Showing posts with label Dyan Halina. Show all posts
Showing posts with label Dyan Halina. Show all posts

Sunday, 21 September 2014

Kali ke-5 Tetap Indah!

Dah hari ke-32 berpantang, still rasa tak complete kalau tak rakamkan kat sini, pengalaman bersalin anak ke-5 ni. Maklum lah anak2 sebelum ni semua ada entries, so yang ni pun, tak mau lah ketinggalan..


EDD saya adalah 27 august 2014, berdasarkan ultrasound. Memang ultrasound je lah base saya utk tau EDD, memandangkan hari pertama untuk period terakhir saya tu tak logik, sama gak kes ngan anak2 sebelum ni. Tak logik tu, maksud saya, kalau ikutkan first day of last period, maybe kandungan saya masa saya pergi first check up tu, dah 3 bulan kot. Hahaha ... Realitinya, baru je 8 minggu! Itu ler sebabnya ultrasound yg awal2 tu je lah tempat kubergantung nk dptkan EDD, lepas tu kan date berubah2 kan so stick pada 1st ultrasound lah.


Kemudian, adik saya pulak buat keputusan nak bernikah pada 23 ogos! Haha bukan le dia dengki kahkahkah.. Dia pun puas gak cari date sesuai, memandangkan ramai betul anak2 buah yg big exams tahun ni, so byk tarikh yg bz ngan trials dan sebagainya.. Budak yg exams, ofkos parents pun bz la, so date yg available 23 dan 30 ogos tu je lah..


Saya pun mula la berdoa agar baby keluar lebih awal dari 27 ogos please.. Hehee.. Masa check up 38 minggu tu, doctor kata kalau by the next check up (chrck up 39th week) tu masih belum lahir, doctor suggest to induce pada 25 Ogos, awal 2 hari dari 27 Ogos. Saya OK je, happy gak at least tak akan melepasi 27 Ogos.


Hahaha banyaknya tarikh!!!! Jgn pening taw!


Check up appointment seterusnya untuk 39 minggu ialah pada hari rabu, 20 Ogos 2014. Awal pagi tu mula rasa nak je toilet jek. So saya mintak hasben amik half day, ikut saya check up. Selalu mmg saya gi sendiri, malas nak mntak dia cuti sebab cuti sbb kejap je pun check up x de menda pun. Check up yg nk tgk jantina je saya ajak dia.. Hehehe.. Eh, ke situ lak.


Hasben on je amik half day. Saya bgtau dia, macam ada contractions, so kami ke DEMC lepas sarapan. Hari tu jugak sepatutnya saya perlu ke KLCC sebab ada meeting. Meeting pukul 2 PM, appointment doktor kul 10AM. Sedang elok lah tu, lepas check up kalau takde bukaan, pergi meeting plak.


Dalam pada menunggu doktor Mazita, ada few times contraction agak kuat. Saya tau, kalau rasa contraction patutnya terus ke labour room je, takyah tunggu doktor, tapi saya mcm alamak ye ke contraction hehehe so tunggu je la doktor, ikut jadual asal kekdahnyer. Kul 10.30 jumpa doktor, bagitau dia pasal contraction dan dia bagitau saya dah ada bukaan.


Dah 4 cm!!


Hahaha saya terus senyum lebar! Doktor suruh masuk labor room. Nurse offer wheel chair, saya tolak cara baik.. Time ni le kena jalan jalan dan jalan..  Sampai je kat kaunter labor room, saya senyum ngan nurse bidan tu, boleh lak dia kata, "awak yg dah 4cm tu kan? Boleh senyum2 pulak.. Tak sakit ke?" Lorrrr senyum pun salah? Hahahaha lawak lak. 

Tapi kujawab, "skang tengah tak sakit ni" ekekeke.. Pastu dia kata biasanya 4cm org dh takmo jalan. Saya diam je, tak nak komen apa2, lain orang lain lah kan.. Wallahu'alam..




