Pagi ni dapat tahu, KPM dah umumkan bahawa sesi persekolahan penggal pertama untuk tahun 2015 yang patut bermula pada 5 January 2014 telah ditangguhkan dan akan bermula pada 12 January 2014 (Selangor dan negeri yg sewaktu dengannya). Alhamdulillah saya kira perkhabaran ini memberi kegembiraan terutama kepada ibu bapa dah guru-guru di tempat-tempat yang dilanda banjir. Syukurlah, tentu dengan pengangguhan ni, dapatlah mereka memulakan sekolah dalam keadaan yang lebih bersedia (walaupun mungkin tidak banyak beza).
Saya pulak, kenalah meminda cuti. Maklumlah tahun 2015 ni Idlan akan masuk darjah satu dan adik dia Fahren akan mula bersekolah tadika 5 tahun. Memang perlu cuti lah nak uruskan mereka ni (nak intai pun iye... well biasa la mak kiasu kan).
Hari Khamis ni Idlan kena hadir ke sekolah untuk sesi orientasi. Yang ni tak perlu la apply cuti sebab dah memang cuti umum pun kan.. Tapi persiapan untuk hari tu pun saya belum settlekan. Lencana belum dijahit kat baju, buku-buku pun belum habis dibalut.
Hmm.. Mujur lah ada tambahan cuti sekolah ni. Dapatlah luang masa prepare hal sekolah. Terima kasih kepada kakak Lydia yang tolong balutkan semua buku-buku adik-adik dia, sampaikan buku dia sendiri pun belum balut. hehe. Kasut pun belum berkapur. Asyik tunda je. Kalau ikutkan bebudak ni memang nak buat semua sendiri, memang bagus semangat nak menolong tu, tapi saya kena make sure saya tak stress dengan kecomotan lantai lepas mereka kapur tu.. sebab tu saya suka buat waktu hari cerah supaya boleh buat kat tanah je. tu yang jadi bertangguh sebab dua tiga hari ni hujan sokmo. amacam? justified tak? hehe..
OK semoga kita semua dapat gunakan cuti sekolah dengan sebaik mungkin. Sama-sama kita berdoa agar kita semua (terutama mangsa banjir) tidak perlu lagi melalui lagi saat-saat getir seperti itu, seterusnya dapatlah memulakan persekolahan dengan tenang, inshaAllah..
rehat lagi seminggu mak nyer juakan...
ReplyDeleteakak dah siapkan semua barang2 sekolah..
tenang je hati bila semua dh ready kan? :-) Alhamdulillah.. Thanks for visiting my humble blog :-)
Delete