Malam tadi, air mata aku tumpah lagi ...
aku tak sangka betul lah, mula-mula tu husband aku tengah tengok cerita 'Tentang Bulan The Series' kat Astro, aku ambik aje remote kat depan dia and started to switch channels ... aku perasan jugak husband aku dok jeling je .. tapi aku buat selamba aje ...
bila kat channel Hallmark, aku stop kejap, macam menarik, then aku tengok muka husband aku dah lain macam dah .. alamak, so aku pun tanya dia,
"saya macam nak tengok cerita ni lah"
"tapi abang macam nak tengok Tentang Bulan"
"Ala ..." suara aku merengek2 sket .. tektik biasa la kan ...
Dia tak jawab, terus je ambik paper and belek2 ... sambil dia browse internet jugak ... aku relax aje, coz aku assume dia tgh apply kerja tu ... tapi, tak sampai satu minit, dia bangun and kata,
"abang nak tidur lah"
"ala nantilah, teman saya tengok citer ni"
"malas lah"
Sedih jugaklah aku, tapi hati aku tetap meronta2 nak tengok movie tu. Biasa la aku, bila ada movie yang colour dia terang, ceria dan cantik, terus aku nak tengok ... apatah lagi bila Love Story, apatah lagi bila latar belakang cerita tu tahun 40-an or 50-an gitu .. aku suka ...
So, aku biarkan aje lah husband aku masuk bilik, dan aku layan cerita tu ...
Though None Go With Me tajuk dia. Based on novel rasanya nih ... kisah hidup seorang nenek (Elizabeth) diceritakan kepada cucunya (Lisa) dengan harapan Lisa akan stay kat bandar kecik tu instead of pergi dengan pakwenya ... So dia ceritalah, yang masa dia muda, dia pun bercita-cita tinggi nak tinggalkan small town tu, dan dia seorang yang tak percaya takdir.
Kedatangan seorang paderi muda (Ben) ke bandar tu dah mengubah keputusan Elizabeth, sebab dia syok ngan Ben and Ben tu pun diam2 pun syok kat dia .. Ben tu handsome le juga and baik gitu, maklum le paderi kan ... cuma paderi ni slow sket in approaching her ... so Ben ni punyer faith to God dah berjaya membuatkan Elizabeth juga berjanji akan dedicate all her life to God and will always follow God.
At the same time, there was Will, yang juga menyimpan perasaan kat Elizabeth ni. Dah berkawan sejak kecil, and Will lebih berani mencurahkan perasaannya kepada Elizabeth. Charming jugak Will ni. So when Will noticed yang Ben and Elizabeth ni very closed, tanpa membuang masa, dia jumpa Elizabeth and melamar dia, and of course jawapan drp Elizabeth,
"I Love you, but as a dear friend"
Frust, tapi still Will respect dengan keputusan Elizabeth. Dia pun jumpa dengan Ben and asked ben to not wait any longer. Ben pun jumpa Elizabeth and asked her to dance with him where at last he kissed her and tell Elizabeth he loves her.
Sangat bahagia kehidupan couple ini dan mereka merancang untuk berkahwin, sehingga satu hari, Ben kena menyertai pejuang perang kat Korea, yang akhirnya diberitakan mati kerana hospital tmpt dia bertugas kena bom.
Tinggallah Elizabeth sebatang kara kerana ayahnya pun baru lepas mati, dan dia mula mempersoalkan takdir tuhan kerana satu demi satu orang kesayangannya pergi. Tapi, demi janjinya, dia teruskan mempercayai tuhan, dan meneruskan kehidupannya. Sudah tentu, dengan bantuan dan sokongan Will yang tetap setia menyintainya sepenuh jiwa dan raga. Dengan penuh ikhlas, Will offer Elizabeth untuk tinggal dengannya. Tinggal bersama, purely sebagai sahabat.
Mereka kekal bersahabat sehinggalah beberapa bulan apabila Will mula rapat dengan gadis lain, Elizabeth mula menyedari dia juga sebenarnya tertarik kepada Will. Menyedari kehadirannya di sisi Will akan mengganggu hubungan Will dan teman wanitanya, dia mengambil keputusan meninggalkan bandar kecik itu. Bila Will menghalang dan bertanya sebabnya, dia pun kata tak mahu mengganggu Will.. Will jawab,
"She is a nice lady .. very nice lady .. and she will be a good wife"
dan Elizabeth pun tak sanggup mendengarkan kata-kata Will dan terus nak bangun, lalu Will menahannya dan teruskan kata-kata ..
"but she will be a very good wife, to other man ... not to me, because she is not you..."
and they kissed for the first time ...
After a few weeks of marriege, Elizabeth dapat surat, it was from Ben yang sebenarnya tak mati dalam bom tu, instead dia jadik tawanan selama setahun setengah. Maka gelisah lah Will dan dia terus tanya apa perasaan Elizabeth lepas dapat tau Ben ada lagi ... adakah dia rasa regret? Elizabeth kata, dia tak regret... barulah Will rasa lega
Ben balik, tak tunggu2 terus jumpa Elizabeth and they were hugging and kissing each other melepaskan rindu yang terpendam sekian lama and bila dah cool down sket, barulah Elizabeth bgtau dia dah kawen dengan Will. Sangat berani gitu. Ben kata, dia ingatkan dia akan sedih and tak dapat terima berita tu, tapi rupanya dia okay and boleh terima, cuma dia tanya adakah elizabeth bahagia?
