Wednesday, 21 May 2014

Kisah si jantung hati :-)

Dah lama rasanya saya tak menulis tentang perkembangan anak-anak si jantung hati saya tu kan? Diam tak diam, 2014 dah hampir masuk bulan June. Kalau dalam term persekolahan, dan akhir penggal ke-2 persekolahan. Seminggu lagi cuti pun mula..


Semester awal2 ni kalau Lydia, memang aktif dengan mcm2 pertandingan sama ada peringkat sekolah mahupun peringkat daerah. Pertandingan bercerita bahasa inggeris lah, berpidato bahasa arab lah, bersajak lah... Saya tak menghalang pun sebab itu peluang dia nak jalan2 pergi ke sekolah lain, kumpul pengalaman. Keputusan, ada yg menang dan layak ke peringkat final, ada jugak yg kat peringkat awal pun dh tak bernasib baik.. Haha tak kisah la tu. Ukuran saya, pada tahap keyakinannya dan kemahuannya mencuba lagi walaupun pernah rasa tewas. Alhamdulillah Lydia sering diberi kepercayaan dalam acara2 yg melibatkan perseorangan. Satu kepercayaan yang sangat berharga!!
Dulu masa dia di tadika, boleh la parents follow jadi penonton setiap kali ada pertandingan. Tapi dah sekolah rendah mmg takde lah kan, padahal kalau ikut hati, sokmo nak ikut dan sokong diorang. Jadi, berdoa je lah agar di dpt memberi persembahan yg lancar dan tenang.


Ok. Idlan pulak, selepas last year dah mengharumkan nama tadikanya (PASTI) dlm pertandingan khutbah hingga ke peringkat kebangsaan, tahun ni sekali lagi dia diberi kepercayaan utk membaca khutbah. Tapi pertandingannya belum confirm bila.. Saya tak mahulah over confident tapi akan terus memberi sokongan kepada Idlan dan guru2 PASTI dia... Yang penting, saya nak dia rasa seronok selama 2 tahun bersekolah di tadika PASTI ni. Memang nampak lah dia seronok.. Sentiasa bersemangat! Macam masih sama masa saya tengok dia di hari pertama persekolahan tahun lepas, masa dia umur 5 tahun.. :-)


Fahren? Tahun ni berusia 4 tahun, alhamdulillah program membaca 'cahayaku' yang ibu taska dia berikan masih berjalan lancar, now dah sampai buku 2, bermakna perkataan2 bahasa melayu yg mudah dia dah boleh baca... Kadang2 saya test kat rumah, kadang2 saya terlupa hehehe.. Tapi berdasarkan kakak dan abang dia, inshaAllah by akhir tahun nanti inshaAllah dah lancar.. Dan dia pun dah bersedia nak folo jejak abang kakak ke PASTI bila 5 tahun nanti..


Awal minggu ni, peperiksaan pertengahan tahun bagi Lydia dan Idlan. Saya cuma pastikan mereka sihat dalam tempoh peperiksaan ni. Kebetulan sekarang ni cuaca tak menentu, tetiba hujan dalam pada panas terik tu .. memang mudah je nak kena demam. Tambahan pulak duduk taska kan.. Tu yg saya make sure makanan diorang tak skip terutama sarapan! Tengahari pulak mmg taska yg sediakan. Untuk dinner, kadang2 saya masak, kadang2 mkn di luar, kdg2 mkn roti je alas perut.. Alhamdulillah anak2 jenis tak memilih..


Dari segi nutrisi tambahan, of course lah Shaklee. Meal Shakes, chewable vitamin C dan nutriferon memang silih berganti saya masukkan dalam jadual vitamin diorang... Kadang2 tu saya terlupa jugak, tapi diorang (terutama Fahren) lah yg akan ingatkan! Hahaha.. Memang bukan satu kewajipan utk memberi anak2 nutrisi tambahan, tapo saya memilih untuk memberi, mengikut keperluan mereka... Lain anak, lain jugak keperluan..macam fahren tu badan cekeding sgt berbanding yg lain dan makan pun ikut mood dia walaupun tak memilih. So Meal Shakes mmg utk dia.. Yg lain2 tu vitamin C dan nutriferon lah, sekurang2nya utk antibodi... Hasilnya, saya serahkan kpd Allah... Amin..


Panjangnya!! Hahaha itu baru 3 org.. Anak ke-4 si anak dara kecik tu (daleela) pun dah semakin bijak sekarang.. Vocab makin banyak.. ada je keluar dari mulut dia.. Akhir bulan ni dia 2 tahun. Saya pun dah mula jugak slow talk dengan dia tentang adiknya yang bakal lahir beberapa bulan lagi. Nampak gaya dah boleh terima... Sebelum ni kalau saya tanya mana "kakak daleela" dia akan tunjuk lydia je.. Klau adik pulak akan tepuk dada dia sendiri.. Tapi sekarang bila sebut kakak daleela, dia tepuk dada (kadang2 terlupa juga) dan  bila tanya adik, dia tunjuk perut saya! Haha well done Daleela!!! Saya percaya dia dan adik baru nanti akan jadi rapat.. Bermain dan of course bergaduh2 sayang haha!!


Phewwww!! .. Mmg rasa tak puas bila cerita bab anak-anak... Huiii banyak sgt perkembangan yang berlaku secara sedar atau tak... Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang tak ternilai dengan wang ringgit ni.. Alhamdulillah kerana memikirkan merekalah juga saya tergerak hati mahu lebihkan rezeki kewangan saya. Anak2 adalah punca rezeki, kan? Rezeki utk yg berusaha tentunya, inshaAllah.. Saya berusaha mahu lebih rezeki dengan bisnes Shaklee... Semoga Allah memudahkan bagi saya.. amin...


Stop dulu lah. 45 minit menulis ni, kat dalam komuter dari KL sentral ke Shah Alam.. Hehehe terisi masa gitu.. So inshaAllah ada masa nanti, saya story lagi pasal anak2 ye... Bila jadi mak, cerita tentang anak2 lah paling mengasyikkan.. Ekeke..


Ok terima kasih sudi baca!!! Meh la share story anak2 uols jugak.. Anak2 kita kan bijak.. Macam kita jugaaa!! :)

*Fara*

Fahren membaca cahayaku selepas kantoi main bedak habis satu muka putih, sebagai 'hadiah', saya mintak dia baca buku.. hehe muka sedih jek

2 comments:

  1. Salam Fara..terima kasih jengah di blog JM tu..
    Akhamdulillah kerana Fara di serikan dengan anak-naka comei 4 orang tu. Kalau nk kongsi citer bab anak-anak ni belum boleh lagi perlu cari calon suami dulu jadinya hanya mampu kongsi pengalam berjalan he heee

    Salam kenal kembali :-)

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini. camne nk follow sini ye?jemput ke blog sy di

    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete

Popular Posts