Lepas tukar baju, nurse pasang CTG nk monitor contraction. Setengah jam pertama tu mmg takde apa2 pun! Bacaan CTG pun kosong jek graf pun flat je haha.. Last2 saya bosan, saya mintak nurse bukak CTG sebab saya nak jalan sat. Saya bgtau dia, baring mmg tak datang contraction saya.. Hehe dia ok je, saya pun jalan pi toilet.. Dan dan tu sakit datang kerap.. Pastu dh kul 11.30 tu nurse suh baring gak sbb nk masukkan air. Ok saya pasrah. Mula masuk air dlm kul 12 gitu.. Dan mula la rasa contractions tapi lemah je...kul 1.30 baru le rasa kuat sikit tapi leh tahan le lagi sbb lebih kepada rasa mcm nak kencing je.. First time lak rasa gini, later tu baru saya notis rupanya kali ni nurse tak pecahkan waterbag, saya tanya nurse tak pecahkan ketuban ke dia kata takpe, nnt dia kuar ngan baby.. Oooo gitu ke pulak.. Hehehe.. Ok gak la.. Sbb tu kurang rasa sakit.. Nurse pulak buat muka pelik saya mcm relax je wlaupun reading CTG dah mula tunjuk bacaan tinggi. Saya selamba lagi layan phone. Sakit tu sakit, tapi boleh tahan.  Kul 1.30 tu dah bukak 7cm.


Masa tu juga saya pinjam pemotong kuku dari nurse sebab baru perasan kuku lupa potong kang dalam pantang lagi le merimaskan. Hehehe



Dok tunggu gitu la.. Bila sakit dtg, saya tgk screen CTG. makin kuat sakit makin kuat saya baca "lailahailla anta subhanaka inni kuntumminazzolimin.." Silih ganti dengan selawat atas nabi, sambil tarik nafas tahan sakit. pastu saya tgk suami, dia pun terkumat kamit berzikir.



Sampai le kul 2.30 tu saya tak tahan terus rasa nak teran, rupanya waterbag pecah.. Terus le saya panggil nurse, nurse panggil doktor.. Saya tak tunggu, mmg terus push je.. Masa doc sampai, rasa sakit tu hilang so saya stop push tapi dok kata push je sbb kepala baby dah half way keluar.. Saya siap cakap, "tapi saya tak rasa nak push doctor, bleh ke push?'" Doktor kata boleh! Hahahahhahaa adeh lawak lak rasanya di situ.. So push le, dan baby pun kuar le.. Baby girl yg bulat! Hehe.. nurse letak kejap kat dada, pastu ambik balik nk mandikan dan sebagainya.. Saya lak mintak phone kat hasben. Masa doctor bz jahit, saya pun bz whatsaapp..


Alhamdulillah.. Syukuuur sangat dipermudahkan lahirkan baby girl, Dyan Halina seberat 3.19kg pada 20 ogos 2014 bersamaan 24 syawal 1435 hijrah.

Saturday, 20 September 2014

Sekitar Majlis Akikah Dyan dan Wedding adikku

23 Ogos 2014 lalu (Sabtu), satu-satunya adik saya telah selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Alhamdulillah.. pernikahan dijalankan di rumah pengantin perempuan di Temerloh Pahang. Saya tak dapat hadir sebab baru 3 hari melahirkan Dyan Halina. Sebenarnya saya lega juga sebab dah selamat bersalin, sebab kalau belum bersalin, dilema la jugak, nak pergi mcm dah sarat sangat, tak pergi macam tak syok plak sebab adik sendiri kan.. so Alhamdulillah le dah deliver so memang sah sah takleh pegi hehehe... 


Majlis menyambut menantu belah keluarga saya (pengantin lelaki) pulak di adakan kampung kami di Batu Pahat Johor pada 30 Ogos 2014 (Sabtu). Saya balik ke kampung pada hari Jumaat, tak dapat nak balik awal dari itu sebab Lydia masih bersekolah dan ada exam pula tu. So Hari Jumaat tu adalah hari berpantang ke-9, Alhamdulillah selamat perjalanan balik ke Johor smooth je walaupun trafik agak sibuk, maklum la weekend panjang sebab cuti sampai Isnin (Hari Merdeka).


Sempena majlis adik saya Sabtu tu, saya pun turut serta buat akikah dan potong jambul baby Dyan Halina. Alhamdulillah dah tumbang seekor kambing untuk akikah.. Majlis potong jambul buat pagi Sabtu tu, pukul 9 mula dengan Khatam Al-Quran, berzanji dan marhaban. Khatam Quran tu untuk Lydia, Dahlia, Aliff dan Azizi (anak2 buah saya, cousins Lydia). Selesai berzanji baru lah bawak Dyan keluar untuk marhaban dan potong jambul. Lega saya bila dah selesai, dalah pukul 11 gitu majlis selesai.. :-)


