BIntulu .. tapi dulu pon dah ke sana .. takdak apa2 kat Bintulu pon ...

Popular Posts