Entry tertangguh. Tapi nak tulis jugak. Anak ke-3 saya, Fahren Adly tahun ni berumur 5 tahun. Dah habis program belajar membaca Cahayaku masa 4 tahun so as usual ke tadika formal lah pulak. Thanks ibu Tina (ibu kat nursery) yang sudi luangkan masa mengajar Fahren membaca (bahasa melayu) :-)
Fahren dari awal memang dah decided nak sekolah kat PASTI, dan to be specific, PASTI yang sama dengan kakak dan abangnya (Lydia & Idlan). Saya ingatkan nak le cuba hantar ke tadika islam yang lain, especially yang english medium, biar anak2 familiar dengan english edukesyen gitu kan. ahaks.. Tapi atas sebab logistik, kami redho lah settle kan Fahren kat tempat yg sama jugak ngan abang dan kakak dia. Semoga ada rezeki anak-anak lain pulak ke tadika english medium, inshaAllah.. Hikmah anak ramai gitu la kot. tak dapat sekarang, inshaAllah masa lain adalah rezeki tu. Wallahu'alam..
Tak macam tadika english medium yang susah nak dapat area saya, PASTI pulak banyak pilihan. Hehehe.. Kira mcm PASTI atau PASTI? gitu hahaa.. Saya ada berniat nak hantar ke PASTI yg lain, yang baru dan lebih moden dari segi prasarana.. Tapi entah mcm mana, akhirnya keputusan tetap ke PASTI yg sama. Masih ada rasa nak membantu PASTI Yg sama jugak.. Maka ke situ lagi laaa.. Hehehe cikgu2 semua pun dh kenal muka saya sebab every 2 years enroll anak. Kalau ada PIBG, maybe saya leh jadi pengerusi. hahaha iyo la tuh. I doubt ekeke..
Pic atas: hehe muka bosan. Hari pertama tu dia masuk kelas 5 Usman. Kelas tu suasana dia agak suram sket mcm kurang pencahayaan. Dulu abang Lan kelas tu jugak tapi sebab abang Lan tu suara mcm pakai speaker, maka no problem for him. Fahren lak nampak mcm mandom je kat kelas tu. So hari kedua saya request kat cikgu nak masukkan ke kelas Umar. Alhamdulillah kat kelas Umar baru la nampak dia aktif (tak ada la plak pic kelas hari ke dua hehe) |
Pic atas: Fahren lom ada kawan. Berdiri sepi di perkarangan sekolah. PASTI ni milik ustaz dan ustazah dan bangunan sekolah (4 kelas) dibina di halaman kediaman mereka yang luas dan berpagar. Selesa lah untuk anak-anak nak bermain berlarian. Hari sukan dan konsert akhir tahun pun buat kat perkarangan sekolah ni je (aka. halaman). Sempoi kan? Semuanya tentang PASTI ini adalah sempoi. |
Pic atas: Kedudukan Fahren dalam kelas. Kelas ni macam agak sempit dengan susunan meja mcm tu. Tahun lepas meja disusun berdua-dua tapi tahun ni tukar style. Tapi saya memang suka style in group mcm ni, cuma kalau kena yang membelakangi cikgu, aduh sakit tengkuk kot ekekkee.. nampak tak buku tinggi menggunung kat meja cikgu tu? ha.. semua buku yang dibeli, kasik kat cikgu sebab cikgu akan simpan dalam locker. Seminggu sekali baru bawak balik utk parents tengok kerja anak-anak. |
Pic atas: Oleh kerana Fahren lom ada kawan dan dia plak bukan jenis peramah, kemain kusyuk la dia buat kerja yang cikgu suruh.. saya snap ni dari luar kelas, nyorok2 di sebalik langsir tingkap hehehe.. |
Alhamdulillah.. masa tulis ni, dah 2 minggu Fahren kat PASTI dan nampak gaya takde problem. Bangun pagi agak liat tapi once dah mandi, ceria jek. Syukur lah. :-)
Insha Allah next entry saya nak story pasal abang dia pulak. Idlan masuk darjah satu! haha tangguh dan tangguh sokmo!
Salam sayang uols!!!
|
Saya hantar anak-anak saya ke taska biasa ja. Sebabnya diaorang jaga dari pagi sampai petang. Fardhu ain pun diaorang ajar.
ReplyDeleteLebih mudah mcm tu kan?.. budak2 pun senang hati, mak bapak pun senang hati ... Alhamdulillah.. :-) thanks for visiting my humble blog ye mama 3 farhanah :-)
Deleteblogger mak mak kalau tak de entri tangguh tu tak sah...he he.. Sayapun selalu buat entri cte 2/3 minggu lepas. Nak wat camno kan..kejar anak je 24/7, 365 :D
ReplyDeleteSalam kenal juga ya.. Seronok juga dapat hantar anak ke PASTI...unsur2 keislaman dah diterapkan...pendedahan awal gitu. Selamat maju jaya buat Fahren..dari aunty.. :)
hahahaha so true bab kejar anak 24/7, 365 hari tuh.. Alhamdulillah merasa semua ni ...
Deletethans ctfand sudi ziarah kembali ke blog humble saya ni :-)
Heheh..saya nampak diri saya & anak kedua saya dalam blog akak ni..
ReplyDeleteahahaha! iye ke.. yg mana satu.. pic yg ke-3 ke.. ekekeke...
DeletePic kedua..yang parents duduk2 kat luar tu, turut ternampak adelah anak dara saya yang pakai tudung dan berdiri tu. Hehe.
Delete