Lepas tu, ramai jemputan datang, orang2 kampung dan saudara mara. Memang ramai lah sebab mak dah lama tak buat majlis kawen. Last sekali masa majlis saya, 11 tahun lepas hehe.. lama tu.. adik saya ni pulak bongsu, tu yg ramai tu.. walaupun banyak jugak clash ngan majlis2 tempat lain, Alhamdulillah tetap ramai... Saya memang geram jek sebab duduk dalam rumah je.. hehe tapi say angelat2 gak.. takde nya saya dok diam .. kejap2 saya ke depan lepak2 layan tamu, kejap2 ke dapur tgk baby.. seronok weh jumpa org2 yg dh lama x jumpa.. Ramai jugak yang terperanjat bila tau saya ada baby baru.. ada yg kezut dah baby ke-5 dan ada yg kata amboiiii ko ni tak mcm dlm pantang padahal baru 10 hari.. hahaha saya gelak2 je lah.. tatau dorang ni menyindir ke ikhlas ke, saya sangka baik je lah.. dah memang saya sihat wal'afiat kan.. takkan nak baring atau duduk2 sahaja.. bila badan cergas, buat le cara cergas, asalkan tak over sangat sampai membahayakan diri kemudian hari kan.. setakat jalan2 pastu duduk2 ok kot... cuma bab borak suara kuat dan gelak tak hingat mmg tak dapat ku mengontrolnye deknon! haha tak pe kot no!


Alhamdulillah.. Selamat pengantin Baru saya ucapkan kepada adik saya hamidy dan isterinya Hanna.. semoga berkekalan hingga ke syurga dan semoga dkurniakan zuriat yang sihat2 dan baik2 belaka... amin..

jom layan pic jom! :-)

Potret keluarga pertama selepas lahirkan Dyan.. kamera takde bateri, so snap dengan phone je. janji ada pic, bukan senang nak suh bebudak (esp. the boys tu) nak dok diam. tgk abang Lan tu dah monyok dah sbb saya kacau dia nak bermain ngan cousins.

Saya dan anak buah saya yasmin. Nasib baik le ada Yasmin ni, sebabnya dia lah yg saya tugaskan amik gambo2 yg diluar batas saya hahaha.. maklum la makcik dia ni dalam pantang nak pi tanah kang mak marah, so dalam rumah ku snap, luar rumah, dia la snap.. pic ni kat beranda ye uols.. bukan kat luar rumah ahakss.. nih la muka org kata tak mcm lepas bersalin ni.. kihkih ni muka eksaited jumpa kawan2 lama dan sedara mara!

Lydia tengah baca surah2 lazim.. Alhamdulillah..

Dyan Halina sementara tunggu nak di potong jambul, Alhamdulillah dia tak cranky hari tu.. lagi la aktif mak dia ke sana sini.. ahaks!

Lydia (10), Dahlia (11),  Aliff (12), Azizi (13) before mula khatam


Ini mak saya, atau anak2 saya panggil dia 'nyai' nenek dalam bahasa jawa! :-) seronok la nyai, dapat cucu baru, dapat menantu jugak! Alhamdulillah..

Cikgu Rahimah (cousin saya) ketua kumpulan marhaban tengah potong rambut Dyan..

Kumpulan Marhaban - antara yang dapat di snap

Saya, suami dan Fahren


Pic beso: Perkarangan depan rumah pada awal pagi
Pic kecik2: Semasa majlis.. Alhamdulillah lancar.. hujan sikit sebelum pengantin diarak, tapi tak lama.. yang best, cuaca jadi redup .. :-)

Selamat Pengantin Baru Midy & Hanna!!!


Tuesday, 26 August 2014

Terima Kasih!

Diam tak diam, dah hari ke-7 sejak saya melahirkan seorang lagi cahayamata penyeri rumahtangga kami.. Genap seminggu dah umur baby, alhamdulillah..

Terima kasih kepada semuuua kawan2 dan kenalan yg tak putus2 beri likes serta ucapan tahniah dan selamat atas kelahiran baby baru saya yang saya beri nama Dyan Halina binti Mohd. Hamid

Semoga anakandaku Dyan Halina ini sentiasa dilimpahi rahmat daripada Allah S.W.T, dan seperti maksud namanya, moga dia sentiasa dikurniakan cahaya (Dyan) keimanan. Semoga diri dan hatinya akan sentiasa dipenuhi dengan sifat kelembutan (Halina) dalam memberi dan menerima perkara2 yg baik di dalam hidupnya..

Amin.. Ya rabbal 'alamin...

Salam ceria!
Fara

Popular Posts