"Yes, I am happy with him, and I Love him" kata Elizabeth, membuatkan Ben mengundur diri ... cuma dia bagitau yang dia pun akan sentiasa menyintai Elizabeth sampai akhir hayat.
Kehidupan suami isteri ini sangat bahagia, apatah lagi dengan kehadiran anak lelaki yang sangat disayangi, dan kemudian berkahwin muda dan melahirkan Lisa. Cinta Will kepada Elizabeth tetap utuh dan begitu juga sebaliknya.
Suatu hari, hidup Elizabeth di uji lagi apabila anak dan menantunya mati akibat kemalangan. Tragedi itu telah membuatkan Elizabeth hampir putus asa, dan Will juga menjadi seorang yang sangat pendiam. tetapi, panggilan telefon daripada Ben berjaya menguatkan lagi semangat Elizabeth dan berkhidmat sebagai sukarelawan kat pusat pemulihan. Kat situ, dia membantu menaikkan semangat ramai orang yang kecewa dalam hidup ...
Will pula, semakin meningkat umurnya, tanpa disedari rupanya menghidap penyakit alzheimer.... Ini disedari oleh Elizabeth apabila Will mula terlupa tarikh, dan terlupa jalan balik ke rumah daripada pejabat. Masa ni lah aku rasa sangat sedih, mengenangkan Will yang sangat baik sepanjang menjadi suami kepada Elizabeth ... melihatkan kehidupannya berakhir sedikit demi sedikit ...
menyedari yang lama kelamaan ingatannya akan hilang, Will menulis surat kepada Elizabeth ... menyatakan sayangnya kepada wanita itu tak akan pernah luntur kerana biarpun ingatannya luntur, namun hatinya tak akan pernah luntur ... Dia meletakkan surat itu di atas bantal dan apabila bangun, Elizabeth mendapati suaminya tidak ada lagi di katil, rupanya kat depan tengah termenung. Elizabeth lega sangat bila husbandnya masih lagi ok, dan dia kata ..
"Stay with me as long as u can Will" and she rested her head on his chest ... soo loving gitu ...
Hari2 hari seterusnya adalah permulaan kepada berakhirnya kehidupan Will ... selama 8 tahun selepas itu, Will bagaikan semakin jauh daripada Elizabeth kerana penyakitnya .. Sehinggakan pada suatu masa, Elizabeth terpaksa menempatkan Will ke rumah jagaan orang tua kerana tidak berdaya menjaga Will ... Dia merasa sangat menyesal kerana melakukan itu, mengingatkan mereka pernah hidup bersama selama 50 tahun, dan dia tidak sanggup pula untuk menjaga Will biarpun untuk beberapa jam .... Oh masa nih air mata aku, saaaaangat laju okay .. siap teresak2 lagi tuh ... :-(
Ketika doktor memanggilnya ke hospital, Elizabeth tahu sudah sampai masanya untuk Will pergi. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Will berbisik lemah kepada Elizabeth,
"thank... you ... for... choosing.. me" and he closed his eyes .. forever
airmata Elizabeth mengalir ... dan merebahkan kepalanya ke sisi wajah Will. KEmudian dia berbisik kepada doctor
"He remembers me"
oh aku sudah menangis sangat laju masa nih ...
Satu hari, pusat pemulihan tempat dia kerja buat suprise party utk dia, bagi mengenang jasa2 dia dan bagi menggembirakan dia ... dan pada hari tu, lepas berpuluh tahun, Ben datang menemuinya ...
he asked her to dance with him again ...
and the movie ended there ... but i guess the story still goes on ... and they live happily ever after ...
itulah dia ... airmata aku tumpah lagi malam tadi ...
then aku berdoa semoga aku dan husband pun akan kekal mencintai selamanya ... cuma, aku harap kami sentiasa sihat sampai ke akhir hayat ... esp. sihat ingatan dan akal fikiran. Cuma, semasa kami sihat ni, aku patut lebih menghargai kehadiran orang2 tersayang ..
mengingatkan itu, aku terus mendapatkan suami kat dalam bilik ... aku kejut dia dengan masih teresak2 .. dia bangun tanya kenapa .. terus aku peluk dia dan mintak maaf sebab ignore dia nak tgk Tentang Bulan tu ...
then aku kissed my kids' forehead ...
because i love them with all my heart!
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
kagum aku fara ko boleh taip panjang sinopsis filem ni, ooo ada ulangan dak ni? kena check kat buku astro yg dpt tiap2 bulan ni..
ReplyDeleteerr kalau aku kan, sure aku tak tengok cite tentang bulan tu..opsss
-ojij-
i think ah...character pompuan itu sangat lah untung sbb ada 2 laki yang sangat2 sayang kat dia wpon along the way she lost orang yang dia sayang.
ReplyDeleteand touchy siot ayat2 dia...tq for choosing me. fuhh!
semalam pun laki aku telah masuk tido sebab aku conquer tv.. dia tanak tgk apa yg aku nak tgk (cite guardian kat cinemax kot), and aku tak kasi dia main game kat hp aku sbb aku main tak abih lagi. aku soh gak dia temankan aku kat dpn, tapi gamaknya kosser nak layan ini bini, kan, dia masuk tido..
ReplyDeleteeh, ini cite pasal kau nangis eh? alah alah alah busyukkkk.. hahahahaha..
alahhh...fara ni potong stim lah..aku baru nak tgk ulang tayang dia..dia dah story sampai abis... aisyehhhhh....
ReplyDeleteAhakak Limah..
nangis pass tuh cium ajer.
ReplyDeletetak bersambung terus ke wakakakakakak